You are on page 1of 2

Ariana Waheedah Binti Muhammad Ariffin,

Jalan Bukit Sepanggar,


Taman Bukit Sepanggar,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya,


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
88675 Kota Kinabalu,
Sabah.

SABAH MAJU JAYA 27 Mac


2023

Puan,
ADUAN TENTANG KEWUJUDAN SEBUAH TAPAK PASAR MALAM
BERHAMPIRAN TAMAN BUKIT SEPANGGAR

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku pengerusi persatuan penduduk di Taman Bukit
Sepanggar ingin membuat aduan mengenai kewujudan sebuah tapak pasar malam
berhampiran taman perumahan kami yang mengganggu ketenteraman dan ketenangan
penduduk di sini.

2. Sejak sebulan yang lalu, sebuah tapak pasar malam telah diwujudkan berhampiran
dengan taman perumahan kami iaitu Taman Bukit Sepanggar. Keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan dan telah
menyusahkan para penduduk. Hal ini kerana terdapat pengunjung yang meletakkan
kenderaan mereka sesuka hati. Sebagai contoh, pengunjung yang memandu
meletakkan kenderaan mereka di kawasan pinggir jalan raya ataupun kawasan
larangan meletakkan kenderaan. Hal ini telah mengakibatkan berlakunya kesesakan
jalan raya dan sekiranya tidak berhati-hati, juga boleh menyebabkan kemalangan jalan
raya berlaku.

3. Kewujudan tapak pasar malam tersebut juga telah menyebabkan kawasan persekitaran
taman perumahan menjadi kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
pengunjung yang membuang sampah merata-rata tempat. Selain itu, terdapat juga
peniaga yang tidak membersihkan kawasan mereka setelah habis berniaga. Kesannya,
akan timbul bau yang tidak menyenangkan di kawasan tersebut dan membuat
penduduk rasa tidak selesa. Tambahan pula, sampah yang banyak akan menjadi
kawasan pembiakan tikus dan akan menyusahkan hidup penduduk.

4.

You might also like