You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

HARI
KANTIN
SJKC SUNGAI SALAK
TARIKH:
1 November 2015

ANJURAN:
JAWATANKUASA KELAB KEMAHIRAN
HIDUP
PROJEK HARI KANTIN

1.0 Rasional

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya


Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan murid-murid yang kreatif dan kritis serta
mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan
pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam topik
Perniagaan dan Keusahawanan.

Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba


pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan
malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan
pengelolaan sesebuah organisasi. Projek ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk
mengamalkan gaya hidup muhibah melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, sejajar
dengan kehendak 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan dalam menekankan
konsep perpaduan dan semangat muhibah di antara kaum.

2.0 Objektif

Pelaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada


guru-guru dan murid-murid untuk,

2.1 mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan

dan keusahawanan.

2.2 mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru,murid,ibu-bapa dan


pihak pentadbiran sekolah.

2.3 mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid dalam bidang


keusahawanan .

2.4 mengumpul dana bagi melancarkan aktiviti sekolah.


3.0 Tarikh

1 November 2015

4.0 Peserta

Terbuka kepada semua guru, murid, Ibu-bapa dan pihak pentadbiran sekolah

SJK C SUNGAI SALAK.

5.0 Kawasan Perniagaan

Plan Kawasan (Lampiran 1)

6.0 Jawatankuasa Pengelolaan

Penaung : EN.TIEW TAI TIEN

Pengerusi : PN. KOH SIEW LAN

Naib Pengerusi 1 : PN.TEH YEE CHUNG

Naib Pengerusi 2 : PN.NG SOCK CHING

Setiausaha : PN.LEE PICK KIN

Bendahari : PN.LEONG SI HUEY

Ahli Jawatankuasa : PN.TAN KIM YONG

PN.LAU WAI NYIN

Poster, Promosi / penyewaan tapak : PN.CHOO FEI YING

Peralatan/Penyediaan tempat :PN. LEOW ZUOH MEY

EN.KOK SOON TEE


Kawalan Murid/ EN.KOK KIAN LOONG

Keceriaan/Kebersihan : Cik LIM LAN ENG

8.0 Program

8.1 Pertandingan Makanan & Minuman Kesihatan

a) Pertandingan membuat sandwich terbuka

8.2 Pertandingan gerai tercantik dan terbersih

8.3 Pertandingan gerai paling untung.

9.0 Syarat Pertandingan

Seperti lampiran 2

10.0 Tentatif program

Masa Acara

7.30 – 12.30 Pembukaan gerai

11.00 – 11.45 Pertandingan makanan dan minuman kesihatan

1.30 – 2.00 Pemeriksaan kebersihan tapak gerai

2.30 Bersurai
9.0 Anggaran Pembelanjaan

No Perkara Kuantiti Jumlah Peruntukkan

1 Promosi

 Flryers 400 keping RM 20 Duit kantin

2. Penyediaan tempat 10gerai Sewa gerai


(RM20 per
tapak)

Deposit (RM20
satu tapak)

3. Hadiah pertandingan

 Pertandingan  Tempat pertama (RM10 x 2)  RM 20


membuat sandwich
 Tempat kedua (RM 7 x 2)  RM 14

 Tempat ketiga ( RM 5 x 2)  RM 10 Yuran


pendaftaran
pertandingan
 Pertandingan gerai
(RM3.00) satu
tercantik dan paling
pendaftaran
untung  Hamper ( RM 20 x 2)  RM40

4. Kebersihan Plastik sampah RM10

5. Kecemasan RM 20

Jumlah : RM134
Lampiran 1: pelan tapak gerai
Lampiran 2: Syarat-syarat pertandingan

 Pertandingan membuat sandwich

1. Terbuka kepada semua warga SJKC SUNGAI SALAK dengan yuran


pertandingan sebanyak RM3.00.Bahan dan peralatan perlu disediakan
sendiri. Hanya tempat pertandingan sahaja disediakan.

2. Setiap peserta perlu menyediakan menu ( senarai bahan-bahan yang


disediakan dalam bentuk bercetak) dan makanan/minuman untuk
penghakiman perlu disediakan dalam 2 set hidangan.

3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala aspek


keselamatan dan kehilangan barangan adalah dibawah tanggungjawab
sendiri.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,

( PN. LEE PICK KIN ) ( EN.TIEW TAI TIEN)

S/usaha Jawatankuasa Kantin Guru Besar,

SJK C SUNGAI SALAK SJKC SUNGAI SALAK

You might also like