You are on page 1of 1

KERTAS CADANGAN : PROGRAM PEMBANGUNAN ATLIT HOKI PEREMPUAN 2023

RASIONAL
Memantapkan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah melalui sukan hoki di kalangan
murid-murid SMK Penrissen. Program ini merupakan satu aktiviti pengisian pembelajaran
khusus untuk murid sesi petang yang terlibat dengan program NHDP dan SPTS.

MATLAMAT
Memperkasakan program latihan NHDP (National Hockey Development Program) dibawah
MHC (Malaysia Hockey Confederation) dan program SPTS (Sukan Prestasi Tinggi Sekolah) di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

1. Membentuk satu pasukan hoki perempuan yang dapat mewakili sekolah ke Kejohanan
5s Persatuan Hoki Negeri Sarawak 2023 yang akan diadakan pada 19 Februari 2023.
2. Meningkatkan kemahiran hoki atlit hoki perempuan yang pada ketika ini masih di tahap
kurang memuaskan.
3. Melahirkan atlit yang berpotensi dalam sukan hoki yang bakal mewakili sekolah dalam
kejohanan MSSM tahun 2023.

KUMPULAN SASARAN

1. Atlit SPTS Perempuan 17 TKB ( Murid Tingkatan 3-4 Sesi 2022/2023)


2. Atlit NHDP Perempuan 14 TKB ( Murid Tingkatan 1-2 Sesi 2022/2023)

JURULATIH TERLIBAT

1. En. Azwar ( Jurulatih NHDP Perempuan 14TKB)


2. En. Celestine Michael ( Jurulatih SPTS Perempuan 17TKB )

TEMPOH LATIHAN

TARIKH HARI MASA TEMPAT


13 hingga 16 Isnin hingga Khamis 4.00 hingga 6.00 Gelanggang Hoki
Februari 2023 petang SMK Penrissen

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:

CELESTINE MICHAEL GAWAN ARAS @ ARIS SELUTAN ABIT HONG


Jurulatih SPTS PK Ko-Kurikulum Pengetua SMK Penrissen

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

You might also like