You are on page 1of 3

 

SEJARAH BOLA JARING

Permainan bola jaring berasal daripada


permainan bola keranjang yang dipelopori
oleh Dr. James Naismith di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun
1891.Pada tahun 1895, beberapa perubahan
teknikal telah dilakukan sehingga permainan
ini mempunyai ciri- ciri sendiri dan tidak lagi
dianggap bola keranjang ubahsuai. Menerusi
sejarah perkembangan permainan ini,
kebanyakan perubahan teknikal dari segi saiz
bola, bulatan gol, peraturan penalti, jaring dan
bulatan logam adalah usaha yang dibuat oleh
ahli- ahli peminat dari persatuan Ling (
Ling Assosiation 
). Di England, permainan ini telah
diperkenalkan kepada negara- negara
Komanwel British yang lain termasuk
Malaysia.Pada tahun 1898, beberapa
perubahan dibuat untuk permainan
(basketball )dan ini mewujudkan perubahan
dalam asal usul permainan
(netball)
bola jaring.Antara perubahan yang dilakukan
termasuklah bilangan pemain yang ditambah
kepada Sembilan orang pemain, saiz bola
dikecilkan kepada saiz 5 bola
sepak,gelanggang dibahagikan kepada tiga
kawasan, gelang- gelang gol dikecilkan
daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm, tiang gol
ditinggikan kepada 3 meter manakala
pengiraan skor pula adalah seperti, satu mata
jika gol dijaringkan daripada daripada
gelanggang atau kawasan pertama atau
daripada hantaran percuma serta dua
mata jika jaringan dilakukan daripada
kawasan tengah.Nama permainan ditukar
kepada (
netball)
bola jaring kerana bakul telah diganikan
dengan gelang dan jaring. Tetapi terdapat
banyak Negara seperti Australia, New
Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama
basketball dan tidak menukarkan namanya
sehingga selepas beberapa tahun.

Di peringkat antarabangsa, sukan bola jaring


dikawal olehPersekutuanAntarabangsa
Persatuan Bola Jaring
(International Federation of Netball
Association).

You might also like