You are on page 1of 4

Getaran dan Bunyi

1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.


2. Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara:
1. Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar.
2. Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
3. Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek bergetar.
4. Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk. 

Bunyi Bergerak

1. Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim walaupun
mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
2. Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim kerana bunyi
bergerak ke semua arah.

 
Bunyi boleh dipantul

1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan
semula.
2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
1. Bercakap di dalam bilik yang kosong
2. Menjerit di dalam gua
3. Menjerit di dalam dewan yang kosong

Fenomena Pantulan Bunyi

1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan
haiwan dengan pelbagai cara.
2. Contoh fenomena pantulan bynyi:
1. Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada
permukaan yang keras.
2. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia
tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus
untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam
bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ
di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
3. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk
mengesan objek di dalam air. 
Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan

1. Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.


2. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
3. Contoh bunyi yang berfaedah:
1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
2. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.
4. Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan
emosi.
3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan
masalah pendengaran.
5. Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB
boleh merosakkan telinga kita. 
Mengurangkan Pencemaran Bunyi

1. Bunyi yang terlalu kiat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan supaya lebih
senyap atau kurang jelas.
2. Contoh situasi:
1. Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung telinga untuk
melindungi telinga supaya tidak rosak akibat bunyi pesawat yang terlalu kuat.
2. Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat mengurangkan
getaran bunyi.
3. Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di
persekitaran kita.
3. Untuk menghentikan bunyi pada jam loceng tanpa mematikan suisnya, kita boleh
memberhentikan getaran pada bahagian penukul locengnya. 

You might also like