You are on page 1of 1

MODUL: Sistem Suria

Episod 2: Alam semesta: Bintang dan galaksi

Lembaran Kerja 2.1: Matahari sebagai bintang kita


Anda akan menjalankan penyiasatan tentang Matahari.
1. Matahari ialah bintang yang tidak sebesar atau sekecil dengan kebanyakan
bintang lain. Matahari ialah bintang yang sederhana iaitu lebih cerah dan lebih kecil
daripada kebanyakan bintang lain yang diketahui dalam galaksi kita.
Bersama pasangan anda, bincangkan apa yang anda telah ketahui tentang
Matahari dan senaraikan 5 perkara yang anda telah ketahui itu.

2. Matahari mendapat tenaganya daripada proses yang dinamakan pelakuran


nuklear. Slaid dan imej di atas memberi anda maklumat pengenalan proses ini
dan anda akan menyiasat tentang proses ini lebih lanjut dengan menggunakan
Internet. Setelah itu, tuliskan satu penerangan ringkas tentang apa yang berlaku
semasa proses pelakuran nukear. Anda juga mungkin hendak melakar rajah yang
bersesuaian.
3. Bersama pasangan anda, bincangkan apa yang anda jangkakan akan berlaku
kepada sebutir bintang sebaik sahaja unsur hidrogen di terasnya mula kehabisan.
4. Adakah anda fikir bahawa bintang yang lebih besar mempunyai jangka hayat
yang lebih panjang atau lebih pendek berbanding dengan bintang yang bersaiz
sederhana?

You might also like