You are on page 1of 9

SK SERI KEPONG

JALAN LANG PERUT PUTIH 9,


TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN,
52100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

SAMBUTAN
HARI KANAK-KANAK
2022

1 DISEMBER 2022
DEWAN TERBUKA SK SERI KEPONG
1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia


sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)
mengisytiharkan Hari Kanak- Kanak Sedunia dan meminta semua negara
meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan
Persefahaman Dalam Kalangan Kanak- Kanak.”

Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari


Kanak- Kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai
membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak- Kanak Sedunia
setiap tahun.

Pada tahun ini, SK Seri Kepong melalui unit Hal Ehwal Murid akan
mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pada 1
Disember 2022. Hari Kanak-Kanak ini akan dilaksanakan bersama-sama
dengan Jamuan Akhir Tahun bagi setiap kelas dan aliran.

2.0 RASIONAL

Memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada kanak-kanak dan


mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan
serta memastikan hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif Sambutan Hari Kanak-kanak ialah :

3.1 Meraikan kanak-kanak sempena Sambutan Hari Kanak-kanak


Sedunia.

3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah


3.3 Menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab
mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi


fizikal. Kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.

3.5 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua murid tanpa


mengira agama dan bangsa sepanjang melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan.

3.6 Mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan semua warga


sekolah tanpa mengira umur, agama dan bangsa.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid di SK Seri Kepong, Kuala Lumpur (Prasekolah, PPKI,


Perdana)

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 1 Disember 2022


5.2 Hari : Khamis
5.3 Tempat : Dewan Sekolah

6.0 AKTIVITI / ATUR CARA

7.30 pagi : Murid berkumpul di dewan


8.00 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Bacaan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah
8.20 pagi : Ucapan Perasmian oleh Encik Azlan bin Desa (Guru
Besar)
8.30 pagi : Persembahan Khas Murid
- Tahun 6 – DIKIR BARAT
- Persembahan berbahasa Cina
- Persembahan berbahasa Tamil
- Persembahan berbahasa Arab
TALENTIME
- Tahun 3
- Tahun 2
- Tahun 1
- Prasekolah
- PPKI
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : CLOWN SHOW
11.30 pagi : TALENTIME
- Tahun 6
- Tahun 5
- Tahun 4
12.00 tgh hari : Penyampaian Hadiah dan Anugerah
- Pertandingan Kebersihan Kelas (Tahap 1, Tahap 2
dan PPKI)
- Kehadiran Terbaik
- Anugerah Tokoh Murid Idola
1.00 petang : Bersurai

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

7.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Encik Azlan Bin Haji Desa


(Guru Besar)
Pengerusi : Puan Saraswathy A/P Kunju
(GPK HEM)
Naib Pengerusi : Encik Nazri Bin Abdullah
(GPK Tadbiran)
Puan Salinda Binti Samot
(GPK Kokurikulum)
Encik Mohamad Faizal Bin Mohamad Roselee
(GPK PPKI)
Penyelaras : Puan Murni Nur Munirah Binti Mahamud
(S/u HEM)

7.2 Jawatan Kuasa Pelaksana

Jawatankuasa Nama Guru Bidang Tugasan

Teknikal & En. Muhammad Sobri bin > Menyediakan peralatan siaraya
Siaraya Hj Ramli dan memastikannya berfungsi
dengan baik.

Persiapan Cik Nur Hakimah binti > Menghias dewan mengikut


Tempat dan Nordin kesesuaian majlis
Dewan
Cik Madhihah binti Nordin > Menyediakan kerusi yang
mencukupi untuk dif kehormat dan
Puan Maria binti Abu
guru
Bakar
> Mengemas semula tempat
Nurfatimah Ayuni binti
setelah majlis selesai
Mohd Farid

Banner Nor Izazi Ismah binti > Menyedia dan menempah banner
Razali pentas

> Serahkan kepada JK Persiapan


Tempat dan Dewan

Buku Program Cik Nazihah binti Abdul > Menyediakan buku program (5
Halim hardcopy, softcopy dihebahkan
dalam group Whatsapp)
Pengacara Puan Ainatul Mardhiah > Menyediakan teks pengacaraan
Majlis
> Mengacarakan sepanjang majlis

Bacaan Doa En. Muhammad Sobri bin > Mengetuai bacaan doa
Hj Ramli

Persembahan Guru kelas > Mengenalpasti 2 murid yang


TALENTIME 1 Arif, 2 Arif, 3 Arif berminat untuk membuat
4 Arif, 5 Arif, 6 Arif
persembahan berasingan
Prasekolah dan PPKI

> Persembahan ringkas yang


mengambil masa 3-5 minit sahaja.

Hadiah & Sijil Puan Samsiah binti > Menyediakan hadiah dan sijil
Minggu
>Memastikan majlis penyampaian
Cik Punitha a/p Malasamy berjalan lancar

Pn. Nur Liyana binti Abdul


Karim

Pertandingan Cik Revathi a/p > Mengenalpasti kelas yang paling


Kebersihan Karunanithi banyak memenangi pertandingan
Kelas kebersihan dan keceriaan kelas
bagi tahun 2022 mengikut kategori.

> Menyerahkan nama kepada


penyelaras

Tokoh Murid Cik Gayathri a/p > Menyediakan GoogleForm


Idola Subramaniam mengundi Tokoh Murid Idola untuk
diisi oleh guru-guru

> Menyerahkan nama kepada


penyelaras

Makanan dan Pn. Nor Hasliza binti > Menempah makanan yang
Jamuan Murid Abdullah mencukupi

Pn. Murni Nur Munirah > Mengagihkan makanan dan


binti Mahamud minuman mengikut meja kantin
kelas.
PPM
> Murid makan pada waktu rehat

Fotografi Pn. Norasikin binti Azmi > Merakamkan gambar sepanjang


aktiviti dan memasukkan ke dalam
Data Bersepadu SKSK

Persembahan Cik Arina Safwah binti > Menyediakan persembahan


Khas Jailan (BC) berdasarkan bahasa- Bahasa
Cik Revathi a/p utama di Malaysia.
Karunanithi (BT)
Noor Fairuz binti Kusri
(BA)
Cik Nur Farhanis Fathiah
binti Anuaruddin (Dikir
Barat)
Kawalan En. Muhammad Sobri bin > Mengawal murid supaya sentiasa
Disiplin Hj Ramli berdisiplin di sepanjang program
dijalankan
Semua guru

Dokumentasi Pn. Murni Nur Munirah > Menyediakan dokumentasi dan


binti Mahamud laporan

8.0 KEWANGAN
8.1 Sumber Kewangan

Bi
Sumber Jumlah
l

1. Sumbangan PIBG RM 2000.00

Jumlah Keseluruhan RM 2000.00

8.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah Jumlah


Keseluruhan
1. Makanan Murid (180 orang murid X RM 5.50) RM 990 RM 990.00

2. Hadiah Tokoh Murid Idola RM 40 RM 40.00


(8 orang murid X RM 5.00)

3. Hadiah Keceriaan Kelas

(3 tahap X RM 25.00) RM 75 RM 75.00

4. Hadiah Kehadiran Terbaik

(5 orang murid X RM 5.00) RM 25 RM 25.00

5. CLOWN Show RM 300 RM 300.00

6. Banner RM 104 RM 104.00

7. TALENTIME

(16 orang X RM 4.00) RM 64 RM 64.00

8. Air Coklat Dutch Lady

(8 katon X RM 39.00) RM 312 RM 312.00

9. Hiasan Pentas RM 90 RM 90.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2000.00


8.0 PENUTUP

Semoga sambutan Hari Kanak-kanak ini akan berjalan dengan lancar


dan berjaya mencapai matlamat dan objektifnya. Sambutan ini juga
diharapkan mampu memberi kesedaran kepada kita bahawa masyarakat
bertanggungjawab untuk melindungi, menjaga kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak ini. Semoga sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat melahirkan
generasi yang dinamik, aktif dan mempunyai keperibadian yang terpuji.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

….………………………….. ……………………………..

(MURNI NUR MUNIRAH BINTI MAHAMUD) (SARASWATHY A/P KUNJU)


Penyelaras Hari Kanak-Kanak, GPK HEM,
SK Seri Kepong SK Seri Kepong

Disahkan oleh :

….………………………….

(AZLAN BIN HAJI DESA)


Guru Besar,
SK Seri Kepong.

You might also like