You are on page 1of 2

சங்காட் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG CHANGKAT


14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN.
No Tel: 045930513

99 Wonderland Park,
Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang,
68100 Batu Cave,
Selangor 24 Ogos 2022

Tuan,

MEMBERI POTONGAN HARGA BAGI TIKET MASUK SERTA PAKEJ MAKANAN


DAN MINUMAN 99 WONDERLAND PARK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah dengan ini memohon jasa baik
pihak tuan untuk memberikan potongan harga tiket masuk serta harga pakej makanan
dan minum.

3. Berikut adalah maklumat bilangan murid dan guru serta jadual lawatan tersebut
bagi perhatian pihak tuan.

Tempat : Wonderland Park

Tarikh : 03 September 2022

Masa : 8pm

Bil Murid : 21 murid (8-12 tahun )

5 murid (14-16tahun)

Bil Guru : 6 Orang

4. Kami ingin memohon diskaun dari pihak tuan berdasarkan justifikasi berikut :
4.1 99% murid sekolah ini berasal dari keluarga B40.
4.2 Selain itu, 95% murid-murid tidak pernah mengadakan lawatan ke ibu kota
bersama rombongan atau keluarga
4.3 Memandangkan ramai murid berasal keluarga B40, mereka tidak mampu
membayar yuran atau bayaran-bayaran lain
4.4 Pendedahan ini akan memberi impak yang terhadap pengajaran dan
pembelajaran

5. Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan harga
yuran masuk bagi mengurangkan bebanan sekolah. Besarlah harapan kami sekiranya
pihak tuan dapat mempertimbangkan harga tiket masuk supaya kami dapat memberi
pendedahan kepada murid-murid kawasan luar bandar untuk mendapatkan ilmu di luar
bilik darjah. Segala perhatian dan jasa baik pihak tuan dalam hal ini saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal dihargai dan disanjungi.

Yang menjalankan tugas,

YOGESWARAN A/L RAJAPPEN,


GURU BESAR,
SJK(T) LADANG CHANGKAT.

You might also like