You are on page 1of 31

UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG

EXECUTIVE BACHELOR IN BUSINESS MANAGEMENT

ISU PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENGAJIAN YAYASAN SABAH

NOORAZIA ALI BAKTI


MAC, 2023
PENGHARGAAN (ACKNOWLEDGMENT)

Kertas kerja ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan luar biasa daripada
pensyarah encik Ahmad Zahrawi Ahmad Azahri pengetahuan dan perhatiannya
terhadap perincian telah menjadi inspirasi dalam membuat kertas projek dan juga
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja saya di Bahagian
Pungutan Pinjaman Pengajian yang menjawab dengan sabar pelbagai soalan
tentang proses kerja pembayaran balik pinjaman pengajian Yayasan Sabah.

(i)
SABAH FOUNDATION STUDY LOAN REPAYMENT ISSUE

ABSTRACT

The Study Loan Program for institutions of higher education was implemented in
1968. This loan is used to further studies based on employment needs. Yayasan
Sabah also cooperates with institutions of higher education to provide greater
opportunities for the youth of Sabah to further their studies.

However, the negative impact on education loans can cause disruption to borrowers
who want to make education loans for the education fund round.

With a long rate for borrowers who are difficult to influence and do not make
payments continuously, the percentage of collecting funds will decrease. The aim
of this paper is to analyze, to further increase funds to enable Yayasan Sabah to
continue to support and provide Study Education for students in the future, in line
with its goal of driving the next generation with an emphasis on development
education.

In carrying out this study, the method of interviewing some borrowers was done over
the phone. i) The borrower does not have a job after graduation ii) the monthly rate
is high according to the schedule given. This study can identify that the willingness
of borrowers to repay among students is at a moderate level and the ability of
borrowers to obtain employment in the future, as well as being able to cooperate
with the relevant bodies to detect borrowers who refuse to pay.

(ii)
ABSTRAK

ISU PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENGAJIAN YAYASAN SABAH

Program Pinjaman Pengajian ke institusi pengajian tinggi dilaksanakan pada tahun


1968. Pinjaman ini berperanan untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan keperluan
pekerjaan. Yayasan Sabah turut berkerjasama dengan pihak institusi pengajian
tinggi unttuk memberi peluang yang lebih besar kepada belia Sabah untuk
melanjutkan pelajaran mereka.

Namun impak negatif ke atas pinjaman pendidikan ianya boleh menyebabkan


ganguan keatas peminjam yang ingin membuat pinjaman pendidikan untuk
pusingan dana pendidikan.

Dengan kadar yang lama untuk peminjam yang susah di kesan dan tidak membuat
pembayaran secara berterusan, peratus mengumpul dana akan berkurangan.
Matlamat kertas kerja ini adalah untuk menganalisa, bagi meningkatkan lagi dana
untuk membolehkan Yayasan Sabah terus menyokong dan menyediakan
Pendidikan Pengajian untuk pelajar pada masa akan datang, selaras dengan
matlamatnya dalam memacu generasi akan datang dengan penekanan kepada
pendidikan pembangunan.

(ii)
Table of Contents Pages

Pengesahan ……………………………………………………….. i
Abstrak……………………………………………………………. ii
Senarai kandungan………………………………………………... iii -iv

Bab Satu…………………………………………………………. 1
1.0 Pengenalan ………………………………………………. 1
1.1 Permasalahan penyata …………………………………… 2
1.2 Cadangan …………………………………........................ 3-4
1.3 Objektif dan skop projek ………………………………… 4-5
1.4 Kekangan had ……………………………………………. 6
1.5 Kesimpulan………………………………………………. 6

Bab dua …………………………………………………………. 7


Kajian literature ………………………………………………... 7
2.0 Pengenalan ……………………………………………….. 7
2.1 Kajian literature ………………………………………….. 7-8
2.2 Latar belakang Bahagian/Unit …………………………… 8
2.3 Sistem proses ……………………………………………. 8-10
2.4 Model penyelesaian ……………………………………… 11
2.5 Kesimpulan ……………………………………………… 11

(iii)
Bab Tiga ………………………………………………………… 12
Strategi pelaksanaan …………………………………………… 12
3.0 Pengenalan………………………………………………... 12
3.1 Strategi pelaksanaan ……………………………………… 12-13
3.2 Pasukan……………………………………………………. 13-14
3.3 Garis masa ………………………………………………… 15
3.4 Kesimpulan ………………………………………………. 16

Bab empat ………………………………………………………. 17


Belanjawan projek & Kos ……………………………………… 17
4.0 Pengenalan ……………………………………………….. 17
4.1 Belanjawan projek & Kos ………………………………… 18-20
4.2 Kesimpulan………………………………………………… 21

Bab 5 …………………………………………………………….. 22
Pengenalan ……………………………………………………… 22
5.0 Pengenalan ……………………………………………….. 22
5.1 Kesimpulan ………………………………………………. 22-23
Rujukan ………………………………………………………… 24

(iv)
BAB 1

PENDAHULUAN (INTRODUCTION)

1.0 Pendahuluan

Yayasan Sabah dikenali sebagai Kumpulan Yayasan Sabah atau Menara Tun
Mustapha yang terletak di Teluk Likas dan mempunyai beberapa bahagian dan
unit, Yayasan Sabah menyediakan kemudahan pendidikan untuk semua rakyat
Malaysia di Sabah, Ditubuhkan pada tahun 1966 dan mempunyai kakitangan
secara keseluruhan 364 orang. Objektif utama penubuhannya dengan
meningkatkan taraf hidup rakyat dengan meningkatkan kualiti pendidikan dan
kemudahan pendidikan untuk rakyat Sabah. Kebanyakan pelajar datang
daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan
pinjaman.

Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan geran pelancaran untuk institute


Teknologi MARA yang awal di Sembulan, Kota Kinabalu pada tahun 1973, yang
kini menempatkan kolej Teknologi Yayasan Sabah (YSCT) miliknya sendiri.
Kumpulan juga berbangga kerana telah memberi geran pelancaran untuk
Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah di Limauan, Kinarut pada
tahun 1974. Pada tahun 1995 Kumpulan membila kampus kolej laluan pantas
untuk kegunaan sementara Universiti Malaysia di Likas. Penubuhan Yayasan
Universiti Kolej Sabah (UCSF) pada tahun 2013 merupakan satu lagi kisah
kejayaan kumpulan dalam mengembangkan peranannya dalam pendidikan.

(1)
PERMASALAHAN PENYATA (PROBLEM STATEMENT)

1.1 Permasalahan penyata

i) Terdapat beberapa peminjam tidak dapat dikesan kerana rekod lama


seperti alamat perhubungan dan nombor telefon terdahulu telah berubah,
ini membuatkan keadaan menjadi sukar untuk mengesan peminjam.
Sehingga memberi kesan kepada tabung pusingan dana.

ii) Sebahagian peminjam-peminjam tidak membayar /melengah-lengahkan


ansuran bulanan pembayaran secara berterusan seperti dalam jadual yang
diberikan mengikut berapa jumlah pinjaman yang diberikan, sama ada
dengan sengaja atau tidak sengaja ingkar untuk membayar semula
pinjaman mereka.

iii) Peminjam yang telah meninggal dunia atau menghidap sakit kronik akan
dilupuskan/hapuskira bayaran pinjaman mengikut syarat-syarat yang
diberikan seperti memberikan bukti-bukti atau dokumen.

iv) Penanguhan pembayaran balik pinjaman pengajian juga sering berlaku


dengan alasan gagal mendapat perkerjaan sebaik tamat pengajian.

(2)
CADANGAN

1.2 Cadangan

Kaji selidik yang menerangkan kesan pinjaman pengajian terhadap peminjam dan
pandangan mereka tentang pinjaman pendidikan di Malaysia. Majoriti respond
bekerja dalam sesuatu kapasiti 68% daripada responden bekerja dalam sepenuh
masa, manakala 11% lagi bekerja sebagai pekerja sambilan, pekerja bebas atau
usahawan, 2% adalah suri rumah sepenuh masa. Daripada mereka yang tidak
bekerja 7%, sedang menganggur dan 12% masih belajar. (By Ooi Kok Hin & Edwin
Goh27 January 2022, Research and advocacy of progressive and pragmatic policy
ideas, Employment, income and financial patterns,
https://www.centre.my/post/indebted-generation-part-four) Berikut adalah
cadangan-cadangan penyelesaian isu peminjam:-

i) Mendapatkan motivasi dan krusus-krusus tentang cara-cara bagaimana untuk


mengendalikan masalah kepada peminjam.

ii) Menyebarkan berita atau promosi-promosi rebat kepada peminjam melalui


roadtour melalui program-program atau carnival pendidikan yang dianjurkan,
dan melalui hebahan laman sesawang FB, Instagram, watsapp dan broadcast.

iii) Berkerjasama dengan badan-badan yang berkaitan seperti KWSP, Imegresen


dan LHDN untuk mencari/mengesan maklumat terkini peminjam.

(3)
iv) Bayaran balik hanya akan dibuat oleh mereka yang mempuyai pendapatan
yang sesuai dan pada masa yang sama mengurangkan kesulitan dan risiko
kegagalan membayar balik dalam kalangan peminjam berpendapatan rendah.

v) Memberi rebat kepada peminjam yang ingin memendekkan tempoh bayaran


atau menjelaskan pinjaman secara sekaligus mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan.

vi) Potongan gaji berjadual untuk menetapkan jadual bayaran balik pinjaman
secara progresif antara 2 hingga 15 peratus dari pendapatan, bergantung
kepada pendapatan bulanan peminjam.

OBJEKTIF & SKOP PROJEK

1.3 Objektif
Projek ini bertujuan untuk mempastikan pengendalian proses bayaran balik
pinjaman dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Berikut adalah;

i) Menyediakan kemudahan pinjaman pengajian kepada pelajar


bumiputera yang layak pada pelbagai peringkat pengajian untuk
melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar
Negara dan memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pengajian
dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran.

(4)
ii) Mengenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat terkini peminjam
yang tidak dapat dikesan, melalui alamat perhubungan yang diberikan
oleh peminjam semasa membuat permohonan.

iii) Mencari punca pembayaran jadual tidak teratur kerana masalah utama
peminjam tidak mempunyai punca pendapatan dan tidak mempu
membayar bulanan yang tinggi seperti yang dijadualkan.

iv) Mencari penyelesaian sasaran pungutan untuk mencapai target tahunan


dengan cara mengenal pasti potensi peminjam yang dapat membayar
secara konsisten dan pengajian sepenuh masa di minta membuat
pembayaran selepas enam bulan menamatkan pengajian, dengan ini
dana pinjaman dapat pusingan untuk kegunaan peminjam yang
seterusnya,

v) Peminjam yang berkerja dengan kerajaan ataupun bukan kerajaan maka


arahan pemotongan gaji dibuat kepada majikan, potongan gaji
merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh peminjam
tanpa perlu pergi ke mana-mana pejabat agensi untuk menjelaskan
pinjaman. Langkah ini juga memudahkan peminjam untuk membayar
pinjaman tanpa perlu terlepas membuat pembayaran pada setiap bulan.

Skop
Prosedur ini digunapakai oleh kakitangan Bahagian Pungutan Pinjaman
Pengajian yang terlibat dalam melaksanakan kerja pungutan bayaran balik
pinjaman dan proses mengurus peminjam yang engkar.

(5)
1.4 Kekangan had (Limitation & Constrain)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekangan yang
menghalang untuk mengesan peminjam, kekangan yang dihadapi oleh
organisasi menunjukkan masalah utama dalam mencapai target pungutan
seperti kekurangan maklumat peminjam yang lama tidak aktif membayar begitu
juga kepada penjamin tersebut rekod maklumat telah bertukar alamat
perhubungan dan nombor telefon, ini kerana peminjam tidak bersikap
bertanggungjawab dan memandang serius dengan permasalahan ini. Tidak
dinafikan kekurangan pendedahan/pengatahuan atau kurangnya kemahiran
teknologi kepada peminjam yang berada di luar Bandar atau tempat terpencil
juga mengalami kekangan kerana peminjam tidak terdedah menggunakan
media social untuk mendapatkan maklumat/sumber terkini yang disalurkan.
Mereka turut berpendapat kurangnya maklumat menyebabkan masalah wujud
dikalangan peminjam. Peratus masalah hanyalah sebilangan kecil namun perlu
juga di titik beratkan, kerana ianya akan menjejaskan pembayaran balik
pinjaman. Oleh itu Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan sebuah van
kaunter bergerak untuk menjalankan program “roadshow” di beberapa
kawasan yang dikenal pasti.

1.5 Kesimpulan
Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, mengenalpasti
pernyataan masalah, mencadangkan penyelesaian, objektid dan skop projek
serta had kekangan. Bab seterusnya akan memberi tumpuan kepada ulasan
literature tentang latar belakang system/proses semasa dan modul
penyelesaian dalam isu pembayaran balik pinjaman pengajian.

(6)
BAB 2
KAJIAN LITERATURE (LITERATURE REVIEW)

2.0 Pengenalan
Kepentingan memberi penekanan yang lebih mendalam dan lebih luas
kepada kemajuan pendidikan dan terus focus bangunkan pendidikan aspek
di kawasan luar bandar selaras dengan peranannya menambah dan
melengkapkan perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan tahap
pendidikan. Sejak 50 tahun penubuhannya kumpulan ini mencapai
kemuncak kejayaannya, mencapai objektif nya untuk menyediakan pinjaman
pengajian kepada pelajar yang memerlukan serta pelajar yang cemerlang
dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar
Negara.

2.1 Tinjauan literature (Literature review)

Menurut Skim Pinjaman Pendidikan MARA, satu kajian terhadap masalah


pembayaran semula di Sabah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa
terhadap pembayaran balik pinjaman pendidikan yang disediakan oleh MARA.
Kepada graduan-graduan bumiputera yang telah mengikut pengajian di IPTA
dan IPTS hasil kajian mendapati bahawa pendapatan ibubapa. Kategori
penjamin, kedudukan pelajar dalam keluarga adalah faktor yang signifikan
MARA pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Ajum
M Y (2006), Skim Pinjaman Pendidikan Mara.

(7)
Isu beban hutang pendidikan tidak dibincangkan dengan begitu meluas di
Malaysia berbanding Negara seperti Amerika Syarikat. Namun begitu
peningkatan bilangan pelajar yang mengambil pinjaman pendidikan bermakna
semakin ramai graduan Malaysia menanggung beban hutang pendidikan
setelah tamat pengajian. By Editorial Team (3 December 2019), Impak Kos
Pengajian Tinggi ke Atas Graduan.

Kajian ahli akademik dari UITM mendapati para graduan mengutamakan


hutang lain dan menganggap hutang pembayaran balik tidak berapa penting
selepas belanja harian, membayar hutang kereta, simpanan bulanan dan
menghantar wang kepada ibubapa. By Editorial Team (3 December 2019).

2.2 Latar belakang Bahagian/Unit (Company Background/Department/Unit

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian adalah kakitangan yang diberi kuasa


melaksanakan kerja memungut/menagih bayaran balik pinjaman pengajian
yang tidak membayar secara konsisten atau tidak membayar langsung
mengikut jadual pembayaran yang dipersetujui peminjam. Serta menjejak
peminjam yang tidak dapat dikesan.

2.3 Sistem proses


Proses untuk mendapatkan bayaran ansuran bulanan pinjaman mengikut
kaedah mengikut kaedah pembayaran yang ditetapkan.

(8)
a) Menerima fail peminjam yang baru tamat pengajian, semak jumlah
pinjaman selaras dengan pengesahan yang dibuat oleh
ketua/kakitangan unit Tajaan Pendidikan.

b) Menghantar surat tuntutan kepada peminjam yang baru tamat pengajian


dengan mengira kadar/jadual ansuran bulanan berdasarkan jumlah
pinjaman yang diterima peminjam. Jika peminjam pelajar sepenuh masa,
pembayaran diminta selepas 6 bulan menamatkan pengajian, pelajar
yang mengikuti pengajian jarak jauh yang mempunyai cagaran diminta
membuat pembayaran balik sebaik saja menamatkan pengajian.
Sekiranya peminjam bekerja dengan kerajaan maka arahan potongan
gaji akan dibuat kepada majikan.

c) Peringatan pertama, menghubungi peminjam melalui telefon untuk


memaklumkan supaya mambuat pembayaran dan surat dikeluarkan jika
peminjam belum membuat pembayaran dalam tempoh 3 bulan.

d) Surat peringatan kedua akan dikeluarkan jika peminjam belum membuat


pembayaran dalam tempoh 3 bulan selepas peringatan pertama.

e) Dalam tempoh 3 bulan selepas surat peringatan kedua dikeluarkan,


peminjam masih tidak membayar maka surat peringatan ketiga akan
dikeluarkan dan boleh dikenakan tindakan CTOS, surat dikirimkan
kepada peminjam dan disalinkan kepada penjamin dan seksyen
perundangan.

(9)
f) Peringatan terakhir peminjam belum/berhenti membuat pembayaran
maka surat peringatan empat dikeluarkan dan disalinkan kepada
seksyen perundangan.

g) Peminjam yang tidak membayar/tidak konsisten dan tertungak


berterusan, surat penjadualan semula akan dikeluarkan untuk membuat
perubahan kadar penjadualan.

h) Surat potongan gaji/surat persetujuan akan diberikan kepada majikan


berserta kadar jadual pembayaran.

i) Surat tawaran pembayaran balik peminjam yang ingin memendekkan


tempoh pembayaran atau menjelaskan secara sekaligus akan mendapat
rebat 10% hingga 25%.

j) Jenis dan proses pembayaran balik boleh dibuat melalui tunai di kaunter
pejabat, wang pos/kiriman wang, transfer online, cek persendirian dan
Jompay.

k) Resit sementara akan dikeluarkan kepada peminjam yang membayar


secara tunai di kaunter, setelah itu maklumat dimasukkan dalam system
data, seterusnya resit rasmi dan surat penyata dikirim kepada peminjam.

l) Peminjam yang habis bayar dan sekiranya terdapat lebihan bayaran


akan diproses dan jika terdapat cagaran tanah, fail akan dihantar ke
seksyen perundangan untuk tindakan pengembalian geran tanah.

(10)
2.4 Model penyelesaian (Solution models)

Rebat 25% diberikan kepada peminjam yang ingin memendekkan tempoh


pembayaran atau menjelaskan pinjaman secara sekaligus, sekurang-
kurangnya 75% daripada tempoh bayaran balik yang ditetapkan berdasarkan
terma dan syarat yang dipersetujui.

2.5 Kesimpulan

Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian telah melaksanakan satu proses


untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pungutan dana kepada peminjam
yang engkar membayar secara konsisten atau tidak membayar langsung.
Kerja akan belajar dengan lancer dengan adanya langkah-langkah proses
kerja ini.

(11)
BAB 3

STRATEGI PERLAKSANAAN (IMPLEMENTATION STRATEGY)

3.0 Pengenalan
Dalam kajian literature dalam Bab Dua, model penyelesaian telah
diusahakan untuk melaksanakan peningkatan dalam pencapaian pungutan
dana pinjaman. Bab ini akan melaksanakan strategi untuk panambahbaikan
pungutan. Dalam strategi perlaksanaan orang yang di pertanggungjawabkan
“Person In-Charge” adalah En. Mohd. Sharuddin Mohd. Wali sebagai
Pengurus Kumpulan di Bahagian Pungutan Pinjaman Pendidikan (BPPP)
untuk mengurus pembayaran balik pinjaman pengajian.

3.1 Strategi perlaksanaan (Implementation strategy)


Isu utama yang masih dihadapi dalam usaha ke arah pungutan pinjaman
pengajian, beberapa strategi sedang dan akan dilaksanakan.

i) Menambah baik system peringatan awal bertujuan mengurangkan hutang


tertungak peminjam selain mengambil tindakan terhadap peminjam yang
engkar.

ii) Meningkatkan kerjasama strategi dengan pelbagai pihak termasuk


JomPay, serta platform e-dagang, bagi memudahkan peminjam dapat
membuat pembayaran balik secara berterusan.

(12)
iii) Berkerjasama dengan pihak atau badan-badan berkepentingan agar
dapat menyalurkan maklumat tentang rekod terkini peminjam.

3.2 Pasukan (Team)

Pasukan kerja bagi melaksanakan tugasan. Pasukan ini merupakan barisan


hadapan sesebuah organisasi dan mempunyai seorang ketua yang akan
menentukan perkara-perkara perlu dilakukan atau diarahkan. Ahli-ahli pasukan
di bahagian pungutan pinjaman pengajian seramai 28 kakitangan dan telah
dibahagikan kepada beberapa unit untuk mengendalikan kerja-kerja dalam
melancarkan peranan dan fungsi organisasi.

i) Unit Kutipan dan Potongan gaji

- Menerima pembayaran daripada peminjam, secara tunai, cek


persendirian dan online transfer
- Mengeluarkan resit sementara kepada peminjam yang membayar secara
tunai di kaunter.
- Memastikan maklumat ke dalam system data dan kemudian dikirim resit
rasmi kepada peminjam bersama surat penyata bulanan.

(13)
ii) Unit Komunikasi

- Menghubungi peminjam melalui telefon dan mengingatkan mereka


supaya membuat pembayaran, surat dikeluarkan jika peminjam belum
membuat pembayaran dalam tempoh tiga bulan untuk peringatan
pertama.
- Menghantar surat tuntutan kepada peminjam yang baru tamat pengajian
dengan mengira kadar/jadual ansuran bulanan berdasarkan jumlah
pinjaman yang diterima oleh peminjam. Surat arahan pemotongan gaji
akan dibuat kepada peminjam yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan
atau swasta.

iii) Unit Hal Ehwal

- Surat/penyata habis bayar kepada peminjam pemberhentian potongan


gaji akan dikirimkan kepada majikan dan disalinkan kepada peminjam bagi
mereka yang membayar melalui potongan gaji.
- Pastikan semua resit rasmi sudah diterima dari Bahagian Kewangan.
- Sekiranya ada terlebih bayar maka pembayaran balik kepada peminjam
akan diproses.
- Sekiranya ada cagaran tanah maka fail akan dihantar ke seksyen
perundangan untuk tindakan pengembalian geran tanah. Selepas
tindakan pengembalian geran tanah, fail harus dikembalikan ke Unit
pembayaran balik untuk proses surat penghargaan dan penutupan fail.

(14)
3.3 Garis masa (Timeline) Pembayaran balik pinjaman pengajian

29 Mac 2022
• Menghantar surat tuntutan selepas 6 bulan habis pengajian.

29 Jun 2022
• Peringatan pertama, menghubungi peminjam melalui telefon dan
mengingatkan mereka supaya membuat pembayaran.

29 September 2022
• Peringatan kedua, Jika peminjam belum membuat pembayaran dalam tempoh
3 bulan selepas surat peringatan pertama dikeluarkan maka surat peringatan
kedua akan dikeluarkan.

29 Disember 2022
• Peringatan ketiga, Jika peminjam belum membuat pembayaran dalam tempoh
3 bulan selepas surat peringatan kedua dikeluarkan, maka surat peringatan
ketiga akan dikeluarkan dan boleh tindakan CTOS

29 Mac 2023
• Peringatan terakhir, jika peminjam belum/ berhenti membuat pembayaran maka
surat peringatan keempat akan dikeluarkan dan disalinkan kepada seksyen
perundangan.

Berdasarkan jadual diatas dapat dilihat bahawa Bahagian pungutan pinjaman


pengajian melakukan 5 langkah sebagai salah satu kutipan pembayaran kepada
peminjam yang engkar membayar.

(15)
3.4 Kesimpulan

Dalam pelaksanaan strategik, program dan prosedur akan membantu


organisasi bertindak dalam arah seperti yang dihasratkan oleh organisasi
tersebut. Sebarang bentuk perubahan yang dibuat perlulah disesuaikan dengan
keperluan koperasi dan organisasi. Perkara yang lebih utama ialah wujudnya
kepimpinan, proses kerja dan panduan yang jelas bagi memimpin semua
kompenen yang terlibat kearah matlamat yang diimpikan. Semua peringkat
dalam organisasi sama ada atasan mahupun bawahan perlu terlibat dalam
proses perubahan.

(16)
BAB 4

BELANJAWAN PROJEK DAN KOS (PROJECT BUDGET AND COSTING)

4.0 Pendahuluan

Belanjawan projek merupakan cara yang lebih mudah daripada ramalan,


walaupun ia berintegrasi dengan modal ramalan, menyediakan unjuran yang
hanya berdasarkan jumlah, kategori atau aktiviti. Kos projek merangkumi
proses yang terlibat dalam merancang, menganggar, membiayai, mengurus
dan mengendalikan biaya sehingga projek dapat diselesaikan dalam
anggaran yang disetujui. Kos sangat dititik beratkan pelbagai sumber yang
diperlukan untuk menyelesaikan aktiviti projek. Ini membantu pengurus
projek dalam meramalkan perbelanjaan projek dan dengan itu mengambil
tindakan pencegahan untuk mengurangkan kemungkinan perbelanjaan
berlebihan. Terdapat beberapa jenis kos yang timbul:-

- Kos tetap: Kos tetap adalah jenis kos yang tidak statik dan tidak berubah
sepanjang kitaran projek.
- Kos berubah: Kos yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk berubah
bergantung pada jangka masa projek.
- Kos langsung: Jenis perbelanjaan yang berkaitan secara langsung
dengan anggran.

(17)
4.1 Belanjawan projek (Project budget)

Belanjawan setiap tahun diperuntukan melalui keperluan yang dicadangkan


untuk membuat kerja lapangan dengan anggaran berjumlah RM20, 000.00
dia ianya dibuat empat (4) kali setahun bagi merancang dan mengurus
program/aktiviti pungutan. Sebanyak dua orang kakitangan pegawai yang
dilantik/terlibat menjalankan tugas, bagi mempromosikan program rebat
yang ditawarkan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat peminjam, serta
bertemu dengan peminjam yang mengelami isu pembayaran balik pinjaman.
Selain itu, peminjam pinjaman pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah boleh
membincangkan status mereka dengan pegawai Bahagian Pungutan
Pinjaman Pengajian (BPPP) yang ditugaskan di kaunter pameran, serta
kaunseling mengenai pinjaman untuk membincangkan pilihan terbaik
membayar balik pinjaman mereka.

Di Bawah peruntukan, kos yang terlibat untuk kerja lapangan seperti


perbelanjaan tiket penerbangan, tempat penginapan, perbelanjaan makan
minum, risalah/banting, servis kereta (van kaunter bergerak), insuran kereta,
road tax, minyak kereta dan perbelanjaan luar jangka. Senarai perbelanjaan
ini terlakluk kepada tempat aktiviti/program diadakan sama ada melalui jalan
darat atau udara.

(18)
Kos
Berikut adalah anggaran perbelanjaan dan kos yang telibat dalam kerja lapangan
kakitangan yang terlibat melalui jalan darat dan udara selama tiga hari:-

Jadual 4.1 anggaran kerja lapangan (Roadshow) kakitangan.

BIL PERKARA HARI KADAR JUMLAH


UNIT(RM) (RM)
Bajet peruntukan 20,000.00
setahun
1. Tiket pernerbangan 3 hari 2 malam 300.00 600.00
ekonomi ( dua hala) untuk dua orang
2. Penginapan (hotel) 3 hari 2 malam 300.00 600.00
untuk dua orang
3. Perbelanjaan makan 3 hari 2 malam 117.50 235.00
minum pagi, tengah hari untuk dua orang
dan malam
4. Risalah/bunting printing 40.00 40.00
(size 2 kaki lebar x 6 kaki
tinggi)
5. Perbelanjaan luar jangka 3 hari 2 malam 200.00 200.00
6. Service kereta ( Van Setahun 400.00 400.00
kaunter bergerak)
7. Insuran dan roadtax Setahun 700.00 700.00
kereta
8. Minyak kereta Dua hala 200.00 200.00
JUMLAH 2,975.00

(19)
Justifikasi Kos

 Kategtori perjalanan membolehkan program rebat “roadshow” sepanjang tempoh


3 hari 2 malam. Bajet adalah, tambang penerbangan, hotel penginapan,
keperluan makan minum untuk sarapan, tengah hari dan malam mengikut Kadar
yang ditetapkan bagi dua orang pegawai yang terlibat.

 Tempat penginapan- Kos penginapan bagi gred pegawai yang ditetapkan sehari
RM120 seorang.

 Risalah/bunting printing membantu menghasilkan bahan pengiklanan berkaitan


program rebat roadshow yang dijalankan sepanjang tahun diadakan.

 Kos langsungan lain seperti insuran kereta, road tax, servis kereta dalam setahun
dan minyak kereta mengikut jarak perjalanan jika program tersebut hanya
melibatkan perjalanan darat.

 Perbelanjaan luar jangka disediakan untuk perbelanjaan wang tambahan yang


diperuntukan untuk melaksanakan program roadshow yang dirancangkan.

Gamba rajah : Hari bertemu pelanggan

(20)
4.2 Kesimpulan

Bab ini memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan penyelesaian yang


dicadangkan untuk meningkatkan prestasi dan dana pungutan pembayaran
balik pinjaman. Ia juga menyediakan anggaran belanjawan untuk
perlaksanaan program rebat untuk menarik lebih banyak pungutan.

(21)
BAB 5

RUMUSAN

5.0 Pengenalan

Pembayaran balik pinjaman adalah berkaitan dengan motivasi peminjam


untuk membayar balik pinjaman yang diberikan. Aktiviti dan strategi
perlaksanaan merupakan arah pencapaian matlamat. Pengurusan yang
sistematik dan teratur dapat meningkatkan prestasi pembayaran balik yang
tinggi. Kegagalan peminjam untuk membayar balik juga dikaitkan dengan
sikap dan tanggungjawab walaupun mempunyai kemampuan untuk
membayar.

5.1 Kesimpulan

Melalui perbincangan yang telah dibuat kesimpulan kajian telah diulas dan
seterusnya beberapa cadangan dan strategi kajian di ketengahkan untuk
tindakan pengurusan. Setiap ahli kumpulan juga perlu berkerjasama yang
baik agar segala perancangan yang teratur dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk
memastikan segala cabaran dan kesukaran dapat diatasi dengan sebaik
yang mungkin. Secara keseluruhannya terdapat empat (4) isu utama yang
dikenal pasti masih dihadapi oleh Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian
dalam usaha kearah penambahbaikan terhadap system dan prosedur kerja
secara berterusan akan membantu Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian
(BPPP) dalam mengenalpasti permasalahan yang timbul dan seterusnya
mencari kaedah baharu yang dapat memperkukuhkan lagi kualiti system
penyampaian perkhidmatan.
(22)
Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah, sedang dan juga akan terus
dilaksanakan untuk menyediakan peluang kepada pelajar yang memerlukan
atau tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Strategi perlaksanaan yang diambil merangkumi aspek pemantapan system,
prosedur kerja serta bekerjasama dengan badan-badan berkepentingan bagi
meningkatkan strategi kerjasama pembayaran balik pinjaman sedang
dilaksanakan untuk memudahkan peminjam membuat pembayaran dengan
lebih mudah dan berterusan. Kelebihan pinjaman, pelajar-pelajar mempunyai
motivasi belajar di peringkat tinggi, cuba mencapai kecermerlangan di dalam
pendidikan dan mempunyai kesedaran tentang masa depannya dan hanya
mula membayar selepas enam bulan menamatkan pengajian. Keburukan
pinjaman, masalah kutipan balik pinjaman, di mana peminjam tidak
membayar secara berterusan serta ada yang engkar membayar
mengakibatkan pusingan dana pendidikan berkurangan dan peminjam yang
culas membayar tidak layak mendapat rebat khas yang diberikan serta nama
peminjam akan di CTOS. Fasa proses pengurusan strategi pelaksanaan
secara langsung, kutipan telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan
terdapat sedikit pengurangan peminjam yang culas/engkar membayar balik
pinjaman.

Pihak Kumpulan Yayasan Sabah juga berharap agar para peminjam akan
terus menyokong usaha kerajaan dalam melestarikan dana pembiayaan
pendidikan dengan melaksanakan tanggungjawab membayar balik pinjaman
untuk masa depan pendidikan generasi akan datang dan terus fokus
bangunkan pendidikan aspek di kawasan luar bandar selaras dengan
peranannya dalam menambah dan melengkapkan perkhidmatan kerajaan
dalam meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

(23)
RUJUKAN

1. Baum, Sandy and O’Malley, Marie (2003) “College on credit How Borrowers
Perceive their education Debt “, journal of student financial Aid: Vol.33: Article
1. https://ir.library.louisville.edu/jsfa

2. S ismail, A Serguieva, S Singh (2011)-journal of international education in


business/volume 4 issue 2/ integrative model of students attitude to
educational loan repayment ; A structural modelling approach.
https://doi.org/10.1108/1836321111189522

3. E Abu Bakar, J Masud, Z Md jusoh- journal of family and economic (2006) –


springer, knowledge, attitude and perceptions of university students towards
educational loans in Malaysia,
https://link.springer.com/article/10.1007/s10834-006-9035-6

4. By Editorial Team 3 December 2019, Impak Kos Pengajian Tinggi ke Atas


Graduan, https://www.centre.my/post/isu-pembiayaan-pendidikan-tinggi-di-
malaysia

5. By Editorial Team3 December 2019, Pembiayaan PTPTN dan Beban Hutang


Pendidikan, https://www.centre.my/post/isu-pembiayaan-pendidikan-tinggi-di-
malaysia

6. Hin O K & Goh E 27 January 2022, Research and advocacy of progressive


and pragmatic policy ideas, Employment, income and financial patterns,
https://www.centre.my/post/indebted-generation-part-four

7. MYbin ajum (2006)- http://library.mara.gov.my:8080/e-


docs/thesis/jan2018/ts022%20skim%20pinjaman%20pendldikan%20mara%2
0%20satu%20kajlan%20terhadap%20masalah%20pembayaran%20semula
%20dl%20sabah.pdf

(24)

You might also like