You are on page 1of 1

PERSATUAN PENDUDUK RINI RESIDENCES (PPM-017-01-17042017)

Jalan Utama 36, Rini Residences, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor
Hotline : 012-720 1722 Email : pprrjb@gmail.com

MEMO RASMI

Rujukan kami : PPRR/2021/01/ ( 29 )


Tarikh : 10 Mei 2022

Kepada : Semua Ahli Persatuan Penduduk Rini Residences,


MEMO SOAL SELIDIK KEROSAKAN RUMAH PENDUDUK DI RINI RESIDENCE

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, berdasarkan aduan penduduk terdapat kes berlakunya kerosakan di
rumah penduduk (Defect) seperti keretakan dinding, kebocoran paip dalam dinding, jubin lantai
rosak dan lain-lain.

3. Jawatankuasa PPRR Sesi 2021/2022 akan membantu mengumpulkan data dan menghantar ke pemaju
dan memohon sekiranya pemaju dapat membantu penduduk berkaitan.

4. Jawatankuasa PPRR ingin menegaskan ini hanya satu proses bagi membantu penduduk terjejas,
memandangkan berdasarkan undang-undang, tempoh jaminan ( warranty) telah tamat dan
kebanyakan kerosakan berlaku selepas proses ubahsuai rumah. Tiada janji daripada PPRR, pihak
pemaju akan membantu mengatasi masalah kerosakan tersebut. Keputusan pemaju adalah
muktamad.

5. Penduduk yang berkaitan boleh mengisi Soal Selidik (Google Form ) selewat-lewatnya pada 12 Mei 2022
(Khamis), jam 5.00 petang pada pautan berikut :

https://forms.gle/DiqaFpH67yRL1JH36

Sekian. Terima Kasih.

Jawatankuasa
Persatuan Penduduk Rini Residences
Sesi 2021/ 2022

You might also like