You are on page 1of 1

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya,


Jalan Bangkung, Bangsar,
59100 KUALA LUMPUR.
Tel : 603-20950162 Faks : 603-20945740
Rujukan Kami :SKBB 100-13/1/4 ( 2 )
En Faizal bin Mahmod Tarikh : 24 JANUARI 2022
Pengurus Kawasan,
Pejabat Cawangan Lembah Pantai,
Tingkat 2 Kompleks Tun Sambanthan
Jalan Tun Sambanthan
50470 WP KUALA LUMPUR

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM HARI KANAK – KANAK PERINGKAT
SEKOLAH SESI 2021/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Bersempena Sambutan Hari Kanak – Kanak Peringkat Sekolah bagi sesi 2021/2022, pihak sekolah
dengan kerjasama PIBG SK Bukit Bandaraya, KL akan meneruskan program ini bagi tujuan memberi
meneruskan kegembiraan zaman kanak – kanak kepada semua 1300 orang murid yang sedang belajar di
sekolah ini. Berikut merupakan tentatif program tersebut :

Tarikh : 19 Februari 2022


Masa : 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Live You Tube

3. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan mengadakan Jamuan Makan bersempena Hari Kanak –
Kanak pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 18 Februari 2022


Masa : 10.00 pagi – 11.30 tengah hari
Tempat : Perkarangan SK Bukit Bandaraya, KL

4. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyumbang sejumlah 230 set Sarapan
Pagi / berkaitan berasaskan ayam untuk tujuan jamuan kelas kepada semua murid tahun 6 yang bakal hadir
pada hari yang tersebut.

5. Pihak tuan boleh berhubung terus di talian 011 61899337 ( Cikgu Suhaila ) atau untuk sebarang
pertanyaan mengenai program ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
(HJ ZAMRI BIN HJ MUSTOFFA)
YDP PIBG, SKBB KL

You might also like