You are on page 1of 2

menyiang ikan

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN
+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
AYAT POLA AYAT
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin
3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
4. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya
5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.

6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
9. Pelajar baharu kelas itu Ariana Zafirah.
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
12. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur itu ialah Cikgu Zakaria.
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
18. Surat ini untuk ibu yang jauh di kampung.
19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
21. Gelang emas itu cantik sungguh.

22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.


23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
26.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
27.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
28. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
29. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
30. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki

You might also like