You are on page 1of 14

Author Biographical Note

Zakiah Binti Ponrahono was born in Klang, Selangor in 1980. She received her primary

education from Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang. She then pursued her

secondary school in Sekolah Kebangsaan Menengah Meru, Klang, Selangor. After

finishing her matriculation certificate in 1999 at International Islamic University

Malaysia Matriculation Centre, she joined International Islamic University Malaysia for a

degree course in Urban and Regional Planning. She is awarded a degree in Urban and

Regional Planning in 2004. After graduated, she joined private sector as planning

consultant for Federal Town and Country Planning Department and private developers

from October 2004 until April 2006. Later, she joined International Islamic University

Malaysia Matriculation Centre as a matriculation teacher from June 2006 until June 2007.

In August 2008, she joined Faculty of Environmental Studies, University Putra Malaysia

as a research assistant before taken up the offered to join the faculty as a tutor in January

2009. She started her Master of Science in Environmental Planning and Management

with the faculty in December 2008 and conducted research entitled “Sustainable

Development Strategies Assessment of Shah Alam Draft Local Plan 2020”.


KAEDAH PENILAIAN KEMAMPANAN (SUSTAINABILITY ASSESSMENT)
DALAM MENILAI STRATEGI PEMBANGUNAN MAMPAN DI DALAM
RANCANGAN TEMPATAN

Zakiah Ponrahono (Corresponding Author)


Department of Environmental Management,
Faculty of Environmental Studies,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA
Tel: 603- 8946 6771 Fax: +603- 8943 8109 E-mail: zakiah@env.upm.edu.my

Azizi Muda
Department of Geography,
Faculty of Social Science and Humanity,
UPSI,
TanjungMalim, Perak, MALAYSIA

Che Musa Che Omar


Department of Environmental Management,
Faculty of Environmental Studies,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA
Tel: +603-89466771 Fax: +603-89438109 Email: chemusaster@gmail.com
Zakiah Ponrahono*, Azizi Muda and Che' Musa Che Omar

Abstrak

Artikel ini membincangkan mengenai kaedah penilaian kemampanan bagi strategi


pembangunan mampan yang dibentuk di dalam rancangan tempatan. Analisis
perbandingan di antara kaedah Strategic Environmental Assessment dan Sustainability
Assessment dibincangkan dari aspek kekuatan, kebaikan, kelemahan dan kekurangan. Ia
juga membincangkan tentang definisi, fungsi dan proses pembentukan kaedah penilaian
tersebut serta implementasinya. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 26 pegawai Majlis
Bandaraya Shah Alam untuk mengkaji sejauh mana kesedaran dan pengetahuan mereka
mengenai implementasi penilaian kemampanan ke atas Draf Rancangan Tempatan Shah
Alam 2020. Ia juga bagi mengupas isu-isu berkaitan aplikasi penilaian kemampanan
tersebut ke atas draf rancangan tempatan tersebut. Hasil kajiselidik ini adalah amat
penting bagi mengenal pasti kelemahan kaedah yang digunapakai dan berguna bagi
menambahbaik kaedah tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Ianya akan menyumbang
ke arah pembangunan seimbang yang lebih lestari serta mesra alam bagi kepentingan
masyarakat hari ini dan masa hadapan.

Keyword: Penilaian Kemampanan, strategic environmental assessment, Pembangunan


Mampan, Rancangan Tempatan.

Pengenalan

Penilaian kemampanan yang sistematik dan teliti untuk menilai kemampanan strategi,
polisi, pelan, program dan projek pembangunan adalah amat diperlukan. Di antara kaedah
penilaian yang sering diaplikasikan dalam sistem penilaian kemampanan sistem pelan
pembangunan di Malaysia seperti Strategic Environmental Assessment (SEA),
Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA), tidak secara
spesifikasinya menilai tahap kemampanan strategi yang dicadangkan di dalam rancangan
tempatan atau rancangan struktur. Sebagai contohnya EIA hanya dijalankan sebagai
kaedah penilaian ditahap projek pembangunan di mana proses awal pembentukan strategi
pembangunan secara keseluruhannya tidak terlibat. Ini boleh mengakibatkan keciciran
dalam memastikan penekanan keseimbangan pembangunan.

Menurut kajian oleh Abdul Hadi et al. 2007, kaedah penilaian kemampanan
Sustainability Assessment merupakan kaedah yang bersesuaian bagi menilai tahap
kemampanan strategi, pelan, program dan projek pembangunan yang dirancangkan dalam
sesebuah rancangan tempatan. Ianya merupakan kaedah yang bersepadu, sistematik dan
berdokumentasi secara berkesan di dalam proses perancangan. Kaedah ini juga meliputi
semua aspek pembangunan secara meluas dan sangat fleksibel untuk diaplikasikan dalam
setiap peringkat proses pelan pembangunan dan pembangunan kerjatanah rancangan
tempatan. Kaedah sistematik ini juga dapat digunakan untuk menilai dan membuat
unjuran kesan langsung dan tidak langsung strategi, pelan, program dan projek dalam
rancangan tempatan malah ianya dapat menyediakan keputusan penilaian secara terus
berdasarkan perincian perancangan pembangunan yang terdapat di dalam rancangan
tempatan tersebut.

Fungsi dan Peranan Penilaian Kemampanan (Sustainability Assessment)

Peranan utama Sustainability Assessment adalah berfungsi sebagai kaedah untuk menilai
dan seterusnya keputusan penilaian diguna sebagai asas dalam pembentukan pelan
mitigasi alam sekitar sebelum pelan, program dan projek rancangan tempatan dijalankan.
Secara amnya menurut Robert et al. (2005), kaedah penilaian ini sangat berkepentingan
dalam menentu hala tuju pembangunan mampan sesebuah kawasan. Ianya turut berfungsi
dalam menentukan keberkesanan strategi yang dirancang dan dapat memberikan
gambaran awal tentang kesan pembangunan terhadap perancangan dan pengurusan
sumber yang terhad. Hasil penilaian juga dapat mempengaruhi pembuat keputusan dalam
mewartakan sesuatu strategi dan polisi yang diatur untuk pembangunan kawasan tertentu.
Melalui penilaian sistematik tersebut juga unjuran kesan terhadap aspek ekonomi, sosial,
alam sekitar, trafik dan sebagainya dapat memberi petunjuk kepada keadaan masa depan
kawasan yang dirancang. Perolehan maklumat semasa dan unjuran dalam penilaian
sangat berguna dalam menyediakan pelan tindakan dan mitigasi sekiranya pembangunan
yang berisiko tinggi seperti di lereng bukit dan industri berat dan kimia tetap diteruskan
dalam rancangan tempatan.

Walau bagaimanapun, indikator penilaian kemampanan perlu dibangunkan bagi


memastikan Sustainability Assessment bersesuaian dengan persekitaran semasa sesebuah
kawasan. Sesetengah indikator am seperti keadaan fizikal dan gunatanah kawasan perlu
diubahsuai bergantung kepada bentukmuka bumi dan iklimnya. Sementara indikator
pencemaran alam seperti indeks pencemaran udara boleh diguna secara fleksibel di
mana-mana kawasan. Implimentasi kaedah penilaian ini juga sangat bergantung kepada
pihak berkuasa tempatan yang merancang dan menyediakan pembangunan dalam
sesebuah rancangan tempatan tersebut. Abdul Hadi et al. (2007), dalam kajiannya
menyarankan agar kaedah penilaian kemampanan Sustainability Assessment ini diberi
keutamaan dalam memastikan halatuju pembangunan mampan negara. Ianya dapat
memacu pembangunan yang lebih dinamik dan berdaya maju tetapi mengekalkan
keseimbangan alam sekitar melalui perancangan dan pengurusan sumber pembangunan
dengan lebih sistematik dan berkesan.

Kajian Perbandingan Kaedah Penilaian Kemampanan Sustainability Assessment


dan Strategic Environmental Assessment di dalam sistem pelan pembangunan
Malaysia

Strategic Environmental Assessment (SEA) merupakan kaedah penilaian kemampanan


yang paling banyak digunapakai secara meluas. Ianya merupakan kaedah yang dilihat
dapat merealisasikan objektif Agenda 21 dapat dicapai. Melalui kaedah ini, tahap
kemampanan sesebuah pelan pembangunan dan program dibentuk di dalam sistem pelan
pembangunan dapat dinilaikan. Walau bagaimanapun, kaedah ini kurang bersesuaian
untuk menilai kemampanan di peringkat projek pembangunan. Pada peringkat projek,
Environmental Impact Assessment (EIA) wajib dijalankan dibawah Akta Perancangan
Bandar 172 dan Akta Kualiti Alam Sekitar (1974).

SEA juga merupakan satu kaedah penilaian kemampanan yang dilihat lebih fokus kepada
aspek alam sekitar dan tidak menitikberatkan aspek pembangunan lain seperti ekonomi
dan demografi sebagai indikator. Ia juga sukar untuk diintegrasikan dengan EIA di
peringkat projek pembangunan.Walaupun kaedah SEA dan Sustainability Assessment
mempunyai konsep penilaian yang sama, tetapi kedua-duanya mempunyai fokus
penilaian pada peringkat yang berbeza. SEA dilihat memberi fokus penilaian
kemampanan pada peringkat pelan, program dan projek pembangunan disamping
menumpukan aspek alam sekitar secara keseluruhannya. Aspek-aspek ekonomi, sosial
dan fasiliti dikategorikan sebagai faktor penyumbang dan bukan indikator penting. Pelan
mitigasi juga dirancang untuk mengurangkan kesan negatif ke aspek alam sekitar sahaja
tanpa memberi fokur kepada aspek lain yang lebih banyak menjadi punca.

Secara perbandingannya, SEA dilihat lebih ke arah penilaian kualiti alam sekitar dan
kesannya. Manakala SA menilai kesemua aspek pembangunan secara sistematik dan
berintegrasi. Jadual 1.1 di bawah merumuskan perbandingan di antara SEA dan SA.

Jadual 1.1: Perbandingan antara SEA dan Sustainability Assessment


SEA Sustainability Assessment
1. Proaktif dan menjelaskan polisi, pelan 1. Ia digunakan untuk menilai kemampanan
dan program pembangunan strategi, polici, pelan dan program.
2. Menilai peluang dan kekangan 2. Mencakupi semua aspek pembangunan
persekitaran pembangunan termasuklan gunatanah, ekonomi,
demografi dan lain-lain.
3. Menjelaskan lokasi, daerah atau sector 3. Hasil nilaian boleh diterjemah ke dalam
pembangunan (contohnya: sector analisis ruang
perlombongan)
4. Menilai kesan secara kumulatif dan 4. Penilaian kumulatif impak dan
mengenalpasti implikasi dan isu mengenalpasti implikasi dan isu
pembangunan mampan. pembangunan mampan secara berterusan
untuk setiap tahap sistem pelan
pembangunan dan proses penyediaannya.
5. Memfokus kepada tahap kemampanan 5. Fokus yang lebih luas dan meliputi serta
tertentu kualiti alam sekitar memberi penekanan terhadap keperluan
dan aktiviti manusia
6. Perspektif nilaian yang luas tetapi sedikit 6. Relevan untuk setiap tahap sistem pelan
perincian untuk membolehkan pembangunan
rangkakerja penilaian dapat disediakan
secara keseluruhan..
Sumber: Diterjemah dari Faris (2003)
Indikator Kemampanan

Perkara utama dalam membentuk kaedah penilaian kemampanan adalah menyediakan


dan mengukuhkan indikator kemampanan. Menurut Sumita et al. (2006), penekanan
dalam menyediakan indikator kemampanan perlu diberi perhatian. Ini bagi memastikan
supaya matlamat pembangunan mampan boleh dicapai. Sistematik, pratikal dan indicator
yang tepat akan memudahkan proses mencapai matlamat tersebut.

Di dalam kajian Sustainability and Cities oleh Ooi (2005), indikator kemampanan
dikategorikan kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Tetapi indikator kemampanan
biasanya sukar untuk dikategorikan ke dalam salah satu kategori tersebut. Karakter
indikator kemampanan yang disenaraikan biasanya mempunyai kedua-dua elemen
kualitatif dan kuantitatif. Sebagai penentu kepada penilaian kemampanan, indikator
dilihat amat penting berfungsi sebagai data pembolehubah yang menunjukkan
keberkesanan pembangunan mampan yang dirancang dalam rancangan tempatan. Ianya
wajar berfungsi sebagai nilaian yang praktikal, tepat dan sistematik serta tidak semestinya
rumit dari segi formula dan konsep. Kesesuaian indikator perlu diambilkira dari segi
aspek yang dinilai dan ketepatan serta kelangsungannya dengan data yang diguna. Seperti
contohnya aspek fizikal sesebuah kawasan tidak boleh dinilai melalui kiraan angka tetapi
lebih kepada nilaian visual seperti gambar cerun dan flora yang tumbuh di sekitarnya.
Manakala aspek demografi lebih bersesuaian untuk data bernombor bagi membolehkan
unjuran dikira. Indikator kemampanan tersebut perlulah berfungsi sebagai:
1. parameter untuk membuat keputusan dalam merancang
2. parameter menilai kemampanan
3. parameter asas perancangan masa depan
4. medium untuk mengkaji isu kemampanan
5. parameter bentuk geografi dan fizikal kawasan perancangan
6. penyumbang kepada perlindungan dan penggunaan sumber
7. asas untuk mengkaji kaedah yang dibangunkan
8. parameter yang menentukan pembentukan strategi dan polisi; dan
9. parameter kepada penemuan baru dalam kesalingan sumber diguna

Secara amnya, indikator kemampanan perlu menepati karektor yang boleh dinilai dan
secara progresifnya dapat diubah mengikut kesesuaian. Jadual 1.2 memberi rumusan
karektor indikator kemampanan.

Jadual 1.2: Karektor Am Indikator Kemampanan


Secara Amnya Secara Spesifiknya
Spesifik Perlulah jelas berkait dengan keputusan nilaian
Boleh dinilai Ianya boleh dinilai dari segi kuantitatif
Berguna Praktikal digunakan ke atas kawasan perancangan
Sensitif Boleh diubah mengikut kesesuaian kawasan perancangan
Mudah diperolehi Perlulah menepati data yang dikumpul
Efektif dari segi kos Wajar dijalankan dengan kos yang sederhana dan
mengikut kemampuan pihak berkuasa tempatan
Sumber: diterjemah dari Simon and Stephen, 2003
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu diambilkira semasa
membangunkan indikator kemampanan tersebut. Isu-isu seperti indikator yang terlalu
kompleks dan sukar difahami akan memberi kesan ke atas keberkesanan kaedah penilaian
kemampanan secara langsung. Malah ia akan bertambah buruk apabila hasil nilaian
tersebut membawa kepada kesilapan dalam mengintepretasi kesan jangkamasa panjang
sesuatu strategi, polisi, pelan atau program yang dirancang. Selain daripada itu,
pembangunan indikator kemampanan juga perlu mengambilkira beberapa isu lain
antaranya:
1. mengelakkan formula pengiraan yang rumit hingga menyebabkan indikator
menjadi tidak praktikal
2. mengelakkan penggunaan instrument saintifik yang tidak bersesuaian untuk
penilaian strategi
3. melibatkan kos operasi yang tinggi dan mengambil masa yang panjang
4. tidak memberi keutamaan hanya kepada satu kategori indikator
5. mengelakkan fokus ke arah aspek sub-sektor seperti menilai tambang
perkhidmatan awam dan kepuasan hati pengguna; dan
1. perlu memberi fokus ke arah pembentukan polisi dan strategi berbanding program
dan perlaksanaan pelan di mana EIA lebih banyak digunakan.

Ho et al. (2001) dalam kajiannya telah menemui tujuh kategori indikator yang dilihat
bersesuaian dengan scenario pembangunan di Malaysia iaitu demografi dan penduduk,
pasaran kerja, pendapatan dan paras kemiskinan, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan
alam sekitar. Senarai indikator tersebut dilihat menepati kehendak dan matlamat
pembangunan negara yang dirancang menjadi negara maju pada tahun 2020. Walau
bagaimanapun, senarai indikator tersebut perlu diubah mengikut kesesuaian dengan
faktor tekanan dan tarikan pembangunan semasa.

Keputusan Kajiselidik dan Perbincangan

Borang soalkaji selidik telah diagihkan kepada kumpulan sasar iaitu 26 orang pegawai di
setiap bahagian Majlis Bandaraya Shah Alam. Tiada kuota pembahagian digariskan
kerana boring soalselidik tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Majlis
Bandaraya Shah Alam untuk tujuan pengagihan.

Jadual 1.3 menunjukkan profil demografi responden. Daripada 26 responden, 61.5%


adalah lelaki dan 38.% adalah perempuan dengan 19.2% berumur di antara 21 ke 29
tahun, 53.8% berumur di antara 30 ke 39 tahun, 15.4% berumur di antara 40 ke 49 tahun
dan 11.5% berumur melebihi 50 tahun. 46.2% responden juga mempunyai 0 hingga 5
tahun pengalaman berkerja dengan Majlis Bandaraya Shah Alam, diikuti dengan 23.1%
dengan 6-10 tahun pengalaman, 7.7% dengan 11-15 tahun pengalaman dan 11.5%
dengan 16-25 tahun pengalaman dan 11.5% dengan 26 tahun pengalaman.
Jadual 1.3: Profil Demografi Responden
Data Frekuensi Peratusan (%)
1 Jantina
Lelaki 16 61.5
Perempuan 10 38.5
2 Umur
21 - 29 tahun 5 19.2
30 - 39 tahun 14 53.8
40 - 49 tahun 4 15.4
50 tahun ke atas 3 11.5
3 Pengalaman berkerja dengan MBSA
0 - 5 tahun 12 46.2
6 - 10 tahun 6 23.1
11 - 15 tahun 2 7.7
16 - 25 tahun 3 11.5
Melebihi 25tahun 3 11.5
4 Jabatan
Bangunan 1 3.8
Kejuruteraan 2 7.7
Kewangan 1 3.8
Khidmat Pengurusan 2 7.7
Korporat 2 7.7
Penilaian dan Pengurusan Harta 3 11.5
Perkhidmatan Bandar 2 7.7
Perleseanan dan Penguatkuasaan 1 3.8
Pusat Setempat (OSC) 1 3.8
Taman dan Rekreasi 4 15.4
Undang-undang 1 3.8
Perancangan 6 23.1

Pengetahuan dan kesedaran dalam penilaian kemampanan oleh pegawai yang


menguruskan kawasan perancangan adalah penting. Ianya akan membantu pihak
berkuasa tempatan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dan memudahkan
kaedah penilaian kemampanan dijalankan. Faris (2003) telah membincangkan beberapa
isu dalam keberkesanan perlaksanaan penilaian kemampanan di dalam sistem pelan
pembangunan termasuklah kesedaran dan tahap pengetahuan pegawai di pihak berkuasa
tempatan. Untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu tersebut, soalan
berkenaan pengetahuan dan kesedaran berkenaan pembangunan mampan telah dibentuk
dalam boring kajiselidik yang diagihkan kepada pegawai-pegawai di MBSA.

Sebanyak 11 isu berkaitan telah disenaraikan untuk dinilai oleh responden mengikut
skala Likert yang disediakan. Berdasarkan kepada maklumbalas responden, sebanyak
42.3% sangat bersetuju dengan isu bahawa penilaian kemampanan adalah proses
penilaian yang bersifat berterusan di setiap tahap penyediaan rancangan tempatan.
Sebanyak 15.4% responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Shah Alam
akan berdepan dengan isu penurunan dalam peratusan kawasan lapang dari 9% ke 6%
pada tahun 2020. Sementara itu terdapat 11.5% responden tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa Shah Alam pada tahun 2020 tidak memberi fokus terhadap
pembangunan pertanian moden. Secara keseluruhannya, maklumbalas responden telah
dirumuskan di dalam Jadual 1.4.
Jadual 1.4: Pengetahuan dan Kesedaran mengenai Pembangunan Mampan
Maklum Balas Responden (Frekuensi (%))
Sangat
Isu Tidak Sangat
Tidak Neutral Setuju
Bersetuju Bersetuju
Bersetuju
Penilaian Kemampan perlu
9 13 4
dilaksanakan diperingkat - -
(34.6%) (50.0%) (15.4%)
laporan awal
Penilaian Kemampan amat
3 18 5
penting dilaksanakan - -
(11.5%) (69.2%) (19.2%)
diperingkat Laporan Teknikal
Draf Rancangan Tempatan
perlu dilengkapi dengan 1 3 13 9
-
Laporan Pembangunan (3.8%) (11.5%) (50.0%) (34.6%)
Mampan
Pelan Mitigasi perlu disediakan
1 5 15 5
sejajar dengan kelulusan -
(3.8%) (19.2%) (57.7%) (19.2%)
Rancangan Tempatan
Sustainable Assessment adalah
kaedah penilaian kemampanan
5 10 11
yang berterusan sepanjang - -
(19.2%) (38.5%) (42.3%)
proses penyediaan Rancangan
Tempatan
Penyediaan Rancangan
Tempatan perlu dinilai
menggunakan kaedah penilaian
4 13 9
kemampanan yang berkesan - -
(15.4%) (50.0%) (34.6%)
bagi menilai keberkesanan
strategi, polisi, pelan, program
dan projek yang dirancang
Shah Alam akan mengalami
1 11 9 5
kepadatan penduduk yang -
(3.8%) (42.3%) (34.6%) (19.2%)
tinggi pada 2020
Shah Alam akan mengalami
1 10 11 4
kekurangan kawasan hijau pada -
(3.8%) (38.5%) (42.3%) (15.4%)
2020
Kawasan lapang Shah Alam
4 14 7 1
akan berkurangan dari 9% ke -
(15.4%) (53.8%) (26.9%) (3.8%)
6% pada tahun 2020
Tiada peruntukan undang-
undang untuk kawasan industri 5 12 9
- -
berat dan berbahaya bagi (19.2%) (46.2%) (34.6%)
pembangunan tahun 2020
Shah Alam tidak memberi
fokus kepada pembangunan 3 14 7 2
pertanian moden pada tahun (11.5%) (53.8%) (26.9%) (7.7%)
2020

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan pengetahuan dan kesedaran
mengenai penilaian kemampanan, soalan berkenaan kaedah penilaian kemampanan telah
diajukan. Kelaziman responden terhadap sesuatu kaedah penilaian kemampanan dapat
memberi gambaran tahap perlaksanaan pembangunan mampan yang dijalankan oleh
pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima, kaedah
penilaian kemampanan yang paling diketahui dan biasa bagi responden adalah
Environmental Impact Assessment (EIA) dengan 34.6%. Manakala sebanyak 30.8%
responden tidak biasa dengan kaedah penilaian Strategic Environmental Assessment
(SEA). Kaedah yang paling tidak biasa kepada responden adalah Wellbeing Index dengan
42.3%. Selain itu, sebanyak 19.2% responden menyatakan sangat biasa dengan kaedah
Sustainability Assessment. Hanya 30.8% daripada responden menyatakan biasa dan 3.8%
kurang biasa. Manakala 19.2% pula langsung tidak biasa dengan kaedah penilaian
kemampanan tersebut. (rujuk Jadual 1.5).

Jadual 1.5: Kebiasaan Menggunakan Kaedah Penilaian


Kelaziman (Frekuensi (%))
Kaedah Penilaian
Tidak Baru Mula Kurang Sangat
Kemampanan Biasa
Biasa Biasa Biasa Biasa
Strategic Environmental 8 10 7 1
-
Assessment (SEA) (30.8%) (38.5%) (26.9%) (3.8%)
Environmental Impact 1 7 9 9
-
Assessment (EIA) (3.8%) (26.9%) (34.6%) (34.6%)
Ecological Footprint 7 2 12 4 1
(EF) (26.9%) (7.7%) (46.2%) (15.4%) (3.8%)
Environmental 6 1 14 5
-
Sustainable Index (ESI) (23.1%) (3.8%) (53.8%) (19.2%)
11 3 11 1
Wellbeing Index (WI) -
(42.3%) (11.5%) (42.3%) (3.8%)
Environmental
7 1 6 10 2
Sustainability
(26.9%) (3.8%) (23.1%) (38.5%) (7.7%)
Assessment (ESA)
Sustainability 5 1 8 5
-
Assessment (SA) (19.2%) (3.8%) (30.8%) (19.2%)

Abdul Hadi et al. (2007) dan Faris (2003) dengan jelas membincangkan kepentingan dan
faedah penilaian kemampanan dalam penyediaan pelan pembangunan. Mereka telah
mencadangkan supaya penilaian kemampanan dilaksanakan bermula dari peringkat awal
penyediaan hinggalah peringkat kelulusan pelan pembangunan terutamanya di dalam
rancangan tempatan. Matlamat ini perlu disokong dengan kesediaan para pegawai di
peringkat pihak berkuasa tempatan dari segi pemahaman, kesedaran dan kelaziman
mereka menjalankan penilaian tersebut. Ini penting bagi menyediakan pasukan yang
mempunyai kemampuan untuk menyedia, menyelia dan memantau kaedah penilaian
tersebut agar ianya dapat dilaksanakan secara berkesan. Berdasarkan maklum balas ke
atas kelaziman melaksanakan kaedah penilaian kemampanan, dapat disimpulkan bahawa
masih banyak tindakan susulan untuk melatih para pegawai mendalami dan mahir dengan
semua jenis kaedah penilaian kemampanan. Ini dapat dizahirkan dengan menyediakan
peluang mengikuti pengajian jangka pendek ke mana-mana institusi dalam dan luar
negara yang mengkhusus kepada penilaian kemampanan dan pembangunan mampan
seperti Institut LESTARI di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi mendalami isu berkenaan dengan kelaziman, kesedaran dan pengetahuan tentang
kaedah penilaian kemampanan, pernyataan pendapat berkenaan kesesuaian kaedah
penilaian kemampanan turut diajukan. Berdasarkan kepada maklum balas, 30.8%
responden telah memilih Sustainability Assessment sebagai kaedah paling sesuai untuk
dilaksanakan dalam penyediaan rancangan tempatan. Ini diikuti dengan 23.1% responden
yang memilih Strategic Environmental Assessment dan 19.2% responden yang memilih
Environmental Sustainability Assessment sebagai paling sesuai. Manakala terdapat
34.6% responden telah memilih Sustainability Assessment dan Environmental Strategic
Assessment sebagai paling sesuai untuk dilaksanakan. Selain itu, terdapat juga responden
yang memilih Strategic Environmental Assessment sebagai sesuai (26.9%) and paling
sesuai (7.7%). Keseluruhan maklum balas dapat dirumuskan seperti di dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Pendapat mengenai Kaedah Penilaian yang perlu dilaksanakan dalam
Rancangan Tempatan
Maklum balas (Frekuensi (%))
Kaedah Penilaian
Tidak Kurang Agak Paling
Kemampanan Sesuai
Sesuai Sesuai Sesuai Sesuai
Strategic Environmental 5 2 10 7 2
Assessment (SEA) (19.2%) (7.7%) (38.5%) (26.9%) (7.7%)
Environmental Impact 1 5 10 4 6
Assessment (EIA) (3.8%) (19.2%) (38.5%) (15.4%) (23.1%)
Ecological Footprint 5 5 10 4 2
(EF) (19.2%) (19.2%) (38.5%) (15.4%) (7.7%)
Environmental 5 2 10 7 2
Sustainable Index (ESI) (19.2%) (7.7%) (38.5%) (26.9%) (7.7%)
6 1 12 4 3
Wellbeing Index (WI)
(23.1%) (3.8%) (46.2%) (15.4%) (11.5%)
Environmental
5 7 9 5
Sustainability -
(19.2%) (26.9%) (34.6%) (19.2%)
Assessment (ESA)
Sustainable Assessment 4 5 9 8
-
(SA) (15.4%) (19.2%) (34.6%) (30.8%)

Kajian ini juga perlu disokong dengan penemuan isu yang berkaitan dengan perlaksanaan
kaedah penilaian mampan dalam penyediaan rancangan tempatan. Untuk tujuan itu,
penyelidik turut menyediakan beberapa kenyataan pendapata mengenai isu berkaitan
proses dan kos perlaksanaan kepada responden. Isu-isu seperti tempoh masa
perlaksanaan, kos yang tinggi, ketiadaan pakar dalam melaksana dan kesan perlaksanaan
penilaian kemampanan perlu diambil perhatian bagi melihat sejauh mana, ianya dapat
membantu atau memperlahankan proses mencapai matlamat pembangunan mampan.
Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, isu tempoh masa perlaksanaan dan
tenaga pakar dalam kaedah penilaian kemampanan adalah yang paling ketara dihadapi
oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan 53.8% responden berseteju dengan
pernyataan yang diajukan. Rumusan keseluruhan maklum balas adalah seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 1.7.
Jadual 1.7: Isu Proses dan Kos Perlaksanaan Kaedah Penilaian Sustainable Assessment
Maklum balas (Frekuensi (%))
Kenyataan Pendapat Strongly Strongly
Disagree Neutral Agree
Disagree Agree
Sustainable Assessment
merupakan kaedah
2 6 14 4
penilaian kemampanan -
(7.7%) (23.1%) (53.8%) (15.4%)
yang mengambil masa
yang panjang
Sustainable Assessment
memerlukan kos yang 4 11 10 1
-
tinggi untuk (15.4%) (42.3%) (38.5%) (3.8%)
dilaksanakan
Terdapat kekurangan
tenaga pakar untuk 1 8 14 3
-
melaksanakan (3.8%) (30.8%) (53.8%) (11.5%)
Sustainable Assessment
Sustainable Assessment
akan memanjangkan 6 7 12 1
-
tempoh masa penyediaan (23.1%) (26.9%) (46.2%) (3.8%)
Rancangan Tempatan
Sustainable Assessment
perlu dilaksana pada
2 4 4 12 4
peringkat awal
(7.7%) (15.4%) (15.4%) (46.2%) (15.4%)
penyediaan Rancangan
Tempatan saja

Isu-isu berkaitan dengan perlaksanaan penilaian kemampanan ini boleh diselesaikan


dengan membuat kajian semula kaedah yang digunapakai. Penambahbaikan boleh dicapai
dengan menilai semula keberkesanannya melalui penemuan isu-isu yang menjejaskan
hasil penilaian tersebut. Ini amat penting kerana ia akan turut melibatkan hasil dari
rancangan pembangunan yang disediakan di dalam rancangan tempatan tersebut. Hezri
(2004) dan Lisa (2002) sangat bersetuju bahawa rangkakerja dalam pembangunan
indikator kemampanan adalah faktor yang menghasilkan keberkesanan kaedah penilaian
dan menjadikannya lebih komprehensif dan efektif dilaksanakan. Ini dapat memastikan
matlamat jangka panjang pembangunan mampan dapat dicapai.

Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima menunjukkan isu-isu dan cabaran
dalam melaksanakan penilaian kemampanan dalam rancangan tempatan yang dihadapi
oleh pihak berkuasa tempatan MBSA. Keberkesanan kaedah penilaian kemampanan
masih diperingkat awal. Bagaimanapun, tindakan mengkaji semula untuk
penambahbaikan akan membawa kesan yang positif terhadap pembangunan kaedah
penilaian kemampanan yang lebih komprehensif dan efektif terutamanya kaedah
Sustainable Assessment. Maklum balas yang diterima daripada responden juga dapat
dijadikan rujukan untuk membangunkan kerangka kaedah penilaian kemampanan yang
lebih praktikal, sistematik dan efektif untuk dilaksanakan dalam penyediaan Rancangan
Tempatan terutamannya kepada pihak berkuasa tempatan MBSA yang terlibat secara
langsung dalam kajian ini.
Kesimpulan

Seperti dibincangkan dalam kajian, pembangunan mampan dapat dinilai menggunakan


beberapa kaedah seperti Strategic Environmental Assessment (SEA), Environmental
Impact Assessment (EIA), Sustainable Assessment (SA) dan lain-lain. Perlaksanaan
kaedah yang bertepatan akan menjadi salah satu faktor kejayaan mencapai matlamat
pembangunan mampan menerusi sistem pelan pembangunan yang terancang. Fungsi
kaedah penilaian kemampanan yang dapat memberi unjuran penggunaan sumber dan
kesan serta implikasinya pada masa hadapan adalah amat penting dalam merancang
pembangunan yang seimbang dan mesra alam. Walaupun terdapat beberapa isu yang
dilihat sebagai kelemahan kaedah penilaian kemampanan tersebut, kajian semula yang
berterusan dapat membantu dalam menambahbaik proses dan perlaksanaannya pada masa
hadapan. Signifikan indikator kemampanan yang dibangunkan juga membolehkan
strategi, polisi, pelan, program dan projek pembangunan dapat diubahsuai mengikut
keperluan semasa. Keberkesanan kaedah penilaian kemampanan juga banyak bergantung
kepada visi dan misi sesebuah pihak berkuasa tempatan dalam menitik beratkan
pendekatan pembangunan mampan untuk kesejahteraan masyarakat hari ini dan masa
depan.

Rujukan:

1. Abdul Hadi Harman Shah, Shaharudin Idrus, Abdul Samad Hadi, 2007, The
Environment Component In Sustainability Assessment At The Local Level Plan,
Journal of the Malaysian Institute of Planners, Vol 2007, P. 77-93
2. A.A. Hezri, 2004, Sustainability Indicator System and Policy Processes in
Malaysia: A Framework for Utilisation and Learning, Journal of Environmental
Management Vol 73. P. 357-371
3. Dasimah Bt Omar, Oliver Ling Hoon Leh, 2009, Malaysian Development
Planning System: Kuala Lumpur Structure Plan and Public Participation, Asian
Social Science Journal, Volume 5, No. 3, p. 30-36
4. Kadiri Kabir O, 2006, Planning Sustainable and Livable Cities in Nigeria,
Research Journal of Social Sciences, 1(1): 40-50
5. Peterson, P.J., Mokhtar, M.B., Fariz.A, 2002, Approaches Towards Sustainable
Environmental and Natural Resources Management for ASEAN Region,
Proceedings of the Regional Symposium on Environment and Natural Resources,
Volume 1.
6. Matthew Carmona and Louie Sieh, Measuring Quality in Planning (Managing in
the Performance Process), Spoon Press, 2004.
7. Muhammad Faris Abdullah, Ishak Ariffin, Incorporating Sustainable
Development Objectives Into Development Plans, Journal of the Malaysian
Institute of Planners (2003) 1, (pg 1-18).
8. Norhayati Mahyuddin, Towards A Sustainable Built Environment:
Environmentally Conscious Planning, Design and Construction, Journal of the
Malaysian Institute of Planners (2003) 1, (pg 47-54).
9. Ibrahim Ngah, Rural Sustainability: An Examination of the Practice of
Sustainable Development Principles in A Rural Community in Malaysia, Journal
of the Malaysian Institute of Planners (2003) 1, (pg 55-70).
10. Ho Chin Siong, Muhammad Zaly, "Modelling Urban Quality of Life with Data
Envelopment Analysis Methods.2008. University Of Technology Malaysia
11. Ooi Giok Ling, Sustainability and Cities Concept and Assessment, 2005, World
Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.
12. Robert B. Gibson, Selma Hassan, Susan Holtz, James Tansey and Graham
Whitelaw, Sustainability Assessment, Criteria, Process and Application, 2005,
Earthscan.
13. Simon Bell and Stephen Morse, Measuring Sustainability Learning From Doing,
2003, Earthscan
14. Sumita Gosh, Robert Vale and Brenda Vale, Indications From Sustainability
Indicators, Journal of Urban Design, Vol. 11. No. 2, 263-275, June 2006.

You might also like