You are on page 1of 2

Circular and Notice 2005/2

IBU PEJABAT,
JABATAN BOMBA AND PENYELAMAT,
MALAYSIA
Headquaters,
Fire & Rescue Department Malaysia,
Lebuh Perdana Barat, Precint 7
62250 PUTRAJAYA
 
PEKELILING PENCEGAH BILANGAN 4/2005, PENENTUAN KEPERLUAN
KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN BAGI BANGUNAN SERVIS
APARTMENT
 
Saya dengan hormatnya diarah merujuk perkara tersebut di atas dan berkaitan.
 
2. Hasil dari pembangunan pada masa kini terdapat banyak servis apartment telah dibina di negara
kita. Ini telah mendatangkan permasalahan kepada pegawai-pegawai dan juga professional dalam
menentukan kategori bangunan tersebut, ini adalah kerana di dalam Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam 1984 (UBBL) tidak menyatakan perkara berkaitan dengan servis apartment. Walau
bagaimana pun berdasarkan kepada konsep asal pembinaanya untuk disewakan kepada pelawat atau
pelancong dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan serta berdasarkan tafsiran hotel di dalam
UBBL maka ianya telah dimasukkan di bawah kategori hotel. Tetapi, pada masa kini telah wujud servis
apartment yang dibina bagi tujuan rumah kediaman. Walau bagaimana pun tajuk servis apartment
tidak boleh ditukar kepada apartment biasa disebabkan ianya didirikan di atas tanah komersial tanpa
menukar kegunaan kepada tanah kediaman.
 
3. Keadaan ini telah mendatangkan kekeliruan dalam menentukan keperluan kelengkapan menentang
kebakaran bagi bangunan servis apartment. Berikutan daripada itu, satu perbincangan dengan pihak
professional telah diadakan pada 18hb Oktober 2005. Hasil daripada perbincangan tersebut bersama-
sama ini di kemukakan salinan Perkeliling Pencegah Bilangan 4/2005, Penentuan Keperluan
Kelengkapan Menentang Kebakaran Bagi Bangunan Servis Apartment yang telah di tandatangani ole
YAS Ketua Pengarah untuk dikuatkuasakan dan dipatuhi sepenuhnya.
 
4. Tarikh kuatkuasa pekeliling ini adalah bermula dari tarikh pekeliling ini ditandatangani oleh YAS
Ketua Pengarah iaitu 7hb November 2005.
 
Sekian, terima kasih.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menurut perintah,
 

(AHMAD IZRAM BIN OSMAN)


Penolong Ketua Pengarah,
Bahagian Pencegahan Dan Keselamatan,
b/p Ketua Pengarah,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
 
S.k.

i. YAS Ketua Pengarah,


ii. YAS. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
iii. YAS. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan),
iv. YS. Semua Penolong Ketua Pengarah Bahagian,
   
President,
The Institution of Fire Engineers (UK)
Malaysia Branch,
v.
Secretariat,
28, Jalan 3/154, Taman Bukit Anggerik, Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
   
President,
Pertubuhan Arkitek Malaysia,
vi. No. 4 & 6, Jalan Tangsi,
P.O.Box 10855
50480 Kuala Lumpur.
   
President,
Association Of Consulting Engineers Malaysia,
vii
No 63-2 & 65-2, Medan Setia,
.
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
 
SEPERTI SENARAI EDARAN
 
Yang Setia Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Kuala Lumpur,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri P.Pinang,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terangganu,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan.

You might also like