You are on page 1of 47

Programme

Name (s) & ID Number (s) :

Section :
Course
Code :

Code :
1. NUR ERA MAIZATUL FHARISA BINTI JOHARI
(KBN210810313)
2. NUR SHAZRIENA FARISHA NAJWA BINTI MARZUKI
(KBN210810327)
3. NUR AINNA SOFEA BINTI SA’ARI
(KBN210810305)
4. NUR HAZIRAH ATEEQAH BINTI MOHD YUNAN
(KBN210810319)
5. NUR HIDAYATI FIRJANI BINTI MOHAMAD FIRDAUS
(KBN210810320)
6. NUR AMALIN BINTI ABDULLAH
(KBN210810307)

Course and Course Code : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PUSAT


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (HBE2063)

ASSIGNMENT SLIP
Lecturer : MISS NIK NURUL HAZWANI BINTI Section :8
HANIZAM

Programme and Programme Code :DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK (BE102)

Assignment No. / Title : LAPORAN RANCANGAN Extension & Late


PERNIAGAAN submission:
Allowed / Disallowed

Assignment type: % of Assignment Mark : Submission Date:


GROUP 50% MINGGU 14

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period
after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating
circumstances you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
Signature (s) :
Name (s) :

ID No (s) :

Date : __________
Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we consent to appropriate
storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/ academic cheating.

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )

This section may be used for feedback or other information


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
BAB 1 TADIKA KITA

1.0 Pengenalan Tadika 1


1.1 Latar Belakang Tadika 1&2
1.1.1 Cadangan Alamat, Peta dan Lokasi Tadika
2&3
1.1.2 Konsep dan Tema Tadika 4
1.2 Logo Tadika 4

1.2.1 Deskripsi Logo 5&6


1.3 Visi, Misi dan Moto Tadika 6
1.4 Objektif Penubuhan Tadika
7
1.5 Carta Organisasi Tadika 7
1.5.1 Deskripsi Tugas Setiap kakitangan 8&9

1.6 Lagu Tadika 10


1.6.1 Deskripsi Lagu 10
1.7 Reka Bentuk Baju Uniform
11&12
1.7.1 Deskripsi Baju Uniform 13
BAB 2 MENU MAKANAN HARIAN

2.0 Pengenalan 14
2.1 Jadual Menu Makanan 14&15
15-18
2.1.1 Deskripsi Penyediaan Menu Makanan Mengikut Hari

BAB 3 LAKARAN PELAN LANTAI

3.0 Pengenalan 19
3.1 Lakaran Pelan Lantai Tadika 20

3.1.1 Deskripsi Pelan Lantai Tadika 20-22

BAB 4 JADUAL AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK DAN KAKITANGAN

4.0 Pengenalan 23
4.1 Jadual Aktiviti Kanak-Kanak dan Kakitangan 24&25

4.1.1 Deskripsi Jadual Aktiviti Kanak-Kanak dan Kakitangan 26&27


BAB 5 SYARAT PENGAMBILAN KAKITANGAN

5.0 Pengenalan 28
5.1 Syarat Pengambilan Kakitangan 28&29

BAB 6 BORANG DAN REKOD KANAK-KANAK DAN KAKITANGAN

6.0 Pengenalan 30
6.1 Borang dan Rekod Kanak-Kanak dan Kakitangan 31-36

BAB 7 ALAT BANTU MENGAJAR

7.0 Pengenalan 37
7.1 Alat Bantu Mengajar 38

7.1.1 Deskripsi Alat Bantu Mengajar 38-40


(Jelaskan Fungsi, Kepentingan dan Cara Penggunaan ABM)
BAB 8 Rujukan Lampiran 41
42
BAB 1 TADIKA KITA

1.0 PENGENALAN TADIKA

Penubuhan Tadika Al-Amin adalah berpaksikan kepada usaha nagi memperkembangkan


potensi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun secara holistic dan berkonsepkan nilai
murni seperti berakhlak mulia , berkeyakinan tinggi dan amanah . Pendekatan pembelajaran
Tadika Al-Amin disokong oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman Bersama
aktiviti yang menyeronokkan , kreatif serta dapat membina keyakinan kendiri sebagai satu
persedian untuk hidup dalam persekitaran , dapat menangani cabaran dan sedia untuk
berada di dalam sekolah rendah .

1.1 LATAR BELAKANG TADIKA

Tadika Al-Amin merupakan sebuah tadika yang terletak di Kuala Krai , Kelantan . Sejarah
penubuhan tadika ini ialah bermula dengan pengambilan tahun pertama iaitu pada tahun
2012 dengan jumlah bilangan pelajar seramai 30 orang pelajar . Pada tahun 2014 , pelajar
di Tadika Al-Amin bertambah seramai 20 orang . Ini menyebabkan jumlah keseluruhan
pelajar menjadi 50 orang . Pertambahan daripada semasa ke semasa dipengaruhi oleh
kepercayaan daripada ibu bapa dengan kejayaan para pelajar dengan pantas .
Kebanyakkan pelajar Berjaya menguasai doa-doa harian dalam tempoh masa yang singkat
iaitu dalam masa 2 hingga 3 bulan . Tadika ini telah ditubuhkan oleh Puan Amalin binti
Abdullah pada tahun 2012 . Tadika ini berada di Kawasan kampung yang berhampiran
dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah , kedai-kedai runcit , masjid dan sebagainya .
Tadika ini beroperasi bermula 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari untuk waktu belajar . Pada
sesi pagi para pelajar akan memulakan rutin mereka dengan makan pagi , membaca doa-
doa harian , menyanyikan lagu tadika , perbualan pagi dan sebagainya .

Kelebihan Tadika Al-Amin ialah menerapkan nilai-nilai murni di logo tadika seperti amanah ,
berkeyakinan tinggi , beriman dan berakhlak mulia . Selain itu , penggunaan Bahasa melayu
tinggi dalam Pendidikan . Pelajar di Tadika Al-Amin di didik menggunakan Bahasa dan cara
yang baik untuk Bahasa percakapan . Selain itu , penggunaan panggilan bonda terhadap
pengurus tadika untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesame kakitangan dan pelajar . Untuk
penyediaan makanan pula , kakitangan di Tadika Al-Amin akan menyediakan makanan
mengikut pyramid makanan agar kesihatan para pelajar terjaga ia juga menitikberatkan
tentang khasiat-khasiat dalam pemakanan seharian .

1
Tadika ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem Pendidikan yang terkini , bagi
kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun . Tadika ini berkonsepkan nilai murni iaitu
akhlak mulia , berkeyakinan tinggi dan amanah . Dalam konsep yang ditetapkan di sini ,
pelajar bukan sahaja dapat mempelajari pelajaran yang asas malah mereka juga boleh
menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri mereka . Di tadika Al-Amin , kami juga
menekankan pembelajaran belajar sambal bermain dengan pelbagai bahan bantu mengajar
yang disediakan oleh guru agar dapat menarik minat para pelajar untuk belajar .

Sesungguhnya santun akhlaknya adalah melalui pembelajaran yang betul dan tepat .
Penubuhan tadika berasaskan konsep dan nilai-nilai murni dan amalan sunnah adalah atas
dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang bukan sahaja mempunyai Pendidikan yang
cemerlang dari segi akademik tetapi untuk menjadikan mereka pelajar yang santun . Di
Tadika Al-Amin , kami percaya bahawa setiap pelajar itu istimewa dan mempunyai kelebihan
masing-masing . Mereka akan diasuh bukan sahaja menggunakan buku tetapi dengan
pelbagai cara untuk mencungkil bakat yang ada di dalam diri setiap pelajar melalui
pelbagai teknik .

1.1.1 CADANGAN ALAMAT , PETA DAN LOKASI TADIKA


 Lokasi yang dipilih untuk menubuhkan Tadika Al-Aamin ini ialah Lot 2386
kampung kubang lebur 18000 , Kuala krai , Kelantan

PETA TADIKA

2
LOKASI TADIKA

3
1.1.2 KONSEP DAN TEMA TADIKA
Konsep tadika Al amin ialah memberi lebih perhatian terhadap pembentukan sahsiah dan
karakter. Bagi melahirkan pelajar sepanjang hayat, kanak-kanak yang menerima bimbingan
kami dididik untuk bersifat Ingin Tahu, Berketrampilan, Berkepimpinan, Berani, Bijak & serba
boleh. Selain itu, Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Tadika Al Amin disusun
untuk membina asas insan seimbang yang kukuh. Semua tunjang perkembangan anak
wajar diberi perhatian yang adil dan dipupuk oleh pendidik. Antaranya ialah tunjang,
Komunikasi, Perkembangan Fizikal & Estetika, Kerohanian, Sikap & Nilai, Sains &
Teknologi, Kemanusiaan, dan tunjang Ketrampilan Diri.

Kami juga bertanggungjawab untuk membina persekitaran yang sejahtera untuk kanak-
kanak melalui hubungan ibu bapa - guru - anak yang harmoni, komuniti penyayang,
apresiasi alam dan persekitaran belajar yang kondusif.

Tadika kami bertemakan kuning dan biru. Kuning bermaksud Amanah dan biru bermaksud
berkeyakinan tinggi. Para pendidik di tadika Al amin mendidik murd menjadi seorang yang
berkeyakinan. Contohnya mengajar mereka membina keyakinan diri mereka dengan cara
memanggil mereka untuk bercakap di hadapan seorang demi seorang. Aktiviti tersebut
dapat membina keyakinan dalam diri mereka.

1.2 LOGO TADIKA

4
1.2.1 DESKRIPSI LOGO

BIRU

Latar belakang logo ialah berwarna biru yang membawa maksud kelemahan dan ketegasan
. sistem pengajaran dan pembelajaran kanak kanak dalam kelas yang diamalkan di tadika al
amin bertitik tolak dengan amalan pendekatan pelbagai teknik menyampaikan ilmu kepada
kanak kanak dengan teknik ketegasan dan ketenangan agar kanak kanak mendapat ilmu
dengan mudah. Serta didalamnya penuh dengan pengisian yang berguna. Cara
penyampaian guru dalam menyampaikan ilmu perlukan pendekatan psikologi yang tinggi
dalam melentur kanak kanak.

KUNING

Selempang yang mempunyai dua yang berada dibahagian atas dan bawah memberikan
maksud keceriaan didalam kelas semasa guru mengajar supaya kanak kanak dapat
menimbulkan Hasrat bersemangat untuk belajar . Dengan ini, ilmu yang di sampaikan akan
dihadam dengan baik kerana menggunakan teknik yang dapat menarik minat mereka. Serta
mereka juga akan beremangat untuk datang ke sekolah .

SELEMPANG

Bentuk selempang yang membawa maksud belajarlah sampai habis sehingga mencapai
kejayaan kanak kanak tersebut. Pendidik di tadika al amin akan memastikan kanak kanak di
tadika dapat mengira mengenal, dan membaca agar mereka tidak ketinggalan dalam
pembelajaran mereka apabila sudah habis belajar kerana ia akan menjejaskan
membelajaran yang akan datang di sekolah . Guru akan kanak kanak pilihan tentang cita
cita mereka agar lebih bersemangat.

GARISAN BERSATU PADU

Antara maksud garisan Bersatu padu ia hubungan antara guru pendidik dan kanak kanak
yang dapat mengeratkan lagi perhubungan mereka antara anak dan ibu supaya timbulnya
sifat kasih sayang kerana akan mengelakkan berlakunya penderaan atau pilih kasih

5
terhadap pelajar di tadika. Selain itu, perhubungan antara ibubapa kanak kanak sangatlah
penting agar dapat bertolak ansur apabila melibatkan aktiviti di tadika.

BUKU

Seterusnya maksud lambang buku ialah ilmu seseorang yang membaca dapat menjaminkan
kejayaan yang cerah dimasa hadapan. Maksud huruf a ialah akhlak yang mulia daripada
ilmu yang di perolehi supaya menjadi orang yang berguna dan ada adab yang menilai baik
buruk seseorang. Di samping itu, hurus b bermaksud keyakinan tinggi. Ini dapat membantu
kanak kanak agar mampu untuk bercakap dan ada interaksi antara guru dan kanak kanak
agar mudah untuk mengajar.

1.3 VISI , MISI DAN MOTO TADIKA

VISI TADIKA

Melahirkan kanak-kanak yang berketerampilan , berakhlak mulia dan berkeyakinan diri yang
tinggi untuk menimba ilmu demi masa hadapan yang cemerlang , gemilang dan terbilang .

MISI TADIKA

 Guru menjalankan tanggungjawab dengan amanah terhadap kanak-kanak.


 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu bapa dan penjaga .
 Menyediakan pendidik yang terlatih dan berkelayakkan serta mampu menerapkan
nilai-nilai murni dalam Pendidikan awal kanak-kanak .

MOTO TADIKA

 Iman
 Ilmu

6
1.4 OBJEKTIF PENUBUHAN TADIKA

Antara objektif penubuhan Tadika Al-Amin adalah :

 Membuka kelas-kelas tadika untuk kanak-kanak yang berumur seawall 5 hingga 6


tahun .
 Menerapkan nilai murni keagamaan moral , rohani dan sosial .
 Memberi pendidikan secara formal dan tidak formal bagi melatih kanak-kanak
berinteraksi sesame manusia .
 Memupuk minat dan bakat dalam perkembangan daya cipta serta sikap ingin tahu .
 Melahirkan generasi yang memartabatkan Al-quran dan sunnah .

1.5 CARTA ORGANISASI TADIKA

7
1.5.1 DESKRIPSI TUGAS SETIAP KAKITANGAN

TUGAS PENGETUA TADIKA

Tugas pengetua di tadika adalah untuk memastikan guru mengajar berpandukan


sukatan pelajaran dan rancangan mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan .
Selain itu , pengetua tadika bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan
Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian
Pendidikan dan juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan , pentadbiran dan
kewangan tadika untuk memastikan pihak tadika tidak menghadapi masalah-
masalah yang tidak ingin berlaku . Seterusnya , pengetua juga menyelia dan
mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan
supaya mereka mencapai target yang sudah ditetapkan .

TUGAS PENYELIA TADIKA

Penyelia

- Memastikan pengurusan kewangan harta dan peralatan diurus dengan baik


- Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang tetap
- Memastikan aktiviti selaras dengan objektif tadika
- Menentukan konsep tadika

Guru

- Melaksanakan promosi dan menguruskan pengambila serta pendaftaran


kanak-kanak
- Menerima dnam menyambut ketibaan kanak-kanak apabila mereka datang ke
sekolah
- Menandakan jadual kedatangan kanak-kanak pada awal pagi sebelum
memulakan sesi pengajaran
- Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
arahan , dasar dan garis panduan yang ditetapkan
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian , mingguan dan
tahunan
- Membuat penilaian berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dalam
domain koggnitif efektif dan psikomotor
-

8
Pembantu guru

- Membantu guru dalam menyediakan sudut / ruang aktiviti dan alat / bahan
perkakasan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian
- Merancang , mengurus , mengendali dan menyediakan makanan atau
minuman yang bersih , selamat , lazat , berkhasiat dan seimbang untuk kanak
-kanak
- Membantu guru mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas
- Membantu dalam pelaksanaan aktiviti , program ko-kurikulum dan program
kelas dengan kerjasama JPTP , NGO , dan agensi yang terlibat
- Menjalankan tugas guru semasa ketiadaanya
- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke
semasa

9
1.6 LAGU TADIKA

Kami pelajar Tadika Al-Amin


Berusaha , tekun menimba ilmu
Budaya gemilang arah dituju
Bersatu maju terus maju .

Beriman , beramal dan berbakti


Hidupmu akan diberkati
Oleh allah…….. ULANG 2 X

Itu adalah Tadika Al-Amin…..

1.6.1 DESKRIPSI LAGU TADIKA


Penggal 1
- Kanak-kanak belajar dengan penuh semangat untuk mencapai kejayaan .
- Mereka bangga bersekolah di Tadika Al-Amin .
Penggal

- Tadika kami berkonsepkan islamik .


- Pembelajaran kanak-kanak dapat diberkati oleh Allah swt.
Penggal 3
- Nama tadika Al-Amin .

10
1.7 REKA BENTUK BAJU UNIFORM

BAJU UNIFORM LELAKI

11
BAJU UNIFORM PEREMPUAN

12
1.7 DESKRIPSI BAJU UNIFORM

Deskripsi baju uniform Tadika Al-Amin ialah baju ini direka khas untuk Tadika Al-Amin dan
tidak sama dengan mana-mana tadika yang kain . Tadika Al-Amin mementingkan
keselesaan murid dan berusaha mereka baju beruniform yang selesa untuk dipakai oleh
murid-murid . Hal ini kerana , mereka akan pakai setiap hari kecuali ada hari-hari yang
tertentu , murid akan diberitahu untuk memakai pakaian bebas . Terutamanya apabila
terdapat jamuan ataupun apabila ada sesuatu program . Selain itu , baju uniform Tadika Al-
Amin custom mode dan 100% cotton . Baju lelaki disediakan sehelai seluar dansehelai baju
uniform tadika , begitu juga bagi baju uniform murid permpuan . Butang yang terdapat pada
baju bagi memudahkan untuk mereka memakai . Di samping itu , murid-murid boleh belajar
berdikari tanpa mengharapkan ibu bapa . Selain itu , tie yang ada di baju uniform murid
perempuan bertujuan untuk menampakkan lebih sopan bagi si pemakai . Seterusnya ,
warna yang terdapat pada baju juga terdapat maksud yang tertentu . Contohnya , warna biru
melambangkan keterangan dan kuning melambangkan keceriaan .

13
BAB 2 MENU MAKANAN HARIAN

2.0 pengenalan

Pemakanan adalah komponen penting kepada manusia untuk memastikan pertumbuhan


dan perkembangan optimum kepada seseorang manusia . Amalan makanan yang sihat
yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak dan status pemakanan kanak-
kanak apabila mereka dewasa kelak . Selain itu , makanan juga membekalkan tenaga untuk
tenaga aktiviti fizikal dan mental serta dapat membantu dalam mengekalkan ketahanan
badan terhadap sebarang jangkitan . Di samping itu , amalan makan secara sihat harus
dipupuk sejak dari awal kerana ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya sehingga
dewasa . Guru dan pengendali makanan turut memainkan peranan yang penting dalam
memastikan kanak-kanak yang berada di tadika memperoleh makanan yang berkhasiat dan
memenuhi keperluan mereka .

2.1 jadual menu makanan

Menu minggu satu dan minggu ketiga

HARI SARAPAN PAGI TENGAHARI

Ahad Koko krunch + Susu Nasi lemak + air sirap +


buah tembikai
Isnin Sandwich +susu / milo Nasi ayam + air teh + buah
oren
Selasa Pau kukus + susu Nasi putih + sup ayam + air
laici + buah betik
Rabu Kuih-muih + air milo Bubur nasi + ikan bilis + air
sirap + buah tembikai
Khamis Cucur + susu Nasi + ayam masak merah
+ air teh + buah epal

Menu minggu dua dan minggu empat

HARI SARAPAN PAGI TENGAHARI

Ahad Biskut + susu Chicken chop + air sirap +


tembikai

14
Isnin Sandwish + air milo Bihun sup + air oren + buah
lai
Selasa Roti kosong + telur rebus Spagetti daging + air
+air teh kosong + pisang
Rabu Cornflakes + susu Nasi goreng + telur + air
kosong + epal
Khamis Kuih muih + air teh Nasi Putih + sup ayam + air
oren + epal

2.11 iskripsi penyediaan menu makanan mengikut hari


1. Koko krunch
Koko crunch rasa coklat dari gandum yang akan menyihatkan dan mudah dalam
penyajian . Koko krunch boleh dimakan bersama susu dan ia menjadikan sarapan
yang penuh nutrisi dan baik untuk kekuatan tubuh badan kanak-kanak sepanjang
hayat .

1. Susu
Susu adalah cecair bergizi bewarna putih yang dihasilkan oleh kelenjar susu
mamalia , salah satunya manusia . Susu membantu pertumbuhan mereka dan susu
juga mengandungi nutrisi penting seperti bermacam-macam vitamin , protein ,
kalsium , magnesium , fosforum dan seng . Antara pendapat lain bahawa susu
mengandungi mineral dan lemak .

2. Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang melayu yang terdapat di semua
bahagian .Sajian ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya . Kebiasaanya nasi lemak
dihidangkan dengan telur rebus , timun dan ikan bilis . Nasi lemak juga mempunyai
indeks glisemik yang lebih rendah daripada nasi putih biasa kerana campuran
dengan santan iaitu lemak yang sihat akan menurunkan indeks gliisemiknya .

3. Air sirap
Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada perisa pandan iaitu
pokok pandan dan air gula . Pada kebiasaanya pewarna merah digunakan untuk
memberikan warna menarik kepada air sirap . Air sirap akan disejukkan di dalam peti
sejuk sebelum disediakan kepada kanak-kanak .

15
4. Buah tembikai
Buah tembikai atau nama saintifik Citrullus lanatus adalah sejenis buah yang berasal
daripada Cucurbitaceae .Di dalam tembikai , terdapat kandungan nutrisi seperti
karbohidrat , protein , lemak , kalsium , zat besi , fosforus , kalium , natrium , vitamin ,
dan karotin .

5. Sandwich
Sandwich atau roti lapis ialah makanan yang menggunakan dua keping roti yang
menyepit daging , sayuran , keju atau perasa makanan atau sos . Sandwichadalah
makanan berkhasiat kerana mengandungi unsur protein , karbohidrat , vitamin ,
lemak dan pelbagai unsur-unsur lain yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia .

6. Air milo
Milo ialah jenama untuk sejenis minuman berasaskan coklat dan malt yang
dikeluarkan oleh sesebuh syarikat seperti Nestle . Milo mengandungi karbohidrat ,
protein , lemak , 6 vitamin ( vitamin B2 , B3 , B6 , B12 , C &D ) dan 3 mineral (
kalsium , zat besi , fosforus )

7. Nasi ayam
Nasi ayam mempunyai karbohidrat yang tinggi . Sumber tenaga terbaik untuk kanak-
kanak dan orang dewasa dan nasi ayam dimakan bersama sup

8. Air teh
Teh menjadi minuman ruji untuk rakyat Malaysia .Terdapat banyak khasiat minum air
teh . Antara salah satu punca ialah boleh mengurangkan risiko serangan sakit
jantung , menguatkan stamina badan , menghidrasi badan dan sebaginya .Teh juga
mempunyai kandungan anti dioksida sekiranya diambil mengikut ketetapannya .

9. Buah oren
Buah oren merupakan buah yang paling popular di dunia . Buah oren boleh
dikategorikan sebagi buah sitrus seperti buah lemon , limau nipis , limau mandarin
dan lain-lain .Buah oren kaya dengan serat , vitamin , folat , kalium dan juga
antioksida . Kebiasaanya buah oren dimakan segar atau dibuat jus .

16
10. Pau kukus
Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis , diuli dan
dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam sama ada manisan atau berdaging
atau sayur-sayuran .

11. Nasi putih


Nasi putih adalah makanan yang terkenal dan diketahui oleh semua manusia .
Antara kandungan di dalam nasi putih ialah mineral , vitamin hingga gizi utama
seperti karbohidrat dan protein . Untuk menu hari tersebut , kanak-kanak akan
makannasi putih bersama sup ayam .

12. Air laici


Air laici sangat bagus untuk kesihatan kerana laici kaya dengan nutrient penting
seperti protein , lemak , karbohidrat , serat , kalsium , zat besi , magnesium , fosforus
dan sebaganya . Ia juga baik untuk kesihatan tambahan lagi kepada kanak-kanak
kerana buah laici mengandungi antioksidan yang boleh membantu menyihatkan
system kardiovaskular . Buah laici juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai
oligonol .

13. Buah betik


Buah betik sangat bagus kepada kesihatan manusia kerana nutrisi yang terdapat
dalam buah dianggap mempunyai pelbagai manfaat kesihatan antaranya melegakan
keradangan , menguatkan darah , meningkatkan kesihatan jantung dan sebagainya .

14. Kuih-muih
Kuih muih ialah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui
serata Nusantara termasuk Brunei . Kuih-muih ini juga mempunyai rasa manisan
namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk . Kuih-muih menjadi pilihan
untuk menjadi santapan pagi kepada kanak-kanak di tadika ini .

15. Bubur nasi


Seperti yang kita ketahui , bubur nasi boleh dimakan oleh orang dewasa dan kanak-
kanak . Dalam beberapa kes , bijirin mesti dibuang agar tidak menghadapi reaksi
negatif badan . Terdapat banyak khasiat yang terdapat di dalam bubur nasi untuk
badan seseorang iaitu menenangkan sistem saraf dan penghapusan masalah puri ,
memberikan bekalan tenaga , menguatkan sistem kardiovaskular dan sebagainya .
Ia menjadi pilihan kerana bubur nasi dapat memberikan rasa kenyang yang panjang .

17
16. Cucur
Cucur ialah makanan ringan tradisional . pencuci mulut ini diperbuat daripada tepung
beras dan ia digoreng . ia dijadikan santapan pagi kepada kanak-kanak sebelum
mereka memulakan pembelajaran pada hari itu .

17. Buah epal


Buah epal adalah buah yang paling popular di dunia . Banyak khasiat buah epal
yang telah dibuktikan dengan kajian sains dan perubatan . Buah epal dijadikan
pencuci mulut kepada kanak-kanak selepas makan tengahari .

18
BAB 3 LAKARAN PELAN LANTAI

3.0 PENGENALAN
Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang bertanggungjawab perlu
membuat beberapa persediaan sebelum menubuhkan sesebuah kelas prasekolah. perkara
pertama yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan lantai yang
bersesuaian.Pelan lantai merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya
amat penting bagi memudahkan proses selanjutnya. Dalam penyediaan pelan lantai ini,
guru prasekolah perlu mengambil kira beberapa faktor seperti keluasan kelas, peralatan
yang akan diletakkan di dalam kelas, kesesuaian peralatan, jumlah dan saiz perabot dan
jumlah murid. Semua aspek-aspek ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keselesaan
murid prasekolah dan juga memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa
bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang
pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan
stor.Pelan lantai luar kelas prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan
permainan untuk taman permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan
lantai ini ialah saiz kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru
untuk merancang susun atur peralatan dan perabut.Namun begitu guru harus menggunakan
kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk
keselesaan murid dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.

19
3.1 LAKARAN PELAN LANTAI TADIKA

3.1.1 DESKRIPSI PELAN LANTAI TADIKA


Persekitaran tadika Al-Amin menyediakan ruang yang selesa, menarik dan kemas
untuk membantu merangsang proses pengajaran dam pembelajaran kanak-kanak. Ruang
persekitaran tadika dibahagikan kepada 2 iaitu sudut tunjang kreativiti dan estetika dimana
merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih
menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan
idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus seni visual
adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada
proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses
menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan
persekitaran serta hasil kerja orang lain.Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi,
pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek
improvisasi, dan apresiasi muzik.Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan
gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan

20
membuat gerakan secara kreatif.Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk
meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran
tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa
pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.Seterusnya sudut tunjang sains dan teknologi
dimana kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana kanak-kanak meneroka,
membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Setiap
kanak-kanak boleh membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang
akan membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang canggih,
contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan air,
bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas
pemerhatian. Contoh alat untuk sudut sains ialah alat pengukur seperti pembaris, peta,
timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan
alat mengukur suhu.Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda, skru,
spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin, kompas, teropong, lampu picit, telefon
dan akuarium.

Terdapat beberapa aspek yang diambil kira dalam menghasilkan pelan lantai bagi
sebuah kelas prasekolah. Ini bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif di
mana dapat membantu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Setiap bahagian dan ruang prasekolah memainkan peranan penting bagi kanak-kanak
prasekolah.Antaranya terdapat 6 meja kanak-kanak yang mewakili 6 kumpulan. Meja yang
digunakan berbentuk bulat bag mengurangkan risiko kecederaan semasa kanak-kanak
menjalankan aktiviti. Meja diperbuat daripada bahan kalis air bagi membolehkan sebarang
aktiviti menggunakan cecair di atas meja. Selain itu, terdapat meja pameran yang berfungsi
sebagai ruang pameran bertema. Bahan seperti diorama boleh diletakkan di meja pameran
bagi memberi kanak-kanak kesediaan terhadap tema prasekolah.Selain itu, terdapat
beberapa alatan di taman permainan seperti gelungsur, buaian dan jongkang-jongkit.
Bahan-bahan asas bag alatan permainan terdiri daripada plastik dan besi tahan lasak yang
selamat untuk kanak-kanak prasekolah. Lantai di kawasan taman permainan terdiri daripada
material getah bag mengurangkan impak sekiranva kanak-kanak terjatuh.

Selain itu, terdapat juga Ruang Aktiviti Kumpulan/Main Bebas. ruang ini
membolehkan murid menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa. Ruang ini juga dijadikan
rang untuk morning circle dan aktiviti tayangan video. Seterusnya terdapat dapur (Ruang
Masak dan Ruang Makan). Bahagian dapur dibahagikan kepada ruang masak dan ruang

21
makan. Ini bagi memastikan kelancaran aliran keluar masuk semasa waktu rehat. Selain itu,
ruang dapur turut dipisahkan bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak serta
memastikan aspek kebersihan terkawal. Justeru, terdapat 2 bilik air iaitu bilik air lelaki dan
bilik air perempuan.Ketinggian tandas juga dibina mengikut kesesuaian ketinggian murid
prasekolah. Lantai tandas dilengkapi dengan alas untuk memastikan latai tidak terlalu licin.
Murid perlu memakai selipar semasa menggunakan tandas. Selain itu, Tadika Al-Amin
mempunyai 2 bilik darjah untuk aktiviti pembelajaran harian kanak-kanak.Kemudahan
seperti first aid juga disediakan untuk kegunaan penting contohnya,kanak-kanak yang
mengalami luka kacil akan dirawat dengan baik.Selain itu,pemadam api juga disediakan jika
berlaku kebakaran dan sebagainya untuk keselamatan ahli tadika kami. Justeru, pintu
kecemasan juga disediakan dibelakang tadika iaitu berhampiran dengan meja makan.Ini
kerana mudah untuk menyelamatkan diri jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diinginkan. Tadika kami menyediakan perkhidmatan didikan dan bimbingan kepada kanak-
kanak dalam merealisasikan matlamat tadika ini serta tujuan ibu bapa menghantar anak
mereka ke tadika ini. Antara faktor yang membawa kepada penubuhan tadika ini ialah
memenuhi permintaan negara terhadap kanak-kanak yang berkualiti untuk menjadi
pembangun negara pada masa hadapan. Oleh itu, penubuhan tadika ini merupakan satu
proses untuk menyahut seruan negara dalam melahirkan generasi yang bijak.

22
BAB 4 JADUAL AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK DAN KAKITANGAN

4.0 PENGENALAN
Jadual harian adalah asas aktiviti yang berlaku pada setiap hari . Jadual kelas dan rutin
harian mengambil kira keperluan perkembangan setiap kanak-kanak dapat membantu
melancarkan perjalanan kelas serta memwujudkan suasana pembelajaran yang
mengembirakan . Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan di tadika . Aktiviti rutin
merangkumi aktiviti seperti rutin , perbualan pagi , refleksi sebelum pulang , semasa rehat
dan sebelum pulang . Terdapat juga kandungan dalam aktiviti rutin ini merangkumi kesemua
tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan . Oleh itu , ibu bapa atau
oenjaga boleh merujuk buku panduan tersebut untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan
oleh anak mereka . Ini juga dapat membentuk kanak-kanak untuk belajar cara mengurus diri
secara tidak langsung kerana rutin harian di tadika ini telah meletakkan sekali aspek disiplin
dalam diri kanak-kanak itu . Sebagai seorang itu kami perlu mengajar mereka sehingga
mencapai objektif yang sudah ditetapkan dan mereka mendapat apa yang kami sampaikan .

Jadual kakitangan ini bertujuan untuk membahagikan tugas kepada semua pekerja di tadika
Al-Amin bagi memudahkan urusan seharian . Di dalam tadika Al-Amin ini terdapat 4
kakitangan yang bertugas pada setiap hari iaitu 2 orang guru dan 2 orang pembantu ,
mereka ini yang akan melakukan tugas mengikut jadual tersebut . Mereka perlu mengikut
jadual yang telah disediakan supaya dapat memastikan kerja berjalan dengan lancar .
Dalam pada masa yang sama komunikasi ini juga penting untuk memudahkan semua
pekerja untuk mengetahui jadual bertugas dengan lebih cepat . Tidak ada lagi carian melalui
aplikasi e-mel , mesej segera dan sms untuk mencari jadual tugasan yang baharu . Di
samping itu , pada zaman sekarang kitab oleh menyimpan jadual bertugas dalam telefon
sahaja maka kita dapat membuat kerja dengan Amanah dan bertanggungjawab . Kita
sebagai seorang guru perlu ada sifat bertanggungjawab dalam apa sahaja keadaan untuk
dijadikan contoh kepada anak didik yang akan datang .

23
4.1 JADUAL AKTIVITI KANAK-KANAK DAN KAKITANGAN

JADUAL AKTIVITI KANAK-KANAK

24
JADUAL AKTIVITI KAKITANGAN

HARI PERBUALAN PAGI WUDHUK SESI  HAFAZAN MENGEMAS MENGEMAS BILIK MENGEMAS
PAGI  PRAKTIKAL TANDAS 1 & 2 DARJAH BAHAGIAN LUAR &
SOLAT LUAR PAGAR
TADIKA

AHAD ERA SOFEA FARISHA ERA FARISHA HAZIRAH

ISNIN HAZIRAH FARISHA SOFEA ERA SOFEA HAZIRAH

SELASA FARISHA ERA HAZIRAH SOFEA FARISHA HAZIRAH

RABU ERA SOFEA FARISHA HAZIRAH ERA FARISHA

KHAMIS SOFEA HAZIRAH ERA FARISHA HAZIRAH SOFEA

25
3.1.1 DEKSRIPSI JADUAL AKTIVITI KANAK DAN KAKITANGAN

RUTIN

Rutin ini bermaksud perkara yang sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman . Di tadika
kanak-kanak sudah diterapkan di dalam diri mereka untuk melakukan rutin tersebut .
Contohnya , apabila kanak-kanak tiba di tadika dan sebelum mereka melangkah masuk ke
dalam tadika . Mereka perlu menyusun kasut di rak yang telah disediakan , membuka stokin
dan lain-lain . Setiap pagi pihak tadika akan menyediakan sarapan untuk kanak-kanak
makan sebelum memulakan sesi pembelajaran agar mereka ada tenaga untuk belajar .
Selain itu . guru perlu mengambil kehadiran ketika murid hadir ke sekolah ia bertujuan untuk
membantu proses mendidik kanak-kanak ke arah pembangunan modal insan untuk
kecemerlangan sahsiah terpuji . Di tadika Al-Amin kami sangat menekankan tentang adab
kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada guru dan rakan-rakan kerana itu dalah
salah satu adab kepada orang yang berada di sekeliling kita .

PERBUALAN PAGI

Perbualan pagi ini merupakan salah satu aktiviti rutin yang perlu dilaksanakan sebelum
menjalan proses pembelajaran . Aktiviti perbualan pagi merupakan rutin yang selalu
dilakukan di tadika pada awal pagi setelah semua murid sampai ke tadika . Rutin perbaualan
awal ini dilaksanakan selama 20 minit pada setiap hari . Kita mesti mencari topik yang
berkaitan pengalaman mereka semasa di rumah ataupun mengimbas kembali tajuk
pembelajaran yang sudah dipelajari sebelum ini . Di sini , kita dapat meningkatkan
kemahiran bersosial kanak-kanak bersama dengan orang lain di samping itu dapat
menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam perbualan pagi dengan lebih aktif lagi .
Maka kemahiran sosial dan emosi ini dapat diterapkan dengan adanya pengetahuan guru
yang disokong dengan berkesan serta adanya latihan yang berterusan kepada guru .

REFLEKSI SEBELUM PULANG

Refleksi merupakan proses termenung , menganalisis masalah , mencari alasan , cadangan


dan tindakan untuk memperbaiki diri . Selain itu , proses refleksi melibatkan seseorang itu
aktif mengimbas Kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha
mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus-lumus
mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut . Sebelum kanak-kanak
pulang ke rumah , guru mestilah membuat refleksi seperti bertanyakan kepada murid apa
yang mereka dapat sepanjang waktu pembelajaran tersebut . Di samping itu , guru boleh
membuat pemerhatian tentang kanak-kanak tersebut dari segi tingkah laku yang telah

26
ditonjolkan di tadika Al-Amin . Refleksi ini sangat penting untuk guru menilai perkembangan
kanak-kanak di tadika dari pembelajaran dan juga aktiviti . Ia menjadi rujukan kepada ibu
bapa yang ingin tahu perkembangan anak mereka yang baru ingin membesar . Hal ini
demikian , dengan adanya refleksi guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan
yang ada pada kanak-kanak itu .

SEMASA REHAT

Pada jadual pembelajaran memang ada waktu khas untuk kanak-kanak makan dan minum
mengikut warna yang telah ditetapkan . Semasa rehat kanak-kanak perlu beratur masuk ke
ruang makan ini juga untuk mengelakkan daripada mereka berebut makanan . Seterusnya ,
kanak-kanak perlulah membasuh tangan sebelum makan untuk menjaga kebersihan diri
mereka . Kemudian , kanak-kanak kembali duduk di meja dan kerusi yang disediakan sambil
menunggu rakan-rakan yang lain untuk membaca doa bersama-sama . Guru menyuruh
seorang kanak-kanak menjadi ketua untuk membaca doa sebelum makan . Selain itu , guru
juga membuat jadual untuk mereka bergilir-gilir untuk membaca doa sebelum makan . Di
samping itu , kanak-kanak makan bersama-sama dengan sopan dan tertib dan mereka juga
mempelawa kepada guru dan pembantu untuk makan . Selepas selesai makan , mereka
bersama-sama membaca doa selepas makan yang diketui oleh seorang kanak-kanak .
Mereka meletakkan pinggan dan cawan ke dalam sinki untuk memudahkan pembantu untuk
basuh . Selepas itu , mereka perlu menguruskan diri sebelum masuk ke ruang pembelajaran
, setelah itu mereka masuk ke dalam ruang pembelajaran dalam keadaan yang senyap
sambil mendengar arahan guru .

SEBELUM PULANG

Sebelum kanak-kanak pulang ke rumah , mereka perlu memastikan meja dan kerusi disusun
dalam keadaan baik dan kemas . Kanak-kanak mengemas semua peralatan , beg dan
mereka berkumpul di hadapan guru . Selain itu , guru melaksanakan aktiviti refleksi bersama
murid tentang pembelajaran pada hari tersebut . Sebagai murid mereka hendaklah
mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang lain . Di samping itu , murid
membaca doa selepas belajar dan dia menaiki kenderaan yang dibimbing oleh guru .
Kemudian , kanak-kanak berbaris di hadapan pintu dan mereka bersalaman dengan guru
dan pembantu pengurus murid . Oleh itu , guru akan memastikan ibu bapa atau penjaga
murid yang menjemput murid pulang agar tidak berlaku masalah antara tadika dan ibu bapa
.

27
BAB 5 SYARAT PENGAMBILAN KAKITANGAN
5.0 PENGENALAN
Di dalam pengambilan kakitangan, kebanyakan organisasi mengamalkan sistem maklumat
yang terkini di dalam menyampaikan sesuatu perkara untuk melicinkan lagi proses
pengambilan kakitangan. Apa yang amat ditekankan di dalam proses ini ialah bagaimana
sistem maklumat ini diaplikasikan di dalam menyelesaikan beberapa perkara agar ianya
lebih mudah dan konsistem .

Pengambilan kakitangan adalah satu proses untuk menarik orang ramai dan memilah
beberapa orang yang layak bagi mengisis sesuatu posisi di dalam organisasi. . Di dalam
Sistem Maklumat Sumber Manusia ini, apa yang ditekankan ialah E- Recruitment System di
mana posisi di dalam pekerjaan menggunakan sistem online dan prosesnya membolehkan
orang ramai melihat iklan mengenai kerja tersebut di dalam sistem dan menghantar
permohonan mereka menggunakan internet. Dengan itu, ianya dapat menjimatkan masa
dan kos pemohon dan mereka tidak perlulah datang ke sesebuah organisasi untuk
menghantar borang permohonan. Contoh sistem yang digunapakai pada masa kini ialah
seperti Job Street di mana di dalam website ini banyak diiklankan jawatan kosong beserta
dengan syarat-syarat yang perlu ada bagi seseorang pemohon dan juga segala keputusan
menggunakan internet.

Antara syarat umum kemasukan ialah permohonan terbuka kepada kakitangan university
serta pemohon mempunyai nombor pekerja dan penyata gaji dari ums dan permohonan
perlu dibuat secara rasmi mengikut kaedah dan tarikh yang ditetapkan oleh pml. Kemasukan
ke program Taska perlu mengemukakan permohonan baharu setiap tahun dan tawaran
secara terus ke tahun berikutnya tidak akan dibuat agar kakitangan lain juga berpeluang
menghantar anak mereka ke PML.Kemasukan kanak-kanak dari Taska berumur 3 tahun
yang akan mengikuti program Tadika tahun berikutnya perlu mengemukakan permohonan
baharu dan kuota adalah berdasarkan kekosongan tempat di Tadika.

SYARAT PENGAMBILAN KAKITANGAN

 Terbuka kepada lelaki dan perempuan dan berstatus warganegara Malaysia sahaja
 Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarik
permohonan dibuat
 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti yang tertera di bawah:
 Memiliki sijil diploma daripada institusi awam atau swasta yang diiktiraf oleh
Kementerian Pengajian Tinggi. Pemohon yang memiliki sijil diploma berkaitan
pendidikan awal kanak-kanak akan diberi keutamaan.

28
 Kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kakitangan yang bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) tidak layak memohon jawatan ini.
 Hanya calon yang bergelar graduasi diploma sahaja yang dibenarkan memohon.
Calon yang masih bergelar pelajar tidak dibenarkan memohon
 Biasanya Tadika Al-Amin akan mengiklankan pengambilan Guru baru di laman web
mereka hampir setiap tahun. Dan sudah semestinya dengan beberapa garis
panduan baru, pemegang diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
diberikan keutamaan.

29
BAB 6 BORANG DAN REKOD KANAK-KANAK DAN KAKITANGAN

6.0 PENGENALAN

Borang permohonan bagi menjadi salah seorang pendidik di tadika Al amin wajib
dilengkapkan sebelum diterima masuk untuk menjadi kakitangan di tadika. Ini kerana latar
belakang mereka perlu dititikberatan sebelum diterima masuk. Kerana pekerjaan menjadi
seorang pendidik perlu memwnuhi kriteria seorang pendidik. Tujuan ujuan utama borang
permohonan adalah untuk menyaring pemohon untuk setiap kekosongan jawatan. Maklumat
peribadi dan waris, sejarah pekerjaan dan latar belakang pendidikan adalah butiran
standard maklumat yang diberikan dari pemohon kepada majikan pada borang permohonan
kerja. Maklumat tambahan mungkin termasuk senarai kemahiran yang berkaitan dengan
pekerjaan seperti bahasa asing yang digunakan dan kemahiran-kemahiran lain, keperluan
gaji pemohon dan tempoh pemohon sedia mula bekerja. Dengan maklumat asas ini, majikan
boleh menentukan sama ada pemohon memberi pertimbangan lanjut.

Borang permohonan pekerjaan adalah legal dokumen yang mana pemohon


menandatangani untuk mengesahkan maklumat yang diberikan adalah benar dan betul.
Borang permohonan biasanya mengandungi perenggan yang menjelaskan bahawa
kegagalan untuk memberitahu atau memberikan maklumat palsu pada borang permohonan
tersebut boleh menyebabkan penolakan permohonan atau penamatan pekerjaan.

Seterusnya, borang permohonan kanak kanak bagi tujuan untuk rekod tadika
sahaja.ini juga bagi memudahkan para guru di tadika untuk melihat latar belakang kanak
kanak dan melihat perkembangan mereka dari awal kemasukan mereka sehingga mereka
tamat. Selain itu untuk siap sedia jika berlaku apa apa di tadika para guru mudah untuk
mencari nombor telefon ibu bapa dengan adanya boring tersebut kerana di dalam borang
tersebut terdapat nombor telefon ibubapa kanak kanak .

30
6.1 BORANG DAN REKOD KANAK-KANAK DAN KAITANGAN

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN MURID


TADIKA AL AMIN

LEKATKAN
GAMBAR DISINI
KEJ

1. MAKLUMAT MURID
No Mykid :
No Sijil Lahir :
Nama :
Tarikh Lahir :
Jantina :
Agama :
Kaum :
Warganegara :
Negeri Kelahiran :
OKU
*Maklumat Oku
Jenis Inklusif :
No Kad Oku : Tarikh Kad Oku :
Jenis Oku :
No Akaun Bank : Jenis Bank :
2. ALAMAT SEMASA MEMOHON
Alamat :
Poskod :
Bandar :

31
Negeri :
3. MAKLUMAT IBUBAPA

MAKLUMAT IBU

Nama Ibu :
My Kad Ibu :
Warganegara :
No. Hp Ibu :
Pekerjaan Ibu :
Pendapatan Kasar Ibu :

MAKLUMAT BAPA

Nama Bapa :
Mykad Bapa :
Warganegara :
No. Hp Bapa :
Pekerjaan Bapa :
Pendapatan Kasar Bapa :

MAKLUMAT PENJAGA

Nama Penjaga :
Mykad Penjaga :
Warganegara :
No. Hp Penjaga :
Pekerjaan Penjaga :
Pendapatan Kasar Penjaga :
Jumlah Pendapatan Ibubapa/ Penjaga :

32
4. MAKLUMAT TANGGUNGAN IBUBAPA

BIL NAMA UMUR HUBUNGAN SEKOLAH/INSTITUSI TAHUN/


TINGKATAN

PERAKUAN IBUBAPA

Saya mengaku bahawa semua keterangan yang diberikan di atas adalah benar

Tarikh: …………………………. Tandatangan: …………………………

33
SENARAI YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PENDAFTARAN

BIL DOKUMEN (/)

1. SALINAN MYKID

2. SALINAN SIJIL LAHIR

3. SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA

4. SALINAN HAK PENJAGAAN ( JIKA BERKAITAN )

5. SLIP GAJI IBU BAPA

6. PENGESAHAN PENDAPATAN ( BAGI YANG TIADA SLIP GAJI )

7. SALINAN KAD OKU ( JIKA BERKAITAN )

8. 3 KEPING GAMBAR LATAR BIRU

9 LAPORAN KESIHATAN ( JIKA ADA )

 SILA SLIPKAN SEMUA BORANG DIATAS BERSAMA BORANG PENDAFTARAN

34
BORANG PERMOHONAN JAWATAN GURU DI TADIKA AL AMIN

Daerah :

Syarat Syarat Kelayakan Guru Tadika Al Amin Gambar berukuran


passport
1) Warganegara Malaysia
2) Mempunyai Sijil Diploma Dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak
Sila Sertakan Salinan Berikut Yang Telah Disahkan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Diploma
- Resume
Nama Penuh Pemohonon *Seperti Dalam Kad Pengenalan

No Kad Pengenalan

- -

Tarikh Lahir : __ __ ____ Umur : ____


Warganegara : _______________ Negeri Kelahiran : _______________

Alamat Tetap

Poskod : ______ Negeri : ______________

Telefon Rumah : _____________________ Telefon Bimbit : _______________


Email
:_________________________________________________________
Pekerjaan Sekarang
:_________________________________________________________

35
Pengalaman bekerja

BIL NAMA SYARIKAT / JABATAN JAWATAN

SAYA MENGAKU BAHAWA SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DI ATAS ADALAH


BENAR.

___________________ _________________
( TANDATANGAN PEMOHON ) ( TARIKH )

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Rumusan
LAYAK :
TIDAK LAYAK :

__________________
(TANDATANGAN )
NAMA :
JABATAN :
TARIKH :

36
BAB 7 ALAT BANTU MENGAJAR
7.0 PENGENALAN

Alat bantu mengajar (ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media
pengajaran yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan
dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun
2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu
elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu
beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan
mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang kepada
kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan
pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan
perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada
pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah
menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek
lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya.
Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran
tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan
gambaran yang jelas kepada para pelajar.

Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan
komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar
memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul
dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan
menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar
tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang
berbeza. Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara
tersebut.

37
7.1 ALAT BANTU MENGAJAR

Antara alat bantu mengajar yang digunakan di Tadika Al-Amin

1. Papan putih
2. Kad imbas
3. Buku cerita
4. Televisyen
5. Permainan pendidikan

7.1.1 DESKRIPSI ALAT BANTU MENGAJAR

1. Papan putih
Antara fungsi penggunaan papan putih di tadika ini ialah untuk menjelaskan
sesuatu fakta,konsep,atau idea yang abstrak.Kanak-kanak akan lebih mudah
memahami berbanding guru hanya bercakap tanpa menulis.Selain itu,untuk menarik
perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting.Guru dapat mengekalkan
perhatian pelajar terhadap perkara-perkara dalam pengajaran dan pembelajaran.Di
samping itu,untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak.Kanak-kanak
akan dapat pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.

Kepentingan penggunaan papan putih pula ialah kanak-kanak dapat


memahami dengan lebih jelas dan tepat.Mereka akan mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara
berperingkat.Selain itu,kanak-kanak boleh terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan memberi peluang kepada mereka untuk menulis di
hadapan.

38
2.Kad imbas
Fungsi dan kepentingan kad imbasan ini dapat menarik minat kanak-kanak.Melalui
rekaan grafik kad imbasan yang berwarna-warni dan mempunyai gambar yang berbeza
dapat menarik minat kanak-kanak.Selain itu,meningkatkan motivasi diri kanak-
kanak.Penggunaan kad imbasan memerlukan komunikasi dua hala dan penceritaan untuk
menarik perhatian kanak-kanak.Pengulangan kad imbasan dapat meningkatkan motivasi
kanak-kanak apabila dilakukan latihan pengukuhan secara berulang-ulang.Di samping
itu,dapat meningkatkan daya ingatan.Penggunaan grafik juga dapat menyampaikan
maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia
melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi.

Cara penggunaan kad imbasan ialah melalui aktviti ujian memori.Apa yang guru
perlu buat ialah meletakkan beberapa kad imbas di atas lantai dalam bentuk bulatan.Biarkan
bahagian yang bergambar di atas.Jika ianya melibatkan seorang sahaja beri masa seminit
untuk mengingati kesemua objek yang ada di kad imbas.Latihan ini amat sesuai untuk
menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka senaman minda.

3. Buku cerita
Buku cerita memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan
minda,melengkapkan kemahiran Bahasa dan komunikasi serta memantapkan interaksi
sosial,emosi,tingkah laku,dan moral kanak-kanak.Aktiviti pembacaan buku cerita Bersama
kanak-kanak mampu menyokong perkembangan Bahasa kanak-kanak khususnya yang
mempunyai masalah Bahasa

.Kepentingan buku cerita di kalangan kanak-kanak ialah dapat memperkenalkan


kosa kata baru yang bersesuaian dengan isi. Sebolehnya guru perlu berusaha untuk
memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kali bercerita kepada kanak-kanak.Hal ini
kerana kanak-kanak akan mudah belajar makna kata apabila digunakan dalam konteks
yang sesuai.Selain itu,bercerita membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan
perasaan secara lisan.Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk
bercerita semula setelah guru berbuat demikian.

Cara penggunaan buku cerita di tadika ialah guru menceritakan kepada kanak-kanak
tentang kisah yang mempunyai teladan dengan intonasi yang sesuai.Setiap patah
perkataan perlu diucapkan bersesuain dengan cerita.

39
4.Televisyen
Fungsi dan kepentingannya sebagai alat bantu mengajar ialah kanak-kanak dapat
menonton video-video yang berkaitan pembelajaran secara lebih realistik.Selain itu,dapat
mewujudkan pembelajaran yang mencabar.Kanak-kanak akan berasa mencabar apabila
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan televisyen di samping dapat menarik
minat mereka.
Cara penggunaannya ialah dengan guru memaparkan video seperti jenis-jenis
haiwan.Grafik yang dipaparkan kelihatan lebih realistic berbanding lukisan
tangan.Jadi,kanak-kanak memperolehi gambaran haiwan yang betul.

5. Permainan Pendidikan
Fungsi dan kepentingan permainan Pendidikan ialah kanak-kanak akan menjadi
kreatif,imaginatif dan cuba menyelesaikan masalah.Contohnya dengan bermain lego atau
manipulative,kanak-kanak akan berimaginasi untuk membina kapal terbang atau
kereta.Otak mereka akan berfikir blok apakah yang sesuai untuk melengkapnya menjadi
kapal terbang.Ia merangsang untuk otaknya berhubung dan berfungsi dengan baik.

Cara penggunaan permainan tersebut ialah kanak-kanak akan diberi masa untuk
bermain permainan Pendidikan pada waktu yang telah ditetapkan untuk merangsang
perkembangan seperti motor kasar,motor halus dan sebagainya.

40
RUJUKAN
 https://farhahamidbpsrt.wordpress.com/makanan-dan-budaya/2-2-
perancangan-menu/
 http://akucikguprasekolah2013.blogspot.com/2012/01/pelan-lantai-
prasekolah.html?m=1
 http://www.mypendidikanmalaysia.com/2019/02/permohonan-dan-
syarat-kemasukan-ke.html?m=1
 https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2015/09/rekod-rekod-di-
taska.html?m=1
 https://sites.google.com/site/historiesteam/home/abm---alat-bantu-
mengajar

41
LAMPIRAN

42
43

You might also like