You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
80604 Johor Bahru Faks : 07-234 7132
Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/5/16 Jld.3 ( )


Tarikh : Mei 2023

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor

Melalui dan Salinan;

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

HEBAHAN PROGRAM PEMENTASAN TEATER DARI KL SHAKESPEARES PLAYER

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Gehen Sparrow Sdn Bhd dengan kerjasama
Stage Craft PLT akan menganjurkan beberapa program pementasan teater dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 08 Jun 2023 sehingga 10 Jun 2023 bertempat
di JOTIC Auditorium, Johor Bahru. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid
dalam memahami seni budaya tempatan dan mempromosikan seni teater sebagai satu
bidang seni kreatif.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan untuk memanjangkan surat


hebahan daripada pihak penganjur kepada murid-murid yang berminat untuk
menyertainya. Ditegaskan juga bahawa tiada unsur paksaaan pelibatan murid atau guru
dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah disarankan untuk mendapatkan
sumbangan dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau pelibatan Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa ( KSIB) bagi menjayakan pelibatan murid di dalam program ini.
Segala sokongan daripada pihak sekolah amatlah dihargai dan pastinya membantu
kecemerlangan kokurikulum dan kemenjadian murid yang berkualiti di negeri Johor.

4. Pihak sekolah juga diingatkan supaya memastikan aspek keselamatan murid


perlu diberi perhatian pada setiap masa dan mematuhi surat pekeliling ikhtisas, surat
siaran, surat makluman dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa. Pihak sekolah
mestilah memastikan murid yang hadir ke program berkenaan telah mendapat keizinan
oleh ibu, bapa /penjaga masing-masing secara bertulis.

5. Pihak penganjur juga telah diingatkan supaya menangguhkan aktiviti serta merta
sekiranya keadaan murid atau peserta menampakkan tanda-tanda ketidakselesaan atau
kelesuan dan menjejaskan kesejahteraan diri mereka. Aktiviti juga akan dihentikan serta
merta atau dibatalkan apabila keadaan cuaca yang boleh mengundang risiko kepada murid.

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia program iaitu
Puan Mazurah binti Kamarudin di talian 017- 667 7788.
JPNJ.PBM.600-3/5/16 Jld.3 ( )

HEBAHAN PROGRAM PEMENTASAN TEATER DARI KL SHAKESPEARES PLAYER

Kerjasama tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MUSA BIN ATAN )


Menjalankan tugas Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Pn Mazurah binti Kamarudin


Pengarah Urusan GEHEN SPARROW SDN BHD

You might also like