You are on page 1of 3

NOTA SAINS TAHUN 6 – BAHAN BUANGAN

(A) Kenali Bahan Buangan

1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan.
2. Bahan buangan berasal daripada pelbagai sumber: Kediaman, kilang, gerai makanan,
pasar, kenderaan bermotor, dan pertanian.
3. Jenis-Jenis Bahan Buangan:

(B) Terbiodegradasikan atau Tidak?

1. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan buangan yang boleh direputkan oleh
mikroorganisma.
Contoh: Bahan organik seperti sisa makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja.
2. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan buangan yang tidak boleh direputkan
oleh mikroorganisma.
Contoh: Kaca, plastik, logam, sisa toksik.

(C) Hargai Bumi Kita

1. Kita perlu menggunakan bahan buangan tidak terbiodegradasi secara hemah kerana
bahan-bahan ini tidak mereput jika dibuang dan akan kekal di persekitaran kita buat
jangka masa yang lama.
2. Bahan buangan tidak terbiodegradasikan akan:
1. Menyumbang kepada pencemaran persekitaran
2. Menyebabkan terjadinya bencana alam
3. Memberi kesan kepada kesihatan kita
3. Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang akan mendatangkan masalah:
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Sakit dan penyakit
4. Hujan asid
5. Banjir kilat
6. Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
7. Kepupusan sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan

1
(D) Amalan Pengurusan Bahan Buangan

1. Kehidupan lestari adalah amalan yang mengurangkan impak kepada alam sekitar agar
keindahan alam dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
2. Peranan kita dalam mengurus bahan buangan dengan cara terancang:
1. Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas.
2. Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan sebelum dibuang.
3. Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan sisa minyak.
4. Bahan buangan sisa makanan yang boleh direputkan boleh dijadikan baja
kompos.
5. Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat mengurangkan longgokan bahan.
1. Reduce: Kurangkan penggunaan bahan buangan seperti beg plastik.
2. Reuse: Guna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan.
3. Recycle: Kitar semula bahan buangan menjadi produk yang baharu.
6. Menggunakan plastik terbiodegradasikan
7. Membawa beg sendiri semasa membeli belah
8. Menghasilkan makanan haiwan daripada bahan buangan

(E) Pegurusan Bahan Buangan Secara Terancang

1. Bahan buangan biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.


2. Cara- cara bahan buangan dilupuskan:
1. Bahan buangan dikutip dan dihantar ke pusat pengumpulan sampah.
2. Bahan buangan diasingkan mengikut jenis: Boleh kitar semula dan tidak boleh
kitar semula.
3. Bahan buangan yang boleh dikitar semula dipadatkan dan dihantar ke kilang
pemprosesan untuk dijadikan bahan yang baharu.
4. Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar dalam insinerator.
5. Sisa daripada insinerator dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan.

2
3

You might also like