You are on page 1of 10

Nota Kuliah Subuh bersama Habib Umar bin Ha dz

Terjemahan : Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid


Sabtu, 27 Mei 2023 @Masjid Negara
Kupasan kitab Tasawuf & Su ; Suatu Pengenalan

Segala puji bagi Allah swt yang menghimpunkan kita semua untuk mendengarkan sifat2
orang2 yang dekat dengan Allah swt untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada mereka
dan rasa keinginan untuk meniru kepada mereka.

Dan kita datang untuk meraih rahmat daripada Allah di rumahnya Allah swt. Dan ini
semua tidak berlaku melainkan dengan keiizinan dan taw q daripada Allah, maka kita
semua bersyukur kepada Allah swt.

Dan saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain dari Allah swt di mana tiada perintah
menundukkan dan menghinakan diri melainkan di hadapanNya Yang Maha Agung.

Dan saya bersaksi bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah penghulu orang2 yang khusyu’, dan
penghulu orang2 yang memiliki sifat tawadhu dan rendah diri di hadapan Yang Maha
Berkuasa.

Selawat dan salam kepada beliau ‫ ﷺ‬dengan kedudukan selawat yang Engkau sukai
dan dengan kedudukan beliau yang layak menerima selawat daripadaMu ya Allah.
Selawat dan salam juga kepada ahli keluarga dan sahabatnya yang mereka sentiasa
beriringan dengan al-Quran sehingga ke hari kiamat nanti. Selawat dan salam juga
kepada para sahabat Nabi dan para pengikut Nabi dengan ihsan. Dan juga kepada
mereka yang mendahului Nabi daripada para anbiya dan pengikut mereka dengan
ihsan. Dan kepada seluruh para keluarga Nabi dan para malaikat yang kedudukannya
dekat dengan Allah swt.

Ciri pengamal tasawuf yang kelima : Rendah hati

Dan kita sampai kepada sifat yang kelima, daripada sifat2 mereka ahli tasawuf, iaitu
mereka yang ingin mengenal dan dekat kepada Allah swt, dan didekati oleh Allah swt.

Dan telah disebutkan sebelum ini tanda pertama pengetahuan tentang isi al-Quran dan
Sunnah. Sifat kedua ialah perhatian akan mereka akan hati dan sifat2nya dan
menterjemahkan dengan perbuatan yang baik. Sifat yang ketiga ialah perhatian
mereka akan sifat ikhlas pada setiap amalan dan berusaha menjadikan diri ikhlas
dalam setiap perbuatannya. Dan sifat yang keempat ialah kesungguhan di dalam
berbicara, berbuat dan memperhatikan keadaan hatinya dalam segala keadaan.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami semua sifat2 yang disebutkan tadi dan
kurniakan kepada kami rezeki mencintai mereka. Kami semua tidak hadir di rumahMu
ini ya Allah melainkan untuk mendapatkan rahmatMu dan juga menginginkan
pemberian dan anugerah dari kedermawanMu.

fi

fi
fi

Sifat yang kelima pada ahli tasawuf ini ialah tawadhu qolbi; iaitu sifat tawadhu dan
merendah diri di dalam hati kerana sifat tawadhu itu memang letaknya di dalam hati
walaupun nampak kesannya pada lisannya, muamalahnya, dan seluruh perbuatannya.
Barangsiapa yang memahami erti tawadhu hanya pada lisannya sahaja maka dia salah
dalam memahami erti tawadhu.

Dikatakan oleh seorang bernama al-Imam Ahmad bin Hassan al-Attas, manusia ini
ketika menterjemahkan erti tawadhu itu hanya pada lisannya sahaja oleh sebab itu
mereka tersesat jalan. Kadang2 ada orang mengatakan dengan lisannya, saya ini
orang yang banyak silap, banyak kekurangan, kalau ada yang berkata dengannya
“Hei orang yang banyak dosa dan kekurangan” lalu dia marah.

Seorang kadang2 mengatakan saya ini banyak dosa, banyak bermaksiat tetapi apabila
ada orang mengatakan atau memanggilnya, “Hei orang yang bermaksiat” dia pun
menjadi marah.

Kadang2 ada orang mengatakan saya ini adalah yang paling rendah dan paling hina
antara kamu semua, lalu kalau dipanggil “Hai orang yang paling rendah di antara
kita” maka dia pun marah.

Orang tadi telah menjadikan erti tawadhu itu hanya pada lisannya tetapi tidak di dalam
hati.

Dikatakan oleh seorang wanita kepada Malik bin Dinar; Wahai orang yang suka
menunjuk2 akan amal perbuatannya. Maka Malik bin Dinar pun berkata; Kamu telah
menyebutkan gelaran kepada saya di mana orang ramai tidak tahu akan gelaran itu
bahawasanya ia gelaran itu memang milik saya.

Di dalam kitab ini disebutkan rman Allah swt yang ditujukan kepada NabiNya, iaitu
rendahkanlah sayapmu wahai Rasulullah terhadap orang2 yang beriman.

Orang yang dikatakan tawadhu kepada Allah swt ialah orang yang paling kenal
kepada Allah swt. Semakin orang itu kenal kepada Allah, semakin ia mempunyai sifat
tawadhu kepada Allah swt. Dan orang yang paling kenal kepada Allah itu ialah
Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan demikian beliau itu ialah penghulu orang2 tawadhu.

Di dalam hadith Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda; Telah datang kepadaku malaikat yang telah
menampakkan kepadaku bentuknya seakan2 besarnya Kaabah lalu bertanya
kepadaku; Pilihlah kamu untuk menjadi seorang Nabi dan orang yang sederhana, atau
menjadi Nabi dan sebagai seorang Raja. Maka diberi isyarat oleh Jibril a.s untuk
memilih sifat tawadhu kerana Allah. Maka baginda pun mengatakan kepada malaikat
itu aku suka menjadi seorang yang sederhana dan menjadi seorang Nabi. Maka Allah
swt memberikan ganjaran kepada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬akan pilihan tersebut maka
dikatakan kepada baginda engkau ialah orang pertama yang akan dibangkitkan dan
terbelah kuburmu nanti di hari kiamat, dan engkau Ialah orang yang terawal dan yang
akan memberi syafaat.

fi

Menjadi ketetapan yang diajarkan Nabi ‫ ﷺ‬bahawa seorang itu semakin ia


bertawadhu akan diangkat oleh Allah swt. Semakin ia merendahkan diri semakin
diangkat sebaliknya, orang yang menunjuk2 dan sombong pasti akan dihina dan
dijatuhkan.

Dijelaskan oleh baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬mengenai tawadhu; Tiadalah daripada anak


keturunan Adam melainkan di kepalanya itu ada satu ikatan yang dijadikan kendali,
yang dipegang malaikat (sebagai simbolik). Apabila memiliki sifat tawadhu maka
diangkat oleh Allah swt. Apabila menunjuk2 dan sombong maka akan dijatuhkan oleh
Allah swt. Sesungguhnya kegagahan itu ialah umpama pakaiannya Allah swt, maka
sesiapa yang merampas sifat itu dari Allah swt maka Allah swt akan melawannya dan
menjatuhkannya.

Dikatakan oleh anak murid Imam Abu Hanifah bernama Yusuf, bahawa tidaklah saya
hadir di satu tempat dan majlis, dan di dalam ada hadir rasa keinginan untuk diangkat
dan dimuliakan melainkan saya merasakan saya akan jatuh dan terhina. Dan tidaklah
saya hadir di satu majlis dengan niat untuk merendah diri melainkan saya akan
diangkat oleh Allah swt.

Dan dia menyebutkan hal ini, disandarkan daripada Ibn Mas’ud r.a sahabat Nabi ‫ﷺ‬
yang dididik oleh baginda ‫ﷺ‬. Saidina Abdullah ibn Mas’ud dikenali sebagai
khadimnya Rasulullah ‫ ﷺ‬yang sentiasa membawa siwaknya, seliparnya, dan bekas
untuk diisi air untuk Nabi berwudhu’. Beliau Ibn Mas’ud memilih siwak untuk digunakan
oleh Rasulullah ‫ﷺ‬. Beliau akan menyediakan selipar Nabi untuk dipakai ketika keluar
dan mengambil selipar Nabi ‫ ﷺ‬ketika baginda masuk. Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬ketika
masuk ke suatu tempat, maka seliparnya diambil Abdullah ibn Mas’ud dan diletakkan
dalam lengannya yang kanan dan lengannya yang kiri.

Dikatakan oleh Sheikh Yusuf an-Nabhani ketika menggambarkan sifat selipar Nabi ‫ﷺ‬
yang dihuraikan Abdullah ibn Mas’ud, kata2 yang disampaikan Sheikh Yusuf itu memuji
kepada orang yang menggambarkan akan sifat selipar nabi dengan perumpamaan
orang yang bahagia kerana mensifatkan bentuk selipar Nabi ‫ ﷺ‬dan khidmat dengan
selipar itu. Maka dilihat dalam mimpinya beliau diziarahi oleh Ibn Mas’ud, maka
didapati beliau Ibn Mas’ud ialah orang yang telah berkhidmat dengan menjaga selipar
Nabi ‫ﷺ‬.

Abdullah ibn Mas’ud mengatakan tidaklah seseorang itu sampai kepada darjat hakikat
keimanan kecuali dia telah menempati ketinggian dalam iman itu. Yakni kata2 ini
menghuraikan bahawa, iman itu mempunyai permulaaan, iman itu mempunyai cara dan
iman itu ada darjat2nya sehingga digambarkan oleh beliau akan ketinggian iman itu
untuk dicapai.

Dihuraikan akan darjat-darjat keimanan itu dalam rman Allah swt, di dalam al-Quran
seperti rman yang bermaksud orang2 beriman itu apabila disebut nama Allah swt
akan berasa gerun kepada Allah. Dan apabila dibacakan ayat2 Allah akan bertambah
imannya kepada Allah swt. Iaitu mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat.
fi

fi

Disebutkan juga di dalam hadith tentang ketinggian iman itu; Tidaklah sempurna iman
seseorang itu sehingga hawa nafsunya mengikut kepada ajaran yang aku datang
dengannya. Disebutkan juga di dalam hadith; Tidaklah seseorang sempurna imannya
melainkan mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri. Di dalam hadith
yang lain; Seorang yang beriman itu adalah orang lain selamat daripadanya pada
hartanya, pada maruahnya dan darahnya iaitu tidak dinodai.

Kita berdoa kepada Allah swt di tempat ini mudah-mudahan tidaklah seorang pun
daripada kita bersurai dari tempat ini melainkan imannya bertambah dan kuat di dalam
hatinya dan bertambah meninggi. Ya Allah sepertimana Engkau anugerahkan kepada
kami Islam maka tambahkanlah untuk kami. Sepertimana Engkau anugerahkan kepada
kami iman maka tambahkanlah ia untuk kami. Sepertimana Engkau anugerahkan
kepada kami a ah maka tambahkanlah ia untuk kami. Sepertimana Engkau tambahkan
untuk kami umur maka tambahkanlah kami.

Disempurnakan kata2 oleh Saidina Ibn Mas’ud yang mengatakan, tidaklah sampai
hamba kepada darjat ketinggian iman melainkan ia memilih akan kemiskinan daripada
kekayaan, dan memilih sifat tawadhu daripada sifat sombong. Dan sama baginya
orang yang memuji dan orang yang mencela. Ditafsirkan kata2 Ibn Mas’ud ini oleh
sahabat2nya. Katanya yang dimaksudkan lebih suka kemiskinan ialah lebih suka miskin
dalam keadaan halal daripada kaya dalam keadaan haram. Yang kedua lebih suka
dalam tawadhu dalam ketaatan kepada Allah daripada sombong ketika bermaksiat.
Tiada kecenderungan suka kepada yang memuji dan benci kepada yang mencela.

Dan dikatakan Ibn Mas’ud tanda tawadhu adalah merasa senang berada di kedudukan
hujung dalam satu majlis, dan memulai salam kepada sesiapapun yang dijumpai.

Siti Aishah ra mengatakan sesungguhnya kamu ini semua alpa dan tidak mengetahui
sebaik2 ibadah, iaitu tawadhu. Beliau mengatakan demikian disebabkan yang
mengajarkan dan mendidiknya ialah Rasulullah ‫ﷺ‬.

Kerana tawadhu ialah sifat kepada ibadahnya hati, iaitu lebih mulia dari ibadah tubuh
badan.

Ditanyakan kepada Saidina Hasan al Basri tentang de nisi tawadhu. Maka jawabnya;
tawadhu ialah seorang itu keluar dari rumahnya dan berjumpa dengan sesiapapun
muslim dan melihat ia muslim tersebut lebih baik dari dirinya.

Dikatakan Imam al-Harith al-Muhasibi, seorang imam yang hidupnya sentiasa


bermuhasabah akan dirinya, selalu menghitung dan memerhatikan akan perbuatannya.
Maka digelar beliau sebagai al-Muhasibi yakni selalu menghisab akan dirinya. Beliau
juga salah seorang imam dalam ahli tasawuf dengan gelaran tersebut.

Di zaman kita orang menghisab mungkin terhad kepada masalah kewangan atau
masalah pentadbiran buakn pada perbuatan atau sifat2nya. Dan dalam hadith
dinyatakan hisablah dirimu sebelum kamu dihisab di hari kiamat. Orang yang selalu
menjaga dirinya dengan muhasabah akan kurang hisabnya di akhirat. Dan orang yang

fi

fi

tidak mahu menghisab dirinya di dunia akan susah nanti hisabnya di akhirat.
Barangsiapa yang disoal siasat di hari kiamat itu sendiri sudah merupakan satu azab.

Diceritakan salah seorang Bani Israel berkhalwah selama 60 tahun tetapi tidak nampak
tanda qabul doanya. Lalu dia turun dari tempat ibadahnya itu dan ber kir akan dirinya,
apakah kekurangannya sehingga tidak diqobulkan. Maka dituduh akan dirinya, kamu
buat ini dan itu, dikatakan pada dirinya banyak kekurangan. Maka Allah swt
mengutuskan Nabi pada zaman itu untuk memberitahukan kepada hamba tersebut
bahawa muhasabah dirinya akan sesaat tadi adalah lebih Aku sukai daripada
ibadahnya yang selama 60 tahun itu. Dan dengan sebab muhasabah itu maka setiap
permintaannya Aku kabulkan.

Al-Harith al-Muhasibi dalam kata-katanya ada menyebut orang yang memiliki sifat al-
‘izz; iaitu orang yang menuntut kedudukan dari orang lain iaitu ingin diangkat dan
disanjung. Katanya sifat sebegini akan menjadi penghalang untuk mendapatkan
kemuliaan dari Allah swt disebabkan sifat sombong dalam hatinya. Maka dihuraikan
akan bahaya daripada sifat itu.

Dikatakan Imam al-Harith al-Muhasibi bahawa, barangsiapa yang berusaha untuk


membersihkan dari dirinya akan sifat untuk disanjung oleh manusia maka orang itu
akan diberi taw q oleh Allah swt untuk berjaya menghilangkannya. Dan akan diberikan
oleh Allah swt akan jalan untuk meraih kasih sayang Allah dan kesempurnaan iman dan
berada pada tangga orang2 soleh. Dan dimudahkan oleh Allah swt untuk sampai
kepada sifat kesungguhan dan kejujuran. Dan akan mudah untuk dirinya untuk
mendapat sifat rendah diri dan menghina diri di hadapan Allah serta tawadhu.

Seseorang itu tidak akan mungkin mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri selagi
mana ada oada dirinya sifat al-‘izz yakni nak disanjung oleh orang. Disebutkan
beberapa sifat baik sifat2 mulia yang akan terhalang diperoleh seseorang yang
memiliki sifat suka disanjung dan dikedepankan.

Demikian juga seseorang itu tidak mudah untuk meninggalkan maksiat selagi mana
dalam hatinya masih ada sifat al-izz tadi.

Dikatakan beliau, jika ada seseorang bersolat di waktu pagi. Kemudian dia menghisab
dirinya dan berusaha untuk menghilangkan hatta sebahagian daripada sifat
keangkuhan itu iaitu sifat ingin disanjung, bukan semua, sebahagian sahaja dapat
dihilangkan, manakala seorang lain bersedekah sebagaian badannya dengan nilai
emas, maka yang bermuhasabah itu lebih disenangi oleh Allah swt.

Diberikan perumpamaan tentang dua orang. Yang pertama menyibukkan kirannya


tentang bagaimana disanjung. Yang kedua berusaha merendah diri dan menghilangkan
sifat2 keangkuhan. Maka ini perumpamaan seorang Raja yang memiliki dua orang
pekerja. Yang seorang melakukan tugas, tawadhu dan tidak angkuh. Yang kedua
sombong ingin jadi Raja seperti Raja yang memilikinya. Maka antara dua ini siapakah
yang layak mendapatkan balasan yang baik.
fi

fi
fi

Untuk memudahkan dalam memahami apa yang dijelaskan tadi, disimpulkan bahawa
sifat yang perlu ada ialah ditanamkan sifat putus asa untuk mendapatkan makhluk; iaitu
mendapatkan manfaat makhluk atau mengelak bahaya mereka. Kerana tiada siapa
yang dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan bahaya melainkan dengan izin
Allah swt. Maka apabila seseorang meletakkan ketergantungannya kepada Allah swt
maka ibarat akar yang menjadi kuat untuk pokoknya meninggi dan menjulang.

Dijelaskan Nabi ‫ ﷺ‬di dalam hadithnya; Cukuplah seseorang itu melakukan satu
kejahatan yakni kejahatan yang boleh membinasakan diri orang itu dengan dia
menghina orang muslim yang lain. Ini seorang, bagaimana jika lebih dari itu yang
dihina. Bagaimana pula jika yang dihina itu telah meninggal dunia. Semoga Allah swt
mengurniakan kepada kita sifat merendah diri di hadapanNya.

Beliau Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda; Sesungguhnya saya seorang hamba makan seperti


mana makannya seorang hamba, dan duduk seperti mana duduknya seorang hamba.

Imam al-Ghazali mengatakan apa yang telah dinukil dari hal keadaan Rasulullah ‫ﷺ‬
terhimpunnya pada beliau sifat tawadhu yang sangat tinggi. Seperti mana beliau
menjahit pakaiannya, menjahit seliparnya, memerah susu dengan tangannya sendiri
bahkan membersihkan rumahnya sendiri. Kalau ada pembantu yang bekerja dan dilihat
pembantunya dalam keletihan dibantu oleh Nabi ‫ ﷺ‬pembantu tersebut untuk
diselesaikan pekerjaannya.

Imam al-Ghazali mengatakan sesiapa yang ingin memiliki sifat tawadhu maka
hendaklah mengikut baginda Rasulullah ‫ﷺ‬. Dan sesiapa yang melihat dirinya lebih
tinggi daripada Rasulullah ‫ ﷺ‬alangkah dahsyatnya kejahilan orang itu. Sesungguhnya
Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬itu ialah makhluk yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah
swt dalam hal keagamaan dan dalam segala sifat yang baik. Semoga Allah swt
mengurniakan kepada kita mengikuti beliau dengan sempurna.

Ciri pengamal tasawuf yang keenam : Memuliakan orang yang patut


dimuliakan dan menjauhi sifat hasad dengki

Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada sifat hasad dengki. Baginda
Rasulullah ‫ ﷺ‬mengatakan penyakit hasad dengki dan marah adalah bahagian
daripada penyakit yang berbahaya dari umat ini.

Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, akan menimpa kepada kamu penyakit yang menimpa
umat yang terdahulu, yakni hasad dengki dan sifat benci. Penyakit ini mencukur agama
kamu.

Dan itulah penyakit yang ada kepada iblis ketika enggan sujud kepada Nabi Adam as.
Disebabkan sifat itulah, dilaknat iblis sampai hari kiamat. Dan di antara sifat ahli
tasawuf itu ialah mengenali sifat orang yang mulia dan berusaha membersihkan diri
daripada sifat hasad dengki. Sentiasa memiliki sifat baik sangka kepada semua orang
Islam. Dan apabila ada di antara mereka yang diberikan keistimewaan oleh Allah,

justeru mereka berasa gembira dengan kenikmatan yang diberikan kepada orang lain.
Setiap orang yang gembira dengan nikmat yang ada pada orang lain daripada
golongan orang yang beriman maka akan diberikan keberkatannya itu kepada dirinya
sendiri.

Ibn Saad menceritakan, ketika Saidina Umar al-Khattab ingin meletakkan satu undang-
undang dalam mengagihkan harta kepada mereka yang berhak. Sifat ini, ‘diwan’
pernah dilakukan Persia ketika itu dan ingin diambil oleh Saidina Umar al-Khattab agar
dapat tersalur pemberian itu kepada mereka yang berhak. Maka dipanggil beberapa
orang untuk mereka bermusyawarah dan menyusun cara yang akan digunakan untuk
mengagihkan harta kekayaan kaum muslimin. Sebahagian mereka ini ialah ahli dalam
nasab-nasab orang Quraisy. Maka ketika dikatakan Saidina Umar kepada mereka
tulislah nama orang2 yang menerima itu mengikut kadar kedudukan mereka. Maka
mereka pun berkumpul dan bermusyawarah dan meletakkan golongan pertama ialah
Bani Hashim, kemudian kerabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Setelah dibawa
kepada Saidina Umar akan apa yang disusun itu Saidina Umar mengatakan bukan
seperti itu, akan tetapi mulailah pengagihan itu dari kerabat Rasulullah ‫ﷺ‬,yang lebih
dekat dengan Nabi itulah yang diutamakan. Maka di sini lihatlah kepada Saidina Umar
ra ia bukanlah hanya saja pada kepimpinan tetapi akan hubungannya dengan Allah
swt.

Beliau Saidina Umar ra dalam pengagihan itu memberikan keutamaan kepada keluarga
Nabi ‫ﷺ‬, dan memberikan keutamaan kepada kaum muslimin yang berhijrah di awal
berbanding kepada yang lainnya. Kata Saidina Umar al-Khattab ketika memberikan
kepada Saidina Hasan dan Saidina Hussain dua kali ganda daripada Saidina Abdullah
ibn Umar, walaupun mereka masih muda, maka berkata beliau; Kamu tahu mereka
berdua ini siapa ayahnya, siapa ibunya dan siapa atuknya? Dan mereka ini ibunya
Saidatina Fatimah, ayahnya Saidina Ali dan atuknya Rasulullah ‫ﷺ‬. Maka di sini
diberikan kerana kekerabatannya dengan Rasulullah ‫ﷺ‬. Maka dikata oleh Saidina
Abdullah ibn Umar, tetapi engkau berikan kepada Usamah ibn Zaid lebih daripada
pemberian itu daripada aku. Maka berkata Saidina Umar, sesungguhnya Saidina
Usamah itu ialah orang yang disayang oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬lebih daripada engkau, dan
ayah kepada Usamah itu disayang oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬lebih daripada ayahmu.

Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda di dalam hadith; Hati-hati kamu dengan sifat hasad
dengki. Sesungguhnya sifat hasad itu akan memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana
api yang memakan kayu yang terbakar.

Kata Imam al-Ghazali ada dibezakan antara hasad dengan benci atau marah. Orang
yang marah atau dengki kepada orang adalah dengan hal-hal yang boleh diluahkan
akan kemudharatan kepada orang yang dia dengki atau marah. Tetapi hasad ini ialah,
tidak merasa senang hatta kepada orang yang dia dekat dengannya, hatta dengan
orang yang rapat dengannya. Maka ini ialah musibah yang sangat berbahaya apabila
memiliki sifat hasad.

Didapati seorang anak muda disenangi oleh seorang Raja, dihormati oleh Raja itu.
Suatu hari anak muda itu menasihati Raja, wahai Raja berbuatlah kamu ihsan kepada

orang yang berbuat baik, sesungguhnya orang yang berbuat jahat sudah cukuplah
kejahatannya itu boleh membawa bahaya kepada dirinya. Maka kata-kata anak muda
yang baik ini dicemburui oleh orang lain yang mendengarnya.

Perumpamaan orang yang hasad dengki tadi, iaitu anak muda yang disenangi Raja
tadi menyebabkan cemburu menteri di sekeliling raja. Maka seorang menteri ini ingin
melakukan kemudharatan kepada anak muda itu. Satu hari menteri ini berkata kepada
Raja, wahai Raja, anak muda tadi yang menasihati engkau telah mengumpatmu di luar.
Dia katakan saat engkau berbicara ada bau busuk dari mulutmu. Kata Raja, apa
buktinya kata-kata kamu itu benar. Maka menteri itu menjawab, aku akan bawa dia
kepada kamu, nanti kamu lihat apabila dia mendekat kepada kamu maka dia pasti
akan menutup mulutnya apabila berbicara kepada kamu. Maka satu hari yang telah
dijanjikan oleh menteri itu untuk membawa anak muda itu kepada Raja. Maka menteri
itu terlebih dahulu menjemput anak muda itu dan diberikan makan yang menyebabkan
bau mulut berubah busuk seperti bawang putih, bawang merah. Pada saat itu juga ada
panggilan dari Raja untuk anak muda itu di mana ia telah diatur oleh menteri tersebut.
Maka tergesa-gesa anak muda itu pergi berjumpa Raja. Raja pun berkata, mendekatlah
kamu kepadaku. Maka anak muda itu pun mendekat kepada Raja dan ketika berbicara
kepada Raja ditutup mulutnya kerana tidak ingin bau mulutnya mengganggu Raja.
Tetapi Raja kerana telah diisi dengan tnah sebelumnya berkata, betullah kata si
menteri tentang anak muda ini. Maka marah Raja dan ingin menghukumnya, lalu
dituliskan surat. Biasanya apabila dituliskan surat bermaksud ingin diberikan hadiah,
atau anugerah, tetapi yang dimaksudkan Raja di sini ialah hukuman. Maka isi
kandungan surat ini ialah; ‘apabila sampai surat ini kepada kamu maka bunuhlah dia
dan bungkuslah setelah dibunuh’. Surat itu diserahkan kepada anak muda itu tanpa
diketahui isi kandungannya. Maka anak muda itu pun membawa surat itu untuk keluar.
Menteri yang hasad tadi sudah menunggu di luar, ingin mengetahui apa yang berlaku
antara raja dan anak muda tersebut. Dihampiri oleh si menteri. Kata menteri, wahai
anak muda, apa yang berlaku antara kamu dan Raja. Jawab anak muda itu, tiada apa,
Raja memberi surat ini. Maka menteri ber kir pasti ini hadiah yang akan diperoleh,
maka berkata menteri. Hai anak muda, yang mengaturkan pertemuan antara Raja
dengan kamu ialah aku maka biarlah aku yang membawa surat ini kepada orang yang
diperintahkan oleh Raja untuk berjumpa dengannya. Anak muda itu mengatakan,
silakan sahaja. Menteri sampai kepada pengawal dan pengawal itu setelah mebaca
surat tersebut ditangkapnya si menteri. Maka si menteri merasa hairan apakah yang
kamu lakukan kepada aku? Maka dijawab ini ialah perintah daripada Raja. Maka
dijawab menteri dengan cemas mungkin ada hal yang tidak betul, mari balik kepada
Raja bertanya semula. Maka ditolak oleh pengawal itu dan terus ditangkap dan
dibunuh menteri itu atas perintah di dalam surat tersebut. Si anak muda kembali lagi
dan berjumpa Raja. Maka hairanlah Raja, maka dikatakan anak muda itu, wahai Raja
berbuatlah baik kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya orang yang berbuat
jahat kejahatannya akan kembali kepada dirinya sendiri. Maka berkata si Raja itu
adakah benar kamu itu mengatakan tentang aku di luar sana, bahawa Aku apabila
berbicara ada bau busuk mulutku? Maka anak muda menjawab, Astagh rullah, saya
tidak pernah berkata demikian kepada sesiapapun. Si Raja menjawab, tetapi kamu
apabila berbicara tadi menutup mulutmu. Jawab anak muda, wahai Raja, saya dijemput
menteri itu ke rumahnya dan makan makanan yang menyebabkan bau busuk pada
mulut saya. Maka ketika berbicara saya menutup mulut agar tidak terganggu dengan
fi
fi

fi
bau mulut. Kata si Raja, betul kata-kata kamu; berbuatlah baik kepada orang yang
berbuat baik. Sesungguhnya orang yang berbuat jahat kejahatannya akan kembali
kepada dirinya sendiri seperti menteri itu.

Hasad itu ertinya mengharapkan akan hilangnya nikmat daripada orang lain. Baik
nikmat yang diharapkan hilang itu diinginkan olehnya atau dipindahkan kepada orang
lain, yang penting bukan kepada orang itu. Maka ini adalah de nisi hasad. Sifat hasad
seperti ini ialah permusuhan kepada Allah swt kerana Allah swt mengagihkan
nikmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya sementara hasad seolah-olah ingin
mengatur Allah swt.

Di situ ada hasad yang lebih dahsyat lagi iaitu cemburu pada orang lain yang diberi
nikmat oleh Allah swt dengan mengharapkan hasad itu hilang dari dirinya, tetapi tak
kira jika ia terkena pada orang lain.

Dan di sini ada hasad yang terpuji, iaitu orang yang apabila ada orang mendapatkan
nikmat daripada Allah swt, maka dirinya juga ingin mendapatkan nikmat tersebut untuk
berbuat baik seperti yang dibuat oleh orang yang diberi nikmat itu. Maka ini
dinamakan hasad yang terpuji.

Perlulah kita mengambil berat untuk membersihkan diri daripada sifat hasad ini. Dan
berusaha membersihkan, apabila menghadapi kesukaran janganlah melampau, yakni
apabila ada perasaan janganlah melampau dalam hasad. Apabila ada dalam hatinya
tanpa ia melampau maka ia tidaklah dihukum oleh Allah swt. Namun tetap berusaha
untuk membersihkan diri darinya.

Ciri pengamal tasawuf yang ketujuh : Banyak mengingati Allah

Dan kita berhenti pada sifat yang ketujuh iaitu memperbanyakkan zikir kepada Allah
swt. Semoga Allah menjadikan kita sebagai orang yang banyak berzikir kepada Allah
swt.

Baginda ditanya, wahai Rasulullah, orang solat mana yang terbaik? Maka dijawab
baginda ‫ ﷺ‬orang solat yang banyak berzikir. Nabi ‫ ﷺ‬ditanya orang berpuasa mana
yang paling banyak pahalanya? Nabi ‫ ﷺ‬menjawab orang berpuasa dan banyak
berzikir. Nabi ‫ ﷺ‬ditanya siapakah orang bersedekah yang paling banyak pahalanya?
Maka orang bersedekah yang paling banyak berzikir. Ditanya siapakah orang2
berjihad yang paling mendapat pahala, maka dijawab yang paling banyak berzikir.

Saidina Abu Bakar ra berkata kepada Saidina Umar al-Khattab, orang yang banyak
berzikir ini akan mendapatkan banyak kebaikan dunia dan akhirat. Nabi ‫ﷺ‬
mendengar kata-kata Saidina Abu Bakar tadi dan mengiyakan dan berkata; Ya orang-
orang yang banyak berzikir akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat.

Orang yang berzikir menyebut nama Allah pada dirinya maka orang itu akan disebut
namanya oleh Allah. Orang yang menyebut nama Allah di hadapan orang ramai maka
Allah akan menyebut namanya di hadapan yang lebih ramai dan lebih mulia.

fi

Alangkah baiknya kalau kita ada kesungguhan untuk berzikir kepada Allah swt
bersama ahli keluarga kita. Di dalam mengajak keluarga kita berzikir, maka kita
berzikir di hadapan manusia, maka Allah swt akan menyebut namanya di hadapan
yang lebih mulia lagi seperti mana yang disebutkan dalam hadith tadi.

Tidaklah menjadi kesalahan bagi seseorang itu apabila membiasakan diri bersama
dengan keluarganya, paling tidak daripada Ratib al-Imam Umar bin Abdurrahman al-
Attas atau daripada Ratib al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad ataupun Hizb Nasr
dan Hizb Bahr karangan Imam Abul Hasan as-Syazili, yang dengan bacaan zikir
seperti ini menjadi sebab terangkat musibah dan turunnya rahmat dari Allah swt.

Ya Allah bantulah kepada kami untuk menyebut namaMu dan menyembah kepadaMu
dan sempurna dalam bersyukur kepadaMu. Kami berhimpun di rumahMu maka
terimalah kami dalam perhimpunan ini. Dan juga tampakkanlah kepada kami dengan
kemuliaan yang Engkau kurniakan kepada kami. Bersihkanlah jiwa2 kami daripada sifat
hasad dan sifat2 yang hina. Ya Allah berilah kami petunjuk untuk beramal yang baik
dan berakhlak yang baik kerana tiada yang dapat memberi petunjuk kecuali Engkau.
Dan jauhkanlah daripada kami dari amal yang tidak baik kerana tiada yang dapat
menjauhkan semua itu kecuali Engkau.

Dan diakhiri dengan du’a buat Masjid Negara, imamnya dan Malaysia secara
keseluruhannya.

You might also like