You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

Minggu Praktikum: 10

Tarikh: 8.4.2023

Tajuk jurnal: Keberkesanan penggunaan “Paper Mode” dalam aplikasi Quizizz

1. Isu Yang Difokuskan:

Saya menjalankan sesi soal jawab saya dalam bentuk “Paper Mode” dalam aplikasi
Quizizz semasa sesi PdP saya. Quizizz yang berbentuk “Paper Mode” membolehkan
semua murid menyertai sesi soal jawab kelas. Hal ini telah menimbulkan isu sepanjang
proses PdP saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Saya telah menggunakan aplikasi Quizizz dalam sesi soal jawab PdP saya untuk kelas
5B. Hal ini kerana Quizizz boleh digunakan untuk menyediakan ujian untuk murid.
Semua murid boleh melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Dengan menggunakan jenis
“Paper Mode” dalam aplikasi Quizizz, saya mampu memberi murid menjawab soalan
lalu melihat bilangan murid yang menjawab soalan dengan betul. Selain itu, saya juga
mampu menjelaskan kaedah menjawab soalan kepada murid dengan segera. Namun
begitu, ia memerlukan saya log in akaun Quizizz saya dalam computer sekolah dan
telefon bimbit saya perlu mempunyai aplikasi Quizizz untuk mengimbas kod Qr setiap
murid. Saya juga perlu memberi setiap murd satu kod Qr untuk memberi jawapan. Hal
ini memakan sedikit masa pengajaran saya.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Sebagai kaedah alternatif dunia baharu, Quizizz boleh digunakan untuk merancang
aktiviti kelas dan menyediakan ujian untuk pelajar (MacNamara & Murphy 2017).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :

I. Log in akaun Quizizz saya sebelum masuk ke dalam kelas.


II. Memastikan telefon bimbit saya mempunyai internet yang stabil.
III. Memberi kod Qr kepada murid saya sebelum menjalankan sesi PdP saya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan log in akaun Quizizz dan memberi kod Qr kepada murid saya sebelum saya
menjalankan sesi PdP saya. Saya juga memsatikan telefon bimbit saya mempunyai
internet yang stabil supaya say adapt mengimbas kod Qr murid saya untuk melihat
jawapan murid saya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

10.4.2023

8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan

Tindakan yang dilaksanakan dapat membolehkan semua murid dalam kelas


melibatkan diri dalam sesi soal jawab dan dapat menarik minat murid. Murid juga dapat
mengenalpasti kesalahan mereka dengan segera setelah menjawab soalan quiz.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya berharap tindakan yang dilaksanakan dapat menarik minat murid dan mampu
melibatkan diri dengan menjawab soalan yang saya beri.
Rujukan

Mohamad, A. H. (2020). Keberkesanan Quiziz sebagai medium alternatif ulangkaji


dan pembelajaran kendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 29–37.
http://journalarticle.ukm.my/15973/

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... …………………….

(LIM JIA WEI) (KOR AI SZE)

Pelajar Guru Pembimbing

IPG Kampus Pendidikan Teknik SJK(C) Chi Hwa

You might also like