You are on page 1of 14

HSE2053

BE102
2
Assignment Cover

Programme
Name (s) & ID Number (s) :

Section :
Course
Code :

Code :
NURFATIHAH BINTI YAMSARI ( KBJ220811000 )
NUR ATIKAH BINTI MOHD IZAYUS FAZLY ( KBJ220810939 )
NOR FADZLIYANA NATASHA BINTI MALIKI ( KBJ220810775 )

NURFATIHAH BINTI
FAIQAH SYAFIYAH BINTI SARANUM @ SHAHMI ( KBJ220810749 )

KBJ220811000
YAMSARI

Fatihah
Course and Course Code :

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK (HSE2053)

Lecturer : Section : 2
NUR ATIKAH BINTI
MOHD IZAYUS
MISS ANIS ALYANY BINTI ABDUL HALIM

KBJ220810939

Atikah
FAZLY
Programme and Programme Code :
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (BE102)

Assignment No. / Title : Extension & Late

ASSIGNMENT SLIP
JURNAL submission:
Allowed /
NATASHA BINTI MALIKI

Disallowed
NOR FADZLIYANA

KBJ220810772

Fadzliyana

Assignment type: % of Assignment Mark : Submission Date:


Group 23/02/2023

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period
after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to
BINTI SARANUM @
FAIQAH SYAFIYAH

extenuating circumstances you may be eligible for an extension


KBJ220810749

4. Extension will not exceed one week


SHAHMI

Faiqah

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we consent to appropriate
storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/ academic cheating.

Signature (s): _______ Atikah ________ ______ Fatihah ______________


Signature (s) :

Full Name ( NUR ATIKAH BINTI MOHD IZAYUS FAZLY) ( NURFATIHAH BINTI YAMSARI )
ID No (s) :
Name (s) :

Signature (s): _________ Faiqah _____________ ____ Fadzliyana ____


Full Name ( FAIQAH SYAFIYAH BINTI SARANUM @ SHAHMI ) (NOR FADZLIYANA NATASHA BINTI MALIKI)

This section may be used for feedback or other information


Date : 23.02.2023
TAJUK KURSUS :
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (HSE2053)

KOD KURSUS :
HSE2053

TAJUK TUGASAN :
JURNAL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. ID SEMESTER SECTION

NURFATIHAH BINTI YAMSARI KBJ220811000


4 2

NUR ATIKAH BT MOHD IZAYUS KBJ220810939


4 2
FAZLY

NOR FADZLIYANA NATASHA BT KBJ220810775


4 2
MALIKI

FAIQAH SYAFIYAH BT SARANUM @ KBJ220810749


4 2
SHAHMI

PENSYARAH:
MISS ANIS ALYANY BINTI ABDUL HALIM

TARIKH:
25 OGOS 2023
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 ABSTRAK 1-2

3.0 HURAIAN

3.1 KESAN

3.2 PUNCA-PUCA

3.3 KEPENTINGAN 6

3.4 LANGKAH-LANGKAH

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN
TAJUK : KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH

ABSTRAK

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat awal dalam proses pembelajaran untuk seseorang kanak-
kanak . Selain itu , hubungan antara penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di
prasekolah perlulah mempunyai sokongan daripada ibu bapa . Ini dapat memberikan pendedahan dan juga
memberi Pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak tersebut .
Konsep ini bertujuan memperincikan berkenaan apa yang perlu diketahui tentang penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah berdasarkan kepada kajian lepas . Sehubungan dengan itu ,
kepentingan penglibatan ibu bapa dapat diketengahkan untuk menerangkan perlunya penglibatan dan
penyertaan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak . Antara model yang terlibat dalam penglibatan
ibu bapa ialah Joyce Epstein merupakan salah satu model yang menerangkan berkenaan penglibatan ibu
bapa . Model ini boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti untuk menggalakkan penyertaan
ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah terutamanya di kawasan pedalaman .
Seterusnya , pelbagai aktiviti perlu di bina bagi menarik perhatian serta menggalakkan penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah selaras dengan kehendak kerajaan yang
memperlihatkan kepentingan memberi Pendidikan kepada kanak-kanak di awal usia .

1.0 PENGENALAN

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-
anak. Semakin meningkat penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak, maka kecenderungan
untuk pencapaian atau perkembangan kanak-kanak juga meningkat adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya.
Menurut kajian oleh Chris dan Rosemary (2004) ia menunjukkan bahawa penyertaan, sokongan ibu bapa dan
penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan kemampuan belajar sendiri dalam
kalangan murid .Selain itu, perlunya penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak adalah kerana
ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak di rumah. Hasil kajian Milkie et al (2004)
menunjukkan bahawa ibu bapa banyak meluangkan masa bersama dengan anak-anak supaya mereka dapat
mengawal atur pembelajaran mereka .Di samping itu, menurut kajian Kanammah, Melissa dan Shahizan
(2013) mereka mendapati bahawa pembelajaran pelajar di sekolah banyak dipengaruhi oleh peranan ibu bapa
seperti membantu memeriksa kerja rumah serta memberi semangat kata-kata nasihat. Seterusnya, ibu bapa
merupakan individu yang juga sering berkomunikasi dengan anak-anak mereka apabila berada di luar
kawasan sekolah. Anak-anak lebih memahami atau lebih mengikuti apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh
ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu, menurut kajian terdahulu Cooper, Robinson dan Patall (2006) ia
mendapati bahawa keluarga yang mengamalkan komunikasi sihat di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan perkembangan diri, emosi dan
pencapaian mereka dalam pelajaran.

1
Hasil kajian West et al (1998) menunjukkan penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti
pembelajaran anak-anak dan program di sekolah memberikan kesan kepada pencapaian mereka dalam
pembelajaran. Menurut hasil kajian Henderson dan Mapp (2000) objektif kajian ini tidak akan dapat dicapai
sekiranya masih berlaku pengurangan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.
Seterusnya, kajian oleh Thuwayba, Tayfor dan Humaira (2012) pula menyatakan bahawa penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-anak sudah lama diperkenalkan di Oman yang mana Pendidikan di sekolah
sering kali dijadikan ruang untuk ibu bapa berkomunikasi berkenaan pembelajaran anak-anak. Oleh hal
demikian, kebanyakan dapatan kajian yang diperoleh banyak menekankan penglibatan serta penyertaan ibu
bapa dalam pembelajaran kanak-kanak. Penyertaan aktif dan sokongan ibu bapa diharapkan dapat
meningkatkan potensi pembelajaran anak-anak melalui penerusan pembelajaran tersebut di rumah .

2
3.0 HURAIAN
3.1 KESAN

3
3.2 PUNCA-PUNCA

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak ini dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-
sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Selain itu, penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta
membantu mengekalkan kejayaannya. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah ini semakin berkurang.

Punca yang pertama ialah berlakunya ketidak prihatinan guru terhadap latar belakang dan budaya
masyarakat setempat. Perkara ini terjadi kerana berlakunya ketidak sefahaman antara guru dan murid atau
antara guru dan ibu bapa. Ini adalah isu yang serius dalam pendidikan dan boleh memberi kesan negatif
kepada pembelajaran dan persekitaran sekolah. Sebagai contohnya, guru mungkin tidak memahami budaya
atau latar belakang masyarakat setempat kerana mereka tidak meluangkan masa untuk memahami atau
mempelajari hal itu. Ini boleh menyebabkan ketidakfahaman dan kesilapan komunikasi. Maka dengan ini
penting untuk guru prihatin terhadap latar belakang dan budaya masyarakat setempat.
Kesefahaman ini akan membantu melancarkan segala perancangan aktiviti yang telah dibuat.
Hal ini kerana penglibatan ibu bapa sangat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Kerjasama daripada ibu bapa sama ada di prasekolah mahupun di rumah dapat meningkatkan kebolehan
seseorang kanak-kanak terutamanya dari segi fizikal, emosi, rohani dan sahsiah. Ibu bapa haruslah
melibatkan diri dengan kegiatan di tadika seperti bergotong-royong, sukaneka, hari keluarga dan berkebun.
Sumbangan ibu bapa dari segi tenaga bergotong-royong mampu mengembangkan fizikal, sosial dan emosi
dikalangan kanak-kanak itu.

Punca yang seterusnya, Ibu bapa yang rata-rata kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak-
anak di prasekolah. Perkara ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada
perkembangan anak-anak terutamanya anak-anak yang di awal usia ini. Pengetahuan yang kurang terhadap
pendidikan awal kanak-kanak akan memberikan banyak kesan negatif pada masa akan datang terutamanya
masalah sosial yang semakin hari semakin bertambah dan amat membimbangkan. Maka dengan itu, Ibu bapa
mestilah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di prasekolah. Ibu bapa yang prihatin terhadap
pembelajaran anak-anak akan cuba memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa kanak-
kanak mempunyai kepakaran dalam bidang doktor, jururawat atau lain-lain. Hal ini memberi faedah kepada
guru dan kanak-kanak. Contohnya, kepakaran sekarang jururawat mengajar kanak-kanak itu memberus gigi
dan membasuh tangan selepas makan. Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas
demi menjamin perkembangan kanak-kanak.

Di samping itu, punca yang lain ialah Ibu bapa yang tidak melibatkan diri dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Perkara ini juga dikhuatiri akan mengganggu perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak
mempunyai perkembangan otak yang pantas dan neuron-neuron berkembang dengan cepat melalui
rangsangan-rangsangan yang berlaku di sekeliling mereka.

4
Oleh disebabkan itu, penglibatan ibu bapa perlu bagi membantu perkembangan ini supaya kanak-kanak
memperoleh perkembangan yang menyeluruh dari segi fizikal, emosi, kerohanian dan intelek mereka. Ibu
bapa juga perlulah melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri. Maka dengan itu,
perkara yang boleh dilakukan ialah ibu bapa menjadi guru sukarela terhadap kanak-kanak tersebut.
Sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar
bersenam dan mengajar bermain bola.

Akhir sekali, penglibatan ibu bapa dapat memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa
sendiri. Banyak faedah yang dapat dikongsikan bersama antaranya ialah kebaikan yang dapat kepada kanak-
kanak. Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza dengan guru-guru dan mereka dapat suai kenal
dan bersoal jawap dengan orang dewasa mengenai pengalaman dan pengetahuan berdasarkan berbagai
latar belakang orang dewasa yang mereka temui. Selain itu, kanak-kanak juga dapat lebih perhatian daripada
orang dewasa ketika menjalankan aktviti.

5
3.3 KEPENTINGAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru duniaini tentang isu
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Terdapat beberapa kategori
dalam model penglibatan ibu bapa
Antara kategori dalam model penglibatan ibu bapa ialah kategori keibubapaan (parenting) dimana ibubapa
dibantu oleh sekolah untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembelajaran di rumah. Hal ini secara
tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak bagi menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Selain itu, hal ini juga dapat membantu guru bagi mengenal pasti latar belakang
sesebuah keluarga dan budaya yang dilatih dalam keluarga tersebut. Seterusnya kategori yang kedua ialah
kategori komunikasi. Ibu bapa berhubung dengan sekolah berkaitan program atau aktiviti di sekolah dan
memaklumkan berkenaan dengan kemajuan kanak-kanak melalui proses komunikasi yang berkesan.
Komunikasi ini termasuklah komunikasi dua hala yang berlaku dari semasa kesemasa antara sekolah dengan
ibu bapa dan komuniti.
Selanjutnya, kategori yang ketiga ialah kategori kesukarelawan. Pihak sekolah kebiasaannya mengendalikan
bantuian ibu bapa di sekolah atau melahirkan pasukan sukarelawan untuk membanu pihak sekolah. Aktiviti
kesukarelawanan tersebut perlu mengimplikasikan semua aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan
persekitaran sekolah. Dalam pada itu, kategori yang keempat ialah kategori pembelajaran di rumah. Pihak
sekolah menyediakan idea kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka dalam aktiviti pembelajaran
di rumah. Jenis penglibatan ini biasanya mempengaruhi pencapaian serta perkembangan kanak-kanak itu
sendiri.
Selain daripada itu, kategori yang kelima ialah kategori kepemimpinan (leadership). Ibu bapa biasanya
menitikberatkan dalam pentadbiran dan juga dalam penjagaan anak-anak. Jenis kategori penglibatan ini
dianggap sebagai paling penting tetapi agak sukar diamalkan di kebanyakkan sekolah. Akhir sekali, kategori
kolaborasi dengan komuniti. Pihak sekolah perlu merealisasikan kerjasama dengan komuniti dan juga
masyarakat setempat. Pihak yang terlibat perlu memberi Kerjasama yang baik supaya kebaikan tersebut
dapat dicapai dan dirasai bersama-sama.

6
3.4 LANGKAH-LANGKAH

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah adalah sangat penting. Ia memberi
impak positif kepada perkembangan kanak-kanak dari pelbagai segi. Selain itu, Ibu bapa juga memainkan
peranan yang kritikal dalam membantu anak-anak mereka membangunkan kemahiran, pengetahuan, dan
nilai-nilai asas yang penting untuk kehidupan merekaMeningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah adalah penting untuk membantu perkembangan kanak-kanak dan
meningkatkan kejayaan mereka dalam pendidikan. Berikut adalah beberapa langkah bagi meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

Langkah bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah yang
pertama ialah dengan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Ini kerana penglibatan ibu bapa ini akan
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak terutamanya keyakinan dari segi komunikasi, bergaul dengan
rakan-rakan dan interaksi dengan guru. Sebagai contohnya, aktiviti yang melibatkan penyertaan bersama ibu
bapa sebenarnya akan memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk tidak berasa takut dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan atau suasana baharu mereka. Penyertaan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran sama ada yang telah dirancang oleh guru mahupun cadangan aktiviti daripada ibu bapa
sebenarnya sedikit sebanyak membantu kanak-kanak untuk terus melakukan aktiviti, berani untuk tampil ke
hadapan dan berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Oleh itu, ia akan dapat
membantu mereka membangunkan keyakinan diri dan keberanian untuk mencuba lagi. Ini adalah sesuatu
yang penting dalam membantu kanak-kanak menjadi individu yang yakin dan berjaya. Dalam kesimpulannya,
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah adalah penting untuk perkembangan
holistik kanak-kanak. Ini membantu memastikan bahawa mereka mendapat sokongan emosi, akademik,
sosial, dan moral yang diperlukan untuk tumbuh menjadi individu yang seimbang dan berjaya.

Langkah yang seterusnya, ialah Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting sebagai guru kepada anak-
anak mereka. Dapat dikatakan, bahawa mereka adalah contoh dan model peranan yang pertama bagi anak-
anak dalam banyak aspek kehidupan. Dalam hal ini, kanak-kanak dapat melihat peranan yang berbeza
daripada ibu bapa iaitu berperanan sebagai guru. Ibu bapa yang selalu di lihat oleh kanak-kanak di rumah
adalah sebagai penjaga atau pengasuh untuk mereka bertukar peranan menjadi guru apabila ibu bapa
mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran mereka di prasekolah. Melalui penglibatan ibu
bapa dalam aktiviti pembelajaran ini akan merubah persepsi kanak-kanak akan peranan ibu bapa itu sendiri.
Kanak-kanak akan mempelajari sedikit demi sedikit bahawa ibu bapa mereka juga boleh menjadi guru bukan
sahaja di sekolah malah di rumah juga. Di samping itu, ibu bapa yang telah didedahkan dengan aktiviti
pembelajaran di prasekolah boleh mempraktikkan aktiviti tersebut di rumah juga. Hal ini bagi memberi
pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan yang akan dilakukan
oleh mereka sama ada di prasekolah mahupun di rumah. Secara keseluruhannya, ibu bapa memiliki peranan
yang sangat penting sebagai guru kepada anak-anak mereka dalam membentuk kepribadian dan sikap hidup
mereka. Oleh itu, mereka perlu sentiasa berusaha untuk menjadi contoh yang baik dan memberikan
pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka.

7
Tambahan pula, Ibu bapa mestilah lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-
kanak. Kurikulum yang digunakan di prasekolah adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Dalam hal ini, kesedaran ibu bapa terhadap kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah
penting untuk menyokong perkembangan pendidikan mereka. Ibu bapa yang memahami dan terlibat dalam
pendidikan anak-anak mereka biasanya dapat memberikan sokongan yang lebih efektif. Selain itu, guru juga
perlulah memainkan peranan untuk menyebarkan serta memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan
kurikulum ini. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa bersama anak-anak akan dapat memudahkan ibu bapa
dalam memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di prasekolah di samping membimbing dan
mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Maka dengan itu, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran ini dapat
membantu ibu bapa memahami berkenaan kurikulum prasekolah dan juga membantu mereka melakukan
penambahbaikan melalui idea atau cadangan yang bernas.

Langkah yang terakhir ialah Ibu bapa boleh dan sepatutnya berkomunikasi dengan guru-guru anak
mereka. Ibu bapa juga dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru. Ini kerana, komunikasi
antara ibu bapa dan guru adalah penting untuk memastikan perkembangan dan pendidikan anak berjalan
dengan baik. Keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di prasekolah ini dapat membantu
ibu bapa untuk berkongsi sebarang masalah sama ada berkaitan dengan pembelajaran dan keupayaan
kanak-kanak. Sebagai contohnya, guru menyediakan medium yang sesuai supaya ibu bapa boleh berkongsi
serta bersoal jawab tentang sesuatu isu berkenaan prasekolah mahupun berkaitan dengan pembelajaran
anak-anak. Peluang ini membolehkan ibu bapa untuk berkomunikasi secara positif dengan guru. Komunikasi
yang baik antara ibu bapa dan guru adalah asas yang penting dalam memastikan anak mendapat pendidikan
yang baik dan juga merupakan sokongan yang diperlukan untuk berkembang dengan baik di sekolah.

Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembangunan prasekolah
kanak-kanak. Ini bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan akademik mereka, tetapi juga
mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan nilai-nilai mereka. Oleh itu, penting untuk mendorong dan
menyokong ibu bapa untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah.

8
4.0 PENUTUP

9
5.0 RUJUKAN
 Paezah Abd. Halim dan Faridah Yunus. (2017). Kepentingan penglibatan penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.
Dimuat turun daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-
PAEZAH-ABD-HALIM.pdf
10

You might also like