You are on page 1of 2

Istilah / Pengertian Zakat

Pengertian Zakat

• Zakat berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang,
subur, bertambah dan sedekah.

• Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan
dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.

Dalil

"Hai orang-orang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-
baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

(Surah Al-Baqarah 2:267)

"Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang
kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."

(Riwayat Abu Daud)

Syarat Wajib Zakat

• Islam

• Merdeka

• Cukup Nisab

• Cukup Haul

• Milik Sempurna

• Niat berniaga

Kadar Zakat

• 2.5 %

 
Syarat Sah Zakat

• Niat

  

Jenis-Jenis Zakat

 i. Zakat Fitrah :

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi
1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

ii. Zakat Harta :

Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa.
Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan
jihad kepada Allah dan Islam.

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)


• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)

You might also like