You are on page 1of 2

A(1/5)

1. Gambar seorang guru 2. Gambar sekumpulan murid 3. Gambar pelbagai jenis


sedang memberi taklimat menaiki sebuah bas haiwan di Zoo Negara ( contoh
kepada sekumpulan murid di - harimau, rusa, burung,
kantin sekolah orang utan)

4. Pertunjukan gajah bermain 5. Gambar Restauran Marry Gambar sekumpulan murid


bola di hadapan penonton Brown. turun dari bas.

Berdasarkan gambar di atas susun semula ayat-ayat di bawah supaya


menjadi sebuah karangan.

Tepat pukul 9.00 pagi kami bertolak dengan menggunakan


sebuah bas sekolah. Empat puluh minit kemudian kami tiba di
Zoo Negara.

Pelbagai jenis spesis haiwan terdapat di Zoo Negara. Antara


haiwan yang terdapat di sana ialah harimau, rusa, burung,
orang utan dan banyak lagi.

Kami bertolak pulang ke sekolah tepat pukul 3.00 petang.


Walaupun penat tetapi kami berasa sungguh gembira dan ingin
pergi lagi.

Pada minggu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sri Tiram


Jaya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.
Awal-awal pagi lagi semua peserta berkumpul di kantin sekolah
untuk mendengar taklimat daripada ketua lawatan.

Kami sungguh berasa bertuah kerana dapat menyaksikan


pertunjukkan gajah. Semua murid berasa terhibur
menyaksikan gajah bermain bola.

Selepas penat berjalan, kami berhenti berehat dan makan


tengah hari di Restauran Mary Brown.
Cadangan Jawapan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

Pada minggu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sri Tiram Jaya telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Awal-awal pagi lagi
semua peserta berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat
daripada ketua lawatan.

Tepat pukul 9.00 pagi kami bertolak dengan menggunakan


sebuah bas sekolah. Empat puluh minit kemudian kami tiba di Zoo
Negara.

Pelbagai jenis spesis haiwan terdapat di Zoo Negara. Antara


haiwan yang terdapat di sana ialah harimau, rusa, burung, orang utan
dan banyak lagi.

Kami sungguh berasa bertuah kerana dapat menyaksikan


pertunjukkan gajah. Semua murid berasa terhibur menyaksikan gajah
bermain bola.

Selepas penat berjalan, kami berhenti berehat dan makan tengah


hari di Restauran Mary Brown.

Kami bertolak pulang ke sekolah tepat pukul 3.00 petang.


Walaupun penat tetapi kami berasa sungguh gembira dan ingin pergi
lagi.

You might also like