You are on page 1of 3

Soalan pertengahan tahun Miftahul Malaya.

Bahagian A (Objektif) (10 Markah)

1. Antara nama berikut, pihak manakah yang TERLIBAT dalam penghasilan kitab Miftahul Malayu?
I. Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Batani
II. Penerbit Alami SDN BHD
III. Mohd Hasanuddin Yusof
IV. Tun Suzana Tun Othman
A. III dan IV sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. Semua di atas
D. II, III dan IV sahaja.

2. Antara berikut yang manakah berkait dengan maksud PERKATAAN SEJARAH?


I. Pokok
II. Tarikh
III. Sajaratun
IV. Peristiwa
A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II dan III sahaja.

3. Antara tokoh berikut, yang manakah tokoh terkenal dalam bidang sejarah?
I. Ibnu Khaldun
II. Syeikh Ahmad Fathani
III. Wan Mohd Saghir
IV. Syeikh Faqih Ali
A. II, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II dan IV sahaja
D. Semua di atas

4. Antara penyataan berikut yang manakah penyataan BENAR mengenai kesan pengabaian
sejarah.
A. Bangsa akan semakin menyayangi negara sendiri
B. Rakyat akan lebih menjadi patriotik
C. Rasa cintakan kepada bangsa akan berkurangan
D. Menjadikan bangsa lebih kuat dan kreatif

5. Antara tokoh berikut, yang manakah BUKAN tokoh pengkaji dan penulisan sejarah tempatan?
A. Syeikh Faqih Ali
B. TG Hj Wan Mohd Saghir
C. Raja Ali Haji
D. Al-Idrisi
6. Antara kenyataan berikut, yang manakah benar tentang Melayu Bangsa Pelayar.
I. Keadaan goegrafi tanah melayu yang berpulau
II. Berlayar untuk bedagang
III. Menjajah negara lain
IV. Bangsa terawal berlayar di lautan
A. I, II dan III sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. Semua di atas

7. Antara berikut yang manakah benar TENTANG Melayu : Penguasa Teknologi Perkapalan?
A. Mampu membawa mutan seberat 250 – 1000 tan dan seramai 600 – 700 orang anak kapal.
B. Antara kapal yang terkenal adalah ‘Kun lum too’
C. Kapal diperbuat daripada besi
D. Layar kapal banya berbentuk Segi Empat sama.

8. Apakah faktor-faktor yang menjadikan Melayu Bangsa pedagang?


I. Faktor geografi tanah melayu yang subur
II. Mempunyai kepakaran dalam perniagaan
III. Laluan tanah Melayu yang Berada di kawasan yang sesuai untuk pedagang
IV. Kepakaran dalam pelayaran
A. I, II dan III sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. Semua di atas
D. I, III dan IV sahaja.

9. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang Kepintaran Ilmu Besi Alam Melayu?
A. Menghasilkan besi terbaik dunia pada kurun ke 3 hingga kurun ke 5 Masihi.
B. Pedang merupakan senjata utama yang di buat oleh Alam Melayu
C. Campuran jenis besi hanya menyebabkan senjata besi menjadi semakin lemah
D. Kedah Tua menjadi bukti kehebatan panah Alam Melayu

10. Apakah yang menyebabkan kedatangan Agama Hindu Budha ke Alam Melayu?
I. Pedagang -pedagang dan bangsawan dari India
II. Emas menjadi punca pedagang India datang ke tanah Melayu
III. Kuasa besar China dan India pada ketika itu
IV. Candi Borubodur dibina lebih awal yang menarik minat Melayu
A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas
Bahagian B (Subjektif) (20 Markah)

1. Terangkan maksud sejarah (2 Markah)

2. Huraikan kepentingan mempelajari sejarah dan nyatakan bukti atau dalil yang berkaitan
(8 markah)

3. Senaraikan keistimewaan Alam melayu yang menarik minat pedangang untuk berdagang di
Tanah Melayu (10 markah)

You might also like