You are on page 1of 12

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI TAHUN 4
PERTAKSIRAN FORMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 4
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI (RBT)

DIS/JAN
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah


dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

6. Soalan Bahagian B perlu dijawab pada kertas soalan di ruangan


jawapan yang disediakan.

7. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada


ruangan jawapan.

BAHAGIAN MARKAH

BAHAGIAN A /20

BAHAGIAN B /30

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 20 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap soalan.

1. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada peraturan keselamatan


bahan?

I Laporkan kepada guru jika terdapat bahan yang hilang


II Simpan bahan berbahaya di tempat yang selamat
III Sentiasa berhati-hati menggunakan bahan
IV Bersihkan Kawasan bahan yang digunakan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2. Apakah warna keselamatan yang tepat dengan maklumat berikut.

Wajib Dipatuhi

A. Biru
B. Putih
C. Hijau
D. Kuning

3. Antara berikut, yang manakah Langkah mengatasi masalah renjatan elektrik?

A. Alihkan mangsa menggunakan bahan penebat


B. Sapu ubat di kawasan yang terkena renjatan
C. Bawa mangsa berjumpa pegawai perubatan
D. Beri mangsa minum air setelah dialihkan

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]


4. Antara berikut, yang manakah amalan keselamatan di bengkel?

I. Pastikan pergerakan mengikut keadaan yang selesa


II. Sentiasa bersihkan alatan selepas digunakan
III. Susun atur bengkel dalam keadaan kemas
IV. Simpan alatan di tempat yang sesuai

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. Antara berikut, yang manakah fungsi garisan?


I. Menimbulkan garisan tebal
II. Menghasilkan tekstur objek
III. Mewujudkan pergerakan
IV Menghasilkan ton
.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Apakah elemen reka bentuk yang berikut?

A. Rupa alam
B. Rupa estetik
C. Rupa organik
D. Rupa geometri

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]


7. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan reka bentuk?

A. Menjimatkan masa
B. Memberikan pelbagai pilihan
C. Memudahkan urusan seharian
D. Meningkatkan peluang perkerjaan

8. Apakah Langkah ke-4 dalam proses penghasilan produk?


A. Menganalisis lakaran
B. Melakar reka bentuk
C. Menjana idea
D. Mengira kos

9. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada kepentingan


teknologi?

A. Mewujudkan individu yang bergantung kepada teknologi


B. Menghasilkan barang berkualiti rendah
C. Menyediakan peluang pekerjaan
D. Meningkatkan pilihan barang

10. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada teknologi


konvensional?

A. Mesin pelelas
B. Gergaji tangan
C. Mesin pengisar
D. Pemutar skru tanpa wayar

11. Mengapakah kita perlu membuat lakaran idea?


A. Mengenal pasti ciri produk
B. Mendapat idea awal produk
C. Mencadangkan reka bentuk akhir
D. Menghasilkan langkah pembinaan

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]


12. Mengapakah berlakunya, perubahan dalam peralatan konvensional menjadi peralatan
moden?

A. Menjimatkan masa
B. Mengikut edaran masa
C. Meningkatkan harga produk
D. Memenuhi kehendak perkembangan teknologi

13. Apakah ciri pembungkusan yang baik?


A. Mesra alam
B. Mudah dibentuk
C. Maklumat ringkas
D. Menggunakan ruang yang banyak

14. Apakah tujuan kita menghasilkan reka bentuk pembungkusan?


I. Melariskan produk
II. Menarik perhatian pengguna
III. Menjadikan produk lebih menarik
IV. Meningkatkan keuntungan penjual

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Mengapakah kita perlu menilai dan membuat pernambahbaikan pada suatu reka
bentuk?

A. Menjadikan produk lebih cantik dan menarik


B. Memastikan produk dalam disimpan dengan baik
C. Menjadikan reka bentuk dapat memenuhi fungsi produk
D. Memastikan reka bentuk mempunyai maklumat yang sesuai

16. Mengapakah kita perlu membuat kemasan pada reka bentuk pembungkusan.

A. Menjadikan pembungkusan lebih cantik dan menarik


B. Bersaing dengan produk di pasaran
C. Menarik perhatian pengguna
D. Meningkatkan harga produk

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]


17. Mengapakah kita perlu menghasilkan reka bentuk makanan yang menarik?

A. Menghasilkan makanan yang cantik


B. Memenuhi kehendak pasaran
C. Meningkatkan nilai makanan
D. Menarik perhatian pengguna

18. Bagaimanakah trend semasa mempengaruhi reka bentuk makanan?


A. Menarik perhatian pengguna
B. Memenuhi kehendak pasaran
C. Meningkatkan perhatian pengguna
D. Memberikan bentuk makanan yang terkini

19. Apakah yang dimaksudkan dengan atur cara komputer?


A. Arahan atur cara untuk menjalankan fungsi
B. Atur cara yang diproses dalam perkakasan elektrik
C. Atur cara berkod untuk memberi arahan bagi suatu fungsi
D. Urutan arahan berkod yang diproses untuk menjalankan fungsi

20. Antara berikut, apakah contoh atur cara yang terdapat pada produk di rumah anda?
I. Periuk nasi
II. Kipas angin berdiri
III. Periuk tekanan tinggi
IV. Ketuhar gelombang mikro

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian B
Soalan Subjektif
[ 30 markah ]
Arahan : Jawab semua soalan.

1. Pilih jawapan yang berkaitan dengan peraturan keselamatan bahan.


a) Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada (guru / kawan).

b) Berhati-hati semasa menggunakan bahan yang (berbahaya / tumpul)

c) ( Simpan / Basuh ) bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang
selamat.

d) Menggunakan bahan dengan berhemah dan ( cuai / cermat ).

e) ( Simpan / Buang ) bahan yang mudah rosak di tempat yang sesuai.

[ 5 markah ]

2. Nyatakan elemen dalam reka bentuk berdasarkan pernyataan yang berikut.

a) Permukaan yang mempunyai garisan luar


sebagai sempadan.
b) Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan
lebih daripada satu permukaan.
c) Tempat yang lapang dan mampu memberikan
keluasan.
d) Memberikan kesan pada objek dan orang yang
melihatnya.

e) Dapat dilihat atau disentuh seperti kasar, licin,


kesat, halus, lembut dan berkilat.

[ 5 markah ]

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]


3. Lengkapkan kepentingan teknologi kepada kehidupan manusia berikut.

mudah dan dalam reka bentuk yang menarik dan berinovasi


Komunikasi dapat dilaksanakan di seluruh dunia tanpa batasan masa
Cepat dan dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos
peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang
Taraf hidup meningkat dengan kepelbagaian teknologi

a) Teknologi membolehkan kita melaksanakan tugas dengan

b) Kepesatan teknologi menghasilkan ciptaan dan perkhidmatan baharu yang


menyediakan

c) Teknologi membolehkan produk dihasilkan dengan

d)
yang menyumbang kepada kemajuan dalam pelbagai bidang.

e)
menggunakan pelbagai medium seperti Internet dan telefon.

[ 5 markah]

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]


4. Tandakan (✓) bagi ciri pembungkusan produk yang baik dan ( X ) bagi yang salah.

a) Penggunaan imej yang membawa maksud yang lebih tepat


berbanding teks panjang lebar.

b) Reka bentuk pembungkusan yang susah dikendalikan.

c) Penggunaan warna yang keterlaluan pada reka bentuk


pembungkusan.

d) Pembungkusan produk mudah dilupuskan.

e) Pembungkusan produk dapat dikitar semula.

[ 5 markah ]

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]


5. Padankan reka bentuk makanan dengan jenis makanan yang tepat.

Konfeksi

Bijirin

Sayuran

Buah-buahan

Produk bakeri

Halaman 10 [ lihat halaman sebelah…]


[ 5 markah ]

Halaman 11 [ lihat halaman sebelah…]


6. Padankan maksud bagi algoritma, pseudokod dan carta alir dengan menulis A, B atau C.

A Algoritma

B Pseudokod

C Carta alir

a) Simbol dalam carta alir dihubungkan dengan


menggunakan anak panah.

b) Menunjukkan langkah demi langkah melaksanakan


tugasan dari mula hingga tamat.

c) Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah atau


melaksanakan tugasan.

d) Boleh dijelaskan melalui pseudokod atau carta alir.

e) Langkah-langkah penyelesaian masalah secara


grafik.

[ 5 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 12 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like