You are on page 1of 1

TANGGUNGJAWAB PENYELARAS SUKAN SEKOLAH

1. Menyelaras semua aktiviti sukan dan fan melibatkan permainan di sekolah

2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan dan permainan dengan merujuk aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.

3. Membantu pengetua/guru besar/penolong kanan kokurikulum mengagih dan menjayakan tugas


baharu dalam olahraga dan permainan.

4. Membantu setiausaha sukan sekolah menetapkan keahlian murid dalam rumah sukan.

5. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan.

6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Membantu setiausaha sukan
sekolah mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 8. Membantu setiausaha
sukan sekolah menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod

9. Sentiasa berbincang dengan pengetua/guru besar atau penolong kanan kokurikulum/ setiausaha
sukan sekolah untuk kepentingan sukan sekolah.

10. Membantu setiausaha sukan sekolah merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan
sekolah dalam buku rekod pencapaian sukan sekolah.

11. Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran guru.

12. Menyediakan surat pelepasan / kebenaran ibu bapa penjaga kepada murid yang terlibat mewakili
sekolah atau menyertai apa juga kegiatan sukan di luar kawasan sekolah. 13. Menyediakan dan
menyimpan rekod penyertaan dan pencapaian murid dalam apa juga jenis kegiatan sukan dan
permainan dalam setiap peringkat yang diwakili oleh murid.

14. Mewakili pengetua/guru besar/penolong kanan untuk menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat yang


berkaitan dengan bidang sukan dan permainan 15. Memastikan pengaghan keahlian untuk setiap rumah
sukan pada tahap yang seimbang dari segi jumlah ahlinya 16 Menyediakan rekod pencapaian setiap
rumah sukan dan murid yang mempunyai pencapaian kebolehan untuk mewakili sekolah bagi mana-
mana peringkat pertandingan.

You might also like