You are on page 1of 1

Rujukan kami : PR1MA/LETTER/CUCARE/138

Tarikh : 28 Mac 2023

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE SESI MESYUARAT PEMBELI RESIDENSI BRICKFIELDS BERSAMA


PIHAK PERBADANAN PR1MA MALAYSIA SECARA MAYA

Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk


menyertai pembeli Residensi Brickfields ke sesi mesyuarat bersama pihak Perbadanan
PR1MA Malaysia secara maya melalui aplikasi Zoom.

Maklumat mengenai sesi mesyuarat ini adalah seperti yang tertera di bawah:

Tarikh : 31 Mac 2023 (Jumaat)


Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat : Secara maya melalui medium aplikasi Zoom

2. Harap maklum bahawa sesi mesyuarat ini merupakan mesyuarat bersama


pembeli Residensi Brickfields sahaja. Justeru, hanya alamat e-mel yang berdaftar akan
diberikan akses masuk. Sesi mesyuarat ini akan dirakam untuk rujukan pihak PR1MA dan
intipati mesyuarat akan diedarkan kepada para pembeli Residensi Brickfields dalam masa
terdekat melalui e-mel.

3. Pihak PR1MA amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan ke sesi mesyuarat


secara maya ini. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesi mesyuarat sila hubungi
pegawai khidmat pelanggan PR1MA di talian 03-74950610 (Cik Azura) atau 03-74953845
(Puan Faezah).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Bagi pihak PERBADANAN PR1MA MALAYSIA

…………………………………….
Raja Intan Soffinas Raja Sukri
Ketua Khidmat Pelanggan.

You might also like