You are on page 1of 19

NOTA PENERANGAN

TA 2020

Badan Amanah

TAMBAHAN / PINDAAN
Ruang Perkara Muka Surat
Layak menuntut insentif di bawah
A10a & A10b 3
seksyen 127
Tertakluk kepada sekatan faedah di
A19 4
bawah seksyen 140C
Tertakluk di bawah Pemberitahuan
A20a 5
Pelaporan mengikut Negara (CbCR)
Pemberitahuan sebagai entiti pelapor /
A20b 5
bukan entiti pelapor telah dikemukakan
Pemberitahuan telah dikemukakan pada
A20c atau sebelum hari terakhir tahun 5
kewangan pelaporan
Mempunyai akaun kewangan di institusi
A21 5
kewangan di luar Malaysia
B25D & Hadiah wang dalam bentuk wakaf
8
BA25D
Nota ini disediakan bagi membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2020. Sila
baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun
Taksiran 2020 adalah benar, betul dan lengkap.
Nota ini perlu dibaca bersekali dengan Panduan Pengiraan (Helaian-helaian Kerja) Dan Maklumat Lain
(Lampiran-lampiran) Untuk Selain Syarikat Dan Selain Individu yang boleh diperoleh di portal rasmi LHDNM >
http://www.hasil.gov.my > Laman Utama > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat Dan Selain
Individu.
Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TA KECUALI
bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-
(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di
negara asing.
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7)
tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Sila isi semua ruang yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam.
Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.
Bahagian C (kecuali C1), CA (kecuali CA1) dan D perlu diisi dengan nilai sen manakala amaun di bahagian
lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.
Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang C1) RM 180,246.65
Cukai Kena Dibayar (ruang C7) RM 65,927.98

C1 PENDAPATAN BERCUKAI
<>_>>_>>_>>?
, ,1 8 0 , 2 4 6

C7 CUKAI KENA DIBAYAR


->>_>>_>>_>?
, , 6 5 , 9 2 7 .9 8

MAKLUMAT ASAS
1 dan 2 Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

KEDUDUKAN CUKAI
Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian
ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang
TA 2020. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH


A1 hingga A21 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.
Ruang Perkara Keterangan
A1 Mastautin di Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah
Malaysia bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.
A2 Negara mastautin Masukkan kod Negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.
Sila rujuk kod negara di muka surat 17 nota penerangan ini atau senarai penuh
di Lampiran E.
A3 Tempoh Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan badan amanah. Sila rujuk contoh-
perakaunan contoh di ruang A4.
A4 Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika badan amanah baru
beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup
tempoh asas yang betul di ruang A4.
Contoh 1: Badan amanah yang baru beroperasi
Akaun pertama: 1.5.2019 hingga 31.3.2020 (11 bulan)
Akaun kedua: 1.4.2020 hingga 31.3.2021 (12 bulan)

-1-
Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2020 01/05/2019 - 31/03/2020 01/05/2019 - 31/03/2020 (11 bulan)
2021 01/04/2020 - 31/03/2021 01/04/2020 - 31/03/2021 (12 bulan)
Contoh 2: Badan amanah yang baru beroperasi
Akaun pertama: 1.2.2019 hingga 30.4.2020 (15 bulan)
Akaun kedua: 1.5.2020 hingga 30.4.2021 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2020 01/02/2019 - 30/04/2020 01/02/2019 - 30/04/2020 (15 bulan)
2021 01/05/2020 - 30/04/2021 01/05/2020 - 30/04/2021 (12 bulan)
Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.3.2018 hingga 28.02.2019 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.3.2019 hingga 31.12.2019 (10 bulan)
1.1.2020 hingga 31.12.2020 (12 bulan)
Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2019 01/03/2018 - 28/02/2019 01/03/2018 - 28/02/2019 (12 bulan)
2020 01/03/2019 - 31/12/2020 01/03/2019 - 31/12/2020 (22 bulan)
Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.7.2018 hingga 30.6.2019 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.7.2019 hingga 31.5.2021 (23 bulan)
1.6.2021 hingga 31.5.2022 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2019 01/07/2018 - 30/06/2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan)
2020 01/07/2019 - 31/05/2020 01/07/2019 - 30/06/2020 (12 bulan)
2021 01/07/2020 - 31/05/2021 (11 bulan)
2022 01/06/2021 - 31/05/2022 01/06/2021 - 31/05/2022 (12 bulan)
Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan
Akaun sedia ada: 1.1.2018 hingga 31.12.2018 (12 bulan)
Akaun berikutnya: 1.1.2019 hingga 31.05.2019 ( 5 bulan)
1.6.2019 hingga 31.05.2020 (12 bulan)
Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-
Tahun Tempoh Tempoh
Taksiran Perakaunan Asas
2019 01/01/2019 - 31/05/2019 01/01/2019 - 31/05/2019 ( 5 bulan)
2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)
A5 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).
A6 Tarikh mula Tarikh badan amanah bermula operasi.
beroperasi
A7 Kelulusan Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika badan amanah telah mendapat kelulusan pengecualian
pengecualian cukai cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak /
belum diluluskan atau badan amanah tidak membuat permohonan untuk
pengecualian cukai.
A8 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki
dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

-2-
A9 No. kelulusan Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).
pengecualian cukai
A10a Layak menuntut Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan
insentif di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut
seksyen 127 mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.
1 = Perenggan 127(3)(b)
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-
mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP
1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
2 = Subseksyen 127(3A)
Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-
mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP
1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.
3 = Tidak berkenaan

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-
 layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau
 layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa
atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.
(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-
 tidak layak menuntut insentif;
 permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau
 tidak berkenaan.

A10b Jika A10a = 1 dan / Jika A10a = 1 dan / atau 2, kemukakan maklumat yang diperlukan seperti
atau 2, nyatakan: berikut:
i. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif
Nyatakan nombor P.U. (A) warta Kerajaan atau nombor surat
kelulusan Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.
Contoh:
Tuntutan insentif perenggan 127(3)(b) : P.U. (A) 325/2011
Nombor surat kelulusan subseksyen 127 (3A) : CP 270/2020

Pengisian adalah seperti berikut:

Bil. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif


i. PUA 325/2011
ii. CP 270/2020

ii. Amaun Pendapatan Dikecualikan


Amaun daripada pengiraan.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan /


semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.
A11 Alamat Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.
surat-menyurat
Badan Amanah
A12 Alamat premis Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.
perniagaan

-3-
A13 Alamat di mana Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen badan amanah disimpan di alamat
rekod Badan surat-menyurat seperti di ruang A11; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis
Amanah disimpan perniagaan seperti di ruang A12. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat
seperti di ruang A11 dan A12.

A14 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang A13 = 3.
A15 Maklumat Isikan ruang A15a hingga A15e berkenaan maklumat pemegang amanah.
pemegang amanah Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2 pemegang amanah,
sila senaraikan mengikut format dari ruang A15a hingga A15e dan
kemukakan bersama Borang TA.
A16 Nama bank Nyatakan nama bank di mana Badan Amanah mempunyai akaun bank.
Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik, sila pastikan maklumat bagi
ruang A16 hingga A18 adalah betul.
A17 No. akaun bank Nombor akaun badan amanah di bank berkenaan seperti dinyatakan di ruang
A16.
A18 No. pengenalan Merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang
bank digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang,
peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor
pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Selain daripada nama pemegang akaun
bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan
kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik lebihan cukai
melalui EFT.

A19 Tertakluk kepada Sekiranya syarikat tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C,
sekatan faedah di isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ dan isi juga maklumat seperti dikehendaki
bawah seksyen dalam jadual berikut. Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan /
140C tidak terpakai.
 Pengiraan cukai - EBITDA
merujuk kepada formula seperti dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah
Cukai Pendapatan (Sekatan Ke Atas Kebolehpotongan Faedah) 2019
[P.U. (A) 175/2019].
Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Restriction on Deductibility of
Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967] (hanya dalam
versi Bahasa Inggeris sahaja) di Portal Rasmi LHDNM:
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf
Atau
Laman Utama > Antarabangsa > Restriction on Deductibility of Interest
Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967]

 Belanja faedah di bawah seksyen 140C


definisi dalam subseksyen 140C(3) di mana ‘interest expense’
bermaksud:
a. Interest on all forms of debt; or
b. Payments economically equivalent to interest (excluding expenses
incurred in connection with the raising of finance)
Sila rujuk juga kepada perenggan 3.5, 3.6, 3.7 dan 3.9 dalam Guidelines
tersebut.

 Belanja faedah yang disekat


Amaun faedah maksimum yang disebut dalam seksyen 140C ACP 1967
hendaklah suatu amaun yang bersamaan dengan:
20% x Amaun cukai-EBITDA daripada setiap
punca yang terdiri daripada perniagaan

-4-
 Baki hantar hadapan
Perbelanjaan faedah yang melebihi amaun faedah maksimum adalah
dibenarkan untuk dibawa hadapan dan dipotong daripada pendapatan
larasan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya tertakluk kepada amaun
faedah maksimum bagi tahun taksiran berkenaan walaupun syarikat itu
tiada perbelanjaan faedah bagi mana-mana tahun taksiran berikutnya,
sehingga keseluruhan amaun lebihan itu digunakan sepenuhnya.
A20a Tertakluk Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk kepada
di bawah subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-Kaedah Cukai
Pemberitahuan Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta Kaedah-Kaedah Cukai
Pelaporan Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) (Pindaan) 2017 (dirujuk sebagai
mengikut Negara Kaedah CbCR) hendaklah memaklumkan identiti dan mastautin cukai entiti
(CbCR) pelapor pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada
Ketua Pengarah secara bertulis.
Entiti konstituen yang tertakluk kepada Kaedah CbCR perlu mengisi sama
ada:
‘1’ (‘Ya’) sebagai entiti pelapor;
‘2’ (‘Ya’) sebagai bukan entiti pelapor; atau
 ‘3’ (‘Tidak’) jika TIDAK tertakluk kepada Kaedah CbCR atau tidak berkenaan
Jika A20a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’), isi juga ruang A20b.
Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan perbadanan
multinasional yang bermastautin di Malaysia atau establismen tetap di
Malaysia yang bukan entiti pelapor di bawah subperenggan 6(2) Kaedah
CbCR.
Rujuk:
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara)(Pindaan)
2017.
Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan CbCR di
Portal Rasmi LHDNM:
http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

A20b Pemberitahuan Ruang ini perlu dilengkapkan sekiranya A20a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’).
sebagai entiti Isi ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan sebagai entiti pelapor atau bukan entiti
pelapor / bukan entiti
pelapor telah dikemukakan.
pelapor telah
dikemukakan Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pemberitahuan berkenaan belum atau tidak
dikemukakan.
Jika A20b = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang A20c.

A20c Pemberitahuan telah Ruang ini hendaklah diisi sekiranya A20b = ‘1’ (‘Ya’).
dikemukakan pada
Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum
atau sebelum hari
terakhir tahun hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada LHDNM.
kewangan pelaporan Isi ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya pemberitahuan dikemukakan selepas hari terakhir
tahun kewangan kepada LHDNM.
A21 Mempunyai akaun Tandakan ‘1’ jika syarikat mempunyai “akaun kewangan” di institusi
kewangan di kewangan di luar Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk
institusi kewangan
maklumat di bawah sebelum membuat pilihan:
di luar Malaysia
Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-
undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen Malaysia terhadap
Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan Negara-negara

-5-
Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia akan menerima maklumat
berkenaan akaun kewangan yang disimpan di luar negara oleh pemastautin
cukai Malaysia.
Walaubagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di luar negara
bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara oleh


institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:
i) Akaun Depositori
• Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

ii) Akaun Jagaan (Custodial)


• Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk
manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen kewangan
atau kontrak untuk pelaburan.

iii) Kontrak Insurans Nilai Tunai


• Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang mana
pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa penyerahan
atau penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan menjadi Kontrak
Insurans Nilai Tunai apabila pemegang polisi boleh meminjam di bawah
kontrak tersebut. Ia adalah produk pelaburan yang mempunyai unsur
insurans hayat di dalamnya. Elemen insurans hayat biasanya kecil
berbanding dengan elemen pelaburan.

iv) Kontrak Anuiti


• Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk membuat
pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara keseluruhan
atau sebahagian dengan merujuk kepada jangka hayat satu atau lebih
individu; atau
• Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah undang-
undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak itu dibuat
dan pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat pembayaran
dalam satu jangkamasa tertentu.

v) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan


Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM,
http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Maklumat Automatik
(AEOI) > Standard Pelaporan Bersama (CRS).

-6-
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN B DAN C BAGI BADAN AMANAH YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

B1 hingga B3 PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap
pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari
pemberian perkhidmatan.
Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan
pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut
format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.
B4 hingga B6 PENDAPATAN BERKANUN PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan,
pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.
Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan
pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5
bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.
Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.
ELAUN MODAL
Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau
bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan
perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.
Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A boleh dirujuk sebagai panduan untuk membuat pengiraan.
B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa
untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3.
Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, isikan amaun seperti di ruang B7 dalam ruang ini.

B10 DIVIDEN
Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.
B11 FAEDAH DAN DISKAUN
Faedah
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang
yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan
daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di
mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.
Diskaun
Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.
B12 SEWA, ROYALTI DAN PREMIUM
Sewa
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

-7-
Royalti
‘Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:
a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents,
designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;
b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or
video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or
reproduced in Malaysia, or other like property or right;
c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or
scientific knowledge, experience or skill;
d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by
satellite, cable, fibre optic or similar technology;
e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting
or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology;
f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a
relevant licence;
g) a total or partial forbearance in respect of:
(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in
paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);
(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are
mentioned in paragraph (d);
(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in
paragraph (e); or
(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a
spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or
h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.
B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN
Anuiti
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau
pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
Bayaran Berkala Lain
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.


Sertakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA sekiranya badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti
di ruang C8 dan CA6 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)


Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.
 Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.
 Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan telah dibuat.
 Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan
pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.
 Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun yang semasa.
Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2019 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2019.
Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini.
Amaun B18 adalah terhad kepada amaun B17. Jika amaun B18 melebihi B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.

-8-
B20 PERBELANJAAN MENCARI GALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b) ACP 1967
Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu
kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.
Amaun ini terhad kepada amaun di B19.
Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang J2.
B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris atau
benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT
Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan [Subseksyen 44(6) ACP 1967].

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan


Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. [Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967]
Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
[Subseksyen 44(11 B) dan proviso, ACP 1967]
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan Terhad kepada
10% daripada
negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
B17
[Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967]
Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa
agama / badan agama / universiti awam atau hadiah wang dalam bentuk
endowmen kepada universiti awam
[Subseksyen 44(11D) dan proviso, ACP 1967]
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang
ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara. [Subseksyen 44(6A) ACP 1967]
Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan
Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta
perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama
tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan.
[Subseksyen 44(8) ACP 1967].

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri
Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai
seni lukis negeri. [Subseksyen 44(11) ACP 1967].

Zakat perniagaan
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17. [Subseksyen
44(11A) ACP 1967].
B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN
Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah.
Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan bermastautin di Malaysia
dalam tempoh asas.

-9-
BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
C2 CARA PENGIRAAN CUKAI
Contoh:
PENDAPATAN BERCUKAI di ruang C1: RM 65,500
Cukai atas RM 65,500 pada kadar 24% = RM 15,720.00
Masukkan jumlah cukai di ruang C2a Borang TA.

C3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)


Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang
berkenaan. Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di
bawah Seksyen 107A ACP 1967.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut
pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.
C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah
dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan
Malaysia.
Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132
di Helaian Kerja HK-8. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-8 ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk
tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.
C5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah
dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK)
dengan Malaysia
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133
di Helaian Kerja HK-9. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-9 ke ruang ini.
Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk
tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN


JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN BA DAN CA BAGI BADAN AMANAH YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI
MALAYSIA.
BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 7
hingga 9 Nota Penerangan ini.
Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti,
pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan
adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.
BA31 hingga BA31d Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain
Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A
dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis pendapatan ini dikenakan
cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali
(PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK.
Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5
berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA.

- 10 -
BA31a Faedah
Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.
BA31b Royalti
Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.
BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A
Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:
 balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai
oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli
daripada seseorang bukan pemastautin;
 balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan atau
pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian
atau komersial; atau
 sewa atau bayaran lain yang dibuat di bawah mana-mana perjanjian atau peraturan bagi penggunaan
mana-mana harta alih.
Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018 dan Akta Kewangan 2018 (Akta 812)
BA31d Pendapatan Lain
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.
Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK


CA2 hingga CA2e PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura
Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan
Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 24% RM 25,320.00
Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00
Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00
Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil
pengiraannya di ruang CA2a Borang TA seperti berikut:-
Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

CA2a CUKAI ATAS KADAR 24% (BA30 x 24%) 24% ->>_>>_>>_>?


, , 2 5 , 3 2 0 .0 0
Pendapatan Kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain
Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar cukai selain
daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA2b hingga ruang CA2e (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai
seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau
ACP 1967, jika tiada PPPDK.
Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

CA2b
<>_>>_>>_>>?
, ,2 5 0 ,0 0 0
10%
->>_>>_>>_>?
, , 2 5 , 0 0 0 .0 0
CA2c
<>_>>_>>_>>?
, , 8 0 ,3 0 0
15%
->>_>>_>>_>?
, , 1 2 , 0 4 5 .0 0

- 11 -
CA4 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan
seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan.
Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah
Seksyen 107A ACP 1967.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut
pembayaran balik seperti di ruang CA6.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI


Cukai kena dibayar adalah dari ruang C7 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang
CA5 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan
tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh
dibuat melalui:-
(a) Bank yang dilantik – Maklumat boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.
 Kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank),
Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat
dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.
 perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB, Alliance Bank Malaysia
Berhad, BSN dan perbankan telefon Maybank.
 Auto Teller Machine (ATM) CIMB, PBB & Maybank dan Mesin Deposit Tunai Maybank.
(b) ByrHASiL di Portal Rasmi LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.
 Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.
 Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.
(c) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan
Kuching atau pos.
 Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam
Negeri.
 Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP207) yang boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my. Bayaran
melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh
dibuat melalui pos.
(d) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

PERINGATAN
Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah diingatkan
supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2020 dengan menandakan ‘X’ dalam
satu petak yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN


Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Gunakan lampiran
berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
F1 Melupuskan aset di Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai
bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
Keuntungan Harta Tanah Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang F2.
1976
Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
F2 Melaporkan pelupusan Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM
tersebut kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.
Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang
mengendalikan fail cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus).
Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM,
http://www.hasil.gov.my.

- 12 -
BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
G1 KERUGIAN
Ruang ini disediakan untuk melaporkan amaun kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran
kebelakangan:
 Kerugian Tahun Taksiran Semasa
Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran semasa
serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.
 Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *
 Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan
 Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan
untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.
* Nota:
Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan
untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].
Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44
Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran
2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum tujuh (7) tahun taksiran berturut-
turut bermula Tahun Taksiran 2019.
Gunakan helaian kerja HK-1.3 untuk membuat pengiraan dan pelarasan kerugian.

G2 ELAUN MODAL
G2a hingga G2f Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan
perkongsian.

Elaun Diserap
Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.
Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki Hantar Hadapan


Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN


Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya badan amanah membuat bayaran kepada bukan pemastautin
dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan 109F.
Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.
Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:
Cukai pegangan di bawah seksyen 107A
Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin.
Kadar cukai pegangan:
10% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(a) ACP 1967]
Tambah
3% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(b) ACP 1967]
(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).

- 13 -
Cukai pegangan di bawah seksyen 109
Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967
Faedah – 15% atas jumlah kasar.
Royalti – 10% atas jumlah kasar.
kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali
(Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109A


Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.

Cukai pegangan di bawah seksyen 109B


Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika
terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

Cukai pegangan di bawah seksyen 109F


Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.
Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan
atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.

BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 17 dan 18 nota penerangan ini.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF


J1 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002]
dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan
kelayakan; serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D (yang mana berkenaan) untuk membuat pengiraan.

Amaun diserap
Elaun yang diserap dalam tahun semasa.
Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki hantar hadapan


Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).
Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

J2 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan)
hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

- 14 -
BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH (PERNIAGAAN UTAMA)
K1 Kod perniagaan
Isikan kod perniagaan (Rujuk Lampiran G) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih
daripada satu perniagaan utama, isikan kod perniagaan untuk perniagaan yang mempunyai perolehan
terbesar.
K1A Jenis aktiviti perniagaan
Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

K2 Jualan atau perolehan


Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama, K1 termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan
terimaan lain.
K3 Stok awal
Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

K4 Belian dan kos pengeluaran


 Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, K1.
 Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

K5 Stok akhir
Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

K6 Kos jualan
Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

K7 Untung / Rugi kasar


K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

K8 Perniagaan lain
Jumlah pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.

K9 Dividen
K10 Faedah dan diskaun Pendapatan kasar daripada punca berkenaan.
K11 Sewa, royalti dan premium
K12 Pendapatan lain
Jumlah pendapatan kasar daripada semua punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.
K14 Perbelanjaan
ke Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.
K21 K14 : Faedah Pinjaman
Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.
K23 Untung / Rugi bersih
Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).
K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1 atau HK-1D.
K25 Aset Tetap
ke Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
K28
K30 Pelaburan
Kos pelaburan dan simpanan tetap
K31 Aset Semasa
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K36

- 15 -
K39 Liabiliti
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K41
K43 Modal dan Dana
ke Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira
K48

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan
cukai pendapatan dalam tahun semasa.

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HAK KEPADA BENEFISIARI


M1 Isikan maklumat bagi setiap benefisiari yang menerima pendapatan daripada badan amanah.
ke Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada enam (6) benefisiari, sila senaraikan mengikut
M6 format M1 hingga M6 dan kemukakan bersama Borang TA.
Butiran Hak:
Nyatakan bahagian hak setiap benefisiari dalam peratusan (%) mengikut pembahagian oleh
pemegang amanah seperti dibenarkan / ditetapkan dalam wasiat atau surat ikatan badan amanah.
NOTA:
Helaian Kerja HK-12
– Helaian kerja ini boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod oleh badan amanah.
Helaian Kerja HK-12A
– Badan amanah boleh gunakan helaian kerja ini untuk menyedia dan menyerah kepada setiap
benefisiari bagi membolehkan mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata
masing-masing kepada LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan.
– Gunakan helaian kerja yang berasingan untuk setiap benefisiari.

AKUAN PEMEGANG AMANAH


Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang amanah atau pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat
amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah.
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat
Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan
cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan
semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
 Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan
di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.
 Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata
berkenaan.

- 16 -
KOD NEGARA
Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Rujuk Lampiran E untuk
senarai yang lengkap.
Negara Kod Negara Kod Negara Kod
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

KOD TUNTUTAN
PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN
Kod Tuntutan
101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis
perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
Perbelanjaan bagi projek komuniti / amal

104 Nota: Rujuk Garis Panduan Khas Permohonan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Projek Komuniti / Amal Untuk Menangani
Wabak Covid-19 di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia bagi permohonan kelulusan potongan cukai di bawah
perenggan 34(6)(h) ACP 1967
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:
 terhad kepada RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing
 terhad kepada RM1,000,000 bagi keseluruhan perbelanjaan
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada
pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)
122 Kos membangunkan laman jaring
133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta
137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus
140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan
pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

- 17 -
144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)
146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan
Wang PPS)
148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais
154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh
pinjaman bagi projek terbengkalai
157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang
diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]
202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang
diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji
dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga
2015)
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)
219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful
221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak
224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan
perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan
atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional
317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran
2012 hingga 2017)

- 18 -

You might also like