You are on page 1of 1

Pegawai Pertanian

Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah


Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah
32610 Bandar Baru Seri Iskandar
Perak 20 Mac 2023

Tuan

PROGRAM KEBUNITI MADANI

Perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa AJK KRT Taman Lestari IUS telah bersetuju menerima set
hidroponik untuk Projek Kebuniti Taman Lestari IUS. Perbualan telefon di antara saya dan
Pegawai Pertanian pada hari Jumaat, 17 Mac 2023 adalah berkaitan.

3. Sehubungan itu, kami mencadangkan untuk meletakkan set hidroponik di Padang


Kedua. Pihak kami juga telah memohon kebenaran Majlis Daerah Perak Tengah bagi
tujuan tersebut.

4. Semoga projek kebuniti ini mendapat tunjuk ajar dari jabatan tuan serta
mengeratkan lagi silaturrahim di antara komuniti taman.

Kerjasama pihak tuan di dalam hal ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

………………………………………………..
(RAJA IBRAHIM RAJA MOHAMAD)
Pengerusi
KRT Lestari IUS Seri Iskandar

You might also like