You are on page 1of 6

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


(Laporan antara 2000 patah perkataan)

NAMA PELAJAR : LIM JIA WEI

PROGRAM : PISMP JUN 2019

NAMA SEKOLAH : SJK(C) CHI HWA

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK MELUKIS MURAL

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 MEI 2023 – 14 MEI 2023

OBJEKTIF :
1) …………………………………………………………………………………………………..
2) …………………………………………………………………………………………………..
3) …………………………………………………………………………………………………

STRATEGI PELAKSANAAN:

SEBELUM PELAKSANAAN

Pada mulanya, saya dan rakan internship saya merancang untuk menjalankan projek melukis
mural. Kami membuat keputusan untuk melukis jadual nombor, iaitu jadual yang mengandungi nombor 1
hingga 100 sebagai mural kami. Jadual ini boleh memberi murid menghafal nombor perdana dan sifir 2
hingga sifir 9. Selepas itu, kami telah bertemu dengan Guru Besar SJK(C) Chi Hwa, Puan Looi Wai Yee
dan guru pembimbing, Puan Kor Ai Sze untuk membincangkan berkaitan dengan projek melukis mural
ini. Puan Looi telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami melukis mural pada dinding di
kantin. Hal ini kerana murid boleh melihat mural tersebut semasa waktu rehat dan dapat menghafal
nombor perdana dan sifir-sifir dari semasa ke semasa.

Saya berbincang dengan rakan internship saya tentang penggunaan warna bagi petunjuk untuk
sifir-sifir dan nombor perdana. Selepas berbincang dengan Guru Besar, kami membuat keputusan untuk
menggunakan warna hitam sebagai warna latar bagi jadual 1 hingga 100. Warna latar untuk nombor
perdana adalah warna hitam yang dicop dengan warna putih. Hal ini membolehkan murid melihat dengan
jelas bahawa nombor yang mempunyai latar hitam yang dicop dengan warna putih adalah nombor
perdana dan nombor lain adalah nombor komposit kecuali nombor 1. Kami juga menggunakan warna
kuning untuk melukis nombor 2 hingga 100 manakala menggunakan menggunakan warna putih untuk
melukis nombor 1. Hal ini kerana kami ingin memberi murid satu informasi bahawa nombor 1 merupakan
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

nombor yang istimewa, iaitu nombor 1 bukan nombor perdana dan bukan nombor komposit. Kami juga
menggunakan warna merah, kelabu, ungu, jingga, hijau, biru, merah jambu dan coklat untuk menjadi
petunjuk bagi sifir 2 hingga sifir 9. Penggunaan warna hitam sebagai latar dapat menyerlahkan warna
petunjuk dan warna nombor, hal ini membolehkan murid melihat nombor 1 hingga 100 dengan jelas.
Setelah berbincang dengan Puan Looi dan Puan Kor, Kami melukis jadual nombor dengan ketinggian 2
meter dan panjang 2 meter panjang, yang dibahagikan kepada 100 grid kecil dengan ketinggian 20 cm
dan panjang 20 cm. Selepas berbincang dengan guru besar, guru pembimbing, saya telah merangka dan
menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.

SEMASA PELAKSANAAN

Selepas disahkan oleh Puan Looi dan Puan Kor. Saya terus memulakan langkah pertama iaitu
melakar dan mewarna 2 gambar grid kecil sebagai contoh. Saya dan rakan internship saya bekerjasama
melukis rangka jadual di dinding dengan menggunakan pita pengukur, pembaris dan pensel. Semasa
melukis rangka jadual. Kami juga menggunakan plaster dinding untuk membaiki dinding. Hal ini kerana
tempat melukis mural sebelum itu adalah tempat yang mengantung papan kenyataan. Selepas janitor
sekolah mengeluarkan papan kenyataan, dinding adalah kotor dan berlubang. Plaster dinding dapat
membaiki dinding dan membolehkan saya mengecat dengan lebih lancar. Selepas mengukur dan
melukis rangka jadual, saya dan rakan internship saya melekat pita pelekat pada dinding mengikut
ukuran. Selepas itu, saya mengecat dinding dengan cat putih kerana cat putih dapat meningkatkan daya
ikatan antara cat hitam dan dinding dengan berkesan, dinding yang dicat dengan cat putih manjadi lebih
licin.

Selain itu, saya dan rakan internship saya menerus mengukur garis menegak dengan pita
pengukur, pembaris dan pensel. Saya dan rakan internship saya telah melukis petunjuk setiap 20 cm
pada pita pelekat melintang dan dinding. Walaupun langkah ini sangat memakan masa, tetapi langkah ini
boleh menjamin ketepatan ukuran grid kecil saya. Sekiranya ukuran tidak tepat, maka garisan grid kecil
saya akan menjadi senget dan nombor-nombor tidak dapat melukis di dalam grid yang ditetapkan. Saya
telah memotong benang untuk menjadi petunjuk garis menegak. Saya melukis petunjuk di atas benang
setiap 20cm, dan melekat benang pada dinding untuk menjadi garisan rujukan. Seterusnya, saya dan
rakan internship saya mengukur dan melukis petunjuk setiap 20 cm pada pita pelekat menegak dan
dinding. Seterusnya, saya melekat pita pelekat pada dinding mengikut ukuran dan mengecat cat hitam.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Di samping itu, saya dan rakan internship saya telah memfotostat nombor 1 hingga 100 di dalam
kertas lalu memotong nombor-nombor dengan pisau silet. Hal ini kerana saya mahu kertas rangka
nombor-nombor untuk mengukur pada dinding. Semasa saya mengajar di kelas, rakan internship saya
telah membantu saya mengecap warna putih di grid untuk nombor perdana. Selepas itu, saya menampal
kertas rangka nombor pada dinding mengikut pita pelekat grid kecil. Selepas menampal, saya mengecatl
cat putih dalam rangka nombor dan seterusnya mengecat cat kuning pada kerangka nombor 2 hingga
nombor 100. Hal ini kerana cat kuning tidak dapat menutup warna cat hitam. Satu lapis cat putih
membolehkan warna cat kuning dapat menutup warna cat hitam dan dapat memudahkan cat kuning lekat
pada dinding.

Tambahan pula, saya menanggalkan semua kertas rangka nombor apabila cat kuning sudah
kering. Saya memotong pita pelekat dengan menggunakan pisau silet mengikut ukuran yang diberi. Hal
ini kerana saya perlu meningalkan ruang yang cukup untuk menwarnakan cat putih. Hanya sesetengah
tempat perlu memotong pita pelekat untuk mewarna. Selepas itu, saya mengecat cat hitam dengan berus
kecil untuk membaiki warna dalam setiap grid. Hal ini kerana kertas rangka nombor sangat nipis dan cat
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

putih sangat tipis, menyebabkan cat putih mudah memintas ke tempat grid yang lain. Disebabkan kertas
rangka nombor sangat nipis, cat kuning juga mudah memintas ke tempat grid lain seperti cat putih. Ini
telah menyebabkan kebanyakkan grid hitam perlu membaiki dengan cat hitam. Setelah cat hitam kering,
saya mewarnakan petunjuk mengikut warna yang ditetapkan, iaitu mewarna merah, kelabu, ungu, jingga,
hijau, biru, merah jambu dan coklat untuk menjadi petunjuk bagi sifir 2 hingga sifir 9. Seterusnya, saya
mewarnakan cat kuning pada nombor perdana selepas rakan internship saya mengecap warna putih
dalam grid nombor perdana. Disebabkan cat kuning sangat tipis, ia mudah untuk memintas keluar
nombor, oleh itu, ia memakan masa yang panjang untuk membaiki warna nombor perdana. Saya juga
mengecat cat putih bagi garisan grid untuk menonjolkan setiap grid nombor. Walaupun garisan grid
mempunyai pita pelekat lekat padanya, disebabkan sesetengah kelikatan pita pelakat kurang baik, warna
hitam latar grid juga memintas kepada garisan grid. Saya terpaksa mengecat cat putih kepada garisan
grid sekali lagi.

SELEPAS PELAKSANAAN

Saya membawa murid Tahun 3M saya ke mural saya supaya saya dapat mengajar murid tentang
cara membaca jadual nombor ini. Saya menerangkan cara untuk membaca jadual nombor dan meminta
murid saya membaca sifir 2 dan sifir 3. Selain itu, saya meminta murid saya membaca sifir 6 kerana
sesetengah murid belum menguasai sifir 6. Saya juga boleh menggunakan peluang ini untuk
mengukuhkan pengetahuan sifir 6 murid. Tambahan pula, saya juga memberi murid membaca sifir 9
kerana kebanyakkan murid belum menguasai sifir 9. Saya terus menggunakan sifir 9 untuk memastikan
murid saya faham dan erti menggunakan jadual nombor ini untuk menguasai sifir 9. Walapun murid
Tahun 3 belum belajar nombor perdana, saya tetap memberi murid saya sedikit informasi tentang nombor
perdana, iaitu nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor
pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri.

REFLEKSI:
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Melalui projek ini, saya boleh lebih memahami kandungan dalam DSKP Matematik. Hal ini
kerana saya tidak memahami semua kandungan DSKP Matematik untuk setiap tahun. Untuk menjayakan
projek mural, saya perlu mengkaji DSKP Matematik setiap tahun untuk mencari idea melukis mural
tentang subjek Matematik dan dapat membawa pengetahuan Matematik kepada murid mengikut DSKP
Matematik. Oleh itu, saya memilih untuk melukis jadual nombor yang boeh mengajar murid sifir 2 hingga
9 dan nombor perdana disebabkan murid akan menggunakan pengetahuan tersebut semasa mereka
belajar Matematik dalam masa hadapan. Sifir 2 hingga 9 sentiasa digunakan dalam pendaraban dan
pembahagian manakala murid akan belajar nombor perdana semasa mereka dalan Tahun 5 dan Tahun
6.
Di samping itu, kerjasama dan komitmen daripada semua rakan-rakan guru pelatih internship
juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini. Masing- masing sanggup mengorbankan
masa terutama cuti hujung minggu, dan waktu malam, serta mencurah idea bagi menghasilkan mural
yang terbaik. Walaupun saya dan rakan internship saya menghadapi beberapa masalah sepanjang
projek ini, tetapi kami masih berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara damai tanpa
menimbulkan pertelingkahan.
Tambahan pula, saya dapat belajar penggunaan warna untuk melukis mural. Hal ini kerana mural
perlu menggunakan warna yang berbeza untuk menarik minat murid untuk melihat kandungan mural.
Penggunaan warna yang bertentangan sebagai warna petunjuk boleh memudahkan murid untuk mencari
sifir-sifir mengikut warna.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Semasa mengukur ukuran dan mengecat, saya mendapati bahawa ketinggian saya rendah
sehingga saya terpaksa berdiri di atas meja untuk mengukur dan mengecat. Walaupun saya dapat berdiri
di atas meja, disebabkan mata saya tidak dapat melihat grid nombor teratas dengan selari, ini
menyebabkan saya sukar untuk mewarna dan membaiki nombor dan grid dengan tepat. Saya perlu
menggunakan masa yang panjang untuk mewarna dan membaiki nombor serta grid.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah melukis garis menegak dan garis melintang. Hal ini
kerana dinding tersebut tiada garis atau benda rujukan untuk saya melukis garis lurus. Lantai dinding
tersebut juga condong ke bawah. Hal ini telah menambah lagi kesukaran untuk melukis garis lurus
dengan tepat. Saya telah menggunakan masa yang panjang untuk melukis garis lurus tanpa sebarang
garis dan benda rujukan. Semasa melukis grid kecil, disebabkan rangka jadual terlalu besar, walaupun
saya telah memnggunakan pita pengukur, tengah pita pengukur juga boleh senget disebabkan rangka
jadual terlalu besar. Hal ini menyebabkan saya dan rakan internship saya telah mengukur ukuran setiap
grid dari semasa ke semasa untuk memastikan ukuran grid adalah betul. Namun begitu, apabila saya
menampal kertas rangka nombor, terdapat ukuran sesetengah grid masih tidak tepat dan mempunyai
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

ralat. Hal ini saya terpaksa melekat kertas rangka nombor di tengah grid sahaja dn bukan mengikut
ukuran grid.
Seterusnya, saya juga menghadapi masalah penggunaan cat semasa mengecat mural. Terdapat
pelbagai jenis cat yang boleh digunakan untuk mengecat dinding. Namun begitu, saya telah membeli 2
jenis cat yang berbeza semasa mengecat. Cat putih merupakan cat untuk mural, warna petunjuk
merupakan warna poster yang berkalis air dan cat hitam dan cat kuning merupakan cat untuk kayu dan
besi. Hal ini menyebabkan cat putih tidak dapat menutup warna cat hitam dan kuning dengan baik kerana
cat putih sangat tipis. Saya hanya boleh mengecat cat putih beberapa kali untuk menutup warna cat
hitam seperti semasa saya membaiki warna garisan grid.
Saya juga menghadapi masalah peralatan dan bahan yang tidak mencukupi. Semasa saya
mengukur dinding, saya hanya mempunyai satu pita pengukur. Ini menyebabkan saya susah untuk
memastikan ketepatan ukuran saya. Saya juga kekurangan pita pelekat untuk melekat garisan grid.
Walaupun saya telah mencari jenis pita pelekat yang digunakan di kedai buku, namun saya masih tidak
dapat mencari pita pelekat yang saya guna. Oleh itu, saya hanya menggunakan cara alternative untuk
menyelesaikan masalah ini, iaitu menggunakan pita pelekat yang lain dan memotong garisan grid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Semasa dan mengukur dan mewarna grid yang teratas, saya boleh meminjam tangga daripada
janitor sekolah. Hal ini kepada dengan menggunakan tangga, mata saya boleh selari dengan garisan
yang saya perlu lukis. Dengan ini, saya dapat mengukur dengan lebih tepat dan mewarna serta membaiki
warna dengan menjimatkan masa dan lebih tepat.
Semasa mengukur dan melukis garisan, walaupun saya telah menggunakan pita pengukur,
namun pengukuran grid nombor masih ada sedikit kesalahan dan menyebabkan ukuran menjadi tidak
tepat. Dinding tersebut juga tiada sebarang garis rujukan dan benda rujukan untuk menjamin garis yang
dilukis adalah lurus dan betul. Oleh itu, saya boleh menggunakan bantuan teknologi, iaitu menggunakan
bantu LCD projector. Hal ini kerana LCD projector boleh memancar jadual nombor dengan mempunyai
garis lurus dan ukuran grid nombor yang tepat. Saya boleh terus menlukis rangka jadual nombor
mengikut pancaran LCD projector. Ini boleh menjimatan masa dan mengurangkan bebanan kerja saya.
Sebelum memulakan projek melukis mural, saya perlu membuat kajian tentang cat yang sesuai
untuk digunakan untuk melukis mural. Hal ini kerana cat yang berbeza berkemungkinan besar tidak dapat
menutup warna cat lain sekiranya saya ingin membaiki warna mural saya. Saya juga perlu membeli
peralatan dan bahan yang cukup sebelum memulakan projek melukis mural. Hal ini kerana peralatan dan
bahan yang cukup boleh mempercepatkan proses melukis mural.

KESIMPULAN:
Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga projek ini dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan,

You might also like