You are on page 1of 2

Kaifiat Bacaan Yaasin Bagi Mengembalikan

Barang Hilang
‫بمحســـــــــمم ٱلم ٱلررححـممــمن ٱلررمحـــــــيمم‬
‫اللرمهرم م‬
‫صلل معملىَ مممحرمد مومعملىَ آمل مممحرمدد‬

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula
ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Kaedah Mengamalkannya
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT
mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

 Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu
diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
 Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian
teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa
lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada
mula.
 Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat
24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
 Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu
diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
 Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima
(iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
 Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima
dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada
mula.
 Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga,
keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan
bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
 Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam
berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang
telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang
ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Sumber : Darussyifa’

kawan saya pernah amalkan ini alhamdulillah dompet yang di curi di jumpai esok
harinya di pulangkan oleh pencuri ke balai polis. dia baca yassin dan mnggunakan
garam kasar. selepas selesai solat isya dan baca yassin, garam tu di goreng sehingga
meleyup2 bunyinya. wallaualam.

You might also like