You are on page 1of 14

HBE3043

BE102

Programme
Name (s) & ID Number (s) :

Section :
Course
Code :

Code :
NUR AIN FAQIHAH BINTI SHAMSUL BAHRI (KBN210810303)
NUR AMIRAH BINTI RAMLI (KBN210810210)
NURNABILAH FITRIYANA BINTI BADZURI REFAEE (KBN210810218)
NUR ALISYA BINTI MOHD RILMI (KBN210810306)

Course and Course Code :

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (BE102)

Lecturer : Section :
MADAM SITI NUR RIFHAN SECTION 2

Programme and Programme Code :


ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(HBE3043)

Assignment No. / Title : Extension & Late

ASSIGNMENT SLIP
submission:
TUGASAN KAJIAN KES (KUMPULAN) Allowed / Disallowed

Assignment type: % of Assignment Mark : Submission Date:


Individual/Group

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period
after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating
circumstances you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
BINTI SHAMSUL BAHRI
NUR AIN FAQIHAH

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we consent to appropriate
KBN210810303

storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/ academic cheating.

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )

Signature (s): ______________________________ _________________________________


Signature (s) :

Full Name ( ) ( )
Name (s) :

ID No (s) :

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )

This section may be used for feedback or other information


Date : __________
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
BORANG PENILAIAN KAJIAN TINDAKAN

Maklumat Penilaian :

Semester : 6 Seksyen : 2 Tarikh semakan :


Tajuk projek : Keberkesanan Alat Inovasi 2C (Clip & Count)

Nama pelajar : Nombor matriks :


1. Nur Ain Faqihah Binti Shamsul Bahri KBN210810303
2. Nur Amirah Binti Ramli KBN210810210
3. Nurnabilah Fitriyana Binti Badzuri Refaee KBN210810218
4. Nur Alisya Binti Mohd Rilmi KBN210810306

Untuk setiap item penilaian, bulatkan pada skala markah yang bersesuaian :

No Item penilaian Skala penilaian

1. Tajuk Kajian 1 2 3 4 5

2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1 2 3 4 5

3. Isu dan Permasalahan 1 2 3 4 5

4. Fokus / Objektif Kajian 1 2 3 4 5

5. Sampel Kajian 1 2 3 4 5

6. Perancangan Tindakan 2 4 6 8 10

7. Pelaksanaan Tindakan 2 4 6 8 10

8. Penganalisisan Data 2 4 6 8 10

9. Format, Rujukan dan Lampiran 1 2 3 4 5

Jumlah Markah Penilaian / 60


1.0 TAJUK KAJIAN

KEBERKESANAN ALAT INOVASI 2C (CLIP & COUNT) DALAM AKTIVITI


OPERASI TAMBAH TERHADAP KANAK-KANAK TADIKA
Indah Miftahusolihah Marhaban, Abdul Halim Masnan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan alat inovasi 2C ( Clip & Count ) dalam aktiviti
operasi tambah terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun. Kajian ini dijalankan terhadap
kanak-kanak tadika yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam kemahiran
operasi tambah. Persampelan rawak bertujuan dipilih untuk memilih empat orang kanak-
kanak berusia 6 tahun yang bersesuaian dengan kajian di salah sebuah Tadika Kemas
Bawah Lembah di daerah Kota Bharu. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian
ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Pengumpulan data kajian telah dilakukan
melalui ujian saringan, ujian pra dan pos, pemerhatian serta temu bual. Hasil kajian
menunjukkan penggunaan alat inovasi 2C ( Clip & Count ) dalam kemahiran operasi tambah
lingkungan nombor 1 hingga 10 terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun adalah berkesan.
Berdasarkan dapatan, kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah
menggunakan inovasi dalam pendidikan bagi topik pendidikan awal matematik dengan
berkesan.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kami jalankan ini adalah untuk mengkaji
keberkesanan penggunaan alat inovasi 2C terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun yang
lemah dalam menguasai kemahiran operasi tambah. Alat bantu mengajar yang kami
hasilkan ini adalah untuk dijadikan suatu penggunaan keadah pengajaran dan pembelajaran
awal matematik terhadap kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran matematik. Oleh
itu, kami telah membuat pemerhatian untuk mengkaji tahap penguasaan kanak-kanak dalam
menguasai kemahiran operasi tambah dengan menggunakan alat inovasi 2C tersebut.

Bahawasanya, alat bantu mengajar ini memainkan peranan penting untuk menyampaikan
konsep matematik dengan berkesan. Melalui alat bantu mengajar ini yang boleh memberi
pembelajaran bermakna kepada kanak-kanak. Apa yang kami dapat perhatikan semasa
aktiviti sedang dijalankan adalah kami mendapati kanak-kanak ini dapat menyelesaikan
operasi tambah dengan julat yang besar dalam lingkungan 1 hinggan 15 apabila
menggunakan alat inovasi 2C tersebut. Pada awalnya, kanak-kanak kami kaji ini lemah
dalam menambah angka yang lebih besar melebihi angka 10 keatas kerana mereka keliru
untuk membuat pengiraan dengan menggunakan jari apabila angka besar. Tetapi setelah
kanak-kanak menggunakan alat inovasi 2C untuk menyelesaikan operasi tambah bagi
angka besar dengan hanya membuat pengiraan jumlah clip yang mengikut nombor sahaja.
Misalnya, kanak-kanak ini hendak menyelesaikan operasi tambah bagi nombor 5 + 10
dengan itu kanak-kanak perlu mengambil 5 clip dan 10 clip dan selepas itu kanak-kanak
perlu mengira jumlah setiap clip tersebut. Kami mendapati, penggunaan bahan konkrit yang
melibatkan imej atau perkataan dapat mengembangkan kemampuan berfikir kanak-kanak
untuk memahami konsep operasi tambah. Alat inovasi 2C ini adalah merupakan bahan
bantu mengajar yang bersifat konkrit. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat menguasai
kemahiran operasi tambah dengan angka yang besar.

Begitu juga dengan menggunaan alat inovai 2C ini dapat menarik pemerhatian kanak-kanak
di dalam kelas serta bantu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Dimana kami mendapati kanak-kanak ini berebut untuk menjawab soalan tersebut kerana
kanak-kanak ini seronok menggunakan alat inovasi 2C semasa menjawab soalan. Jelaslah
bahawa, kami telah melakukan satu konsep matematik yang menggunakan kaedah konkrit
mahupun kaedah permainan. Mengikut kaedah konkrit dan kaedah permainan ini kanak-
kanak ini mempunyai kefahaman pengajaran yang disampaikan oleh guru yang
menyebabkan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran operasi tambah serta dapat
menarik pemerhatian dan minat kanak-kanak itu. Hal ini kerana, kaedah ini melalui
pendekatan secara hands-on. Daripada penggunana bahan konkrit ini dan kaedah
pembelajaran ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

3.0 ISU DAN PERMASALAHAN

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah kami jalankan sebelum ini,kami
telah mempelajari dan mengetahui teknik-teknik semasa mengajar kanak-kanak di tadika
terutamanya bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang kami jalankan,terdapat banyak


masalah yang telah kami hadapi.Antaranya ialah kanak-kanak sukar untuk memahami
operasi tambah.Isu dan permasalahan ini kami amat bersetuju kerana kami bersependapat
kerana sesetengah kanak-kanak kurang faham dengan konsep tambah.Perkara ini perlu
diambil serius dan perhatian kerana sudah sepatutnya kanak-kanak yang berumur 6 tahun
ini sudah menguasainya.Perkara ini akan menyebabkan sukar kepada kanak-kanak yang
akan masuk ke alam persekolahan rendah.Sepatutnya,perkara ini perlu diajar lebih awal
supaya kanak-kanak dapat mengetahui operasi tambah.

Antara contoh penyalahgunaan operasi tambah ini yang sering dilakukan oleh kanak-
kanak ialah darisegi mengira dan menambah dua angka nombor,kerana kanak-kanak tidak
faham bagaimana hendak menambah kedua –dua angka nombor tersebut.Oleh itu, sebagai
seorang pendidik sebelum memulakan sesuatu pembelajaran yang melibatkan matematik
awal ini perlulah menjelaskan terlebih dahulu apa itu operasi tambah agar kanak-kanak
dapat belajar dan memahami konsep matematik dengan jelas.Bukan itu sahaja, malah
kanak-kanak juga mengalami kekeliruan dengan operasi tambah dengan operasi tolak
kerana sukar untuk membezakan dan mengenal simbol tambah dan tolak (+,-).

Oleh itu,berdasarkan masalah ini sebagai seorang guru perlulah memikirkan cara-
cara yang menarik dan dapat memberikan kesan kepada kanak-kanak supaya mereka
dapat membezakan dua perkara yang berbeza dan dapat mengatasi masalah pembelajaran
kanak-kanak ,jika hal ini tidak diambil serius dan tidak menyelesaikan masalah ini lebih
awal maka akan memberi kesan dan menganggu proses pembelajaran mereka pada masa
hadapan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

 Penggunaan alatan bahan bantu mengajar 2C ( Clip & Count ) dapat membantu
kanak-kanak untuk mengenal nombor 1 hingga 10 dalam operasi tambah.
 Meneroka pandangan guru dan ibu bapa terhadap penggunaan alat inovasi 2C (Clip
& Count) dalam kemahiran operasi tambah bagi kanak-kanak berusia 6 tahun.

Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk membantu menjawab soalan-soalan berikut :


 Adakah penggunaan alatan bahan bantu mengajar 2C (Clip & Count) dapat
membantu kanak-kanak untu mengenal nombor 1 hingga 10 dalam operasi tambah ?

5.0 SAMPEL KAJIAN

Kami telah menjalankan kajian ini di Tadika Lembah Sireh yang terletak di Kota
Bharu,Kelantan.Kajian ini dijalankan kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun.Dalam
pada itu,kajian ini melibatkan kanak-kanak seramai 5 orang iaitu 3 orang perempuan dan 2
orang lelaki.

Kami melakukan kajian tindakan ini untuk membuat pemerhatian kepada kanak-kanak
tentang matematik awal iaitu operasi tambah adakah kanak-kanak sudah mengenali dan
memahami tentang operasi tambah yang mereka pelajari di dalam kelas.Melalui
pemerhatian yang kami kaji,kami dapat mengenalpasti beberapa orang kanak-kanak yang
mempunyai masalah untuk mengira dalam operasi tambah, dimana mereka tidak faham
untuk menambah kedua-dua nombor yang ada.

Soal selidik ini disediakan dalam skala likert yang akan diberikan kepada guru dan
ibu bapa dimana mempunyai 10 soalan sahaja dan respond hanya perlu menjawab setuju
atau tidak setuju sahaja melalui google form.

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Kumpulan kami telah memutuskan untuk melakukan aktiviti ini yang menggunakan
teknik 2C ( Clip & Count ). Teknik ini sesuai kerana ia merupakan satu aktiviti yang
menggunakan bahan alat bantu mengajar yang dapat membolehkan kanak-kanak
mengecam nombor 1 hingga 10 dalam operasi tambah untuk mencapai objektif ini,kanak-
kanak akan belajar sambil bermain untuk mengecam setiap nombor yang diajar oleh
guru.Selain itu,ia menggalakkan mereka sentiasa seronok ketika belajar di dalam
kelas.Secara tidak langsung aktiviti 2C ( Clip & Count ) dapat meningkatkan moto halus
kanak-kanak apabila mereka menggunakan jari mereka .
7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

ALAT INOVASI 2C (CLIP & COUNT)

LANGKAH 1

Guru memulakan aktiviti dengan memainkan video lagu kanak-kanak berkaitan tajuk
pembelajaran yang akan dijalankan pada hari tersebut. Guru meminta kanak-kanak
menyanyi bersama-sama bagi menambahkan suasana ceria di dalam kelas. Kanak-kanak
kelihatan bersemangat untuk memulakan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut.

LANGKAH 2

Guru bersoal jawab bersama kanak-kanak mengenai nombor. Guru meminta kanak-kanak
mengira nombor 1 hingga 10 bersama-sama dengan menggunakan jari.

LANGKAH 3

Guru menunjukkan alat bantu mengajar yang telah disediakan iaitu Clip And Count (2C).
Kanak-kanak dapat meneka aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan pada hari tersebut.
Kanak-kanak menunjukkan ekspresi bersemangat untuk belajar pada hari tersebut.

LANGKAH 4

Guru menerangkan satu persatu cara untuk menggunakan alat bantu mengajar yang telah
disediakan itu. Guru memanggil salah seorang daripada kanak-kanak tersebut untuk
menunjukkan contoh aktiviti itu dijalankan. Kanak-kanak dikehendaki mengira nombor dalam
operasi tambah di hadapan kelas, kemudian kanak-kanak perlu menulis jawapan di papan
tulis di hadapan kelas. Kanak-kanak akan mengira bersama-sama untuk menyelesaikan
operasi tambah yang melibatkan nombor 1 hingga 10.

LANGKAH 5
Guru meminta semua kanak-kanak untuk bersama-sama menggunakan alat bantu mengajar
tersebut supaya semua kanak-kanak dapat belajar bersama-sama.

LANGKAH 6

Guru meminta kanak-kanak menyelesaikan operasi tambah tersebut secara individu. Guru
menyemak hasil kerja dan jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak. Guru memberikan
pujian terhadap peningkatan pencapaian yang kanak-kanak perlolehi.

SOROTAN LITERATUR

Majita Ahmad Sultan et al., (2016)

Menyatakan bahawa bagi menggalakan pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak,


pengajaran matematik perlu dimulakan dengan pengalaman belajar yang melibatkan objek
sebenar. Selain itu, menurut Majita Ahmad Sultan et al., (2016) dalam kajiannya mendapati
bahawa pengenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit. Ini juga
dibuktikan dalam kajian Anik Lestariningrum (2015) bahawa dengan menggunakan bahan
konkrit seperti biji-bijian kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun dapat
mengembangkan kemampuan berfikir kanak-kanak untuk memahami konsep matematik
sederhana, iaitu konsep mengenal nombor 1-10.

Mohd Riduan Abdul Ghani dan Rosliza Abd Aziz (2012)

Mendapati bahawa penggunaan kit span berwarna berjaya membantu kanak-kanak


meningkatkan purata markah ujian dari 53% kepada 88% yang diperoleh. Di samping itu,
pengkaji juga beranggapan kit span berwarna penggunaan Kit Span Berwarna dapat
menarik minat kanak-kanak seta membantu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Mempelajari konsep matematik bukan sahaja dengan menggunakan
kaedah konkrit mahupun kaedah permainan. Akan tetapi a boleh dilakukan dalam pelbagai
carapengajaran. Dalam kajian Majita Ahmad Sultan et al. (2016) membuktikan bahawa
kaedah melukis dapat membantu kanak-kanak untuk lebih memahami konsep awal
matematik.
Shin dan Bacotang (2019)

Mengkaji kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa kaedah permainan member keasn pencapaian
matematik awal kanak-kanak tadika yang paling tinggi. Kemudian dikuti dengan kaedah
lembaran kerja dan kaedah buku nombor. Justeru, kaedah mengajar yang berteraskan
permainan perlu digunakan oleh pendidik dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan
pencapaian awal matematik kanak-kanak prasekolah. Ini selaras dengan pandangan
daripada Nachiappan et al. (2017) yang mengatakan bahawa pembelajaran melalui kaedah
bermain merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak. Kaedah ini akan mewujudkan kesoronokan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran. Melalui pendekatan secara hands-on, kanak-kanak prasekolah
sebenaarnya dapat menguasai pelbagai perkembangan dalam awal matematik (Rachma
Hasibuan, 2010; Siti Aisyah, 2014).
8.0 PENGANALISISAN DATA

Adakah penggunaan alat bahan bantu mengajar iaitu ala inovasi 2C (Clip & Count) ini dapat
membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran operasi tambah?

Berdasarkan rajah 1 dan 2 menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi.


Berdasarkan analisis data kami telah menggunakan satu cara untuk membuat pengiraan
dengan menggunakan jari dimana kanak-kanak perlu menyelesaikan pengiraan operasi
tambah yang disoal oleh guru dengan menggunakan jari. Maka disini jelas menunjukkan
terdapat perbezaan antara kaedah pengajaran biasa dengan kaedah pengajaran
menggunakan teknik belajar sambil bermain serta pengggunaan bahan bantu megajar yang

Tarikh 21 Sept 2023 (khamis)


Masa 8.30 pagi – 9.00 pagi
Catatan Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru membuat aktiviti
menyanyi mengenal nombor bersama kanak-kanak beserta menunjukkan video
lagu tersebut. Daripada aktiviti ini kanak-kanak kelihatan bersemangat untuk
memulakan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut.

Selepas itu, guru bertanya soalan kepada kanak-kanak tentang operasi tambah
untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan menggunakan jari
supaya dapat mengetahui tahap penguasaan kanak-kanak dalam menguasai
kemahiran operasi tambah bagi angka besar. Kemudia guru menyoal kepada
kanak-kanak iaitu 5+10 dan menyuruh kanak-kanak menyelesaikan operasi
tambah itu dengan membuat pengiraan menggunakan jari. Akhir sekali, guru
dapat melihat tahap penguasaan kanak-kanak tersebut. Didapati kanak-kanak
tidak dapat menyelesaikan operasi tambah tersebut kerana kana-kanak ini tidak
dapat membuat pengiraan menggunakan jari disebabkan mempunyai angka
besar. Maka itu, kami hanya memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang lemah
dalam menguasai kemahiran operasi tambah bagi angka besar.

Petunjuk :
 Berminat
 Tidak berminat
bersifat konkrit. Rajah 1 menunjukkan analisis membuat pengiraan operasi tambah dengan
menggunakan jari apabila guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa
menggunakan kaedah pengajaran belajar sambil bermain serta kaedah konkrit. Apabila
kaedah pengajaran biasa dilaksanakan, terdapat kanak-kanak yang tidak boleh menguasai
kemahiran operasi tambah dengan angka yang besar.

Rajah 2 ini menunjukkan perbezaan tahap penguasaan kanak-kanak selepas melakukan


kaedah pengajaran melalui bermain serta kaedah konkrit. Dengan hasil pencapaian tahap
penguasaan kanak-kanak ini membuktikan bahawa bimbingan menggunaakan alat inovasi
2C telah dapat membantu kanak-kanak dalam kemahiran operasi tambah dengan baik.

Tarikh 21 Sept 2023 (khamis)


Masa 9.00 pagi – 10.00 pagi
Catatan Daripada itu, guru memberi tumpuan dan melakukan tindakan masalah
kanak-kanak yang lemah dalam menguasai kemahiran operasi tambah bagi
angka besar. Seterusnya, guru menunjukkan alat inovasi 2C kepada kanak-
kanak dan kanak-kanak ini dapat meneka aktiviti pembelajaran yang
dijalankan sebentar nanti. Oleh itu, kanak-kanak berasa semangat untuk
belajar selapas ini. Selepas itu, guru menerangkan satu persatu cara untuk
menggunakan alat bantu mengajar iaitu alat inovasi 2C ini kepada kanak-
kanak. Guru memanggil salah seorang daripada kanak-kanak tersebut
untuk menunjukkan contoh aktiviti itu dijalankan. Kemudian kanak-kanak
dapat mengira jumlah clip mengikut nombor dalam operasi tambah di
hadapan kelas dan menyuruh kanak-kanak menulis jawapan di papan tulis
di hadapan kelas. Kami mendapati kanak-kanak dapat memberi jawapan
yang betul. Dengan itu, kana-kanak akan mengira bersama-sama untuk
menyelesaikan operasi tambah yang melibatkan nombor 1 hinggan 10.

Melalui aktiviti ini guru memintak semua kanak-kanak untuk bersama alat
bantu mengajar tersebut supaya semua kanak-kanak dapat belajar
bersama-sama. Malah guru meminta kanak-kanak menyelesaikan operasi
tambah secara individu. Setelah itu, guru akan menyemak hasil kerja dan
jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak didapati terdapat hasil
pencapaian yang baik terhadap kanak-kanak ini. Dengan itu, guru memberi
pujian terhadap hasil peningkatan pencapaian yang kanak-kanak perolehi.

Petunjuk :
 Berminat
 Tidak berminat

Rajah 3 ini menunjukkan perbezaan semasa aktiviti kaedah pengajaran secara biasa dan
kaedah pengajaran belajar sambil bermain serta kaedah konkrit.

Kaedah Gambar
Kaedah pengajaran biasa
Kaedah pengajaran berpusat belajar sambil
bermain serta kaedah pengajaran bersifat
konkrit

RUMUSAN

Secara umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar


berbentuk alat inovasi 2C dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah
dalam kalangan kanak-kanak 6 tahun. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan minat
kanak- kanak terhadap mata pelajaran Matematik Awal. Kajian ini telah membuktikan
bahawa alat inovasi 2C dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menyelesaikan
masalah operasi tambah dengan jayanya berdasarkan dapatan dan analisis yang diperolehi
sepanjang kajian ini dijalankan.

Guru perlu memainkan peranan yang proaktif untuk mencapai objektif pembelajaran
yang disasarkan. Hal ini akan lebih baik apabila guru menggunakan pendekatan kaedah
PdP yang efektif. Penggunaan alat inovasi 2 merupakan salah satu kaedah yang efektif
dalam meningkatkan kemahiran dan kefahaman terhadap mata pelajaran yang diajar.
Kepelbagaian bahan bantu mengajar merupakan salah satu usaha yang perlu dilakukan
oleh guru untuk memastikan malamat dan objektif PdP berjalan dengan baik dan berkesan.
Oleh itu, guru digalakkan untuk menggunakan alat konkrit seperti alat inovasi 2C bagi
kanak-kanak berusia 6 tahun dalam pengajaran operasi tambah. Di samping mudah untuk
digunakan, alat inovasi 2C juga dapat membantu guru untuk menarik perhatian dan
memudahkan kanak-kanak untuk mengaplikasikannya.

RUJUKAN

1. https://www.researchgate.net/publication/347523676_KEBERKESANAN_ALA
T_INOVASI_2C_CLIP_COUNT_DALAM_AKTIVITI_OPERASI_TAMBAH_TE
RHADAP_KANAK-
KANAK_TADIKA_The_Effectiveness_of_2C_Clip_Count_Innovation_Tools_in
_Addition_Operations_Activities_for_Kindergarten
2. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4547/2701

You might also like