You are on page 1of 4

1

PENJURIAN BERPUSAT e-PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU


KEROHANIAN PERINGKAT ZON BUKIT BESI

BILIK MESYUARAT SK JONGOK BATU

TARIKH : 09 OGOS 2022

HARI : SELASA

MASA : 9.00 PAGI

PENGACARA MAJLIS: PN.RINER BT MASLIE

MASA CUE ANN/ TEKS CATATAN

9.00 PAGI KETIBAAN HAKIM Acara pertandingan akan bermula sebentar


sahaja lagi….

Para Hakim dipersilakan mengambil tempat.

MASA CUE ANN/TEKS CATATAN

9.05 PAGI Ucapan alu- Bismilahhirahmanirahim... Assalamualaikum WRH


aluan pengacara WBT    & Salam Anjakan, Muafakat, Nekad.
majlis
Bagi pihak jawatankuasa program adab dan nilai
peringkat zon bukit besi saya dengan sukacitanya
mengalu-alukan kehadiran tuan puan hakim yang adil
lagi bijaksana ke penjurian berpusat e-pertandingan
nyanyian solo lagu kerohanian di sekolah kebangsaan
jongok batu, pada hari ini.

Yang dihormati Hakim-hakim pertandingan, seterusnya


jawatankuasa pelaksana yang dimuliakan.

9.10 PAGI Bacaan Doa Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan illahi, agar segala urusan mendapat
rahmatnya. untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Ustaz Hisyam bin Zameli bagi mengetuai
bacaan doa.
2

DOA
 Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada
Ustaz Hisyam Bin Zameli atas bacaan doa itu
tadi. mudah-mudahan majlis kita pada hari ini
mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

9.15 PAGI Makluman Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya


penjurian memperkenalkan para hakim yang akan mengadili
pertandingan pada hari ini seterusnya membacakan
panduan penjurian.

Untuk makluman hakim-hakim, e-pertandingan


nyanyian solo lagu kerohanian kali ini disertai oleh 12
orang peserta

Baiklah saya perkenalkan barisan hakim bagi


e-pertandingan nyanyian solo lagu kerohanian sekolah
rendah peringkat zon bukit besi:

Ketua hakim
Cikgu Wan Ramizul Fauzan bin Wan Samsuddin

Hakim Suara
Cikgu Paezah binti Abdul Halim

Hakim Persembahan
Cikgu Mohd Amir bin Abdullah

Hakim Kreativiti
Cikgu Abzainizam bin Abdullah

Di sini saya akan bacakan panduan penjurian ini.


1. Hakim diminta merujuk garis panduan FKISS
yang telah disediakan.
2. Urusetia akan membuka pautan rakaman
setiap peserta.
3. Setiap hakim hendaklah mengisi markah
mengikut bahagian yang ditetapkan.
4. Urusetia akan mengutip borang pemarkahan
dan menyerahkan kepada ketua hakim.
5. Ketua hakim akan mengumpulkan markah
keseluruhan bagi setiap peserta dan
merumuskan markah yang diperoleh untuk
3

persetujuan bersama.
6. Masa anggaran untuk setiap penjurian bagi
setiap peserta adalah selama 10 minit.
7. Setelah selesai penjurian kesemua peserta,
ketua hakim hendaklah membuka
perbincangan semula bersama hakim-hakim
untuk menentukan pemenang pertandingan.
8. Jika ada bantahan hendaklah dimaklumkan
dan dibincangkan sebelum keputusan akhir
dibuat.
9. Ketua hakim mengumumkan keputusan johan,
naib johan dan tempat ketiga pertandingan.

Diharapkan semua hakim ambil maklum panduan


penjurian seperti yang dinyatakan sebentar tadi.

MASA CUE ANN/TEKS CATATAN

9.20 PAGI PENJURIAN Tanpa melengahkan masa lagi, e-


PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU
KEROHANIAN akan dimulakan.

Peserta 1 …… (rujuk maklumat dalam slaid)

SLAID

Dipersilakan, hakim-hakim membuat penjurian.

………….

11.30 PAGI PENGUMUMAN Demikianlah tadi persembahan peserta.


KEPUTUSAN Sekarang tibalah masa untuk ketua hakim
PENUTUP membuat perbincangan seterusnya
mengumumkan keputusan.

KEPUTUSAN
4

Terima kasih kepada hakim-hakim atas kesudian


memberikan penjurian kepada semua peserta
pada hari ini.

Tahniah kepada semua pemenang

Kami bagi pihak sekolah pengelola SK Jongok


Batu memohon maaf andai ada kekurangan
berlaku sepanjang kelolaan e-pertandingan
nyanyian solo lagu kerohanian ini berlangsung.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Kita


sudahi majlis penjurian kita dengan tasbih
kafarah dan surah al-asr.

You might also like