You are on page 1of 3

PERINTAH/PENGHAKIMAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PENGESAHAN CERAI TAKLIK

PERMOHONAN NO : xxxx-xxx-xxx-2021

ANTARA

ZULAIKHA BINTI ADNAN, PEMOHON


KP: XXXXX-XX-XXXX

DENGAN

MOHD MALIK BIN AHMAD RESPONDEN


KP: XXXX-XX-XXXX

DI HADAPAN TUAN HAKIM,


TUAN HAJI ZAMZAM BIN ISMAIL, P.J.K.,
HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH KUALA TERENGGANU,
DI KUALA TERENGGANU.

PADA HARI AHAD, 09 MUHARAM 1444H,


BERSAMAAN 07 OGOS 2022.

ATAS PERMOHONAN Pemohon, Permohonan ini didengar untuk perbicaraan di dalam


Mahkamah Terbuka, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dengan
kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya, Encik Mohd Zabidi bin Yusof daripada
Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates dan tanpa kehadiran Responden. Setelah
mendengar keterangan yang diberikan oleh Pemohon dan saksi-saksi Pemohon berserta
afidavit Pemohon, serta meneliti penghujahan bertulis yang difailkan oleh Peguam Syarie
Pemohon dan Lafaz Sumpah Al-Istizhar oleh Pemohon, MAKA PADA HARI INI TUAN
HAKIM TELAH MEMBUAT PERINTAH-PERINTAH SEPERTI BERIKUT:

1. SAYA SABIT aduan Pemohon, XXXXXX ke atas Responden, XXXXXX, KP:


XXXXXXX di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Terengganu) 2017.

2. SAYA SABIT jatuh talak satu kali pertama (Rajie) pada hari ini, Ahad, 09 Muharam
1444H bersamaan 07 Ogos 2022 daripada lafaz taklik suami yang telah dilafazkan
semasa majlis akad nikah yang dilangsungkan pada 19 Jamadilakhir 1417H
bersamaan 17 November 1996 di alamat 1783, Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol,
Kuala Terengganu, Terengganu di hadapan jurunikah Hj. Abas @ Ali bin Khatib Mohd
@ Mamat berwalikan bapa kandung, Ahmad bin Husin.

3. Melalui pengakuan Pemohon, semasa sabitan taklik dibuat pada hari ini, 09 Muharam
1444H bersamaan 07 Ogos 2022 dalam keadaan suci tidak bersama. Datang haid
tiap-tiap bulan. Oleh itu, SAYA PERINTAH kepada Pemohon, xxxxx hendaklah
beriddah selama tiga kali suci bermula pada hari ini, 09 Muharam 1444H bersamaan
07 Ogos 2022.

4. SAYA PERINTAH Surat Perakuan Nikah Bilangan: 167/96 K.IBAI No. 34766 yang
dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam
Daerah Kuala Terengganu, Terengganu diserah kepada Mahkamah untuk proses
pembatalan.

5. SAYA BERI kebenaran kepada pihak-pihak untuk memfailkan sebarang tuntutan lain
dalam prosiding yang berasingan pada masa hadapan.

6. SAYA SABIT alamat penyampaian terakhir pihak-pihak ialah:


Zulaikha binti Adnan
145, Kampung Gong Kemunting, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Dan,

Mohd Malik bin Ahmad


245, Kampung Banggol Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu.
7. SAYA PERINTAH kos ditanggung oleh pihak-pihak.

DIBERI DI BAWAH TANDATANGAN saya dan Meterai Mahkamah Rendah Syariah Daerah
Kuala Terengganu pada hari ini, Ahad, 09 Muharam 1444H bersamaan 07 Ogos 2022.

METERAI HAKIM

PERINTAH ini difailkan oleh Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates, Peguam Syarie bagi
pihak Pemohon yang beralamat di Suites 11 A & 12, Level 2, Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu. No. Tel : 09-6203560 (O) / 013-9250250 (P)
[Ruj. Kami : AWHBD/SHA/192/21]

You might also like