You are on page 1of 6

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

KOD MATA PELAJARAN 900/4

MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN:

Borang soal selidik ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kerja kursus bagi mata
pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Masjid Jalan Layang, Johor Bahru, Johor
dan kesan-kesan dalam memupuk semangat Kejiranan dalam kalangan Penduduk
Jalang Layang. Segala maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dan hanya
digunakan bagi kepentingan kajian sahaja

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN PENDUDUK JALAN


LAYANG, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, JOHOR.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan

1) JANTINA

Lelaki
Perempuan

2) UMUR

16 – 25 Tahun

26 – 35 Tahun

36 – 45 Tahun

46 – 55 Tahun

56 dan ke Atas
3) BIDANG PEKERJAAN

Kerajaan

Swasta

Bekerja Sendiri
BAHAGIAN B : SOALAN AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH
PIHAK JAWATANKUASA MASJID JALAN LAYANG, JOHOR BAHRU,
JOHOR MELIBATKAN PENDUDUK JALAN LAYANG, JOHOR BAHRU,
JOHOR DALAM MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN .

Arahan : tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan


BIL Perkara Ya Tidak
1. Penduduk Jalan Layang menyertai Majlis Berbuka Puasa sepanjang
bulan Ramadan yang dianjurkan oleh Pihak jawatankuasa Masjid Jalan
Layang, Johor Bahru, Johor
2. Penduduk Jalan Layang menyertai Majlis Tilawah Al –Quran diketuai
oleh Ustaz Muhd Asyraf Hairam pada 19 April 2022 di Ruang Solat
Utama, Masjid Jalan Layang ,Johor Bahru, Johor
3. Penduduk menyertai Sambutan Maulidur Rasul pada 5 Oktober 2022
oleh Ustaz Fairuz untuk mengingati Kelahiran Nabi Muhammad setiap
12 Rabiul Awal di Ruang Solat Utama, Masjid Jalan Layang ,Johor
Bahru,Johor
4. Penduduk menyertai aktiviti Moreh yang dilakukan selepas solat
Terawih pada setiap Bulan Ramadan yang disediakan oleh
penyumbang dan Jawatankuasa Masjid Jalan Layang ,Johor
Bahru,Johor
5. Penduduk menyertai Sambutan Malam Nifsu Syaaban pada setiap 15
Syaaban dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan Yassin dan munajat di
Dewan Solat Utama, Masjid Jalan Layang ,Johor Bahru,Johor sebagai
persediaan sebelum bulan Ramadan
6. Penduduk menyertai Kuliah Mingguan oleh Penceramah-penceramah
Bertauliah dengan pengisian ilmu akhlak , akidah dan ibadah.di Dewan
Solat Utama, Masjid Jalan Layang ,Johor Bahru,Johor antaranya Ustaz
Muhammad dan Ustaz Muhd Idris.
7. Penduduk menyertai majlis khatam alquran pada 13 April 2023 di
Ruang Solat Utama Masjid Jalan Layang yang diketuai oleh imam
masjid jalan layang
8. Penduduk menyertai aktiviti menyediakan bubur lambuk yang
dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Jalan Layang di bulan
Ramadan
BAHAGIAN C: SOALAN TENTANG KESAN-KESAN AKTIVITI-AKTIVITI
YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK JAWATANKUASA MASJID JALAN
LAYANG, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, JOHOR MELIBATKAN
PENDUDUK JALAN LAYANG, JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM MEMUPUK
SEMANGAT KEJIRANAN

SKOR 1 : SANGAT SETUJU

SKOR 2 : SETUJU

SKOR 3: TIDAK PASTI

SKOR 4 : TIDAK SETUJU

SKOR 5 : SANGAT TIDAK SETUJU

Perkara 1 2 3 4 5
Bil
.
1. Majlis Berbuka Puasa di sepanjang bulan Ramadan dapat
meningkatkan hubungan silaturahim antara penduduk
Jalan Layang kerana Penduduk Jalan Layang sering
berjumpa di Masjid Jalan Layang
2. Majlis Tilawah Al-Quran dapat menjadi platform penduduk
berkumpul ramai-ramai di Masjid Jalan Layang selepas Majlis
Tilawah Al-Quran melalui aktiviti jamuan makan yang
disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Masjid menyebabkan
perpaduan antara penduduk Jalan Layang
3. Sambutan Maulidurrasul dapat melahirkan sifat keprihatinan
penghayatan sifat sifat yang ada pada Nabi Muhammad SAW
yang boleh diterapkan masyarakat setempat melalui aktiviti
yang dijalankan dalam masyarakat
4. Aktiviti moreh dapat memupuk sikap bekerjasama kerana
penduduk Jalan Layang bekerjasama untuk menyediakan
juadah ringan seperti mee hoon goreng dan kuih-muih selepas
menjalani ibadah Terawih meyebabkan wujud sikap tolenrasi
antara penduduk .
5. Sambutan malam Nifsu Syaaban dapat mewujudkan semangat
persaudaraan melalui penyediaan makanan yang melibatkan
penduduk Jalan Layang kerana penduduk dapat meluangkan
masa bertanya khabar dengan jiran meyebabkan sikap
penduduk menjadi teladan generasi muda.
6. Kuliah Mingguan yang disampaikan oleh penceramah
bertauliah di Ruang Solat Utama meyebabkan penduduk dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan sekali gus dapat
meningkatkan interaksi antara penceramah dengan Jemaah yang
menyertai program tersebut.
7. Aktiviti majlis khatam al-quran dapat meningkatkan
komunikasi antara penduduk Jalan Layang kerana mereka
saling berinteraksi antara satu sama lain.
8. Aktiviti menyediakan bubur lambuk dapat memupuk sifat
muafakat dalam antara penduduk Jalan Layang kerana
penduduk bersama sama berkongsi rezeki bersama penduduk
yang lain di bulan Ramadan

You might also like