You are on page 1of 2

Sinopsis LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA (Abdul Latip Talib)

Novel ini mengisahkan Adnan yang merupakan watak utama. Beliau yang dilahirkan
di Sungai Ramal, Selangor, hidup di dalam suasana kemiskinan kampung. Kehidupan
mereka bergantung kepada hasil sawah padi dan kebun getah yang cukup-cukup makan
sahaja. Adnan dibesarkan oleh kedua ibu dan bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua adik-beradik iaitu Ahmad dan
Amarullah. Watak utama novel ini mempunyai nilai kerajinan dan taat kepada perintah orang
tuanya. Sejak usia sepuluh tahun, beliau membantu orang tuanya di kebun getah setiap
pagi.

Moyang kepada Pak Saidi adalah orang buruan Inggeris, maka beliau sengaja
merahsiakan keturunan pahlawannya kerana khuatir diburu. Semangat patriotik itu dilihat
diwarisi oleh Adnan. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya di
kampung justeru beliau memiliki keazaman untuk memastikan masa depan anak-anaknya
lebih baik. Pak Saidi sedar hanya dengan ilmu pengetahuan anak-anaknya boleh menabur
bakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Beliau berhasrat mahu menghantar anak-
anaknya ke sekolah aliran Inggeris tetapi mendapat tentangan orang kampung kerana risau
akan dipengaruhi anasir yang tidak diinginkan. Adnan telah dihantar untuk bersekolah di
sebuah sekolah aliran Inggeris dan menjadi seorang peljar yang disenangi oleh rakan-rakan
serta guru kerana sikapnya yang rajin dan pintar.

Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai
Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya, sebaliknya cita-cita Adnan adalah
untuk menjadi seorang Askar. Tersebar berita tentera British ingin menubuhkan askar
Melayu yang terdiri daripada anak-anak Melayu. Selepas mendapat restu ayah dan ibunya,
Adnan serta beberapa pemuda kampungnya menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.
Dengan kesungguuhan menjalani latihan ketenteraan, Adnan berjaya direkrut ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beliau ditugaskan untuk ke Singapura, kemudian menerima
kenaikan pangkat sebagai Sarjan seterusnya terpilih untuk menyertai upacara pertabalan
King George VI di London. Tidak lama selepas itu, Adnan dinaikkan pangkat sebagai
seorang Leftenan dan telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama
Sophia.

Hasil perkahwinannya melahirkan tiga orang zuriat dan mereka menetap di Pasir
Panjang, Singapura di Kem Rejimen Askar Melayu. Apabila Perang Dunia kedua mula
berlaku, terdapat ura-ura bahawa Jepun akan menyerang Singapura. Leftenan Adnan
terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung mereka demi
keselamatan keluarganya. Askar Jepun telah pun berjaya mendarat di Kelantan dan
menyebabkan ramai Askar Melayu tumpas dan terkorban. British juga tidak berjaya untuk
menghalang pergerakan Askar Jepun untuk mendarat di Tanah Melayu pada ketika itu
kerana aset ketenteraan seperti kapal perang telah diserang terlebih dahulu. Pihak British
ketika itu yakin kubu pertahanannya di Singapura kebal daripada serangan Askar Jepun.
Namun, seramai 42 anggota Rejimen Askar Melayu telah terkorban termasuk Leftenan
Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jepun berjaya menakluki
Singapura tetapi tidak lama setelah Amerika Syarikat mengebom pangkalan tentera Jepun
di Hiroshima. British kembali memerintah Tanah Melayu.

You might also like