Minit Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah Kali Kedua 2022

You might also like

You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH KALI KEDUA

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MUNAWIR, KUALA PILAH

Tarikh : 01 Oktober 2022 (SELASA)

Masa : 02.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SKTM

Pengerusi : Pn. Julia Binti Othman

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi


2. Perkara Berbangkit
3. Pembentangan Aktiviti PSS Penggal Kedua
4. Digital Competency Score (DCS)
5. Hal-hal lain

Kehadiran guru: 24 orang

1. Pn. Rusmawati binti Hazali Guru Besar SKTM


2. Pn. Julia binti Hj Othman GPK Pentadbiran
3. Pn. Shafina binti Mohamad Yusof GPK Kokurikulum
4. En. Razman bin Omar GPK HEM
5. Cik Nur Ain binti Norazlan GPM
6. Pn. Shamsina Bt Ali
7. Pn. Raah Bt Hassan
8. Pn. Nor Suriani Bt Sulaiman
9. Pn. Siti Zaharah Bt. Mohd Said
10. Pn. Halilah Bt Mohd Yasin
11. Cik Nur Syuhadah Bt Zainal Abidin
12. Pn. Hany Hafiza Bt Wan Hanafi
13. Pn. Kartini Bt Abidin
15. Cik Nur Ain Bt Norazlan
16. Pn. Nur Suraya Bt Mazlan
18. En. Mohd Fuad bin Mohd Isa
19. En. Mohd Noorkamarul bin Mohd Zulkifli
20. Pn. Noramali Afiqah binti Abu Bakar
21. Pn. Hanizah Binti Ismail
22. Pn. Norizah Bt Abdullah
23. Pn Suriatun Bt Sidek
24. Pn Safwah Bt Abu Samah
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mempersilakan Ustaz Mohd Fuad Bin Mohd Isa untuk membaca doa bagi
permulaan mesyuarat agar mesyuarat hari ini diberkati Allah SWT.
1.2 Menyampaikan ucapan salam daripada Guru Besar kepada semua guru-guru kerana tidak
dapat mengahadirkan diri ke mesyuarat kali ini.
1.3 Ucapan terima kasih kepada GPM kerana menguruskan organisasi PSS ini seterusnya
kepada guru-guru yang hadir.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Cadangan : Puan Kartini binti Abidin


Sah : Sebulat suara

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi menekankan kepada program Nilam yang dilihat tidak begitu menggalakkan di
kalangan murid-murid.
3.2 GPM mengharapkan bantuan daripada guru-guru kelas dan ketua-ketua panitia untuk
menjayakan PSS SK Tunku Munawir.

4. PEMBENTANGAN

4.1 Pengerusi meminta semua guru yang memegang bilik khas perlu menyediakan jadual
bertugas murid, peraturan bilik, rekod penggunaan bilik dan rekod pinjaman jika ada bagi
tahun terkini.
4.2 Pengerusi membentangkan aktiviti PSS bagi penggal kedua.
4.3 Guru dimaklumkan agar mengisi data NILAM secara offline. Data kemudian akan dianalisis
kemudian akan dihantar kepada USTP dalam masa terdekat. Murid perlu mencapai
sekurang-kurangnya satu bintang pencapaian NILAM.
4.4 Guru dimaklumkan bahawa murid Tahun 5 dan murid Tahun 6 akan terlibat dengan
program Digital Competency Score (DCS) bermula esok di Bilik Samsung. Guru yang
terlibat akan membantu program ini.
4.5 Penggredan PSS bermula bulan Julai sehingga bulan Disember 2022.
4.6 Proses pelupusan dan inventori PSS telah dilaksanakan.

5. HAL-HAL LAIN

TIADA

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh guru-guru di SK
Tunku Munawir dalam memudahkan urusan Kurikulum pada tahun-tahun sebelum ini.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,
Guru Perpustakaan dan Media
SK Tunku Munawir, Kuala Pilah
Tarikh : 2 Oktober 2022

You might also like