You are on page 1of 6

EPPD2023 STATISTIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN

LATIHAN TOPIK 3
TEKNIK STATISTIK DESKRIPTIF: KAEDAH NUMERIK

*Jawapan terpilih di muka surat terakhir

1. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan hasil tahunan yang diperolehi oleh Syarikat Permata Jaya
bagi tempoh empat tahun.

Jadual 3.1: Hasil Tahunan Syarikat Permata Jaya


Tahun 2013 2014 2015 2016
Hasil 125 000 132 570 159 320 1670

[ 1]
(a) Kirakan purata dan sisihan piawai hasil tahunan syarikat tersebut Permata Jaya.

(b) Kirakan purata kadar pertumbuhan tahunan bagi hasil yang diperolehi oleh syarikat
Permata Jaya. [ 2]

2. Satu kajian berkenaan skor pelajar kursus statistik telah dilakukan. Oleh itu, 10 orang
pelajar telah dipilih sebagai sampel bagi tiga kelas statistik berbeza iaitu A, B dan C. Jadual
3.2 berikut menunjukkan nilai statistik yang telah dikira bagi ketiga-tiga kelas berkenaan.

Jadual 3.2: Statistik Skor Pelajar Kelas A, B dan C

Kelas A B C
Min 56.7 53.0 38.2
Median 40.5 53.0 47.0
Mod 34.0 53.0 55.0
Sisihan piawai 10.90 9.75 11.74

(a) Dengan menggunakan maklumat di atas, nyatakan bentuk taburan skor pelajar kelas
A, B dan C. [ 3]

(b) Lakarkan graf bentuk taburan yang dinyatakan di soalan 2(a).

(c) Berapa peratuskah pelajar Kelas B mendapat markah di antara 33.5 hingga 72.5? [ 4]

(d) Berapa peratuskah pelajar kelas C memperolehi markah dalam lingkungan 2.5
sisihan piawai daripada min? [ 5]

1
3. Jadual 3.3 menunjukkan beberapa statistik deskriptif berhubung harga siling mingguan bagi
Petrol RON95, RON97 dan DIESEL selama 20 minggu dalam tahun lepas.
Jadual 3.3 Statistik Deskriptif bagi Harga Siling Mingguan
RON95, RON97 dan DIESEL

RON95 RON 97 DIESEL


Bilangan minggu 20 20 20
Min harga siling mingguan 2.06 2.33 2.01
Varians harga siling mingguan 0.01 0.01 0.01
Median harga siling mingguan 2.07 2.32 1.99
Mod harga siling mingguan 1.97 2.22 2.08

Dengan menggunakan ukuran statistik yang sesuai, bandingkan variasi atau kestabilan harga
siling mingguan bagi ketiga-tiga produk tersebut. [ 6]

4. Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, jelaskan bagaimana ukuran memusat
boleh digunakan untuk menentukan bentuk taburan data.

5. Berikut adalah data yang menunjukkan jumlah kenaikan gaji (RM) bagi satu sampel yang
mengandungi 11 orang pekerja.

180 300 250 50 70 20 200 120 150 550 400

(a) Dapatkan nilai min artimetik dan julat bagi data tersebut.

(b) 50% pekerja memperolehi jumlah kenaikan gaji kurang daripada RMX. Berapakah
nilai X? [ 7]

(c) Berapakah nilai sisihan piawai? Jelaskan maksud nilai sisihan piawai yang diperolehi.
[ 8]

2
6. Andaikan satu taburan data mempunyai 𝜇𝜇 = 1530 dan 𝜎𝜎 2 = 250. Dapatkan selang yang
mengandungi

(a) sekurang-kurangnya 75% daripada data. [ 9]

(b) sekurang-kurangnya 89% daripada data. [ 10]

7. Purata simpanan bagi 20 orang pelanggan di bank A ialah RM315 dengan varian 7569.
Manakala purata simpanan 25 orang pelanggan di bank B ialah RM8350 dengan sisihan
piawai RM1800. Sampel manakah yang mempunyai kadar serakan yang lebih besar?
(Weiers 7th edition, exer3.35, p.83).

8. Seorang pelajar memperolehi 90 markah bagi peperiksaan pertengahan, 78 markah bagi


peperiksaan akhir dan 83 markah bagi tugasan dan kuiz. Jika pemberat peperiksaan
pertengahan ialah 35%, pemberat peperiksaan akhir ialah 45% dan pemberat tugasan dan
kuiz ialah 20%, berapakah purata markah pelajar tersebut? (Weiers 7th edition, exer3.9,
p.67) [ 11]

9. Jadual 3.4 berikut menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi (%) negara Malaysia dari
tahun 1990 hingga 2009

Jadual 3.4: kadar pertumbuhan ekonomi negara Malaysia dari tahun 1990 hingga 2009

1980 4.887 1990 5.993 2000 6.420


1981 4.330 1991 6.625 2001 -1.604
1982 3.293 1992 6.078 2002 3.284
1983 3.521 1993 7.127 2003 3.762
1984 4.906 1994 6.482 2004 4.786
1985 -3.825 1995 7.080 2005 3.382
1986 -1.700 1996 7.237 2006 3.645
1987 2.349 1997 4.635 2007 4.369
1988 6.752 1998 -9.635 2008 2.956
1989 5.948 1999 3.630 2009 -3.243

Kirakan purata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tempoh-tempoh berikut.

(a) 1980 hingga 1989


(b) 1990 hingga 1999
(c) 2000 hingga 2009 [ 12]

3
10. Pelajar sebuah sekolah memperolehi markah purata ujian sebanyak 480 dan sisihan piawai
100. Andaikan taburan bagi markah ujian tersebut ialah berbentuk normal dan simetri.
Pelajar bernama Ali memperolehi markah 580 dan Ben memperolehi markah 680.

(a) Berapa peratuskah pelajar yang memperolehi markah antara 380 hingga 580? [ 13]
(b) Berapa peratuskah pelajar yang memperolehi markah melebihi 680? [ 14]
(c) Berapa peratuskah pelajar yang memperolehi markah kurang daripada Ali? [ 15]
(d) Berapa peratuskah pelajar yang memperolehi markah lebih tinggi daripada markah
Ali tetapi lebih rendah daripada markah Ben? [ 16]
(Weiers 7th edition, exer3.33, p.83)

11. Jumlah hasil (RM bilion) 7 buah syarikat adalah seperti berikut:
18.1 8.2 5.0 2.4 2.0 1.4 1.3

Jika data tersebut adalah mewakili satu populasi, kirakan:

(a) nilai purata, median dan julat


(b) sisihan piawai dan varian.

4
12. Jadual 3.5 menunjukkan kadar pendapatan pelaburan (%) bagi syarikat insuran dari tahun
1988 hingga tahun 2007. Kirakan nilai purata dan median bagi pendapatan pelaburan.
(Weiers 7th edition, exer3.5, p.66)

Jadual 3.5: Kadar pendapatan pelaburan (%)

Tahun Peratus Tahun Peratus


1988 9.03 1998 6.95
1989 9.10 1999 6.71
1990 8.89 2000 7.05
1991 8.63 2001 6.31
1992 8.08 2002 5.38
1993 7.52 2003 5.03
1994 7.14 2004 4.80
1995 7.41 2005 4.90
1996 7.25 2006 5.35
1997 7.35 2007 5.71

13. Jadual 3.6 menunjukkan harga penutup 15 saham syarikat. Dapatkan nilai min dan
median harga saham berikut. (Weiers 7th edition, exer3.6, p.67)

Jadual 3.6: Harga penutup saham syarikat (RM)

31.69 83.50 121.44 71.88 83.19


56.69 56.88 97.00 70.63 43.63
65.50 72.06 42.25 35.81 40.06

5
JAWAPAN TERPILIH

[1] 𝑋𝑋� = 146,072.500


𝑆𝑆 = 20,467.261

[2] 10.225%

[3] A = pencong kekanan


B = simetri
C = pencong kekiri

[4] lebih kurang 95%

[5] sekurang-kurangya 84%

[6] berdasarkan pekali variasi, harga siling mingguan RON97 paling stabil manakala harga
siling mingguan diesel paling tidak stabil.

[7] Median = X = 180

[8] 𝑆𝑆 = RM159.801.
Secara puratanya, perbezaan antara kenaikan gaji yang diterima oleh setiap pekerja dengan
purata kenaikan gaji ialah RM159.8010

[9] Teorem Chebyshev, (1498.378, 1561.622)

[10] Teorem Chebyshev, (1482.567, 1577.433)

[11] 83.2

[12] 2.73355%

[13] lebih kurang 68%

[14] lebih kurang 2.5%

[15] lebih kurang 50%

[16] lebih kurang 47.5%

You might also like