You are on page 1of 22

KANUN PROSEDUR JENAYAH

SEK 2 MAKNA PERKATAAN


A) KESALAHAN YANG BOLEH DIJAMIN
Kesalahan yang tertera mengikut Jadual Pertama undang-undang ini atau
undang-undang lain yang berkuatkuasa.
B) ADUAN
Tohmahan yang dibuat dengan percakapan atau tulisan kepada Majistret
tujuan bagi menjalankan tindakan seseorang samada dikenali atau tidak yang
telah melakukan kesalahan atau didapati salah.
C) DENDA
Sebarang denda, hukuman kewangan, rampasan, imbuhan kepada orang yang
melakukan kesalahan.
D) KESALAHAN YANG TIDAK LAZIM DITANGKAP
Sebarang kesalahan yang mana pegawai polis tidak boleh tangkap tanpa waran
mengikut ruangan ketiga Jadual Pertama.
E) KESALAHAN
Sebarang perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum oleh sebarang
undang-undang yang berkuatkuasa.
F) KESALAHAN YANG LAZIM DITANGKAP
Sebarang kesalahan yang mana pegawai polis boleh tangkap tanpa waran.
G) KES SAMAN
Kes yang berhubung dengan satu-satu kesalahan yang bukan menjadi kes
waran.
H) KES WARAN
Kes atau sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara
lebih 6 bulan.
I) PESALAH BUDAK-BUDAK
Kanak-kanak yang disabit salah yang boleh dihukum denda atau penjara.
Berumur lebih 10 tahun tetapi tidak lebih 16 tahun.
MAHKAMAH JENAYAH PADA AMNYA
SEK 6 MAHKAMAH
a) Untuk mentadbir keadilan jenayah.
b) Ditubuhkan mengikut perlembagaan Malaysia, atau;
c) Oleh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa.
SEK 7 MAHKAMAH TERBUKA
a) Tempat diadakan Mahkamah Jenayah bersidang.
b) Bertujuan menjalankan pertanyaan atau menjalankan perbicaraan.
C) Dimana orang ramai boleh masuk untuk mendengar.
SEK 8 MENGELUARKAN ORANG RAMAI DARI MAHKAMAH
a) Apabila Majistret menjalankan pertanyaan / penyiasatan awal untuk
dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.
b) Dengan alasan mengenai dasar umum dan pertimbangan yang munasabah
boleh mengeluarkan orang ramai dari mahkamah.
c) Dengan syarat rekodkan tiap-tiap perkara atau kes dalam rekod siasatannya.
d) Peguambela tidak boleh dikeluarkan dari mahkamah melainkan dengan
kebenaran pendakwaraya dengan alas an-alasan yang munasabah.

DARIHAL MEMBERI BANTUAN DAN MAKLUMAT KEPADA


MAJISTRET DAN POLIS DAN ORANG-ORANG YANG DITANGKAP
SEK 11 ORANG RAMAI MESTI MENOLONG MAJISTRET, POLIS, JAKSA
PENDAMAI DAN PENGHULU
Tiap-tiap orang mesti menolong Majistret, Polis, Jaksa Pendamai dan
Penghulu jika mereka diminta pertolongan untuk:
a) Menangkap atau menahan daripada melepaskan diri orang yang ditangkap
oleh orang yang berkuasa menangkap.
b) Mencegah dari pecah keamanan atau cuba merosakkan kepada keretapi,
terusan, limbungan, perlabuhan atau sebarang harta kerajaan.
c) Memberhentikan rusuhan atau gaduh gempar.
SEK 12 MENOLONG ORANG LAIN DARI POLIS MENJALANKAN WARAN
a) Apabila sesuatu waran dialamatkan kepada orang lain selain daripada polis.
b) Orang lain yang berhampiran yang dialamatkan dlam waran boleh tolong
sempurnakannya.
SEK 13 ORANG RAMAI DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUMAT DALAM
PERKARA-PERKARA TERTENTU
a) Tiap-tiap orang yang mengetahui:
- berkenaan berlakunya kesalahan-kesalahan dibawah undang-undang jenayah
(Kanun Keseksaan) seperti:
+ kesalahan melawan kerajaan.
+ kesalahan di atas keamanan negeri.
+ kesalahan terhadap ketenteraman orang ramai
+ bunuh sengaja atau salah
+ curi, rompak, pemerasan serta kekerasan
+ langgaran jenayah atau pecah rumah
+ bencana dengan apai atau letupan dan sebagainya
- atau;
+ mati mengejut
+ mati luarbiasa
+ mati yang disyaki
+ jumpa mayat tidak diketahui sebab-sebab kematian
b) Lapur segera kepada Pegawai Polis, Balai Polis atau Penghulu yang hampir
sekali.
c) Apabila menjumpai mayat, mayat itu tidak boleh diubah melainkan untuk
keselamatan mayat itu.
SEK 14 PEGAWAI POLIS DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUMAT TERTENTU
a) Setiap pegawai polis atau penghulu.
b) Hendaklah memberitahu segera kepada pegawai polis tidak kurang
berpangkat Inspektor atau Majistret.
c) Apabila menerimamaklumat-maklumat:
- Mati mengejut, mati luarbiasa atau kematian yang disyaki.
- Berjumpa mayat tidak diketahui sebab kematiannya.
DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI
DAN MENANGKAP SEMULA
SEK 15 CARA-CARA MENANGKAP
Semasa menjalankan tangkapan samada oleh polis atau orang lain hendaklah:

a) Menahan atau memegang tubuh badan orang itu.


b) Melainkan jika menyerah diri dengan percakapan atau tingkahlaku.
c) Jika cuba melawan atau cuba melarikan diri gunakan langkahan yang perlu.
d) Tangkapan tidak boleh mandatangkan kematian kecuali kesalahan itu boleh
dihukum dengan kematian atau penjara seumur hidup.
SEK 16 MEMERIKSA TEMPAT YANG DIMASUKI OLEH ORANG YANG HENDAK
DITANGKAP (TANGKAP DENGAN WARAN)
a) Orang yang menjalankan waran tangkap dan dipercayai orang itu ada di
sesuatu tempat.
b) Samada orang itu telah masuk atau telah sedia ada didalam tempat itu.
c) Tuan punya tempat itu hedaklal membenarkan masuk dan memberi
kemudahan untuk melaksanakan tangkapan.
d) Jika tidak dibenarkan dan dipercayai orang salah akan terlepas lari.
e) Boleh pecahkan mana-mana bahagian rumah untuk melaksanakan tangkapan.
SEK 17 MEMERIKSA ORANG BERADA DALAM TEMPAT DIBONGKARI DENGAN
PERWARANAN
a) Jika melakukan pembongkaran dengan sah di sesuatu tempat berkenaan satu-
satu kesalahan.
b) Semua orang yang berada di tempat pembongkaran boleh diperiksa dan
ditahan sehingga habis bongkaran.
c) Jika sesuatu barang ada tersembunyi pada badan seseorang, orang itu bolehlah
diperiksa oleh / dihadapan Majistret atau JP atau pegawai polis tidak kurang
berpangkat Inspektor.
SEK 18 KUASA MEMECAH TEMPAT UNTUK MELEPASKAN DIRI
a) Pegawai Polis atau orang lain yang masuk dengan sah untuk menangkap
di mana-mana tempat bangunan.
b) Boleh memecah mana-mana tempat / bangunan untuk melepaskan diri
jika terkurung.
SEK 19 DITEGAH MENAHAN SECARA BERLEBIHAN
a) Orang yang ditangkap tidak boleh dikasari selain dari yang patut untuk
menahan daripada lari.
b) Peraturan memeriksa perempuan:
i) Oleh perempuan.
ii) Tidak boleh dimalukan.
SEK 20 MEMERIKSA ORANG YANG KENA TANGKAP
a) Seseorang yang kena tangkap:
- Oleh Pegawai Polis.
+ Tiada syarat-syarat jamin, atau;
+ Boleh jamin tapi tiada penjamin
- Atau:
- Tanpa waran atau oleh orang pereman dengan waran tidak boleh jamin atau
tiada penjamin.
b) Boleh diperiksa dan diambil barang-barangnya selain dari pakaian yang
menutup badan dan disimpan di tempat selamat sehingga tamat /di buang
bicara.
SEK 21 KUASA MERAMPAS SENJATA YANG MERBAHAYA
Orang yang kena tangkap jika ada senjata merbahaya padanya bolehlah dirampas
dan serah kepada Mahkamah.
SEK 25 ORANG YANG DITANGKAP OLEH PENGHULU DAN TINDAKANNYA
a) Seseorang Penghulu yang menangkap tanpa waran hendaklah dengan segera
serah kepada Balai Polis yang hampir sekali.
b) Pegawai Polis hendaklah tangkap semula orang yang telah ditangkap itu.
SEK 26 MENGEJAR ORANG SALAH
Setiap Pegawai Polis boleh manangkap mana-mana juga orang didalam mana-
mana tempat di Persekutuan dengan tiada waran.
SEK 27 TANGKAPAN OLEH ORANG PEREMAN DAN TINDAKANNYA
a) Orang pereman boleh menangkap orang tanpa waran dan tidak boleh dijamin:
- Berlaku dalam pandangannya.
- Orang yang diwar-warkan (Sek 44 KPJ)
b) Hendaklah segera diserahkan kepada pegawai polis atau dibawa ke balai polis
yang hampir sekali.
c) Jika ada bersangkutan dengan sek 23 KPJ hendaklah menangkap semula.
d) Jika kesalahan itu tidak lazin ditangkap apabila diminta:
- Enggan memberi nama dan tempat tinggal.
- Memberi nama dan tempat tinggal palsu.
- Memberi alamat di luar Persekutuan.
e) Hendaklah buat tindakan mengikut Sek 24 KPJ.
f) Jika ia tidak melakukan kesalahan hendaklah dilepaskan.
g) Jika orang itu melakukan kesalahan terhadap harta seseorang maka:
- Tuan punya
- Orang yang bersangkut paut dengan harta itu
- Orang gaji
h) Boleh menangkap orang itu dan menahan sehingga ia memberi nama dan alamat
yang betul atau diserahkan dalam tahanan polis.
i) Jika seseorang ditangkap mengikut para (g) di atas kerana menyerang, boleh
didenda seratus ringgit.
SEK 28 LANGKAHAN TERHADAP ORANG YANG KENA TANGKAP
a) Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah dengan segera di bawa ke
hadapan Majistret.
b) Kecuali tertakluk kepada syarat-syarat jamin.
c) Tidak boleh menahan lebih dari 24 jam tidak termasuk waktu perjalanan dari
tempat tangkapan ke Mahkamah.
SEK 29 MELEPASKAN ORANG YANG KENA TANGKAP
Seseorang yang kena tangkap tidak boleh dilepaskan kecuali:
a) Bon diri sendiri.
b) Dijamin oleh orang lain.
c) Perintah bertulis oleh mahkamah.
d) Perintah bertulis oleh pegawai polis tidak kurang berpangkat Inspektor.
SEK 32 KUASA MENGEJAR DAN MENANGKAP SEMULA ORANG YANG LARI
a) Seseorang yang telah ditangkap dengan sahnya dan telah melarikan diri atau
telah dibebaskan oleh orang lain.
b) Maka orang yang menjaganya hendaklah mengejar dengan segera dan
menangkap di mana-mana samada didalam atau di luar kuasa perbicaraan
tempat ia di tahan.
SEK 33 SYARAT-SYARAT TANGKAPAN DIBAWAH SEK 32 KPJ
a) Syarat-syarat mengikut Sek 16 dan 18 KPJ boleh digunakan dibawah
tangkapan Sek 32 KPJ.
b) Meskipun orang yang menangkap itu tidak berwaran dan bukannya pegawai
polis.

PROSES (PENTING) MEMAKSA KEHADIRAN


SEK 34 BENTUK SAMAN
a) Saman untuk memanggil orang hadir oleh mahkamah.
b) Dikeluarkan oleh mahkamah dengan tulisan dan ditandatangani serta ditera
cop mahkamah.
c) Saman dijalankan oleh pegawai polis atau jika difikirkan patut mahkamah
boleh mengarahkan orang lain untuk menjalankannya.
SEK 35 ATURAN MENYEMPURNAKAN SAMAN
a) Seboleh-bolehnya diserahkan kepada orang yang kena saman dengan
menunjukkan helaian asal dan serahkan helaian ke dua.
b) Ditandatangani di belakang helaian asal oleh orang yang kena saman sebagai
tanda penerimaan.
c) Jika sesebuah syarikat / perbadanan yang kena saman hendaklah diserahkan
kepada setiausaha atau pegawainya yang setaraf.
d) Jika orang yang disaman tidak dijumpai setelah berkali-kali dicari:
- Boleh diserahkan kepada ahli keluarga yang dewasa, atau;
- Orang gajinya yang tinggal bersama.
SEK 36 PERATURAN JIKA SAMAN TIDAK DAPAT DISERAHKAN
a) Jika orang yang kena saman tidak dapat dijumpai setelah dicari berkali-kali
dan tidak dapat diserahkan kepada ahli keluarganya yang dewasa atau orang
gajinya (mengikut Sek 35 KPJ).
b) Saman itu boleh ditampalkan dimana-mana bahagian rumahnya atau lain-lain
tempat yang ia biasa tinggal supaya senang di lihat.
C) Arahan mahkamah berbuat demikian terdahulu atau kemudian adalah
dikirakan saman telah dijalankan.
SEK 37 BUKTI SAMAN DISAMPAIKAN
a) Apabila saman telah disempurnakan surat keterangan bersumpah diadakan.
b) Dibuat dihadapan pegawai berkuasa fasal sumpah boleh diterima sebagai
keterangan.
SEK 38 WARAN TANGKAP – BENTUKNYA
a) Waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah dengan tulisandan
ditandatangani serta ditera dengan cop mahkamah.
b) Setiap waran berkuatkuasa sehingga terlaksana atau dibatalkan oleh
mahkamah.
SEK 39 MAHKAMAH BOLEH MENGARAHKAN DENGAN TULISAN BUAT INGATAN DI
KAKI WARAN BAHAWA JAMIN BOLEH DIBERI
a) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh menambah tulisan sebagai
ingatan di kaki waran mengarahkan supaya orang yang kena tangkap dengan
jaminan cukup hadir ke mahkamah pada masa tertentu.
b) Tambahan tulisan itu ialah:
- Bilangan penjaminnya
- Jumlah jaminan yang dikehendaki
- Tarikh dikehendaki hadir bicara
c) Jika jaminan telah diambil, pegawai yang menjalankan waran itu hendaklah
menghantar bon ke mahkamah.
SEK 40 KEPADA SIAPA WARAN DIALAMATKAN
a) Dialamatkan kepada Ketua Polis Negara dan kepada semua pegawai polis dan
boleh dijalankan di mana-mana dalam Persekutuan.
b) Mahkamah juga boleh mengarahkan orang lain menjalankan waran dengan
mencatitkan namanya dalam waran itu.
SEK 41 MEMBERITAHU ISI KANDUNGAN WARAN
Pegawai Polis atau orang lain yang menjalankan waran:
a) Hendaklah memberitahu isi kandungan waran.
b) Menunjukkan waran atau salinannya yang ada cop mahkamah apabila diminta.
SEK 42 ORANG YANG DITANGKAP BAWA SEGERA KE MAHKAMAH
a) Orang yang ditangkap hendaklah segera bawa ke mahkamah.
b) Kecuali tertakluk syarat-syarat Sek 39 KPJ mengenai jaminan.
SEK 43 PERATURAN SELEPAS DITANGKAP DENGAN WARAN
a) Orang yang ditangkap diluar kawasan perbicaraan mahkamah hendaklah di
bawa kepada majistret yang hampir sekali.
b) Jika orang itu dikehendaki oleh mahkamah yang mengeluarkan waran,
hendaklah dihantar orang itu atas arahan majistret.
c) Jika boleh dijamin dan orang itu boleh mengadakan jaminan, mahkamah
tersebut boleh mengambil jaminannya dan menghantar bon kepada
mahkamah yang mengeluarkan waran.
d) Seksyen ini tIdak menghalang pegawai polis untuk menerima jaminan
mengikut Sek 39 KPJ.
SEK 44 ORANG YANG DIWAR-WARKAN
a) Jika mahkamah ada sebab mempercayai samada selepas diambil keterangan
atau belum bahawa waran telah dikeluarkan kepadanya.
b) Orang itu telah melarikan diri / memnyembunyikan diri supaya waran tidak
dapat dijalankan.
c) Mahkamah boleh menghebahkan perwar-waran bertulis supaya orang itu
hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan tidak lewat 30 hari dari tarikh
dikeluarkan prewar-waran itu.
d) Perwar-waran disiarkan seperti berikut:
- Dibaca di khalayak ramai yang senang dilihat dalam Bandar, pekan atau
kampung di tempat yang berdekatan dengan orang itu tinggal.
- Ditampalkan dimana-mana bahagian rumah atau tempat lain yang mana
senang dilihat orang itu biasa tinggal.
- Suatu salinan hendaklah ditampalkan yang senang dilihat di mahkamah.
e) Suatu pernyataan dengan tulisan oleh mahkamah yang mengeluarkan prewar-
waran itu akan menjadi keterangan muktamad bahawa kehendak seksyen ini
telah dijalankan.
SEK 47 WARAN DIKELUARKAN SEBAGAI GANTI ATAU TAMBAHAN KEPADA SAMAN
Mahkamah yang mengeluarkan saman boleh mengeluarkan waran atas sebab-
sebab:
a) Sebelum atau sesudah saman dikeluarkan dipercayai ia telah lari atau tidak
mengendahkan panggilan saman itu.
b) Saman telah disampaikan tetapi orang itu tidak hadir pada masa yang
ditetapkan tanpa memberi sebab-sebab yang munasabah.
SEK 48 SAMAN DAN WARAN TANGKAP BOLEH DIJALANKAN DI MANA-MANA DALAM
PERSEKUTUAN
a) Semua saman dan waran tangkap boleh dijalankan di mana-mana dalam
Persekutuan dengan syarat saman itu tidak boleh dijalankan di luar kawasan
perbicaraan yang mengeluarkannya melainkan ditambah dengan perkataan
“Untuk Dijalankan Diluar Kawasan Perbicaraan”.
B) Saman itu tidak boleh ditambah “Untuk Dijalankan Diluar Kawasan
Perbicaraan” melainkan atas sebab-sebab khas yang membolehkan saman itu
dijalankan dengan merekodkan sebelum saman itu ditulis.
SEK 50 TANGKAPAN KERANA TIDAK MENGIKUT SYARAT BON SUPAYA HADIR
a) Seseorang yang dikenakan bon untuk hadir di mahkamah tetapi ia tidak
berbuat demikian.
b) Mahkamah itu boleh mengeluarkan waran untuk menangkapnya dan di bawa
ke mahkamah itu.
DARIHAL MEMAKSA DITUNJUKKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN
HARTA YANG BOLEH DIPINDAH-PINDAHKAN DAN MENCARIKAN
ORANG-ORANG YANG DITAHAN DENGAN JALAN SALAH
SEK 51 SAMAN KERANA MENGELUARKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN BARANG
a) Apabila mana-mana mahkamah atau pegawai polis yang menjalankan siasatan
memikirkan bahawa dokumen atau harta untuk ditunjukkan kerana siasatan
atau pertanyaan dalam perbicaraan atau dihadapan pegawai itu.
b) Mahkamah bolehlah mengeluarkan saman ate pegawai polis itu boleh
menghantar satu perintah bertulis kepada orang yang dipercayai memiliki
dokumen itu atau orang yang berkuasa keatasnya supaya menyerahkan untuk
ditunjukkan pada masa dan tempat yang ditetapkan didalam saman atau
perintah itu.
c) Jika harta atau dokumen itu ditunjukkan bukan olehnya sendiri (melalui
wakilnya) apabila diminta, orang yang diperintah itu dianggap telah menurut
undang-undang dibawah seksyen ini.
d) Bab ini tidaklah mempengaruhi sebarang syarat undang-undang yang berkait
dengan keterangan barang-barang Pos, Telegram atau lain-lain dokumen yang
ada dalam milik pihak berkuasa Pos atau Telegram.
SEK 52 PERATURAN MENGENAI BARANG-BARANG POS ATAU TELEGRAM
a) Apa-apa dokumen pos atau telegram jika pada fikiran Hakim atau Presiden
Mahkamah Tengah dikehendaki untuk sebarang perbicaraan. Pihak berkuasa
berkenaan hendaklah menyerahkan dokumen yang diminta kepada pegawai
yang ditetapkan oleh mahkamah.
b) Jika pada fikiran pendakwaraya dikehendaki untuk tujuan itu, bolehlah
menyebabkan dokumen itu diperiksa atau ditahan sementara menunggu
hukuman Hakim atau Presiden Mahkamah Tengah.
SEK 53 PERATURAN MENYAMPAIKAN SAMAN DIBAWAH BAB INI
Apabila menyampaikan apa-apa saman dibawah bab ini, Sek 34, 35, 36 dan 37
undang-undang ini hendaklah dituruti.
SEK 54 MASA DIKELUARKAN WARAN BONGKAR
a) Jika mahkamah ada sebab mempercayai orang yang disaman dibawah Sek 51
dan 52 tidak mahu mengeluarkan harta atau dokumen, atau jika mahkamah
memikirkan demi kepentingan keadilan dalam sebarang pertanyaan atau
perbicaraan, atau mahkamah tidak tahu siapa yang ada harta atau dokumen
itu.
b) Mahkamah berkuasa mengeluarkan waran geledah dan orang yang dialamatka
didalam waran berkuasa menurut perintah waran itu dengan syarat-syarat
yang ditetapkan.
c) Waran geledah dialamatkan kepada Ketua Polis Negeri, sesebuah Negeri dan
kepada pegawai-pegawai lain yang namanya disebutkan dalam waran itu dan
mana-mana juga pegawai polis boleh menjalankan waran itu.
d) Mahkamah juga boleh mengarahkan orang lain untuk menjalankan waran
geledah itudengan menyatakan namanya didalam waran itu.
SEK 55 KUASA MENGHADKAN WARAN GELEDAH
a) Jika mahkamah fikirkan patut boleh menyatakan dalam waran hanya tempat-
tempat tertentu yang boleh dijalankan pemeriksaan.
b) Orang yang menjalankan pemeriksaan hanya dikehendaki menggeledah pada
tempat tersebut sahaja.
SEK 56 MENGGELEDAH TEMPAT YANG DISYAKI ADA HARTA BENDA CURI,
DOKUMEN PALSU, COP PERNIAGAAN PALSU ATAU LANCUNGAN
a) Jika majistret menerima maklumat selepas pertanyaan, ada sebab
mempercayai sesuatu tempat digunakan sebagai menyimpan, menjual barang
curi, dokumen, cop palsu atau sebarang benda boleh manjadi keterangan.
b) Mahkamah boleh memberi kuasa dengan waran kepada seseorang untuk
menggeledah, tangkap dan bawa orang tersebut ke hadapan majistret.
SEK 57 BENTUK WARAN GELEDAH
a) Dikeluarkan oleh mahkamah dengan tulisan ditandatangani dan ditera dengan
cop mahkamah.
b) Waran ini berkuatkuasa mengikut yang dinyatakan dalam waran tersebut.
c) Waran geledah ini boleh dijalankan di mana-mana dalam persekutuan.
SEK 59 TUAN DITEMPAT TERTUTUP HENDAKLAH MEMBENARKAN BONGKARAN
DIBUAT
a) Ada tempat-tempat yang tertutup untuk diperiksa atau digeledah.
b) Penjaganya hendaklah membenarkan masuk bila ditunjukkan waran geledah.
c) Berikan kemudahan yang munasabah, tetapi jika tempat yang tidak dapat
dimasuki boleh gunakan langkahan mengikut syarat SEK 16 undang-undang
ini.
SEK 60 MAJISTRET YANG MENGELUARKAN WARAN GELEDAH ITU BOLEH HADIR
MASA BONGKARAN DIJALANKAN
Majistret yang mengeluarkan waran geledah boleh hadir bersama menyaksikan
penggeledahan supaya geledahan itu dapat dijalankan dengan betul.
SEK 62 PENGGELEDAHAN TANPA WARAN
a) Mana-mana pegawai polis tak kurang berpangkat Inspektor jika menerima
maklumat dengan munasabah dan disyakki sesuatu tempat ada tersembunyi
atau disimpan barang curi.
b) Dipercayai bahawa barang-barang dipindhkan jika menanti waran geledah,
boleh menggeledah tempat itu bagi mendapatkan barang itu.
c) Satu daftar bertulis barang-barang disyakki curi yang diterima dengan
maklumat hendaklah dibuat serta dinyatakan tempat barang itu disimpan.
d) Tuan punya barang atau wakilnya hendaklah ikut bersama semasa geledahan
dibuat.
SEK 63 GELEDAHAN SECARA LANGSUNG
a) Ketua Polis Negeri boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis
memasuki, memeriksa, mencari, merampas dan menahan barang-barang
disyaki curi yang mana seolah-olah ia diberi kuasa dengan waran.
b) Mana-mana harta yang dirampas mengikut seksyen ini maka:
+ orang yang berada ditempat barang itu dirampas.
+ orang daripada mana harta itu diambil.
Jika orang itu terdahulu ia ada dituduh kerana menerima harta curi,
hendaklah disaman ke hadapan Majistret untuk disoal bagaimana ia
mendapatkan harta itu.
c) Kuasa yang diberi oleh Ketua Polis Negeri itu adalah seperti berikut:
i) Dalam tempoh 12 bulan yang lalu tempat yang diperiksa itu diduduki atau
digunakan oleh orang yang disabit salah menyimpan atau melindungkan.
ii) Tempat yang diperiksa itu diduduki atau digunakan oleh orang yang telah
disabit kesalahan berkatan kecoh atau tipu yang boleh dihukum dengan
penjara.
d) Ketua Polis Negeri tidak payah menyebut nama-nama barang tertentu tetapi ia
memberi kuasa kerana ada sebab-sebab tempat itu telah digunakan barang-
barang curi (Memo / Surat bertulis).
SEK 65 TUAN RUMAH DIKEHENDAKI HADIR DALAM MASA GELEDAHAN
a) Bila bongkaran dijalankan, hendaklah benarkan penghuni tempat itu atau
wakilnya hadir bersama pada ketika itu.
b) Jika diminta olehnya, bolehlah diserahkan satu salinan daftar yang telah
ditandatangani kepadanya.
DARIHAL IKAT JAMIN MENJAGA KEAMANAN
DAN BERKELAKUAN BAIK
SEK 66 IKAT JAMIN BERKENAAN DENGAN MENJAGA KEAMANAN APABILA DISABIT
SALAH
a) Apabila mana-mana orang yang telah disabit salah terhadap pecah keamanan,
ugutan jenayah, langgaran jenayah atau ahli kumpulan jahat.
b) Mahkamah yang mensabit salah berpendapat mustahak untuk menjaga
keamanan. Mahkamah mengenakan bon sebanyak mana yang difikirkan patut
dengan berpenjamin atau tidak sebagai ganti kepada hukuman lain.
c) Mahkamah majistret boleh mengenakan bon tidak lebih 6 bulan dan
mahkamah tinggi tidak lebih 2 tahun.
d) Jika sabit hukuman diketepikan kerana ulang bicara, bon tidak boleh
dijalankan.
SEK 67 IKAT JAMIN KERANA MENJAGA KEAMANAN DALAM PERKARA LAIN
a) Jika majistret berpendapat dan percaya orang yang tinggal dalam kawasan
perbicaraannya akan melakukan kesalahan:
+ Pecah keamanan, atau
+ Sebarang perbuatan salah boleh menyebabkan pecah keamanan.
b) Akan dilakukan didalam atau diluar lengkongan kawasan perbicaraannya.
c) Mahkamah boleh mengenakan bon sebanyak yang difikirkan patut dengan
berpenjamin atau tidak selama tempoh tidak lebih 6 bulan.
SEK 68 IKAT JAMIN SUPAYA BERKELAKUAN BAIK OLEH ORANG-ORANG YANG
DISYAKI, ORANG-ORANG BANGSAT DAN ORANG-ORANG YANG MENYIARKAN
BENDA-BENDA SEDISI
a) Apabila majistret berpendapat bahawa:
+ Mana-mana orang dalam kawasan perbicaraannya berikhtiar
menyembunyikan diri bertujuan hendak melakukan kesalahan.
+ Didapati mana-mana orang tiada mata pencarian dan tidak dapat memberi
keterangan diri yang memuaskan.
+ Dengan percakapan atau tulisan atau dengan cara apa sekalipun tolong
menolong menyiarkan perkara yang bercorak sedisi.
b) Boleh dikenakan bon dengan berpenjamin tidak lebih dari 6 bulan.
c) Pengarang, tuan punya penerbitan, pengecap atau sebarang penerbit buku
yang didaftarkan, tidak boleh dibicarakan melainkan dengan hukuman atau
kuasa yang diberi oleh pendakwa raya.
SEK 69 IKAT JAMIN OLEH ORANG YANG SELALU MELAKUKAN KESALAHAN
a) Jika majistret berpendapat bahawa mana-mana orang yang berada dalam
kawasan perbicaraannya adalah:
+ Seorang penyamun, pemecah rumah, pencuri atau selalu menerima barang
curi.
+ Seorang pemeras melakukan pemerasan, selalu mendatangkan ketakutan
dengan kecederaan.
+ Orang yang melindung atau menyembunyikan pencuri.
+ Membantu dalam menyembunyikan atau menguruskan barang-barang
curi.
+ Orang jahat yang terkenal berkelakukan bahaya.
+ Bersubahat dengan penyamun, pemecah rumah, pencuri, pelacur-pelacur
atau orang yang tidak tentu mata pencariannya.
c) Majistret boleh mengenakan bon dengan berpenjamin atau tidak selama
tempoh tidak lebih 6 bulan.
SEK 72 KUASA MEMAAFKAN ORANG DARIPADA HADIR SENDIRI
a) Jika majistret berpendapat ada sebab-sebab yang patut boleh melepaskan
seseorang daripada hadir ke mahkamah untuk memberikan sebab kenapa bon
tidak perlu dikenakan.
b) Tetapi mahkamah boleh membenarkan orang itu diwakili oleh pembelanya.
SEK 78 KUASA MENOLAK PENJAMIN-PENJAMIN
Mahkamah dengan pertimbangannya sendiri boleh menolak mana-mana orang
sebagai penjamin untuk berkelakuan baik dalam bab ini.
SEK 82 MELEPASKAN JAMINAN-JAMINAN
a) Mana-mana penjamin dibawah bab ini boleh meminta kepada majistret untuk
membatalkan namanya didalam bon jaminan yang berada didalam kawasan
perbicaraannya sahaja.
b) Apabila permintaan dibuat, majistret akan mengeluarkan saman atau waran
menghendaki orang yang dijamin itu hadir atau dibawa kehadapannya.
c) Setelah hadir, majistret akan membatalkan bon jaminan itu dan mengarahkan
orang itu mencari penjamin lain untuk menyambung jaminan asal.
PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
SEK 83 MAJISTRET, PEGAWAI POLIS YANG DIWARTAKAN BERKUASA
MENYURAIKAN KUMPULAN JAHAT
a) Majistret b) Pegawai Polis yang diwartakan
c) Inspektor d) Ketua Polis Balai
Berkuasa menyuraikan kumpulan yang terdiri dari 5 orang atau lebih yang
menyalahi undang-undang yang akan mengancam atau menggangu ketenteraman
awam dan adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap ahli kumpulan itu untuk
bersurai.
SEK 84 KUMPULAN HARAM DIBERHENTIKAN DENGAN KEKERASAN
a) Apabila kumpulan yang menyalahi undang-undang disuruh bersurai tetapi
enggan bersurai.
b) Mana-mana pegawai polis atau ahli pasukan bersenjata boleh mengambil
langkahan yang patut, jika perlu menangkap mereka-mereka yang melawan
dengan kekerasan.
TINDAKAN POLIS DALAM MENCEGAH KESALAHAN
SEK 103 POLIS HENDAKLAH MENCEGAH ORANG DARI MEMBUAT KESALAHAN YANG
LAZIM DITANGKAP
Tiap-tiap pegawai polis hendaklah dengan daya usahanya sendiri mencegah dari
berlakunya kesalahan yang lazim ditangkap.
SEK 104 MAKLUMAT MENGENAI ORANG HENDAK MELAKUKAN KESALAHAN
a) Jika pegawai polis mendapat maklumat adanya rancangan hendak melakukan
kesalahan yang lazim ditangkap.
b) Hendaklah segera memberitahu ketuanya atau pegawai yang bertindak
terhadap kesalahan itu.
SEK 105 MENANGKAP ORANG KERANA MENCEGAH KESALAHAN BERLAKU
a) Mana-mana pegawai polis yang mendapat tahu tentang seseorang hendak
melakukan kesalahan yang lazim ditangkap.
b) Bolehlah orang yang merancang itu tanpa menanti hukuman dari majistret dan
tanpa waran atau jika boleh dicegah dengan jalan lain.
SEK 106 MENCEGAH ORANG DARIPADA MEROSAKKAN HARTA AWAM
Mana-mana pegawai polis boleh dengan menggunakan kuasanya sendiri
bertindak mencegah percubaan merosakkan harta awam dalam pandangannya
samada boleh dialeh atau tidak.

MAKLUMAT KEPADA POLIS DAN KUASA-KUASA PENYIASATAN


MEREKA
SEK 107 MAKLUMAT
a) Maklumat yang diberi secara lisan hendaklah ditulis didalam buku rekod oleh
KPB atau orang yang dibawah arahannya.
b) Setelah habis ditulis hendaklah dibacakan balik kepada aduan dan
ditandatangani.
c) Tiap-tiap maklumat hendaklah ditulis haribulan dan waktu maklumat diberi.
d) Jika aduan tidak boleh menandatangani, hendaklah diturunkan cop jarinya.
SEK 108 PERATURAN KESALAHAN YANG TIDAK LAZIM DITANGKAP
a) Jika maklumat diterima mengenai kesalahan yang tidak lazim ditangkap, suruh
aduan merujuk / berjumpa dengan majistret (R to M) refer to majistret.
b) Pegawai polis tidak boleh menyiasat kesalahan yang tidak lazim ditangkap
melainkan mendapat kebenaran dari pedakwa raya.
c) Setelah mendapat kebenaran dari pendakwa raya, pegawai polis tidak kurang
pangkat sarjan atau KPB boleh menggunakan kuasa-kuasa untuk menyiasat
melainkan kuasa menangkap tanpa waran.
SEK 108 A SALINAN REPOT YANG DISAHKAN TERIMA SEBAGAI KETERANGAN
a) Dalam sebarang perbicaraan mahkamah, salinan repot disahkan menjadi
keterangan setelah ditandatangani oleh Ketua Polis Daerah dimana repot itu
dibuat.
b) Kandungan salinan repot ditulis sebagaimana isi maklumat asal yang diterima.
SEK 109 MENYIASAT FASAL KESALAHAN YANG LAZIM DITANGKAP
a) Maklumat yang diterima mengenai kesalahan yang lazim ditangkap pegawai
polis tidak kurang berpangkat sarjan atau KPB boleh menyiasat tanpa
hukuman dari pendakwa raya.
b) Sebarang perbuatan pegawai polis yang menggunakan kuasa menyiasat tidak
boleh dipersoalkan.
SEK 110 ATURAN DIMANA KESALAHAN BOLEH DITANGKAP DISYAKI TELAH
BERLAKU
a) Jika maklumat diterima, sarjan atau KPB ada sebab mengesyaki kesalahan
yang lazim ditangkap telah dilakukan.
b) Kecuali kesalahan itu telah ditentukan oleh pendakwa raya, boleh
menggunakan kuasa menyiasat dan menangkap dengan syarat berikut:
i) Apabila maklumat diterima ada disebutkan namanya dan keadaan
kes tidak berat, tidak payah menyiasat bersendirian tetapi boleh
mengarahkan pegawai dibawahnya buat pertanyaan ditempat
kejadian.
ii) Apabila maklumat diterima tidak ada alasan yang mencukupi untuk
memulakan atau meneruskan penyiasatan, maka tak payahlah ia
berbuat demikian.
c) Dalam perkara (i) dan (ii) di atas, pegawai yang menerima maklumat itu mesti
mencatitkan sebab-sebab lapuran itu tidak diambil tindakan atau disiasat.
d) Seseorang pegawai polis yang menyiasat seperti di atas ini tidak berkuasa
untuk.
+ Menghendaki seseorang saksi hadir. (SEK 111)
+ Memeriksa saksi-saksi. (SEK 112)
+ Menjalankan pemeriksaan untuk mendapatkan suratan. (SEK 116)
+ Menahan seseorang lebih 24 jam. (SEK 117)
SEK 111 KUASA-KUASA KHAS MEMANGGIL SAKSI-SAKSI
a) Pegawai Polis yang menjalankan siasatan boleh mengeluarkan perintah
bertulis menghendaki mana-mana orang hadir untuk penyiasatan.
b) Dengan syarat orang yang diarahkan itu berada dalam kawasan daerah
penyiasatannya dan berjalan kaki tidak melebihi 7 batu dari tempat
kediamannya ke Balai Polis.
c) Jika orang itu enggan hadir, buat lapuran kepada majistret dan boleh
dikeluarkan waran terhadapnya untuk hadir.
d) Jika orang yang diarahkan hadir itu pekerja keretapi, segera beritahu kepada
pegawai penjaga stesyen yang berhampiran.
* Pekerja keretapi tidak boleh meninggalkan tempat kerjanya kerana akan
mendatangkan bahaya kepada nyawa penggunanya.
SEK 112 KUASA KHAS MENYOAL SAKSI-SAKSI
a) Pegawai polis yang menyiasat boleh menyoal saksi dan merekodkan
percakapan yang dibuatnya (statement).
b) Saksi hendaklah menjawab soalan yang dikemukakan kecuali:
+ Orang itu enggan menjawab kerana khuatir jawapan itu akan menyebabkan ia
kena tuduh.
* Jika ia memberi keterangan bohon atau palsu, boleh dihukum di bawah
seksyen 179 KK atau 182 KK.
ATURAN MENGAMBIL PERNYATAAN (STATEMENT)
a) Orang yang memberi pernyataan dibawah seksyen ini adalah dimestikan
mengikut undang-undang untuk menyatakan yang benar samada pernyataan
itu dibuat semua atau sebahagian bagi menjawab soalan.
b) Pegawai polis yang merekodkan kenyataan itu mestilah terlebih dahulu
memberitahu kepadanya berkenaan peruntukkan seksyen kecil (ii) dan (iii)
seksyen ini.
c) Suatu pernyataan yang dibuat dibawah seksyen 112 ini, sama ada atau tidak
amaran telah ditadbirkan dibawah seksyen 113 KPJ mestilah pada bila-bila
masa patut diambil dengan tulisan dan ditandatangani olehnya mengikut
bahasa yang diberinya dan setelah diberi peluang untuk membuat apa-apa
pembetulan yang diinginkan.
SEK 113 PERNYATAAN BOLEH DITERIMA DIDALAM KETERANGAN
a) Seseorang yang dituduh melakukan sebarang kesalahan, apa-apa percakapan
samada pengakuan salah atau tidak dibuat:
+ Secara lisan atau bertulis
+ Sebelum atau sesudah ia dipertuduh
+ Samada dalam penyiasatan polis atau tidak
+ Menjawab sepenuhnya atau sebahagian soalan
+ Dihadapan pegawai polis tidak kurang pangkat Inspektor samada diterjemah
atau tidak kepadanya
b) Pernyataan itu adalah diterima didalam keterangan
c) Sebelum pernyataan itu dibuat terlebih dahulu hendaklah memberi amaran:
“ADALAH KEWAJIPAN SAYA MEMBERI AMARAN KEPADA KAMU, BAHAWA
KAMU TIDAK DIWAJIBKAN BERKATA-KATA ATAU MENJAWAB APA-APA
SOALAN, TETAPI APA-APA JUGA KAMU KATAKAN, SAMADA SEBAGAI JAWAPAN
KEPADA SUATU SOALAN ATAU TIDAK, BOLEH DIBERI SEBAGAI KETERANGAN”
SEK 115 KUASA MENGAMBIL PERNYATAAN ATAU AKUAN SALAH
a) Mana-aman majistret boleh mengambil pernyataan atau akuan salah yang
dibuat dihadapannya pada bila-bila masa sebelum pertanyaan atau
perbicaraan dimulakan.
b) Kenyataan atau akaun salah itu ditulis sepenuhnya oleh majistret yang
menerimanya dan hantar ke lain majistret sekiranya berlainan yang membuat
pertanyaan atau perbicaraan.
c) Majistret tidak boleh mencatit apa-apa sebelum orang yang kena tuduh disoal
melainkan setelah disoal Majistret berpuashati pengakuan itu dibuat secara
sukarela.
d) Pengakuan itu akan dibacakan balik kepada orang yang kena tuduh dan diakui
betul Majistret akan tandatangan dan orang yang kena tuduh tidak payah
bersumpah atau berikrar.
SEK 116 GELEDAH OLEH PEGAWAI POLIS
a) Mana-mana pegawai polis yang menjalankan siasatan difikirkan mustahak
untuk mendapat dokuman atau barang.
b) Dipercayai perintah seksyen 51 tidak diikuti atau tidak tahu siapa yang
memiliki barang / dokuman itu.
c) Boleh jalankan geledahan dimana-mana tempat dan sebaik-baiknya geledahan
dijalankan sendiri, jika tidak boleh dijalankan oleh sendiri boleh arahkan
pegawai bawahannya.
d) Beri perintah bertulis kepada orang bawahannya berkenaan dokumen atau
tempat yang hendak digeledah itu dan orang yang menggeledah itu hanya
dibenarkan mengikut perintah yang dinyatakan sahaja.
SEK 117 PERATURAN SIASATAN TIDAK HABIS DALAM TEMPOH 24 JAM
a) Seseorang yang ditangkap dan ditahan dalam kurungan yang mana siasatan
tidak dapat dihabiskan dalam tempoh 24 jam tetapi dipercayai tuduhan atau
maklumat itu berasas.
b) Pegawai polis yang menjalankan penyiasatan bawa orang yang kena tuduh
bersama salinan tulisan dalam buku perharian ke hadapan majistret.
c) Majistret yang berkuasa atau tidak untuk membicarakan kes itu, boleh dari
masa ke semasa memberi hukuman untuk tahan tidak lebih 15 hari.
d) Jika tiada faedah untuk ditahan lagi, hantar orang yang kena tuduh ke hadapan
majistret dan bolehlah dilepaskan.
e) Majistret yang memberi kuasa untuk menahan orang dalam tahanan polis
hendaklah dicatitkan sebab-sebab berbuat demikian.
SEK 119 BUKU PERHARIAN PENYIASATAN ORANG YANG DISYAKI
a) Pegawai polis yang menyiasat sesuatu kes hendaklah menulis dalam buku
perharian penyiasatan dari sehari ke sehari mengenai perjalanan penyiasatan
dengan menerangkan:
+ Pukul berapa hukuman menyiasat diterima atau sampai kepadanya.
+ Pukul berapa mulai menyiasat dan habis siasatan.
+ Nama-nama tempat yang dilawati.
+ Pendapat-pendapat yang diketahui melalui penyiasatan.
b) Buku perharian penyiasat tidak boleh diminta untuk dilihat oleh orang yang
kena tuduh, melainkan arahan majistret sekadar rujukan yang patut dan lain-
lain isi kandungan hendaklah dilindungi (ditutup).

PERMULAAN BICARA DIHADAPAN MAHKAMAH MAJISTRET


SEK 137 ORANG YANG KENA TUDUH BOLEH DIMAAFKAN DARIPADA HADIR SENDIRI
a) Majistret yang mengeluarkan saman boleh pada pertimbangannya
mencatitkan di kaki saman memaafkan orang yang dituduh hadir sendiri dan
boleh diwakili oleh pembelanya.
b) Sebarang kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih 3
bulan boleh mengaku salah dan dijatuhi hukuman denda:
+ Tanpa hadir atau diwakili pembelanya, atau
+ Melalui surat kepada majistret dan sanggup membayar denda
c) Jika akuan bersalah melalui surat, orang kena tuduh hendaklah memberi
alamat posnya dengan tepat dan berdaftar. Denda hendaklah dibayar dalam
tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan surat berdaftar tersebut mengikut
perjalanan pos biasa.
d) Majistret yang membicarakan kes itu pada pertimbangannya pada mana-mana
peringkat perbicaraan boleh mengarahkan orang yang kena tuduh hadir
sendiri.
e) Hukuman penjara (tanpa pilihan membayar denda) tidak boleh dijatuh hukum
tanpa kehadiran yang dituduh dan Majistrit boleh mengarahkan yang dituduh
hadir ke mahkamah
f) Tertuduh boleh menarik balik pengakuan bersalahnya telah dijatuhkan
hukuman dan Majistrit boleh mengadakan perbicaraan untuk memutuskan kes
itu. Jika disabit salah hendaklah dijatuhkan hukuman mengikut undang-
undang.
SEK 173 ATURAN PERBICARAAN SECARA LANGSUNG
a) Apabila orang dituduh hadir, tuduhannya hendaklah dibaca samada ia hendak
mengaku salah atau bicara.
b) Jika ia mengaku salah maka hendaklah menentukan ia faham akibat dari
pengakuannya.
c) Jika tidak, mahkamah terus mendengar keterangan pengadu.
d) Jika mustahak, mahkamah boleh memanggil saksi-saksi untuk memberi
keterangan.
e) Tertuduh boleh menyoal balas saksi-saksi pendakwa
f) Selepas diambil keterangan, orang kena tuduh yang tidak bersalah hendaklah
dibebaskan / buang bicara
g) Perenggan (f) mahkamah berkuasa melepaskan orang yang kena tuduh pada
sebarang peringkat perbicaraan jika tiada alas an yang mencukupi.
h) Jika tuduhan itu tidak terang, mahkamah boleh meminda tuduhan itu
i) Jika dipinda, tuduhan akan dibaca semula samada ia mengaku salah atau
membuat pembelaan
j) Jika ia tidak mengaku salah atas tuduhan pindahan, orang kena tuduh boleh
dipanggil keterangan dan menyoal balas saksi-saksi
k) Jika orang kena tuduh memberi kenyataan bertulis hendaklah difailkan
bersama catitan
l) i) Jika orang kena tuduh meminta saksi lain untuk tujuan soal balas,
mahkamah boleh memanggilnya, melainkan mahkamah ada alas an
yang menggangu atau melambatkan perbicaraan.
ii) Wang bayaran memanggil saksi hendaklah disimpan di mahkamah.
m) i) Jika orang kena tuduh tidak bersalah, mahkamah hendaklah mencatit
buang bicara.
ii) Jika bersalah, hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-
undang.
n) Setelah dijalankan perbicaraan aduan yang akan dibuat dengan jalan sumpah
pada hari yang ditetapkan untuk perbicaraan kesalahan itu boleh diselesaikan
diluar mahkamah, bolehlah melepaskan orang kena tuduh sebelum dipanggil
membela diri.
o) Jika orang kena tuduh tidak hadir apabila saman telah dikeluarkan dan
disampaikan sebelum hari perbicaraan, tiada sebab menangguhkan
perbicaraan, mahkamah boleh jalankan perbicaraan ex – parte atau
memutuskan untuk menangguhkan kes itu .
SEK 173 A KUASA MELEPASKAN DARIPADA TUDUHAN DENGAN BERSYARAT ATAU
TANPA SYARAT
a) Apabila seseorang yang dituduh dihadapkan ke mahkamah, tuduhan terbukti
dan mahkamah boleh menghukum tetapi dipandang dari segi:
+ Kelakuan
+ Rekod dahulunya
+ Umur
+ Kesihatan atau akalnya
+ Keadaan kesalahan
b) Mahkamah berpendapat tidak sesuai dihukum dengan hukuman dasar, boleh
dilepaskan dengan bersyarat tanpa mencatitkan hukuman:
+ Tolak hukuman setelah mahkamah memberi teguran atau amaran; atau
+ Dilepaskan dengan mengenakan bon dengan berpenjamin supaya berkelakuan
baik selama tidak lebih 3 bulan
c) Mahkamah juga boleh menghukum sebagai hukuman tambahan:
+ Membayar imbuhan kerana kecederaan atau kehilangan (tidak lebih RM
50.00) ataui membayar perbelanjaan perbicaraan; atau
+ Perintah mengembalikan barang-barang curi kepada tuannya atau wang
gantian
d) Jika mahkamah berpuashati orang yang kena jamin (tertuduh) melanggar bon,
boleh dikeluarkan waran tangkap
e) Setelah ditangkap, bawa kehadapan majistret dan tahan:
+ Sehingga penjaminnya hadir; atau
+ Sehingga hari perbicaraan, atau
+ Diperintah membuat penjamin yang cukup
f) Mahkamah juga boleh membicarakan balik atas kesalahan yang asal dan
hendaklah orang yang kena tangkap itu menjawab soalan-soalan berkenaan
dengan kelakuannya di masa ianya semenjak dilepaskan

DARIHAL HUKUMAN-HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA


SEK 286 TEMPAT MENJALANKAN HUKUMAN ROTAN
Apabila orang kena tuduh dijatuhkan hukuman sebat dengan rotan, hendaklah
dijalankan di tempat dan masa seperti diarahkan oleh majistret
SEK 288 CARA-CARA MENJALANKAN HUKUMAN ROTAN
a) Apabila orang kena tuduh dihukum rotan hendaklah dinyatakan alat yang
digunakan dan banyaknya hukuman sebat yang dikenakan,
walaubagaimanapun:
+ Pesalah orang dewasa tidak lebih 24 kali sebatan
+ Pesalah kanak-kanak tidak lebih 10 kali sebatan
b) Sebatan hendaklah dijalankan dibahagian badan orang itu sebagaimana yang
diarahkan oleh menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan keamanan
dan ketenteraman orang ramai
c) Rotan yang digunakan untuk sebatan diluluskan oleh menteri dan bulatan
rotan tidak melebihi ½ inci
d) Jika pesalah kanak-kanak, rotan yang dijalankan hendaklah mengikut cara
tatatertib sekolah
e) Seseorang yang disabit salah dengan dua atau lebih kesalahan dan menerima
hukuman rotan juga, maka jumlah hukuman rotan itu tidak lebih dari yang
dinyatakan di para (a) di atas
SEK 289 ORANG YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN ROTAN
Hukuman rotan tidak boleh dijalankan secara teransur-ansur dan orang-orang
seperti berikut tidak boleh dikenakan rotan:
a) Orang perempuan
b) Pesalah lelaki ya g dijatuhkan hukuman mati
c) Pesalah lelaki yang berumur lebih 50 tahun
SEK 290 SURAT PEGAWAI PERUBATAN DIKEHENDAKI
a) Hukuman rotan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran Pegawai Perubatan
dan disahkan orang itu sihat untuk dirotan.
b) Semasa menjalani hukuman rotan, disahkan bahawa orang itu tidak sihat
maka sebatan yang belum dikenakan hendaklah diberhentikan.
c) Jika pesalah kanak-kanak dikenakan rotan, Pegawai Perubatan tidak payah
hadir . Hukuman boleh dijalankan melainkan mahkamah berpendapat kanak-
kanak itu tidak sihat dan hukuman itu ditangguhkan.
SEK 293 PESALAH KANAK-KANAK
a) Pesalah kanak-kanak yang disabit salah, sebagai menggantikan hukuman
penjara kerana tidak membayar denda boleh:
- Difikirkan patut oleh mahkamah boleh dibebaskan setelah diberi amaran
- Diserahkan kepada ibubapa / penjaganya
- Diserahkan kepada mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh
mahkamah dengan mengikat jamin
+ Dengan penjamin – dikehendaki berkelakuan baik selama setahun
+ Tanpa penjamin – dikehendaki berkelakuan baik selama 2 tahun
- Jika pesalah lelaki, boleh dihukuman rotan dalam kawasan mahkamah tidak
lebih 10 kali dihadapan ibubapa / penjaganya dengan cara yang disediakan
oleh undang-undang
b) Sebagai hukuman tambahan atau sebagai ganti menghukum yang tertuduh,
Mahkamah boleh mendenda ibubapa atau penjaganya tidak lebih RM 20.00
sekiranya kejahatan itu kerana kelalaian mereka
SEK 295 HUKUMAN PEMERHATIAN POLIS
a) Apabila seseorang telah disabitkan kesalahan yang boleh di penjara selama 2
tahun atau lebih
b) Sekali lagi melakukan kesalahan yang boleh di penjara selama 2 tahun atau
lebih
- Mahkamah tinggi ataui mahkamah tengah boleh mengenakan hukuman
pemerhatian polis tidak lebih 3 tahun
- Mahkamah majistret boleh mengenakan hukuman pemerhatian polis tidak
lebih 1 tahun dari tarikh akhir menjalani hukuman penjara
SEK 296 TANGGUNGAN ORANG DIBAWAH PEMERHATIAN POLIS
Tiap-tiap orang yang dikenakan hukuman pemerhatian polis hendaklah:
a) Memberitahu kepada KPD tempat kediamannya yang didiami
b) Memberitahu KPD apabila hendak menukar tempat kediaman dalam daerah
itu
c) Apabila berpindah ke lain daerah hendaklah memberitahu KPD yang
ditinggalkan dan memberitahu KPD yang baru
d) Apabila berpindah keluar persekutuan hendaklah memberitahu KPD yang
ditinggalkan
e) Setelah kembali semula ke persekutuan, hendaklah memberitahu KPD di
tempat di mana ia akan tinggal. Jika pemerhatian polis itu lelaki, dikehendaki
merepotkan diri sebulan sekali di balai polis mengikut masa yang ditetapkan
dan diambil cop jarinya.
SEK 297 HUKUMAN KERANA TIDAK MENGIKUT SEK 295
Seseorang pemerhatian polis boleh dipenjara 1 tahun sekiranya tidak dapat
memberikan sebab-sebab yang memuaskan kerana
a) Tinggal dalam sesuatu tempat selama 48 jam tanpa memberitahu KPD di mana
ia tinggal itu
b) Tidak memberitahu KPD yang ditinggalkan / baru apabila ia berpindah ke lain
tempat
c) Tidak merepotkan diri di balai sebulan sekali mengikut masa yang ditetapkan
oleh Ketua Polis Negeri
SEK 328 MAKNA ‘SEBAB KEMATIAN’
Sebab kematian bukanlah sebab kematian yang nyata melalui ‘postmortem’ tetapi
yang penting bagaimana si mati menemui ajalnya samada dipercepatkan
kematiannya atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
SEK 329 TANGGUNGAN PEGAWAI POLIS YANG MENYIASAT KEMATIAN
a) KPB hendaklah memberitahu dengan segera kepada KPD apabila menerima
maklumat mengenai
- Seseorang membunuh diri
- Dibunuh oleh orang lain atau binatang atau kemalangan
- Mati yang disyaki
- Jumpa mayat yang tidak diketahui sebab-sebab kematiannya
- Mati mengejut
b) Apabila menerima maklumat sedemikian KPD atau KPB atau pegawai polis
tidak kurang pangkat Sarjan hendaklah pergi ke tempat kejadian
c) Periksa mayat dan buat lapuran berkenaan kesan luka-luka, patah tulang,
lebam atau lain-lain tanda kecederaan di tubuh badan mayat itu dan lapuran
ditandatangani untuk dikemukakan kepada majistret
d) Apabila mati tetapi mayat hilang, pegawai penyiasat buat lapuran dan hantar
kepada majistret
SEK 330 TANGGUNGJAWAB MENGATURKAN POSTMORTEM
a) Pegawai yang menyiasat kematian apabila difikirkan kematian itu mengejut
atau luar biasa, segera beritahu pegawai perubatan
b) Bawa segera mayat itu ke Hospital untuk postmortem, dikecualikan terlebih
dahulu apabila mayat itu patut dilihat oleh majistret
c) Jika pegawai penyiasat berpuashati kematian itu disebabkan kemalangan,
bolehlah memberi hukuman menanam mayat itu
SEK 331 PEMERIKSAAN MAYAT
a) Pegawai perubatan yang menerima maklumat segera memeriksa mayat dan
menjalankan postmortem
b) Untuk menentukan sebab kematian, boleh membelah mana-mana bahagian
mayat itu dan menganalisa serta boleh menghantar bahagian-bahagian mayat
itu ke pusat penyelidikan perubatan
SEK 334 KEMATIAN SESEORANG DALAM TAHANAN POLIS ATAU RUMAH SAKIT GILA
a) Seseorang yang mati dalam tahanan polis atau penjara atau rumah sakit gila,
pegawai yang menjaga orang itu segera beritahu majistret
b) Majistret pula hendaklah mengadakan pertanyaan berkenaan kematian
tersebut

BERKENAAN PENDAKWA RAYA


SEK 376 PENDAKWA RAYA
a) Peguam Negara bertindak menjadi pendakwa raya terhadap semua
pendakwaan jenayah
b) Peguamcara Negara hendaklah menjadi timbalan pendakwa raya dan
memangku sebagai pendakwa raya pada masa ketiadaan peguam negara dan
menjalankan kuasa dengan sejajar
SEK 377 MENJALANKAN PENDAKWAAN DALAM MAHKAMAH
a) Pendakwaan dibuat oleh pendakwa raya atau timbalannya atau peguam yang
diberi kuasa oleh pendakwa raya, atau
b) Dijalankan oleh pegawai polis tidak kurang pangkat inspektor sebagai wakil
pendakwa raya
c) Jika sesuatu daerah tiada pegawai berpangkat inspektor, pegawai polis tidak
kurang pangkat sarjan diberi kuasa oleh pendakwa raya boleh menjalankan
pendakwaan
d) Dengan syarat pendakwaan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari
tarikh penerimaan kuasa itu

DARIHAL JAMIN
SEK 387 MASANYA ORANG SALAH BOLEH DILEPASKAN DENGAN JALAN JAMIN
a) Mana-mana orang yang kena tangkap atau ditahan oleh pegawai polis tanpa
waran (selain dari orang yang dituduh atas kesalahan tidak boleh dijamin)
b) Pada bila-bila masa samada dalam jagaan pegawai itu atau dalam sebarang
peringkat perbicaraan, ia bersedia memberi jamin bolehlah dilepaskan oleh
pegawai polis atau mahkamah dengan jalan jamin
c) Pegawai polisyang berkuasa memberi jaminan ialah KPB atau pegawai polis
tidak kurang pangkat Koperal
d) Jika mahkamah atau pegawai polis fikir patut sebagai ganti jamin boleh
diberikan bon tanpa penjamin untuk hadir ke mahkamah pada masa yang
ditetapkan
SEK 388 MASANYA KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DIJAMIN BOLEH DILEPASKAN
DENGAN JALAN JAMIN
a) Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin boleh
dilepaskan dengan jalan jamin oleh KPD atau mahkamah
b) Melainkan kesalahan itu ada alasan yang cukup boleh membawa kepada
hukuman mati atau penjara seumur hidup
c) Kesalahan tidak boleh dijamin boleh dilepaskan dengan jamin dengan syarat
- Orang itu berumur dibawah 16 tahun
- Mana-mana orang perempuan
- Orang lumpuh
- Orang yang sakit teruk
d) Dalam sebarang peringkat perbicaraan orang yang melakukan kesalahan yang
tidak boleh dijamin, ada alasan yang cukup untuk melanjutkan penyiasatan
sementara menunggu perbicaraan, pegawai polis atau mahkamah boleh
melepaskan dengan bon tanpa penjamin
e) Orang yang telah dibebaskan boleh ditangkap semula pada bila-bila masa
SEK 391 ORANG YANG DILEPASKAN
a) Apabila sahaja bon telah dikenakan hendaklah segera orang itu dilepaskan
b) Jika orang itu berada dalam penjara, keluarkan perintah hukuman melepaskan
orang itu kepada pegawai penjara
c) Pegawai penjara yang menerima hukuman itu hendaklah melepaskan orang
itu segera
SEK 392 MASANYA ORANG YANG KENA JAMIN DITANGKAP BALIK DENGAN WARAN
a) Mahkamah yang memberi jaminan boleh mengeluarkan waran tangkap dan
membawa kehadapannya orang yang dijamin apabila
- Tersalah jamin atau kena tipu atau
- Jaminan yang diterima tidak mencukupi atau
- Kemudiannya jaminan itu tidak mencukupi
b) Mahkamah boleh menghukum semula dengan hukuman
- Mencari penjamin lain atau
- Mencari penjamin lain atau
- Jika tidak dapat berbuat demikian hendaklah ditahan didalam penjara
SEK 393 PENJAMIN BOLEH MINTA DILEPASKAN JAMINAN
a) Penjamin yang menentukan kehadiran orang yang dijamin, pada bila-bila masa
boleh meminta kepada mejistret untuk melepaskan dirinya dari menjadi
penjamin samada semua atau sebahagian permintaannya
b) Peraturan minta dilepaskan daripada menjadi penjamin
+ Apabila permintaannya itu dibuat, mejistret keluarkan waran tangkap supaya
orang itu dibawa kehadapannya
+ Setelah orang itu hadir / menyerah diri, mahkamah boleh mengarahkan
penjamin itu dilepaskan dan mengarahkan penjamin itu dilepaskan dan
mengarahkan orang itu mencari penjamin yang cukup atau tidak ia akan
ditahan
+ Seseorang penjamin pada bila-bila masa boleh menangkap orang yang dijamin
untuk hadir kehadapan majistret dan tindakan mengikut seperti di atas.

KEHENDAK-KEHENDAK KHAS BERKENAAN DENGAN KETERANGAN


SEK 395 PERATURAN BILA ORANG YANG HENDAK MEMBERI KETERANGAN ITU SAKIT
TERUK
a) Seseorang saksi mustahak untuk memberi keterangan samada untuk
pendakwa atau pembela telah sakit teruk dan tidak boleh diambil
keterangannya seperti biasa.
b) Majistret boleh mengambil keterangannya secara bersumpah dengan syarat
notis telah diberi kepada tertuduh dengan menyatakan masa dan tempatnya.
c) Jika tertuduh berada didalam penjara, majistret akan mengarahkan pegawai
penjara supaya membawa orang itu ke tempat dan masa seperti yang
diarahkan.
d) Keterangan bersumpah yang diberi oleh seorang saksi yang telah mati atau
yang tidak dapat hadir, majistret boleh menerima keterangan itu dan
dibacakan kepada yang tertuduh.
SEK 396 BILA SESEORANG SAKSI DIKEHENDAKI MEMBERI KETERANGAN MAHU
MENINGGALKAN PERSEKUTUAN
a) Seseorang saksi yang perlu atau mustahak memberi keterangan dalam sesuatu
perbicaraan hendak meninggalkan persekutuan yang boleh menyebabkan
perjalanan perbicaraan tergendala.
b) Dengan permintaan pendakwa raya, majistret boleh:
- Mengarahkan saksi itu ditahan dipenjara sehingga hari perbicaraan, atau
- Ditahan sehingga ia dapat mengadakan penjamin bahawa ia sanggup memberi
keterangan dalam perbicaraan itu.
SEK 399 LAPURAN PEGAWAI PENYELIDIK PERUBATAN, AHLI KIMIA KERAJAAN ATAU
PENDAFTAR PENJENAYAH-PENJENAYAH
a) Segala dokumen atau repot yang dikeluarkan oleh orang-orang berikut akan
menjadi keterangan di mahkamah tanpa orang itu hadir sendiri:
- Pendaftar penjenayah
- Pegawai pusat penyelidikan perubatan
- Pegawai perubatan kerajaan
- Ahli kimia kerajaan
- Orang yang diwartakan oleh Menteri sebagai pemeriksa dokumen
- Pemeriksa alat timbang dan sukat
- Orang yang dibenarkan oleh Menteri dengan diwartakan bagi tujuan tertentu
b) Mereka juga boleh menghadiri sebagai saksi untuk memberi keterangan
apabila diminta oleh”
- Mahkamah, atau
- Orang kena tuduh … dengan syarat orang kena tuduh memberitahu pendakwa
raya tidak kurang 3 hari dari tarikh permulaan perbicaraan.
c) Sekiranya pendakwa raya bercadang hendak memberi keterangan mana-mana
juga lapuran, hendaklah serahkan satu salinannya kepada orang kena tuduh
tidak kurang 10 hari dari tarikh permulaan perbicaraan.
SEK 402 A YANG DITUDUH MEMBELA DIRI DENGAN ‘ALIBI’
a) Didalam sebarang perbicaraan, jika tertuduh cuba membela diri secara
‘Alibi’ tidak akan diterima sebagai keterangan untuik menyokongnya.
b) Melainkan terlebih dahulu ia hendaklah:
- Memberi notis secara bertulis kepada pendakwa raya sekurang-kurangnya
10 hari sebelum perbicaraan

You might also like