You are on page 1of 1

Ilmu Alam

Motivasi Islamik

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran Rumi &

Enter to search... "

Ahli Sihir

Ilmu Santau Sihir

Ahli Sihir Paling Berkesan, Ilmu Santai Sihir,


Bomoh Siam Super Power
bomohahlisihirnampakberkesan.blogspot....

BUKA

Home Islamik Kelebihan Surah Yasin dan Fadhilat Me…

Kelebihan Surah Yasin dan Fadhilat Membaca


Ayat Suci Ini Setiap Pagi (Yassin)

Editor Iskandar

Dukun

Pelet lewat poto

Anda punya masalah cinta pekerjaan rumah


tangga
santet-ampuhsakti.blogspot.com

BUKA

Surah Yasin (‫ )سورة يس‬adalah surah yang ke-36


dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83
ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang
diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan
Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.

Sepertimana huruf-huruf abjad yang terletak


pada permulaan beberapa surah Al Quran yang
lain, begitulah juga Yassin yang terdapat pada
permulaan ayat Surah Yasin ini, iaitu Allah
mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut
akan dikemukakan hal-hal yang penting antara
lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa
Muhammad SAW benar-benar seorang rasul
yang diutus-Nya kepada kaum yang belum
pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Menurut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan


Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab
Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada
pembacanya dalam kehidupan dunia juga
akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia
akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan
kehidupan akhirat.

Surah Yassin juga dikenali sebagai 'Rafi'ah


Khafidah' iaitu yang mengangkat darjat orang-
orang yang beriman dan menurunkan darjat
orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Sebaik-baiknya kita digalakkan membaca Surah
Yasin selepas solat Dhuha. Insya Allah akan
terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki
melimpah ruah tanpa disangka.

Kelebihan Membaca Surah


Yasin Setiap Pagi

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang


bermaksud :

"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi


keberkatan."

Iaitu:

1 Apabila orang yang lapar membaca surah


Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2 Jika orang tiada pakaian boleh mendapat
pakaian.
3 Jika orang belum berkahwin akan mendapat
jodoh.
4 Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan
takut.
5 Jika terpenjara akan dibebaskan.
6 Jika musafir membacanya, akan mendapat
kesenangan apa yang dilihatnya.
7 Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8 Jika dibacakan kepada orang yang telah
meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9 Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.
10 Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.

Keberkatan dan Fadhilat Surah


Yasin

Tadabbu Dauly O+cial - Surah Y…

Antara kelebihan-kelebihan surah Yassin yang


turut disebutkan di dalam banyak hadis adalah
seperti yang dikongsikan di laman Facebook,
antaranya :

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin


dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu
akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati


dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah


menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata


mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang
dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah
sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang
yang mati.

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin


pada setiap malam dan kemudiannya
meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati
syahid.

6. Sesiapa membaca Surah Yasin, ia akan


diampunkan, siapa sahaja yang membaca
semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, siapa membacanya dikala
sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula,
siapa membaca kehilangan binatang akan
mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu
membacanya kerana bimbangkan kekurangan
makanan, makanan itu akan mencukupi.

Dan jika membaca kepada orang yang


menghadapi penderitaan maut, akan
dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu
membaca ke atas perempuan yang sukar untuk
melahirkan anak akan dimudahkan juga
baginya.

7. Maqri rahmatullah 'alaih berkata, Jikalau Surah


Yassin dibaca oleh seorang yang takut
pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan
akan ketakutan itu.

8. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin


dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan
memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan
diterima.

9. Sesiapa yang solat sunat dua rakaat pada


malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah
jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui
keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

Sihir Pengunci Nafsu

Bomoh Sihir Paling Power

Cara Nak Pikat Pompuan Lewat Gamabar, Ciri


Ciri Orang Kena Sihir Jarak Jauh
dukunpeletampuhdanterbukti88.logdown....

BUKA

10. Apabila datang ajal orang yang suka


membaca Surah Yasin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya.

11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa


mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

12. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin kerana


Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni
dosanya dan memberinya pahala seperti
membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin
dibacakan pada orang yang sedang sakit, Allah
menurunkan untuknya setiap satu huruf 10
malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di
depannya, memohonkan ampunan untuknya,
menyaksikan saat rohnya dicabut,
menghantarkan jenazahnya, berselawat
untuknya, menyaksikan waktu penguburannya.

13. Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah


SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi
perkuburan lalu membaca Surah Yasin, maka
pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka
dan bagi yang membacanya mendapat
kebaikan sebanyak penghuni kubur di
perkuburan itu. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

14. Imam Ja’far Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap


sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran
adalah Surah Yassin. Sesiapa yang
membacanya sebelum tidur atau di siang hari
sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke
petang, ia tergolong pada orang-orang yang
terjaga dan dikurniakan rezeki.

Surah Yasin ini juga amat baik dibacakan selalu


ketika orang sakit, sedang nazak, sedang koma
atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka
(terutama ayat 12), supaya orang tersebut
berada dalam kesenangan dan orang yang
masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula
akan menyusul.

Baca juga : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Video Surah Yasin Ayat 76 - 80

Surah Yasin ayat 76 dibaca untuk


mententeramkan diri apabila kita difitnah,
apabila kita rasa sedih, merasa sebak atau
kecewa hati terluka. Cara untuk menenangkan
diri dengan menggunakan bacaan ayat suci ini
adalah dengan membaca sambil mengurut
dada. Insya Allah hasilnya lega.

Video Kelebihan Surah Yasin Ayat 82

Surah Yasin ayat 82 adalah untuk dibaca kepada


anak-anak yang degil, tak mahu dengar cakap
atau kuat melawan. Ini salah satu ayat untuk
melembutkan hati anak-anak. Sila tengok video
bagaimana Ustaz Kazim ajar cara-cara untuk
membacanya.

Video Surah Yasin Ayat 9

MANFAAT SURAT YASIN AYAT …

Bacalah surah Yasin ayat 9 ini setiap kali selepas


solat, ditiup di tapak tangan dan diusap ke
seluruh badan dengan niat untuk jadikan
sebagai benteng pertahanan diri dari segala
gangguan. Boleh juga dibacakan pada garam
kasar atau air dan ditabur atau direnjis sekeliling
rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan
harta benda dari segala gangguan jin mahu pun
manusia.

Terjemahan Surah Yassin Ayat 9

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding


dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami
tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak
dapat melihat.(9)

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar,


janganlah meletakkan kebergantungan kepada
ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya
kepada Allah SWT semata-mata.

Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang


bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan
Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas.
Sudah semestinya salah satu cara untuk
mendekatkan diri kepada seseorang melalui
hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-
Quran.

Oleh kerana itu marilah kita sama-sama


mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui
ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak
manfaatnya ini. Jadikanlah ayat suci ini sebagai
amalan harian dalam kehidupan kita agar diri
kita sekeluarga dipermudahkan rezeki yang
penuh keberkatan. Insya Allah. - ilmualam.com

Related Posts

Surah An-Nisa Rumi dan Jawi Nak Masuk Ke Rumah Baru

Sila Baca!!! "Roh Meminta 9 Kelebihan Surah Al-Waqiah

Doa Mohon Allah SWT Perempuan Yang Bergelar

0 komentar Urut Berdasarkan Terbaru

Tambahkan Komentar...

Plugin Komentar Facebook

Follow Us

# Facebook $

% Twitter $

& Youtube $

' Instagram $

Recent Posts

Surah Al-Mulk Rumi dan Jawi


Terjemahan & Maksud (PDF & MP3)

Surah Yasin Rumi dan Jawi (Maksud &


Terjemahan Yassin)

Surah Al-Maidah Rumi dan Jawi (Maksud


& Terjemahan)

Popular Posts

Surah Al Fatihah Rumi dan Jawi (Maksud


& Terjemahan)

Doa Keluarga Bahagia Untuk


Kebahagiaan Rumah Tangga Dunia
Akhirat

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-


Quran Rumi & Jawi

About Us

Laman perkongsian ilmu yang bermanfaat dan


motivasi Islamik untuk diri sendiri dan juga anda
yang ingin mendapatkan ganjaran pahala dan
saham akhirat.

# % ' (

Ilmu Alam

Contact
Disclaimer
Policy
Sitemap
Terms of Service

Newsletter

Subscribe to the latest articles from this blog directly


via email.

Email address

Subscribe

Copyright © 2020 Ilmu Alam - All Rights Reserved.


Sharing is Caring )

You might also like