You are on page 1of 13

Dokumentasi Program Intervensi Peningkatan Enrolmen Murid Prasekolah

SK Bukit Belimbing, Kuala Selangor

BI KEPUTUSAN MAKLUMBALAS
L
1. Guru besar dan guru prasekolah Tidak berkaitan
perlu memastikan kapasiti murid
prasekolah bagi sesi
persekolahan tahun 2021 kekal
25 orang sebagaimana data
terkini yang telah dibentang

2. Guru Besar dan guru prasekolah  .Promosi


perlu memastikan enrolmen  Pihak sekolah telah melakukan promosi
murid mengalami peningkatan melalui laman sosial sebaik sahaja sesi
yang memberangsangkan bagi persekolahan 2020 bermula. (Keratan
sesi persekolahan tahun 2021 promosi melalui Facebook bertarikh 2
Januari 2020 dilampirkan)

 Pihak sekolah memnpamerkan kain rentang


promosi pengambilan 2021 sebaik sahaja
tempoh pendaftaran E Prasekolah dibuka
iaitu bermula pada 24 Februari 2020

 Promosi diteruskan walaupun tempoh


pendaftaran E Prasekolah hampir tamat dan
berterusan sepanjang tahun (dilampirkan
promosi melalui whatsapp bertarikh 28
April 2020)

 Meningkatkan permohonan selepas tamat


tempoh permohonan.
 Pihak sekolah telah mengadakan satu
perbincangan pada 6 Julai 2020
memandangkan jumlah permohonan E
Prasekolah yang rendah. Perbincangan ini
adalah berkaitan cara meningkatkan
permohonan tersebut.

 Keputusan yang diambil ialah pihak


sekolah akan meneruskan promosi
disamping bergerak secara lebih aktif untuk
mendekati golongan sasaran
 Pihak sekolah juga akan meminta bantuan
daripada sekolah-sekolah berhampiran
untuk mempromosikan sekolah kepada
murid-murid yang permohonannya ditolak.

Hasil usaha pihak sekolah ini berjaya


meningkatkan jumlan permohonan daripada 31
permohonan kepada 47 permohonan terkini.
Pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan lagi enrolman ke tahap
maksimum.

3. Guru Besar dan guru prasekolah  Promosi sepanjang tahun


perlu melaksanakan intervensi  Pihak sekolah sentiasa akan membuat
yang bersesuaian dengan isu promosi untuk memastikan kanak-kanak
enrolmen murid yang dihadapi yang berkelayakan datang mendaftar ke
sebagaimana yang dirancang. prasekolah. Guru Besar dalam ucapannya
di Hari Anugerah Cemerlang 2019 pada 21
November 2019 dan Mesyuarat Agong
PIBG 2020 pada 22 Februari 2020 ada
membuat promosi kepada ibu bapa dan
masyarakat yang hadir tentang kemasukan
ke prasekolah sessi 2020

 Aktiviti Prasekolah yang menarik


 Pihak sekolah sentiasa melaksanakan
pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang
tahun. Disamping aktiviti untuk murid-
murid yang sedang mengikuti
persekolahan, aktiviti ini juga diharapkan
dapat menarik perhatian ibu bapa yang
belum menghantar anak ke sekolah ini agar
berbuat demikian selepas melihat aktiviti-
aktiviti tersebut melalui media sosial.

 Antara aktiviti yang dijalankan ialah


aktiviti peningkatan keceriaan yang
dijalankan pada Januari 2019 dan aktiviti-
aktiviti sepanjang 2019 seperti sambutan
hari raya, lawatan dan konvokesyen seperti
yang dilampirkan di bahagian lampiran.

 Akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang


berlaku sepanjang 2020, pihak sekolah
kurang melakukan aktiviti yang dapat
ditunjukkan kepada yang lain. Namun pada
2 Disember 2020, pihak sekolah telah
melakukan program Ziarah Cakna
Prasekolah ke rumah murid-murid
prasekolah untuk bertanya khabar,
menyampaikan sijil dan hadiah serta
mengambil gambar akhir tahun.
Diharapkan langkah tersebut dapat
memikat hati masyarakat sekitar untuk
menghantar anak ke prasekolah.
Pihak sekolah akan terus mengamalkan strategi-
strategi berkesan yang telah berjaya membantu
pihak sekolah meningkatkan enrolmen murid
prasekolah. Disamping itu pihak sekolah juga
akan cuba memikirkan langkah-langkah
intervensi lain yang akan menyelesaikan isu ini
dari semasa ke semasa

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………………… ……………………………………………….
NOR HIDAYAT BIN SAHID
PENYELARAS PRASEKOLAH
SK BUKIT BELIMBING

LAMPIRAN
ISU INTERVENSI
 Jumlah kanak-kanak tempatan yang 1. Membuat promosi di pelbagai media (kain
semakin sedikit. rentang, media sosial, siaran setempat).
Menerangkan tetang program, aktiviti,
 Persaingan dengan agensi lain (KEMAS dan kemudahan dan kelebihan prasekolah.
PASTI) yang lebih hampir dengan
penempatan utama penduduk. 2. Membuka tempoh pendaftaran sepanjang
tahun
Ramai ibu bapa cenderung memilih progam
pendidikan awal kanak-kanak yang 3. Melaksanan aktiviti-aktiviti prasekolah yang
menawarkan kurikulum bersifat keislaman menarik dan menunjukkannya kepada
yang ditawarkan oleh PASTI masyarakat sekitar melalui media sosial
sebagai satu cara menarik minat mereka
untuk memilih menghantar anak mereka ke
prasekolah

4. Membuat kunjungan ke penempatan


sekitar sekolah untuk mengenalpasti murid
yang layak yang masih belum bersekolah

5. Bekerjasama dengan sekolah berhampiran


(SK Kuala Selangor dan SK Sungai Terap)
yang mempuyai lebihan permohonan untuk
mencadangkan SK Bukit Belimbing kepada
ibu bapa yang ditolak permohonannya

Intervensi 1 : Membuat promosi di pelbagai media (kain rentang,


media sosial, siaran setempat). Menerangkan tetang
program, aktiviti, kemudahan dan kelebihan
prasekolah.

Intervensi 2 : Membuka tempoh pendaftaran sepanjang tahun


Kain Rentang Iklan Kemasukan Ke Prasekolah Sessi 2021 mula dipamerkan
pada 24 Februari 2020
Promosi melalui Whatsapp yang diedarkan di sekitar kampung yang disiarkan
pada 28 April 2020
Promosi melaluli laman Facebook yang disiarkan pada 2 Januari 2020
Intervensi 3 : Melaksanan aktiviti-aktiviti prasekolah yang menarik
dan menunjukkannya kepada masyarakat sekitar
melalui media sosial sebagai satu cara menarik
minat mereka untuk memilih menghantar anak
mereka ke prasekolah

Majlis Apresiasi Prasekolah 2019 yang diadakan pada 14 November 2019

Program Lawatan dan Rekreasi pada 27 September 2019

Sambutan aidilfitri prasekolah pada 28 Jun 2019


INTERVENSI 4 : Membuat kunjungan ke penempatan sekitar sekolah untuk
mengenalpasti murid yang layak yang masih belum
bersekolah

Lawatan Bersama GPK HEM pada penghujung 2019 menemukan kami dengan
keluarga murid ini. Kami berjaya memujuk bapanya untuk membenarkan
murid ini bersekolah. Kami juga membawa murid ini untuk membeli keperluan
persekolahan untuknya memulakan sesi persekolahan pada 30 Januari 2020
INTERVENSI 5 : Bekerjasama dengan sekolah berhampiran (SK Kuala
Selangor dan SK Sungai Terap) yang mempuyai lebihan
permohonan untuk mencadangkan SK Bukit Belimbing
kepada ibu bapa yang ditolak permohonannya

Surat panggilan taklimat penyelarasan bertarikh 20 Januari dimana Penolong


PPD Unit Prasekolah dan Rendah, Pn Siti Aminah Kusaini ada menyatakan
kepada SK Kuala Selangor dan SK Sungai Terap untuk membantu
mempromosikan SK Bukit Belimbing di kawasan mereka.
Pesanan ringkas bertarikh 15 Jun 2020 daripada guru prasekolah SK Kuala
Selangor dan SK Sg Terap yang menyatakan mereka sentiasa membantu
mempromosikan SK Bukit Belimbing
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BELIMBING

45000 KUALA SELANGOR

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL: 03-32896787 Faks: 03-32896787

MINIT MESYUARAT KHAS PENINGKATAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021

TARIKH : 6/07/2020

HARI : Isnin

MASA : 11.30 Pagi

TEMPAT : Kelas Prasekolah Pelangi

Kehadiran :5/6

BIL Nama Nama Jawatan

1. En. Syofan Azli Abd Rahim Guru Penolong Kanan Kurikulum

2. En. Nor Hidayat Bin Sahid Guru Prasekolah

3. Pn. Azizah Bt Mat Guru Prasekolah

4. Cik Nurul Asyikin Bt Kamarudin Pembantu Pengurusan Murid

5. Pn. Nurkhairunnisa Bt Ab Razak Pembantu Pengurusan Murid

6.

Tidak Hadir ( Bersebab ) : -

1. - En Isa Bin Abdullah (Guru Besar)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
1.2 Memaklumkan bahawa permohonan E Prasekolah 2021 yang telah tamat pada 30
Jun 2020 hanya menunjukkan bilangan 31 permohonan sahaja berbanding 50
tempat yang ditawarkan.
1.3 Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk meningkatkan permohonan tersebut.

2.0 PERKARA – PERKARA YANG DIBINCANGKAN


2.1 Meneruskan Promosi
2.1.1 Banner iklan kemasukan sesi 2021 akan terus dipasang di pagar sekolah
2.1.2 Promosi di media sosial (Whatsapp dan Facebook) akan terus dipergiatkan

Tindakan : Guru dan PPM Prasekolah

2.2 Meninjau sekitar kawasan penempatan


2.2.1 Guru dan PPM diminta untuk membuiat tinjauan di penempatan sekitar
sekolah untuk melihat sekiranya ada kanak-kanak yang masih belum
didaftarkan. Ini adalah disebabkan perlaksanaan PKP yang menyebabkan
ada penduduk yang terpaksa berpindah pulang ke kampung kerana
kehilangan pekerjaan.

Tindakan : Guru dan PPM Prasekolah

2.3 Meluaskan kawasan liputan pencarian murid


2.3.1 Pihak sekolah meminta bantuan daripada sekolah sekitar (SK Kuala Selangor)
dan SK Sg Terap) yang mempunyai lebihan permohonan untuk
mempromosikan SK Bukit Belimbing kepada murid-murid yang
permohonannya ditolak
2.3.2 Cikgu Hidayat akan berhubung terus dengan guru prasekolah sekolah
berkenaan untuk tujuan tersebut.

Tindakan : Guru dan PPM Prasekolah

3.0 HAL – HAL LAIN

3.1 Pengerusi mengingatkan agar pihak prasekolah untuk sentiasa mematuhi SOP
pembukaan semula sekolah yang telah disediakan.

Tindakan : Guru dan PPM Prasekolah

4.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua ajk yang hadir. Diharapkan semua pihak dapat
berusaha untuk menambahkan permohonan murid prasekolah sesi 2021

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

.................................................... ..............................................

( NOR HIDAYAT BIN SAHID)


Penyelaras Prasekolah
Sk Bukit Belimbing

You might also like