You are on page 1of 3

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

Bahagian Kewangan MARA Bil. MARA : MARA.100-1/5/8(23)


Tingkat 14 & 15, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA Tarikh : 19 Oktober 2020
50609 Kuala Lumpur 2 Rabiulawal 1442H
_______________________________________________________________________

SURAT EDARAN BAHAGIAN KEWANGAN MARA BIL. 11/2020

PROSEDUR PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MARA TAHUN 2020

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Untuk makluman, proses penutupan akaun setiap akhir tahun dirancang bagi
tujuan penyediaan Penyata Kewangan (PK) MARA supaya memberi gambaran yang
benar dan saksama serta dikemukakan kepada Ketua Audit Negara pada tarikh yang
ditetapkan. Prosedur penyediaan PK MARA dibuat oleh Bahagian Kewangan adalah
untuk memastikan PK yang disediakan sentiasa mengikut piawaian perakaunan yang
ditetapkan.

3. Sistem Bayaran Pusat Operasi (SBPO) dibenarkan membuat bayaran dan


memproses penutupan sehingga 31 Disember 2020.
4. Dengan demikian, sepertimana tahun 2019 penyediaan PK MARA tahun 2020,
bagi pusat MARA yang telah menggunakan SBPO tidak perlu menyediakan baucar
bayaran SBPO untuk mengosongkan baki akhir buku tunai. Bayaran melalui panjar
pusat masing-masing boleh dibuat sehingga 31 Disember 2020 tetapi tertakluk kepada
baki buku tunai panjar dan baki peruntukan tahun 2020. SBPO yang berkaitan adalah:

(i) Panjar Perkhidmatan


(ii) Panjar Pembiayaan
(iii) Panjar EMR/ASK
(iv) Panjar ESR

5. Proses penutupan akhir tahun bagi Panjar Wang Runcit masih perlu dilakukan
pada 31 Disember 2020 bagi memastikan perbelanjaan 2020 yang dibuat melalui Panjar
Wang Runcit dikemaskinikan di SBPO sebelum 31 Disember 2020. Baki wang tunai
Panjar Wang Runcit hendaklah dimasukkan ke akaun pungutan pusat menggunakan kod
akaun 001 013 PPP XXXXX mengikut jenis panjar seperti di bawah:

001 013 PPP 39916 bagi Panjar Perkhidmatan


001 013 PPP 39914 bagi Panjar EMR/ ASK
001 013 PPP 39919 bagi Panjar ESR

6. Semua Pegawai Mengawal Pusat (PMP) hendaklah mematuhi prosedur-prosedur


di bawah untuk memastikan kelancaran penyediaan penyata kewangan tahun 2020.

i) Semua permohonan agihan/tambahan Bajet Belanja Mengurus bagi tahun 2020


hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Kewangan (BKW) untuk
perhatian Cawangan Bajet selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020. Permohonan
lewat tidak akan diproses.

ii) Pesanan Tempatan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5 Disember 2020 bagi


memastikan semua tanggungan tahun 2020 dapat dibayar dalam tahun semasa.
iii) Semua tanggungan Belanja Mengurus tahun 2020 hendaklah dipastikan
selesai dibayar pada tahun 2020 tertakluk kepada baki peruntukan tahun
semasa.

iv) Bagi pusat Pejabat MARA Negeri (PMN) – pusat hendaklah memastikan
pembiayaan yang telah dibuat pembayaran dalam tahun 2020, diwujudkan fail
induk dalam Sistem Pembiayaan Perniagaan selewat-lewatnya pada 24
Disember 2020.

8. Imbuhan terakhir akan dibayar pada 18 Disember 2020. Imbuhan hanya akan
dibuat sekiranya pusat masih mempunyai baki peruntukan.

9. Tatacara dan prosedur kerja penyediaan Penyata Kewangan MARA tahun 2020
berserta tarikh-tarikh penting akan diperincikan di dalam Pekeliling Peraturan Kewangan
dan Akaun yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan boleh dirujuk di Maranet.

Sekian, kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

MOHAMAD NOR SAZELIM BIN. MOHAMAD


Timbalan Pengarah I
Bahagian Kewangan
MARA

You might also like