You are on page 1of 10

PERJANJIAN PENYELIDIKAN ANTARA PENYELIDIK

DAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN ini dibuat pada ………………………… . Haribulan …………………

Tahun…………………DIANTARA ……..…………………………………………………………….……….

(No.Kad Pengenalan: ………………………………………………) yang beralamat di


………………………………………………………………………………………………………………………
………..…… (selepas ini disebut sebagai "PENYELIDIK") bagi satu pihak DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA, sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ
UNIVERSITI 1971 beralamat di 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan (selepas ini disebut sebagai "UKM")
bagi satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA UKM menekankan kegiatan-kegiatan penyelidikan ke arah membina dan


memperkembangkan ilmu yang memperkukuhkan iman selaras dengan bidang-bidang tujahan Fakulti/Universiti
yang telah ditetapkan.

BAHAWASANYA UKM menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu dan mengukuhkan fungsi
pendidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

BAHAWASANYA PENYELIDIK telah pun diluluskan peruntukan kewangan berjumlah RM:


………………… (…………..………………………………………………………………………………….)
daripada peruntukan* UKM/IRPA/**…………………………… /**…………………………………

Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak seperti berikut:

1. PENYELIDIKAN

1.1 Penyelidikan yang diluluskan bertajuk : ……………………………………………


.............................................................………………..…………………….……….....
1.2 Jangkamasa kajian :……………………………………………………………………….
.................................................………………………………................................

1.3 Bayaran pertama bagi penyelidikan ini akan diberikan, selepas perjanjian ini ditandatangan dan
penyelidikan dimulakan - jika penyelidikan Universiti dan IRPA; selepas perjanjian
ditandatangani dan penyelidikan dimulakan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak luar
- jika penyelidikan kerjasama luar/swasta.

* POTONG YANG MANA TIDAK BERKENAAN


**ISI NAMA PIHAK YANG MELULUSKAN PERUNTUKAN

2. TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK

2.1 PENYELIDIK hendaklah memulakan penyelidikannya dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh
Perjanjian ditandatangani (ini diluluskan kepada penyelidikan UKM dan IRPA); Dan dalam
tempoh masa yang sesuai bagi perjanjian dengan pihak luar sekiranya penyelidikan ini
melibatkan kerjasama pihak luar/swasta. Maksud 'mula' ialah dengan adanya bukti bagi salah
satu daripada item yang disenaraikan di bawah :-

2.1.1 Ada permohonan untuk mendapatkan pendahuluan peruntukan.

2.1.2 Ada permohonan untuk mendapatkan alat perkakas.

2.1.3 Ada permohonan untuk melantik pembantu penyelidik.

2.1.4 Ada laporan kemajuan disampaikan kepada pihak yang membiayai projek.

2.2 PENYELIDIK hendaklah mengemukakan laporan kemajuan.

2.2.1 Setiap enam (6) bulan kapada Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan
Penyelidikan UKM, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika projek penyelidikan
UKM.

2.2.2 Setiap tiga bulan, kepada Panel Sektor (Intensification Research on Priority Areas)
IRPA, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan ,jika Penyelidikan IRPA.

2.2.3. Tempoh yang bersesuaian dengan perjanjian dengan pihak luar, kepada pihak luar,
dengan satu salinan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika dengan kerjasama
pihak luar.

2.3 Laporan akhir hendaklah dikemukakan sebaik sahaja penyelidikan tamat; kepada Jawatankuasa
Perancangan dan Perkembangan Penyelidikan Fakulti melalui Jabatan dengan menggunakan
borang yang telah pun ditetapkan, jika projek penyelidikan UKM; kepada Panel Sektor IRPA,
jika projek penyelidikan IRPA; kepada pihak luar sesuai dengan perjanjian dengan satu salinan
kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta,

2.4 PENYELIDIK hendaklah menialankan penyelidikan dengan penuh tanggungjawab, berjaga-


jaga dan tidak mencemarkan nama baik UKM. Adalah dipersetujui bahawa PENYELIDIK
yang mengetuai Kumpulan Penyelidik bagi satu-satu penyelidikan adalah bertanggungjawab ke
atas mereka bagi mempastikan projek berjalan dengan licin dan lancar.

2.5 Semua peralatan yang dibeli dengan kelulusan mana-mana pihak untuk projek-projek
penyelidikan hendaklah dijaga dengan baik dan semua peralatan penyelidikan adalah menjadi
hak milik UKM.

3. PENILAIAN PROJEK DAN PENGGANTUNGAN

3.1 UKM, melalui Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti, IRPA, melalui Panel Sektor,dan pihak Luar,
sesuai dengan perjanjian ini, berhak menilai semua projek penyelidikan yang telah diluluskan.
3.2 UKM, melalui Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti, IRPA, melalui Panel Sektor, dan pihak Luar,
sesuai dengan perjanjian ini, berhak menggantung atau memberhentikan mana-mana projek
penyelidikan, sekiranya PENYELIDIK gagal menunjukkan kemajuan dan menyediakan
kemajuan projek yang tidak memuaskan.

3.3 Sekiranya PENYELIDIK gagal memulakan penyelidikan tanpa sebab yang munasabah, dalam
masa tiga (3) bulan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan
Penyelidikan Fakulti, jika projek UKM; oleh Panel IRPA jika projek IRPA; atau dalam masa
yang bersesuaian dengan perjanjian oleh pihak luar, jika projek penyelidikan Kerjasama
Luar/Swasta; peruntukan akan ditarik balik dan kelulusan tersebut dianggap batal.

3.4 Bantuan kewangan akan diberhentikan sekiranya laporan kemajuan yang dikemukaan tidak
memuaskan pihak yang meluluskan projek penyelidikan berkenaan.

4. TUNTUTAN SEMULA WANG YANG TELAH DIBELANJAKAN

4.1. UKM, untuk projek penyelidikan UKM atau untuk projek penyelidikan IRPA; atau pihak Luar,
untuk projek penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta berhak menuntut semula segala bantuan
kewangan sekiranya didapati bahawa;

4.1. 1. Laporan kemajuan projek penyelidikan yang dikemuka didapati tidak memuaskan atau;

4.1.2. Laporan akhir projek penyelidikan oleh PENYELIDIK tidak disampaikan mengikut
jangka waktu yang telah ditetapkan dalam surat tawaran atau mengikut jangka waktu
yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau;

4.1.3. PENYELIDIK memberhentikan projek penyelidikannya tanpa sebab-sebab yang


munasabah atau sengaja memberhentikannya tanpa memberi apa-apa laporan atau
gagal memberi laporan yang memuaskan atau;

4.1.4 Wang yang tidak dibelanjakan atau wang yang disalahgunakan oleh PENYELIDIK-
PENYELIDIK bagi penyelidikan UKM dan IRPA atau;

4.1.5 Wang yang tidak dibelanjakan atau wang yang disalahgunakan oleh PENYELIDIK
bagi penyelidikan kerjasama luar/swasta.

5. TUNTUTAN BALIK WANG BANTUAN

PENYELIDIK memberi persetujuan kepada UKM supaya tuntutan balik segala bantuan kewangan yang
dinyatakan di 4.1 di atas adalah dibuat melalui potongan gaji.

6. TINDAKAN TATATERTIB

UKM berhak mengambil tindakan tatatertib yang sesuai ke atas PENYELIDIK yang telah melanggar
syarat-syarat PERJANJIAN INI.

7. LAMPIRAN

Syarat dan Peraturan Penyelidikan Jawatankuasa Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan


Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilampirkan dengan PERJANJIAN ini sebagai LAMPIRAN A
dan mana-mana syarat dan peraturan yang disediakan oleh Fakulti/Pusat/Institut dibaca bersama-sama
dengan PERJANJIAN ini dan hendaklah dianggapkan sebahagian daripada PERJANJIAN ini.
Bagi MENYAKSIKAN HAL DI ATAS maka pihak-pihak yang tersebut dalam PERJANJIAN ini telah
menurunkan di sini tandatangan-tandatangan mereka pada tarikh dan tahun yang tertulis di atas.

DITANDATANGANI OLEH; )
)
)
................................................ ) ..........................…………………………
) NAMA PENYELIDIK I

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)
................................................. )……………………………………………
Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )
)
)
................................................ ) ..........................…………………………
) NAMA PENYELIDIK II

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)
................................................. )……………………………………………
Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )
)
)
................................................ ) ..........................…………………………
) NAMA PENYELIDIK III

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)
................................................. )……………………………………………
Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )
)
)
................................................ ) ..........................…………………………
) NAMA PENYELIDIK IV

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)
................................................. )……………………………………………
Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )
)
)
................................................ ) ..........................…………………………
) NAMA PENYELIDIK V

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)
................................................. )……………………………………………
Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH: )
)
)
................................................ ) ……………………………………

Untuk dan bagi pihak ) Universiti KebangsaanMalaysia


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA )
dan disaksikan di hadapan )

.......................................................
Saksi

LAMPIRAN A

SYARAT DAN PERATURAN


PENYELIDIKAN JAWATANKUASA PERANCANGAN, PERKEMBANGAN & PENYELIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. DASAR PENYELIDIKAN

Selaras dengan falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, maka Universiti menekankan kegiatan-
kegiatan penyelidikan ke arah membina dan memperkembangkan ilmu yang memperkukuhkan iman
selaras dengan bidang-bidang tujahan Fakulti/Universiti yang telah ditetapkan. Matlamatnya ialah
mencapai kemerdekaan pendidikan, fikiran, ilmu, cendekia dan teknologi bagi kesejahteraan umat.
Dalam keutamaan untuk meneroka kemajuan serta mempertingkatkan mutu penyelidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia juga menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu mengukuhkan fungsi
pendidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. TAFSIRAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan ditafsirkan sebagai kajian yang asli yang dijalankan untuk mengungkap ilmu dan
kefahaman. Ini termasuk kerja-kerja yang berkaitan dengan keperluan komersial dan industri, juga
keperluan awam dan sektor sukarela: keilmuan (tidak termasuk pengajaran) : rekacipta dan pengeluaran
ide, citra, persembahan dan artifek. Ini termasuk juga rekabentuk yang membawa kepada
penambahbaikan kefahaman.

Penggunaan ilmu dalam memajukan percubaan-percubaan untuk menghasilkan yang baru atau
penambahbaikan yang berpatutan kepada material, alat, produk, proses untuk rekabentuk kepada
pembinaan. lanya tidak termasuk percubaan rutin, analisa material, bahagian-bahagian alat komponen,
proses yang digunakan untuk menjamin standard yang ditetapkan yang mana ianya berbeza daripada
memajukan kualiti analisa yang baru.

3. ETIKA PENYELIDIKAN
Semua penyelidik seharusnya beretika kerja yang tertakluk kepada etika penyelidikan bidang masing-
masing. Bagi penyelidik-penyelidik dalam bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan ke atas
manusia, mereka adalah tertakluk kepada 'Helsinki Declaration of Human Experimentation' 1964.

Walau apa pun etika-etika penyelidikan itu mestilah dibatasi oleh sistem nilai Islam. Setiap Fakulti
dimestikan menyediakan garis panduan etika penyelidikan yang tersendiri sesuai dengan Fakulti
masing-masing. Contoh etika ini dapat dilihat dalam umbaian buku Dickinson, 'Science and Scientific
Researchers in Modern Society', 1983.

4. KELAYAKAN PENYELIDIKAN

4.1 Semua Ahli Akademik sepenuh masa Universiti ini layak memohon.

4.2 Ahli-ahli Akademik yang menjadi Penyelia calon program Pengajian Siswazah juga boleh
memohon untuk penyelidikan di bawah seliaannya.

4.3 Pegawai-Pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia yang lain juga boleh memohon untuk
dipertimbangkan.

5. PENGECUALIAN

5.1 Syarat dan peraturan ini tidak meliputi penyelidikan perseorangan yang tidak dibiayai oleh
Universiti atau mana-mana pihak yang disebut di bawah.

6. PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia dibiayai oleh salah satu daripada cara
berikut:

6.1 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan penyelidikan Kementerian Pendidikan -


Penyelidikan Universiti.

6.2 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Kementerian Sains Teknologi dan Alam
Sekitar- Penyelidikan IRPA.

6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan Kerajaan, Badan-Badan


Berkanun dan pertubuhan tempatan/antarabangsa - Penyelidikan Kerjasama Luar.

6.4 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan pihak swasta dan industri
tempatan/antarabangsa - Penyelidikan Swasta.

6.5 Tatacara Pengurusan Penyelidikan dan kewangan bagi tiap-tiap satu yang disebutkan di atas
boleh didapati daripada Fakulti/Pusat/Institut dan Pusat Pengurusan Penyelidikan.

7. BANTUAN PENYELIDIKAN

7.1 Semua peruntukan berbentuk Penyelidikan adalah berbentuk kontrak di.antara Penyelidik
dengan Universiti/pihak luar. Dengan yang demikian dan, semua kadar adalah tertakluk kepada
peruntukan yang diluluskan dan sedang berkuatkuasa di Universiti atau yang dipersetujui dalam
perjanjian dengan pihak luar.

7.2 Dalam keadaan yang menimbulkan kesukaran untuk menjalankan penyelidikan Universiti dan
IRPA, Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor boleh memberikan kelonggaran.
7.3 Seseorang penyehdik yang telah mendapat kelulusan bagi menjalankan penyelidikan boleh
memohon untuk mendapatkan wang pendahuluan tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan bagi penyelidikan Universiti; IRPA; kerjasama pihak luar/swasta; serta jumlah wang
yang diluluskan.

7.4 Permohonan wang pendahuluan untuk membeli alat-alat penyelidikan dan perbekalan serta
perkara-perkara lain dalam perenggan yang disebut di 7.3 boleh dikemukakan kepada Bendahari
dan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan, Dekan Fakulti/Institut/Pusat masing-masing
dan Pusat Pengurusan Penyelidikan.

7.5 Seorang penyelidik yang memohon wang pendahuluan hendaklah mengemukakan anggaran
perbelanjaan yang terperinci. Jumlah pendahuluan yang boleh diluluskan bagi perkara selain
daripada pendahuluan peralatan dan perbekalan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan
yang berkuatkuasa sekarang jika punca pembiayaan oleh universiti. Jika punca pembiayaan
selain daripada universiti, ia tertakluk kapada peraturan yang ditetapkan.

7.6 Penyelidik bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan untuk projek masing-masing dan
laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat
melalui Jabatan, jika penyelidikan Universiti; kepada Penal IRPA, jika penyehdikan IRPA;
kepada pihak luar yang berkenaan, jika penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta; dengan satu
salinan kepada Bendahari dan Unit Pengurusan Penyelidikan.

7.7 Segala tambahan alat-alat yang diperolehi secara pembelian terus oleh pihak Universiti ataupun
dihadiahkan oleh badan-badan luar kepada Universiti untuk penyelidikan hendaklah diberitahu
kepada Fakulti dengan salinan kepada Bendahari. Segala alat penyelidikan akan menjadi hak
milik Universiti dan ditempatkan di Jabatan/Fakulti/Institut/Pusat berkenaan.

8. PENERBITAN/HASIL PENYELIDIKAN

8.1 Penyelidik digalak menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing sama ada dalam bentuk
buku, monograf, makalah dalam jurnal atau pembentangan dalam persidangan.

8.2 Jika hasil penyelidikan itu panjang dan boleh diterbitkan sebagai sebuah buku, urusan untuk
menerbitkan hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Penerbitan UKM sebagai keutamaan.

8.3 Para penyelidik tatkala menerbitkan hasil penyelidikannya dikehendaki memberi penghargaan
kepada UKM.

9. HAK MILIK LAPORAN/PATEN

9.1 Hak milik Laporan Penyelidikan adalah kepunyaan Universiti, Jika penyelidikan Universiti dan
IRPA; tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui, jika penyelidikan kerjasama
Luar/Swasta.
9.2 Royalti dari paten hendaklah mengikut peraturan Universiti yang berkuatkuasa pada masa itu, jika
penyelidikan Universiti; tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui, jika
penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta.

9.3 Panduan mengenai pematenan dan komersilisasi boleh didapati daripada Biro Rundingan dan
Kembangan atau Pusat Pengurusan Penyelidikan.

10. KERAHSIAAN

10.1 Pihak Kedua bersetuju mematuhi peruntukan-peruntukan Polisi Harta Intelek dan Komersialisasi
yang diguna-pakai oleh UKM.

10.2 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak memberitahu atau mendedahkan atau memaklumkan,
melalui apa cara sekalipun, sebarang maklumat-maklumat atau data berhubung dengan Projek
tersebut kepada pihak ketiga atau mana-mana pihak.

10.3 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak menyerahkan atau menyampaikan sebarang dokumen,
cakera padat, disket, artikel atau sebarang bahan yang mengandungi
maklumat-maklumat atau data berhubung dengan Projek tersebut kepada pihak ketiga atau mana-
mana pihak.

10.4 Pihak Kedua bersetuju untuk menyerahkan kepada UKM hak milik harta intelek yang wujud
daripada Projek tersebut, samada Projek tersebut diusahakan atau dihasilkan oleh beliau sendiri atau
bersama-sama dengan penyelidik-penyelidik lain.

10.5 Pihak Kedua hendaklah memaklumkan kepada Dekan atau Ketua Jabatan sebelum membawa atau
mengiringi mana-mana pihak melawat ke tempat-tempat atau makmal-makmal yang berhubung
dengan pengwujudan atau pembangunan sesuatu projek yang boleh atau mungkin atau telah
menghasilkan harta intelek.
10.6 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak mengambil sebarang langkah atau tindakan, berhubung
dengan perlaksanaan atau pengusahaan Projek tersebut, yang boleh memudaratkan atau
merugikan UKM.

10.7 Tanggungjawab Pihak Kedua menyimpan rahsia berhubung dengan Projek tersebut dan harta
intelek yang wujud daripadanya hendaklah berterusan dan berkuatkuasa selama tujuh (7) tahun
daripada tarikh perjanjian ini.

You might also like