You are on page 1of 14

Author Biographical Note

Zakiah Binti Ponrahono was born in Klang, Selangor in 1980. She received her primary education from Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang. She then pursued her secondary school in Sekolah Kebangsaan Menengah Meru, Klang, Selangor. After finishing her matriculation certificate in 1999 at International Islamic University Malaysia Matriculation Centre, she joined International Islamic University Malaysia for a degree course in Urban and Regional Planning. She is awarded a degree in Urban and Regional Planning in 2004. After graduated, she joined private sector as planning consultant for Federal Town and Country Planning Department and private developers from October 2004 until April 2006. Later, she joined International Islamic University Malaysia Matriculation Centre as a matriculation teacher from June 2006 until June 2007. In August 2008, she joined Faculty of Environmental Studies, University Putra Malaysia as a research assistant before taken up the offered to join the faculty as a tutor in January 2009. She started her Master of Science in Environmental Planning and Management with the faculty in December 2008 and conducted research entitled Sustainable Development Strategies Assessment of Shah Alam Draft Local Plan 2020.

KAEDAH PENILAIAN KEMAMPANAN (SUSTAINABILITY ASSESSMENT) DALAM MENILAI STRATEGI PEMBANGUNAN MAMPAN DI DALAM RANCANGAN TEMPATAN

Zakiah Ponrahono (Corresponding Author) Department of Environmental Management, Faculty of Environmental Studies, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA Tel: 603- 8946 6771 Fax: +603- 8943 8109 E-mail: zakiah@env.upm.edu.my Azizi Muda Department of Geography, Faculty of Social Science and Humanity, UPSI, TanjungMalim, Perak, MALAYSIA Che Musa Che Omar Department of Environmental Management, Faculty of Environmental Studies, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, MALAYSIA Tel: +603-89466771 Fax: +603-89438109 Email: chemusaster@gmail.com

Zakiah Ponrahono*, Azizi Muda and Che' Musa Che Omar Abstrak Artikel ini membincangkan mengenai kaedah penilaian kemampanan bagi strategi pembangunan mampan yang dibentuk di dalam rancangan tempatan. Analisis perbandingan di antara kaedah Strategic Environmental Assessment dan Sustainability Assessment dibincangkan dari aspek kekuatan, kebaikan, kelemahan dan kekurangan. Ia juga membincangkan tentang definisi, fungsi dan proses pembentukan kaedah penilaian tersebut serta implementasinya. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 26 pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengkaji sejauh mana kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai implementasi penilaian kemampanan ke atas Draf Rancangan Tempatan Shah Alam 2020. Ia juga bagi mengupas isu-isu berkaitan aplikasi penilaian kemampanan tersebut ke atas draf rancangan tempatan tersebut. Hasil kajiselidik ini adalah amat penting bagi mengenal pasti kelemahan kaedah yang digunapakai dan berguna bagi menambahbaik kaedah tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Ianya akan menyumbang ke arah pembangunan seimbang yang lebih lestari serta mesra alam bagi kepentingan masyarakat hari ini dan masa hadapan. Keyword: Penilaian Kemampanan, strategic environmental assessment, Pembangunan Mampan, Rancangan Tempatan. Pengenalan Penilaian kemampanan yang sistematik dan teliti untuk menilai kemampanan strategi, polisi, pelan, program dan projek pembangunan adalah amat diperlukan. Di antara kaedah penilaian yang sering diaplikasikan dalam sistem penilaian kemampanan sistem pelan pembangunan di Malaysia seperti Strategic Environmental Assessment (SEA), Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA), tidak secara spesifikasinya menilai tahap kemampanan strategi yang dicadangkan di dalam rancangan tempatan atau rancangan struktur. Sebagai contohnya EIA hanya dijalankan sebagai kaedah penilaian ditahap projek pembangunan di mana proses awal pembentukan strategi pembangunan secara keseluruhannya tidak terlibat. Ini boleh mengakibatkan keciciran dalam memastikan penekanan keseimbangan pembangunan. Menurut kajian oleh Abdul Hadi et al. 2007, kaedah penilaian kemampanan Sustainability Assessment merupakan kaedah yang bersesuaian bagi menilai tahap kemampanan strategi, pelan, program dan projek pembangunan yang dirancangkan dalam sesebuah rancangan tempatan. Ianya merupakan kaedah yang bersepadu, sistematik dan berdokumentasi secara berkesan di dalam proses perancangan. Kaedah ini juga meliputi semua aspek pembangunan secara meluas dan sangat fleksibel untuk diaplikasikan dalam setiap peringkat proses pelan pembangunan dan pembangunan kerjatanah rancangan tempatan. Kaedah sistematik ini juga dapat digunakan untuk menilai dan membuat unjuran kesan langsung dan tidak langsung strategi, pelan, program dan projek dalam

rancangan tempatan malah ianya dapat menyediakan keputusan penilaian secara terus berdasarkan perincian perancangan pembangunan yang terdapat di dalam rancangan tempatan tersebut. Fungsi dan Peranan Penilaian Kemampanan (Sustainability Assessment) Peranan utama Sustainability Assessment adalah berfungsi sebagai kaedah untuk menilai dan seterusnya keputusan penilaian diguna sebagai asas dalam pembentukan pelan mitigasi alam sekitar sebelum pelan, program dan projek rancangan tempatan dijalankan. Secara amnya menurut Robert et al. (2005), kaedah penilaian ini sangat berkepentingan dalam menentu hala tuju pembangunan mampan sesebuah kawasan. Ianya turut berfungsi dalam menentukan keberkesanan strategi yang dirancang dan dapat memberikan gambaran awal tentang kesan pembangunan terhadap perancangan dan pengurusan sumber yang terhad. Hasil penilaian juga dapat mempengaruhi pembuat keputusan dalam mewartakan sesuatu strategi dan polisi yang diatur untuk pembangunan kawasan tertentu. Melalui penilaian sistematik tersebut juga unjuran kesan terhadap aspek ekonomi, sosial, alam sekitar, trafik dan sebagainya dapat memberi petunjuk kepada keadaan masa depan kawasan yang dirancang. Perolehan maklumat semasa dan unjuran dalam penilaian sangat berguna dalam menyediakan pelan tindakan dan mitigasi sekiranya pembangunan yang berisiko tinggi seperti di lereng bukit dan industri berat dan kimia tetap diteruskan dalam rancangan tempatan. Walau bagaimanapun, indikator penilaian kemampanan perlu dibangunkan bagi memastikan Sustainability Assessment bersesuaian dengan persekitaran semasa sesebuah kawasan. Sesetengah indikator am seperti keadaan fizikal dan gunatanah kawasan perlu diubahsuai bergantung kepada bentukmuka bumi dan iklimnya. Sementara indikator pencemaran alam seperti indeks pencemaran udara boleh diguna secara fleksibel di mana-mana kawasan. Implimentasi kaedah penilaian ini juga sangat bergantung kepada pihak berkuasa tempatan yang merancang dan menyediakan pembangunan dalam sesebuah rancangan tempatan tersebut. Abdul Hadi et al. (2007), dalam kajiannya menyarankan agar kaedah penilaian kemampanan Sustainability Assessment ini diberi keutamaan dalam memastikan halatuju pembangunan mampan negara. Ianya dapat memacu pembangunan yang lebih dinamik dan berdaya maju tetapi mengekalkan keseimbangan alam sekitar melalui perancangan dan pengurusan sumber pembangunan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Kajian Perbandingan Kaedah Penilaian Kemampanan Sustainability Assessment dan Strategic Environmental Assessment di dalam sistem pelan pembangunan Malaysia Strategic Environmental Assessment (SEA) merupakan kaedah penilaian kemampanan yang paling banyak digunapakai secara meluas. Ianya merupakan kaedah yang dilihat dapat merealisasikan objektif Agenda 21 dapat dicapai. Melalui kaedah ini, tahap kemampanan sesebuah pelan pembangunan dan program dibentuk di dalam sistem pelan pembangunan dapat dinilaikan. Walau bagaimanapun, kaedah ini kurang bersesuaian

untuk menilai kemampanan di peringkat projek pembangunan. Pada peringkat projek, Environmental Impact Assessment (EIA) wajib dijalankan dibawah Akta Perancangan Bandar 172 dan Akta Kualiti Alam Sekitar (1974). SEA juga merupakan satu kaedah penilaian kemampanan yang dilihat lebih fokus kepada aspek alam sekitar dan tidak menitikberatkan aspek pembangunan lain seperti ekonomi dan demografi sebagai indikator. Ia juga sukar untuk diintegrasikan dengan EIA di peringkat projek pembangunan.Walaupun kaedah SEA dan Sustainability Assessment mempunyai konsep penilaian yang sama, tetapi kedua-duanya mempunyai fokus penilaian pada peringkat yang berbeza. SEA dilihat memberi fokus penilaian kemampanan pada peringkat pelan, program dan projek pembangunan disamping menumpukan aspek alam sekitar secara keseluruhannya. Aspek-aspek ekonomi, sosial dan fasiliti dikategorikan sebagai faktor penyumbang dan bukan indikator penting. Pelan mitigasi juga dirancang untuk mengurangkan kesan negatif ke aspek alam sekitar sahaja tanpa memberi fokur kepada aspek lain yang lebih banyak menjadi punca. Secara perbandingannya, SEA dilihat lebih ke arah penilaian kualiti alam sekitar dan kesannya. Manakala SA menilai kesemua aspek pembangunan secara sistematik dan berintegrasi. Jadual 1.1 di bawah merumuskan perbandingan di antara SEA dan SA. Jadual 1.1: Perbandingan antara SEA dan Sustainability Assessment
SEA 1. 2. Proaktif dan menjelaskan polisi, pelan dan program pembangunan Menilai peluang dan kekangan persekitaran pembangunan Menjelaskan lokasi, daerah atau sector pembangunan (contohnya: sector perlombongan) Menilai kesan secara kumulatif dan mengenalpasti implikasi dan isu pembangunan mampan. Sustainability Assessment 1. Ia digunakan untuk menilai kemampanan strategi, polici, pelan dan program. 2. Mencakupi semua aspek pembangunan termasuklan gunatanah, ekonomi, demografi dan lain-lain. 3. Hasil nilaian boleh diterjemah ke dalam analisis ruang 4. Penilaian kumulatif impak dan mengenalpasti implikasi dan isu pembangunan mampan secara berterusan untuk setiap tahap sistem pelan pembangunan dan proses penyediaannya. Fokus yang lebih luas dan meliputi serta memberi penekanan terhadap keperluan dan aktiviti manusia Relevan untuk setiap tahap sistem pelan pembangunan

3.

4.

5.

Memfokus kepada tahap kemampanan tertentu kualiti alam sekitar Perspektif nilaian yang luas tetapi sedikit perincian untuk membolehkan rangkakerja penilaian dapat disediakan secara keseluruhan..

5.

6.

6.

Sumber: Diterjemah dari Faris (2003)

Indikator Kemampanan Perkara utama dalam membentuk kaedah penilaian kemampanan adalah menyediakan dan mengukuhkan indikator kemampanan. Menurut Sumita et al. (2006), penekanan dalam menyediakan indikator kemampanan perlu diberi perhatian. Ini bagi memastikan supaya matlamat pembangunan mampan boleh dicapai. Sistematik, pratikal dan indicator yang tepat akan memudahkan proses mencapai matlamat tersebut. Di dalam kajian Sustainability and Cities oleh Ooi (2005), indikator kemampanan dikategorikan kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Tetapi indikator kemampanan biasanya sukar untuk dikategorikan ke dalam salah satu kategori tersebut. Karakter indikator kemampanan yang disenaraikan biasanya mempunyai kedua-dua elemen kualitatif dan kuantitatif. Sebagai penentu kepada penilaian kemampanan, indikator dilihat amat penting berfungsi sebagai data pembolehubah yang menunjukkan keberkesanan pembangunan mampan yang dirancang dalam rancangan tempatan. Ianya wajar berfungsi sebagai nilaian yang praktikal, tepat dan sistematik serta tidak semestinya rumit dari segi formula dan konsep. Kesesuaian indikator perlu diambilkira dari segi aspek yang dinilai dan ketepatan serta kelangsungannya dengan data yang diguna. Seperti contohnya aspek fizikal sesebuah kawasan tidak boleh dinilai melalui kiraan angka tetapi lebih kepada nilaian visual seperti gambar cerun dan flora yang tumbuh di sekitarnya. Manakala aspek demografi lebih bersesuaian untuk data bernombor bagi membolehkan unjuran dikira. Indikator kemampanan tersebut perlulah berfungsi sebagai: 1. parameter untuk membuat keputusan dalam merancang 2. parameter menilai kemampanan 3. parameter asas perancangan masa depan 4. medium untuk mengkaji isu kemampanan 5. parameter bentuk geografi dan fizikal kawasan perancangan 6. penyumbang kepada perlindungan dan penggunaan sumber 7. asas untuk mengkaji kaedah yang dibangunkan 8. parameter yang menentukan pembentukan strategi dan polisi; dan 9. parameter kepada penemuan baru dalam kesalingan sumber diguna

Secara amnya, indikator kemampanan perlu menepati karektor yang boleh dinilai dan secara progresifnya dapat diubah mengikut kesesuaian. Jadual 1.2 memberi rumusan karektor indikator kemampanan. Jadual 1.2: Karektor Am Indikator Kemampanan
Secara Amnya Spesifik Boleh dinilai Berguna Sensitif Mudah diperolehi Efektif dari segi kos Secara Spesifiknya Perlulah jelas berkait dengan keputusan nilaian Ianya boleh dinilai dari segi kuantitatif Praktikal digunakan ke atas kawasan perancangan Boleh diubah mengikut kesesuaian kawasan perancangan Perlulah menepati data yang dikumpul Wajar dijalankan dengan kos yang sederhana dan mengikut kemampuan pihak berkuasa tempatan

Sumber: diterjemah dari Simon and Stephen, 2003

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu diambilkira semasa membangunkan indikator kemampanan tersebut. Isu-isu seperti indikator yang terlalu kompleks dan sukar difahami akan memberi kesan ke atas keberkesanan kaedah penilaian kemampanan secara langsung. Malah ia akan bertambah buruk apabila hasil nilaian tersebut membawa kepada kesilapan dalam mengintepretasi kesan jangkamasa panjang sesuatu strategi, polisi, pelan atau program yang dirancang. Selain daripada itu, pembangunan indikator kemampanan juga perlu mengambilkira beberapa isu lain antaranya: 1. mengelakkan formula pengiraan yang rumit hingga menyebabkan indikator menjadi tidak praktikal 2. mengelakkan penggunaan instrument saintifik yang tidak bersesuaian untuk penilaian strategi 3. melibatkan kos operasi yang tinggi dan mengambil masa yang panjang 4. tidak memberi keutamaan hanya kepada satu kategori indikator 5. mengelakkan fokus ke arah aspek sub-sektor seperti menilai tambang perkhidmatan awam dan kepuasan hati pengguna; dan 1. perlu memberi fokus ke arah pembentukan polisi dan strategi berbanding program dan perlaksanaan pelan di mana EIA lebih banyak digunakan.

Ho et al. (2001) dalam kajiannya telah menemui tujuh kategori indikator yang dilihat bersesuaian dengan scenario pembangunan di Malaysia iaitu demografi dan penduduk, pasaran kerja, pendapatan dan paras kemiskinan, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan alam sekitar. Senarai indikator tersebut dilihat menepati kehendak dan matlamat pembangunan negara yang dirancang menjadi negara maju pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, senarai indikator tersebut perlu diubah mengikut kesesuaian dengan faktor tekanan dan tarikan pembangunan semasa.

Keputusan Kajiselidik dan Perbincangan Borang soalkaji selidik telah diagihkan kepada kumpulan sasar iaitu 26 orang pegawai di setiap bahagian Majlis Bandaraya Shah Alam. Tiada kuota pembahagian digariskan kerana boring soalselidik tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam untuk tujuan pengagihan. Jadual 1.3 menunjukkan profil demografi responden. Daripada 26 responden, 61.5% adalah lelaki dan 38.% adalah perempuan dengan 19.2% berumur di antara 21 ke 29 tahun, 53.8% berumur di antara 30 ke 39 tahun, 15.4% berumur di antara 40 ke 49 tahun dan 11.5% berumur melebihi 50 tahun. 46.2% responden juga mempunyai 0 hingga 5 tahun pengalaman berkerja dengan Majlis Bandaraya Shah Alam, diikuti dengan 23.1% dengan 6-10 tahun pengalaman, 7.7% dengan 11-15 tahun pengalaman dan 11.5% dengan 16-25 tahun pengalaman dan 11.5% dengan 26 tahun pengalaman.

Jadual 1.3: Profil Demografi Responden


1 Data Jantina Lelaki Perempuan 2 Umur 21 - 29 tahun 30 - 39 tahun 40 - 49 tahun 50 tahun ke atas Pengalaman berkerja dengan MBSA 0 - 5 tahun 6 - 10 tahun 11 - 15 tahun 16 - 25 tahun Melebihi 25tahun Jabatan Bangunan Kejuruteraan Kewangan Khidmat Pengurusan Korporat Penilaian dan Pengurusan Harta Perkhidmatan Bandar Perleseanan dan Penguatkuasaan Pusat Setempat (OSC) Taman dan Rekreasi Undang-undang Perancangan 5 14 4 3 12 6 2 3 3 1 2 1 2 2 3 2 1 1 4 1 6 19.2 53.8 15.4 11.5 46.2 23.1 7.7 11.5 11.5 3.8 7.7 3.8 7.7 7.7 11.5 7.7 3.8 3.8 15.4 3.8 23.1 Frekuensi 16 10 Peratusan (%) 61.5 38.5

Pengetahuan dan kesedaran dalam penilaian kemampanan oleh pegawai yang menguruskan kawasan perancangan adalah penting. Ianya akan membantu pihak berkuasa tempatan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dan memudahkan kaedah penilaian kemampanan dijalankan. Faris (2003) telah membincangkan beberapa isu dalam keberkesanan perlaksanaan penilaian kemampanan di dalam sistem pelan pembangunan termasuklah kesedaran dan tahap pengetahuan pegawai di pihak berkuasa tempatan. Untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu tersebut, soalan berkenaan pengetahuan dan kesedaran berkenaan pembangunan mampan telah dibentuk dalam boring kajiselidik yang diagihkan kepada pegawai-pegawai di MBSA. Sebanyak 11 isu berkaitan telah disenaraikan untuk dinilai oleh responden mengikut skala Likert yang disediakan. Berdasarkan kepada maklumbalas responden, sebanyak 42.3% sangat bersetuju dengan isu bahawa penilaian kemampanan adalah proses penilaian yang bersifat berterusan di setiap tahap penyediaan rancangan tempatan. Sebanyak 15.4% responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Shah Alam akan berdepan dengan isu penurunan dalam peratusan kawasan lapang dari 9% ke 6% pada tahun 2020. Sementara itu terdapat 11.5% responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Shah Alam pada tahun 2020 tidak memberi fokus terhadap pembangunan pertanian moden. Secara keseluruhannya, maklumbalas responden telah dirumuskan di dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Pengetahuan dan Kesedaran mengenai Pembangunan Mampan


Isu Penilaian Kemampan perlu dilaksanakan diperingkat laporan awal Penilaian Kemampan amat penting dilaksanakan diperingkat Laporan Teknikal Draf Rancangan Tempatan perlu dilengkapi dengan Laporan Pembangunan Mampan Pelan Mitigasi perlu disediakan sejajar dengan kelulusan Rancangan Tempatan Sustainable Assessment adalah kaedah penilaian kemampanan yang berterusan sepanjang proses penyediaan Rancangan Tempatan Penyediaan Rancangan Tempatan perlu dinilai menggunakan kaedah penilaian kemampanan yang berkesan bagi menilai keberkesanan strategi, polisi, pelan, program dan projek yang dirancang Shah Alam akan mengalami kepadatan penduduk yang tinggi pada 2020 Shah Alam akan mengalami kekurangan kawasan hijau pada 2020 Kawasan lapang Shah Alam akan berkurangan dari 9% ke 6% pada tahun 2020 Tiada peruntukan undangundang untuk kawasan industri berat dan berbahaya bagi pembangunan tahun 2020 Shah Alam tidak memberi fokus kepada pembangunan pertanian moden pada tahun 2020 Maklum Balas Responden (Frekuensi (%)) Sangat Tidak Sangat Tidak Neutral Setuju Bersetuju Bersetuju Bersetuju 9 (34.6%) 3 (11.5%) 3 (11.5%) 5 (19.2%) 13 (50.0%) 18 (69.2%) 13 (50.0%) 15 (57.7%) 4 (15.4%) 5 (19.2%) 9 (34.6%) 5 (19.2%)

1 (3.8%) 1 (3.8%)

5 (19.2%)

10 (38.5%)

11 (42.3%)

4 (15.4%)

13 (50.0%)

9 (34.6%)

1 (3.8%) 1 (3.8%) 4 (15.4%)

11 (42.3%) 10 (38.5%) 14 (53.8%) 5 (19.2%)

9 (34.6%) 11 (42.3%) 7 (26.9%) 12 (46.2%)

5 (19.2%) 4 (15.4%) 1 (3.8%) 9 (34.6%)

3 (11.5%)

14 (53.8%)

7 (26.9%)

2 (7.7%)

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan pengetahuan dan kesedaran mengenai penilaian kemampanan, soalan berkenaan kaedah penilaian kemampanan telah diajukan. Kelaziman responden terhadap sesuatu kaedah penilaian kemampanan dapat memberi gambaran tahap perlaksanaan pembangunan mampan yang dijalankan oleh

pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima, kaedah penilaian kemampanan yang paling diketahui dan biasa bagi responden adalah Environmental Impact Assessment (EIA) dengan 34.6%. Manakala sebanyak 30.8% responden tidak biasa dengan kaedah penilaian Strategic Environmental Assessment (SEA). Kaedah yang paling tidak biasa kepada responden adalah Wellbeing Index dengan 42.3%. Selain itu, sebanyak 19.2% responden menyatakan sangat biasa dengan kaedah Sustainability Assessment. Hanya 30.8% daripada responden menyatakan biasa dan 3.8% kurang biasa. Manakala 19.2% pula langsung tidak biasa dengan kaedah penilaian kemampanan tersebut. (rujuk Jadual 1.5). Jadual 1.5: Kebiasaan Menggunakan Kaedah Penilaian
Kaedah Penilaian Kemampanan Strategic Environmental Assessment (SEA) Environmental Impact Assessment (EIA) Ecological Footprint (EF) Environmental Sustainable Index (ESI) Wellbeing Index (WI) Environmental Sustainability Assessment (ESA) Sustainability Assessment (SA) Tidak Biasa 8 (30.8%) 1 (3.8%) 7 (26.9%) 6 (23.1%) 11 (42.3%) 7 (26.9%) 5 (19.2%) Kelaziman (Frekuensi (%)) Baru Mula Kurang Biasa Biasa Biasa 10 7 (38.5%) (26.9%) 7 9 (26.9%) (34.6%) 2 12 4 (7.7%) (46.2%) (15.4%) 1 14 5 (3.8%) (53.8%) (19.2%) 3 11 1 (11.5%) (42.3%) (3.8%) 1 (3.8%) 6 (23.1%) 1 (3.8%) 10 (38.5%) 8 (30.8%) Sangat Biasa 1 (3.8%) 9 (34.6%) 1 (3.8%) 2 (7.7%) 5 (19.2%)

Abdul Hadi et al. (2007) dan Faris (2003) dengan jelas membincangkan kepentingan dan faedah penilaian kemampanan dalam penyediaan pelan pembangunan. Mereka telah mencadangkan supaya penilaian kemampanan dilaksanakan bermula dari peringkat awal penyediaan hinggalah peringkat kelulusan pelan pembangunan terutamanya di dalam rancangan tempatan. Matlamat ini perlu disokong dengan kesediaan para pegawai di peringkat pihak berkuasa tempatan dari segi pemahaman, kesedaran dan kelaziman mereka menjalankan penilaian tersebut. Ini penting bagi menyediakan pasukan yang mempunyai kemampuan untuk menyedia, menyelia dan memantau kaedah penilaian tersebut agar ianya dapat dilaksanakan secara berkesan. Berdasarkan maklum balas ke atas kelaziman melaksanakan kaedah penilaian kemampanan, dapat disimpulkan bahawa masih banyak tindakan susulan untuk melatih para pegawai mendalami dan mahir dengan semua jenis kaedah penilaian kemampanan. Ini dapat dizahirkan dengan menyediakan peluang mengikuti pengajian jangka pendek ke mana-mana institusi dalam dan luar negara yang mengkhusus kepada penilaian kemampanan dan pembangunan mampan seperti Institut LESTARI di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi mendalami isu berkenaan dengan kelaziman, kesedaran dan pengetahuan tentang kaedah penilaian kemampanan, pernyataan pendapat berkenaan kesesuaian kaedah

penilaian kemampanan turut diajukan. Berdasarkan kepada maklum balas, 30.8% responden telah memilih Sustainability Assessment sebagai kaedah paling sesuai untuk dilaksanakan dalam penyediaan rancangan tempatan. Ini diikuti dengan 23.1% responden yang memilih Strategic Environmental Assessment dan 19.2% responden yang memilih Environmental Sustainability Assessment sebagai paling sesuai. Manakala terdapat 34.6% responden telah memilih Sustainability Assessment dan Environmental Strategic Assessment sebagai paling sesuai untuk dilaksanakan. Selain itu, terdapat juga responden yang memilih Strategic Environmental Assessment sebagai sesuai (26.9%) and paling sesuai (7.7%). Keseluruhan maklum balas dapat dirumuskan seperti di dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Pendapat mengenai Kaedah Penilaian yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Tempatan
Kaedah Penilaian Kemampanan Strategic Environmental Assessment (SEA) Environmental Impact Assessment (EIA) Ecological Footprint (EF) Environmental Sustainable Index (ESI) Wellbeing Index (WI) Environmental Sustainability Assessment (ESA) Sustainable Assessment (SA) Tidak Sesuai 5 (19.2%) 1 (3.8%) 5 (19.2%) 5 (19.2%) 6 (23.1%) 5 (19.2%) 4 (15.4%) Maklum balas (Frekuensi (%)) Kurang Agak Sesuai Sesuai Sesuai 2 10 7 (7.7%) (38.5%) (26.9%) 5 10 4 (19.2%) (38.5%) (15.4%) 5 10 4 (19.2%) (38.5%) (15.4%) 2 10 7 (7.7%) (38.5%) (26.9%) 1 12 4 (3.8%) (46.2%) (15.4%) 7 (26.9%) 5 (19.2%) 9 (34.6%) 9 (34.6%) Paling Sesuai 2 (7.7%) 6 (23.1%) 2 (7.7%) 2 (7.7%) 3 (11.5%) 5 (19.2%) 8 (30.8%)

Kajian ini juga perlu disokong dengan penemuan isu yang berkaitan dengan perlaksanaan kaedah penilaian mampan dalam penyediaan rancangan tempatan. Untuk tujuan itu, penyelidik turut menyediakan beberapa kenyataan pendapata mengenai isu berkaitan proses dan kos perlaksanaan kepada responden. Isu-isu seperti tempoh masa perlaksanaan, kos yang tinggi, ketiadaan pakar dalam melaksana dan kesan perlaksanaan penilaian kemampanan perlu diambil perhatian bagi melihat sejauh mana, ianya dapat membantu atau memperlahankan proses mencapai matlamat pembangunan mampan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, isu tempoh masa perlaksanaan dan tenaga pakar dalam kaedah penilaian kemampanan adalah yang paling ketara dihadapi oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan 53.8% responden berseteju dengan pernyataan yang diajukan. Rumusan keseluruhan maklum balas adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.7.

Jadual 1.7: Isu Proses dan Kos Perlaksanaan Kaedah Penilaian Sustainable Assessment
Maklum balas (Frekuensi (%)) Kenyataan Pendapat Sustainable Assessment merupakan kaedah penilaian kemampanan yang mengambil masa yang panjang Sustainable Assessment memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan Terdapat kekurangan tenaga pakar untuk melaksanakan Sustainable Assessment Sustainable Assessment akan memanjangkan tempoh masa penyediaan Rancangan Tempatan Sustainable Assessment perlu dilaksana pada peringkat awal penyediaan Rancangan Tempatan saja Strongly Disagree Disagree Neutral Agree Strongly Agree 4 (15.4%)

2 (7.7%)

6 (23.1%)

14 (53.8%)

4 (15.4%)

11 (42.3%)

10 (38.5%)

1 (3.8%)

1 (3.8%)

8 (30.8%)

14 (53.8%)

3 (11.5%)

6 (23.1%)

7 (26.9%)

12 (46.2%)

1 (3.8%)

2 (7.7%)

4 (15.4%)

4 (15.4%)

12 (46.2%)

4 (15.4%)

Isu-isu berkaitan dengan perlaksanaan penilaian kemampanan ini boleh diselesaikan dengan membuat kajian semula kaedah yang digunapakai. Penambahbaikan boleh dicapai dengan menilai semula keberkesanannya melalui penemuan isu-isu yang menjejaskan hasil penilaian tersebut. Ini amat penting kerana ia akan turut melibatkan hasil dari rancangan pembangunan yang disediakan di dalam rancangan tempatan tersebut. Hezri (2004) dan Lisa (2002) sangat bersetuju bahawa rangkakerja dalam pembangunan indikator kemampanan adalah faktor yang menghasilkan keberkesanan kaedah penilaian dan menjadikannya lebih komprehensif dan efektif dilaksanakan. Ini dapat memastikan matlamat jangka panjang pembangunan mampan dapat dicapai. Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima menunjukkan isu-isu dan cabaran dalam melaksanakan penilaian kemampanan dalam rancangan tempatan yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan MBSA. Keberkesanan kaedah penilaian kemampanan masih diperingkat awal. Bagaimanapun, tindakan mengkaji semula untuk penambahbaikan akan membawa kesan yang positif terhadap pembangunan kaedah penilaian kemampanan yang lebih komprehensif dan efektif terutamanya kaedah Sustainable Assessment. Maklum balas yang diterima daripada responden juga dapat dijadikan rujukan untuk membangunkan kerangka kaedah penilaian kemampanan yang lebih praktikal, sistematik dan efektif untuk dilaksanakan dalam penyediaan Rancangan Tempatan terutamannya kepada pihak berkuasa tempatan MBSA yang terlibat secara langsung dalam kajian ini.

Kesimpulan Seperti dibincangkan dalam kajian, pembangunan mampan dapat dinilai menggunakan beberapa kaedah seperti Strategic Environmental Assessment (SEA), Environmental Impact Assessment (EIA), Sustainable Assessment (SA) dan lain-lain. Perlaksanaan kaedah yang bertepatan akan menjadi salah satu faktor kejayaan mencapai matlamat pembangunan mampan menerusi sistem pelan pembangunan yang terancang. Fungsi kaedah penilaian kemampanan yang dapat memberi unjuran penggunaan sumber dan kesan serta implikasinya pada masa hadapan adalah amat penting dalam merancang pembangunan yang seimbang dan mesra alam. Walaupun terdapat beberapa isu yang dilihat sebagai kelemahan kaedah penilaian kemampanan tersebut, kajian semula yang berterusan dapat membantu dalam menambahbaik proses dan perlaksanaannya pada masa hadapan. Signifikan indikator kemampanan yang dibangunkan juga membolehkan strategi, polisi, pelan, program dan projek pembangunan dapat diubahsuai mengikut keperluan semasa. Keberkesanan kaedah penilaian kemampanan juga banyak bergantung kepada visi dan misi sesebuah pihak berkuasa tempatan dalam menitik beratkan pendekatan pembangunan mampan untuk kesejahteraan masyarakat hari ini dan masa depan.

Rujukan: 1. Abdul Hadi Harman Shah, Shaharudin Idrus, Abdul Samad Hadi, 2007, The Environment Component In Sustainability Assessment At The Local Level Plan, Journal of the Malaysian Institute of Planners, Vol 2007, P. 77-93 2. A.A. Hezri, 2004, Sustainability Indicator System and Policy Processes in Malaysia: A Framework for Utilisation and Learning, Journal of Environmental Management Vol 73. P. 357-371 3. Dasimah Bt Omar, Oliver Ling Hoon Leh, 2009, Malaysian Development Planning System: Kuala Lumpur Structure Plan and Public Participation, Asian Social Science Journal, Volume 5, No. 3, p. 30-36 4. Kadiri Kabir O, 2006, Planning Sustainable and Livable Cities in Nigeria, Research Journal of Social Sciences, 1(1): 40-50 5. Peterson, P.J., Mokhtar, M.B., Fariz.A, 2002, Approaches Towards Sustainable Environmental and Natural Resources Management for ASEAN Region, Proceedings of the Regional Symposium on Environment and Natural Resources, Volume 1. 6. Matthew Carmona and Louie Sieh, Measuring Quality in Planning (Managing in the Performance Process), Spoon Press, 2004. 7. Muhammad Faris Abdullah, Ishak Ariffin, Incorporating Sustainable Development Objectives Into Development Plans, Journal of the Malaysian Institute of Planners (2003) 1, (pg 1-18). 8. Norhayati Mahyuddin, Towards A Sustainable Built Environment: Environmentally Conscious Planning, Design and Construction, Journal of the Malaysian Institute of Planners (2003) 1, (pg 47-54).

9. Ibrahim Ngah, Rural Sustainability: An Examination of the Practice of Sustainable Development Principles in A Rural Community in Malaysia, Journal of the Malaysian Institute of Planners (2003) 1, (pg 55-70). 10. Ho Chin Siong, Muhammad Zaly, "Modelling Urban Quality of Life with Data Envelopment Analysis Methods.2008. University Of Technology Malaysia 11. Ooi Giok Ling, Sustainability and Cities Concept and Assessment, 2005, World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd. 12. Robert B. Gibson, Selma Hassan, Susan Holtz, James Tansey and Graham Whitelaw, Sustainability Assessment, Criteria, Process and Application, 2005, Earthscan. 13. Simon Bell and Stephen Morse, Measuring Sustainability Learning From Doing, 2003, Earthscan 14. Sumita Gosh, Robert Vale and Brenda Vale, Indications From Sustainability Indicators, Journal of Urban Design, Vol. 11. No. 2, 263-275, June 2006.

You might also like