You are on page 1of 11

KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 3

Selesaikan agihan harta pusaka dalam perkara kematian berikut: Seorang lelaki mati
meninggalkan ahli-ahli waris: Dua (2) orang isteri, Dua (2) orang anak perempuan, Dua
(2) orang anak lelaki , Ibu dan bapa.
(2 markah)

A B C D E
24 48 288 144
1/8 ISTERI 1 3 3 18 9
ISTERI 2 3 18 9
1/6 IBU 4 8 48 14
1/6 AYAH 4 8 48 14
‫ع‬ ANAK LELAKI (2) 13 26 52 26
ANAK LELAKI (2) 52 26
ANAK PEREMPUAN (1) 26 13
ANAK PEREMPUAN (1) 26 13

A: 2 Orang isteri berkongsi saham 1/8, Ibu mendapat 1/6 kerana si mati meninggalkan
anak, ayah mendapt 1/6 kerana si mati meninggalkan anak dan adanya anak lelaki
maka Ayah tidak dapat menjadi Asobah, 2 orang anak Lelaki dan 2 Orang anak
perempuan menjadi asobah dan bahagian mereka ialah Anak lelaki 2 bahagian
setiap seorang dan anak Perempuan 1 bahagian setiap seorang.

B: Angka pembahagi ialah 24, Kedua dua isteri berkongsi 3/24, Ibu mendapat 4/24,
Ayah mendapat 4/24, dan anak anak berkongsi dengan kadarnya baki 13 iaitu anak
lelaki 2 saham setiap seorang dan anak perempuan satu saham setiap seorang.

C: Kerana isteri ada dua orang dan berkongsi 3 bahagian maka kita selesaikan ini
dahulu, kita jadikan angka pembahagi dari 24 ke 48, maka ianya menjadikan
bahagian sebanyak setiap seorang isteri mendapat 3/48, Ibu mendapat 8/48, Ayah
mendapat 8/48, dan anak anak berkongsi dengan kadarnya baki 26 iaitu anak lelaki
2 saham setiap seorang dan anak perempuan satu saham setiap seorang

D: kerana ada 4 orang anak dengan 6 saham iaitu anak lelaki setiap seorang 2 saham
dan anak perempuan setiap seorang satu saham maka nilai 48 tadi kita darabkan
dengan 6 menjadikan angka pembahagi ialah 288. Maka bahagian isteri setiap
seorang mendapat 18/288, Ibu mendapat 48/288, Ayah mendapat 48/288, jumlah
bahagian Isteri – isteri ditambah dengan bahagian Ayah dan Ibu menjadikan jumlah
mereka semua ialah 132/288 oleh itu baki untuk dibahagiakan diantara anak – anak
ialah sebanyak 156/288, oleh itu Anak Lelaki pertama mendapat 52/288, Anak Lelaki
kedua mendapat 58/288, Anak Perempaun pertama mendapat 26/288, dan Anak
Perempuan kedua mendapat 26/288.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

E: Jumlah bahagi terlalu besar kita boleh kecilkan, menjadi 144 saham. Maka bahagian
mereka ialah, Isteri Pertama mendapat 9/144, Isteri kedua mendapat 9/144, Ibu
mendapat 24/144, Ayam mendapat 24/144, Anak Lelaki Pertama mendapat 26/144,
Anak Lelaki kedua mendapat 26/144, Anak Perempuan pertama mendapat 13/144,
Anak Perempuan kedua mendapat 13/144.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 4

Selesaikan kes pusaka berikut:


Seorang perempuan mati meninggalkan Lima (5) orang anak perempuan, Dua (2)
orang adik perempuan seibu sebapa, Seorang abang sebapa, Suami dan ibu.
(2 markah)

A B C D
12 13 (AUL) 65
¼ Suami 3 3 15
1/6 Ibu 2 2 10
2/3 Anak Perempuan 1 8 8 8
Anak Perempuan 2 8
Anak Perempuan 3 8
Anak Perempuan 4 8
Anak Perempuan 5 8
‫ع‬ Ukhtun Syaqiqah 1 - - -
Ukhtun Syaqiqah 2 -
‫م‬ Akhun Lil Ab - - -
JUMLAH 13

A: Suami mendapat ¼ kerana si mati ada meninggalkan anak, Ibu mendapat 1/6 kerana
si mati ada meninggalkan anak, Anak – anak perempuan berlima berkongsi kadar 2/3
sesama mereka, ukhtun syaqiqah berdua di dalam kes ini akan menjadi Asobah Maa
Ghairih kerana ada bersama mereka anak perempuan si mati, manakala Akhun Lil Ab
telah dimahjubkan dengan adanya Ukhtun Syaqiqah yang menjadi Asobah Maa Ghairih
dengan kehadiran anak Perempuan.

B: Kita jadikan angka pembahagi 12, maka bahagian suami ialah 3/12, Ibu 2/12, kelima
– lima anak perempuan berkongsi sesama mereka 8/12 jumlah ini sahaja telah menjadi
13/12 oleh itu kerana Ukhtun Syaqiqah berdua ialah Asobah Maa Ghairih maka mereka
akan mendapat baki, tetapi di dalam keadaan ini tiada lebihan bahagian kerana ianya
adalah kes Aul.

C: Kita Aulkan 12 kepada 13, maka jumlah menjadi suami ialah 3/13, Ibu 2/13, kelima –
lima anak perempuan berkongsi sesama mereka 8/13.

D: Angka 8 tidak dapat dibahagikan sesama 5 orang anak – anak perempuan oleh itu
kita akan membuat perkiraan semula dengan menjadikan angka pembahagi daripada
13 kepada 65 iaitu dengan mendarabkan 13 dengan 5. Oleh itu jumlah saham bagi
kesemua waris adalah seperti berikut ; suami ialah 15/65, Ibu 10/65, kelima – lima anak
perempuan mendapat 8/65 bagi setiap seorang daripada mereka.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 9
Seorang lelaki mati meninggalkan ahli-ahli waris:
Tiga (3) anak perempuan
Dua (2) cucu perempuan daripada anak lelaki dan seorang cucu lelaki.
Tentukan kadar agihan harta pusaka si mati kepada ahli-ahli waris berkenaan (2
markah)

A B C
18 36
2/3 ANAK PEREMPUAN 4 8
ANAK PEREMPUAN 4 8
ANAK PEREMPUAN 4 8
‫ع‬ CUCU PEREMPUAN AL 6 3
CUCU PEREMPUAN AL 3
CUCU LELAKI AL 6

A: Anak Perempuan lebih daripada seorang maka mereka bertiga akan berkongsi
jumlah 2/3, Cucu Perempuan daripada Anak Lelaki pada asalnya ialah untuk
mengantikan Anak Perempuan makanya di dalam kes ini sepatutnya cucu perempuan
tidak mendapat hasil bahagian kerana jumlah peruntukan untuk anak perempuan telah
penuh iaitu 2/3. (2/3(KADAR PENUH ANAK PEREMPUAN – 2/3 (KADAR DUA ANAK
PEREMPUAN = MAKA 0 TINGGAL UNTUK CUCU PEREMPUAN)

Akan tetapi kerana hadirnya Cucu Lelaki daripada Anak Lelaki maka Cucu Perempuan
daripada Anak Lelaki ini menjadi Asobah Bi Ghairih dalam kes ini Cucu Lelaki menjadi
Akhun Mubarak kerana adanya Cucu Lelaki maka Cucu Perempuan Layak mendapat
bahagian daripada Asobah.

B: Angka Penyebut ialah 18, ketiga – tiga anak perempuan ini berkongsi bahagian 2/3
daripada 18 iaitu 12 bahagian yang mana bila dibahagi 3 akan menjadikan setiap
seorang daripada anak Perempuan mendapat saham 4/18 setiap seorang dan baki
sebanyak 6/18 akan dibahagi kepada Cucu Lelaki dan Cucu Perempuan dengan kadar
2 saham untuk cucu lelaki dan 1 saham untuk cucu perempuan.

C: Oleh kerana adanya 2 cucu perempuan dan seorang cucu lelaki maka jumlah saham
ialah 4, dan baki bahagian mereka ialah 6/18, untuk menyelesaikan perkiraan ini kita
jadikan angka penyebut menjadi 36 kerana setiap bahagian iaitu 4 dan 6 boleh
dibahgaikan dengan angka 2 maka 18 didarabkan dengan 2 menjadikan angka
penyebut yang baharu menjadi 36. Oleh itu jumlah saham bagi anak perempuan ialah
8/36 setiap seorang dan Cucu Perempuan daripada anak lelaki mendapat 3/36 dan
Cucu lelaki daripada anak lelaki mendapat 6/36.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 10

Seorang perempuan mati meninggalkan ahli-ahli waris:


Dua(2) orang anak perempuan.
Seorang cucu permpuan
Bapa
Suami.
Selesaikan agihan pusaka kepada semua ahli waris yang berhak
( 2 markah)

A B C
12 13
1/4 Suami 3 3/13
2/3 Anak 4 4/13
Perempuan
Anak 4 4/13
Perempuan
1/6 Bapa 2 2/13
‫م‬ Cucu - -
Perempuan
TOTAL 13 -

A: Suami mendapat ¼ bahagian kerana si mati ada meninggalkan anak, Anak


Perempuan kedua – dua mereka berkongsi 2/3, Cucu Perempuan telah dihijabkan oleh
Anak Perempuan, dan Ayah mendapat 1/6 kerana si mati meninggalkan anak dan
sekiranya ada lebihan ayah akan menjadi Asobah binafsih.

B: Kita jadikan angka penyebut 12, suami mendapat 3/12 saham, anak perempuan
masing – masing mendapat 4/12 saham dan bapa mendapat 2/12 saham bila
dijumlahkan kesemua bahagian mereka ialah 13/12 ini adalah keadaan Aul iaitu di
mana jumlah saham ialah melebihi angka pembahagi. Jadi kita akan aulkan daripada
12 ke 13.

C: Selepas diaulkan, maka bahagian terakhir setiap seorang daripada mereka ialah
suami mendapat 3/13, Anak Perempuan setiap seorang daripada mereka mendapat
4/13, bapa mendapat 2/13 dan Cucu Perempuan sudah terhijab tidak mendapat
bahagian. (KERANA CUCU PEREMPUAN AKAN DAPAT BAKI DARIPADA JUMLAH
ANAK PEREMPUAN, DALAM KES INI ANAK PEREMPUAN DAH DUA ORANG DAN
MENDAPAT PORTION 2/3, MAKA 2/3 (PORTION MAXIMUM PEREMPUAN) – 2/3
PORTION YANG AP BERDUA AMBIK JADINYA = 0 UNTUK CUCU PEREMPUAN)

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 11
Seorang permpuan mati meninggalkan bapa, ibu, anak perempuan dan cucu
perempuan daripada anak lelaki.

Berapakah bahagian pusaka yang diperolehi oleh setiap ahli waris. ( 2 markah)

A B
6
1/6 Bapa 1
1/6 Ibu 1
½ Anak Perempuan 3
1/6 Cucu Perempuan 1
AL

A: Bapa mendapat 1/6 kerana si mati meninggalkan anak, Ibu mendapat 1/6 kerana si
mati meninggalkan anak, Anak Perempuan mendapat ½ kerana dia hanya seorang
sahaja, dan cucu perempuan mendapat 1/6 kerana adanya anak perempuan, hal ini
adalah demikian kerana pada asalnya Cucu Perempuan mendapat bahagian kerana
mengantikan Anak Perempuan maka kerana ada seorang sahaja Anak Perempuan
cucu perempuan itu mendapat bahagian lebihan seolah – olah daripada anak
perempuan yang seorang lagi iaitu (2/3 [kes jika ada 2 atau lebih anak perempuan] – ½
[kerana sekarang Cuma ada seorang anak perempuan menjadikan jumlah 1/6] ) 1/6
bahagian bagi cucu perempuan.

B: Kerana kesemua bahagian itu 1/6 dan ½ maka kita boleh menggunakan angka 6
sebagai angka pembahagi, oleh itu Bapa mendapat 1/6, Ibu mendapat 1/6, Anak
Perempuan mendapat 3/6 dan Cucu Perempuan daripada anak Lelaki mendapat 1/6.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 12

Seorang perempuan mati meninggalkan suami, 2 saudara perempuan kandung dan


seorang saudara perempuan seibu. Bahagikan harta pusaka si mati kepada waris-
warisnya. (2 markah)

A B C
6 8
(AUL)
1/2 Suami 3 3
2/3 Ukhtun Syaqiqah 2 2
Ukhtun Syaqiqah 2 2
1/6 Ukhtun lil umm 1 1
JUMLAH 8

A: Suami mendapat ½ bahagian kerana si mati tiada meninggalkan anak, adik beradik
perempuan kandung mendapat 2/3 bahagian dibahagi sama rata antara mereka
berdua, dan seorang saudara perempuan seibu mendapat 1/6 berdasarkan kepada
ayat al-Quran berkenaan kes Al-Kalalah

B: kerana bahagian ialah ½, 2/3 dan 1/3 maka angka pembahagi kita ialah 6, maka
suami 3/6, adik beradik perempuan masing masing mendapt 2/6 dan adik beradik
perempuan seibu mendapat 1/6, menjadikan total 8/6, ini ialah kes Aul.

C: Kita besarkan angka pembahagi daripada 6 kepada 8 maka bahagian meeka ialah,
suami mendapat 3/8, adik beradik perempuan kandung masing – masing mendapat 2/8
dan adik perempuan seibu mendapat 2/8.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 13

Seorang perempuan mati meninggalkan suami , ibu, seorang saudara perempuan


kandung dan seorang saudara perempuan seibu. Nyatakan berapakah bahagian
perwarisan setiap ahli waris. ( 2 markah)

A B C
6 8 (Aul)
½ Suami 3 3
1/6 Ibu 1 1
1/2 Ukhtun 3 3
Syaqiqah
1/6 Ukhtun Lil 1 1
Umm
JUMLAH 8 -

A: Suami mendapat ½ kerana si mati tiada meninggalkan anak, Ibu mendapat 1/6
kerana si mati ada meninggalkan saudara perempuan kandung dan saudara
perempuan seibu, saudara perempuan kandung mendapat ½ kerana mengantikan
bahagian seorang anak perempuan (diandaikan ada) dan saudara perempuan seibu
mendapat 1/6 ( kerana mendapat lebihan daripada 2/3[jumlah penuh bagi anak
perempuan sekiranya lebih daripada seorang] - ½ [bahagian saudara perempuan
kandung]).

B: Angka pembahagi 6, maka bahagian suami ialah 3/6, Ibu 1/6, Saudara perempuan
kandung 3/6 dan saudara perempuan seibu ialah 1/6, jumlah kesemua saham ialah 8/6
bermakana terdapat lebihan saham daripada angka pembahagi.

C: Kita Aulkan daripada 6 ke 8. Maka jumlah saham bagi kesemua waris ialah suami
3/8, Ibu 1/8, Saudara perempuan kandung ialah 3/8, dan saudara perempuan seibu
ialah 1/8.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 14

Seorang lelaki mati meninggalkan isteri, ibu, bapa, dan dua (2) orang anak perempuan.
Selesaikan pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli-ahli warisnya ( 2 markah).

A B C
24 27 (AUL)
1/8 Isteri 3 3
1/6 Ibu 4 4
1/6 Bapa 4 4
2/3 Anak Perempuan 8 8
Anak Perempuan 8 8
27

A: Si mati mati meninggalkan isteri, 2 anak perempuan ibu dan bapa, maka di sini kadar
fardhu bagi isteri ialah 1/8 dan ibu dan bapa akan mendapat 1/6 masing – masing,
manakala anak perempuan akan berkongsi 2/3 di anatara mereka berdua.

B: MEmandangkan angka pembahagi ialah 8 , 6 dan 3 maka kita akan darabkan 8 dan
3 menjadikan angka pembahagi 24 di sini kita akan dapati jumlah keseluruhan saham
menjadi 27.

C: Maka kita akan aulkan bahaian daripada 24 ke 27, maka bahagian terakhir setiap
waris ialah, isteri mendapat 3/27, ibu 4/27, bapa 4/27, anak perempuan masing –
masing 8/27.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 15

Seorang perempuan mati meninggalkan suami ,ibu dan bapa. Berapakan bahagian
perwarisan setiap ahli waris?. ( 2 markah)

A B
6
1/2 Suami 3
1/3 baki Ibu 1
‫ع‬ Bapa 2

A: Suami mendapat ½ kerana si mati tiada meninggalkan anak, Ibu mendapat 1/3 baki
setelah ditolak daripada bahagian suami dan Bapa mendapat Asobah kerana si mati
tiada meninggalkan anak lelaki di sini ibu mendapat 1/3 baki selepas ditolak bahagian
suami ialah berdasaran kepada ijtihad Saidina umar ini merupakan kes ummaratain
atau ghaghawain.

B: Kita jadikan angka pembahagi 6, Suami mendapat 3/6, Ibu mendapat 2/6, Bapa
mendapat 1/6.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM
KHAIRUL AISAMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
20144552499
LWD02A
JAWAPAN UJIAN BAHAGIAN B

SOALAN 16
Seorang perempuan mati meninggalkan suami, dua orang kakak seibu sebapa dan ibu.
Selesaikan pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli- ahli warisnya.
(2 markah)

A B C
6 8 (AUL)
1/2 Suami 3 3
1/6 Ibu 1 1
2/3 Ukhtun 2 2
Syaqiqah
Ukhtun 2 2
Syaqiqah
JUMLAH 8

A: Suami mendapat ½ kerana si mati tiada meninggalkan anak, Ibu mendapat 1/6
kerana si mati ada meninggalkan adik beradik, 2 orang saudara kandung perempuan
mendapat bahagian 2/3 dikongsi sama rata antara keduanya.

B: Kita jadikan angka pembahagi 6, oleh itu bahagian suami ialah 3/6, Ibu ialah 1/6,
kakak kandung setiap seorang daripada mereka mendapat 2/6, jumlah keseluruhan
saham menjadi 8/6 ini adalah kes Aul.

C: Kita Aulkan 6 kepada 8. Oleh itu jumlah saham kesemua waris ialah, suami 3/8, Ibu
ialah 1/8, kakak kandung setiap seorang daripada mereka mendapat 2/8.

LAW 683 – UNDANG – UNDANG HARTA DAN PERWARISAN ISLAM


DILPOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH DAN AMALAN
FAKULTI UNDANG – UNDANG UiTM SHAH ALAM

You might also like