You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 /2023-2024 SK
SUNGAI UD

YBE 3504
1.0 PENGENALAN

PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar
belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran
mereka seterusnya. Kerangka konsep PTTS 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek
iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti
dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini
dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan
PTTS 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir
dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan
juga amat penting dalam proses pembelajaran murid.

2.0 RASIONAL
Murid yang masuk ke tahun 1 datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman
yang berbeza. Ini menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh
memberikan kesan yang berterusan. Perbezaan umur (1-11 bulan), kebolehan
memberikan perhatian, kesediaan untuk belajar dan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada.

3.0 OBJEKTIF
Di akhir program, murud-murid dapat:

 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau


tadika kepada pendidikan formal.
 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial serta pembelajaran.
 Membantu murid mengurus diri sendiri.
 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini termasuklah:

 Murid Tahun 1
 Guru Tahun 1
 Pihak sekolah
 Pihak Prasekolah
 Ibu bapa
 PIBG

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 1


5.0 PELAKSANAAN

FASA PENYESUAIAN (2 MINGGU)

 Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan


 Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat
 Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan
item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.

FASA KESEDIAAN (2 MINGGU)

 Mengikut jadual Tahun 1


 Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
 Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
 Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid dan kreativiti guru
 Melaksanakan pelbagai kaedah PBD
 Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan untuk pembelajaran seterusnya

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 2


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PENGERUSI
MOHD FAUZI ABDULLAH
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1 SETIAUSAHA NAIB PENGERUSI 2


NICHOLAS BIN MALIKI MOHD FAIZ AKMAL BIN RAZALI ZACKWAN HAZEQ BIN SEKARIA
(PENOLONG KANAN HEM) (GURU PENYELARAS PROGRAM (PENOLONG KANAN KO)
TRANSISI TAHUN SATU)

YDP PIBG SK SG UD BENDAHARI SK SG UD GURU PRA SEKOLAH


GOH TZE FONG

SEMUA GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1


PEMBANTU TADBIR
MOHD FAIZ AKMAL BIN RAZALI WINNI BINTI ALENG
NUR DANIESYA BINTI ABDULLAH
ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN
NELSON BIN JOHN PEMBANTU OPERASI
JELINA BINTI JAMARI ABU BAKAR
MELAYA AUDILEAUDRINE LOUIS
HABIBAH BINTI YAKUB (AJK HADIAH/CENDERAHATI)
ANNA SARI ANAK JOHN
KHAIRUN NISAK BINTI RAMLI
NURUL JANNAH BINTI BOSINI
HASNIAH BINTI SHARKAWI
NAJIHAH BINTI RAHMAT
HAJAH BINTI ALLI

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 3


7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
FASA PENYESUAIAN (21 MAC – 1 APRIL)
Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan murid
menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta
membina hubungan baik dengan rakan dan guru serta membina keyakinan diri
murid untuk berkomunikasi. Fasa ini juga akan menggalakkan pelibatan aktif murid
dalam aktiviti pembelajaran. Bagi memudahkan guru melaksanakan fasa ini,
cadangan perincian pengisian telah disediakan sebagai panduan dan rujukan
kepada guru.
PELAKSANAAN
Pelaksanaan Fasa Penyesuaian ini adalah seperti berikut:
1. Dilaksanakan selama DUA MINGGU mengikut peruntukan waktu sehari yang telah
ditetapkan.
2. Pengisian dan peruntukan waktu aktiviti harian dalam fasa ini berdasarkan
peruntukan waktu sehari seperti dalam Jadual 1.
3. Pelaksanaan rutin kelas, perbualan awal dan rehat perlu dilaksanakan oleh guru
kelas. Manakala aktiviti fizikal, aktiviti suai kenal dan aktiviti pembelajaran perlu
dilaksanakan oleh guru mata pelajaran.
4. Penilaian perlu dilaksanakan menggunakan Senarai Semak Kesediaan
Murid seperti dalam Lampiran A.
5. Contoh pelaksanaan aktiviti sehari Fasa Penyesuaian seperti dalam Rajah 2.
Pengisian Peruntukan Waktu
Rutin Kelas 30 minit
Perbualan Awal 30 minit
Aktiviti Fizikal 30 minit
Aktiviti Suai Kenal 120 minit
Aktiviti Pembelajaran 60 minit
Rehat 20 minit

Rajah 2

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 4


7.0 FASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

1. FASA PENYESUAIAN (21 MAC – 01 APRIL 2022)


7.10- 7.40- 8.10- 2.05 2.25 3.25 4.25
Hari\Masa
7.40 8.10 9.10 2.25 3.25 4.25 4.55
Aktiviti
Rutin Perbualan Aktiviti Aktiviti Suai Aktiviti
Isnin Suai Rehat
Kelas Awal Fizikal Kenal Pembelajaran
Kenal
Aktiviti Aktiviti
Rutin Perbualan Aktiviti Aktiviti Suai
Selasa Suai Rehat Pembelajaran
Kelas Awal Fizikal Kenal
Kenal
Aktiviti Aktiviti
Rutin Perbualan Aktiviti Aktiviti Suai
Rabu Suai Rehat Pembelajaran
Kelas Awal Fizikal Kenal
Kenal
Aktiviti Aktiviti
Rutin Perbualan Aktiviti Aktiviti Suai
Khamis Suai Rehat Pembelajaran
Kelas Awal Fizikal Kenal
Kenal
Aktiviti Aktiviti
Rutin Perbualan Aktiviti Aktiviti Suai
Jumaat Suai Rehat Pembelajaran
Kelas Awal Fizikal Kenal
Kenal

2. FASA KESEDIAAN (04 APRIL – 15 APRIL 2022)

MINGGU CATATAN TEMA SUB TEMA


TEMA 1:
Isnin Diri Saya
Tubuh Saya

TEMA 2:
Selasa Warna
Dunia Di Sekeliling Saya

3 TEMA 3:
Rabu Ringgit Malaysia
Ekonomi & Kewangan
TEMA 4:
Khamis Haiwan
Alam Sekitar

TEMA 5:
Jumaat Masyarakat
Gotong royong

MINGGU CATATAN TEMA SUB TEMA


TEMA 1:
Isnin Keselamatan
Peraturan Jalan Raya

TEMA 2:
Selasa Rekacipta
Sains & Teknologi
TEMA 3:
4 Rabu Kesenian & Kebudayaan
Malaysiaku

TEMA 4:
Khamis Sukan Kegemaran
Sukan & Permainan
TEMA 5:
Jumaat Jaga Kebersihan
Kesihatan

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 5


8.0 KEWANGAN DAN BELANJAWAN PROGRAM TRANSISI
Sumber kewangan adalah daripada sumbangan PIBG SK Sg Ud.

BIL PERKARA ANGGARAN KOS KUANTITI JUMLAH


1. Cenderahati murid 5.00 39 195.00
2. Kuih-muih 3.00 3,00
JUMLAH

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 6


10.0 PENUTUP
Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu diharapkan dapat memenuhi matlamat
dan objektif program melalui perancangan yang telah dirancang dengan teliti oleh
pihak sekolah. Semoga murid-murid Tahun Satu berasa seronok dan teruja untuk
datang ke sekolah setelah tamatnya program transisi.

Disediakan oleh;

________________________________________________
(MOHD FAIZ AKMAL BIN RAZALI)
Penyelaras Program Transisi Tahun 1
Sk Sungai Ud

Disemak oleh;

_____________________________________________
(ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sk Sungai Ud

Disahkan oleh;

______________________________________
(MOHD FAUZI ABDULLAH)
Guru Besar
Sk Sungai Ud

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK SG UD 2023/2024 7

You might also like