You are on page 1of 2

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah
Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
___________________________________________________________________________________________

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK (PESARA KONTRAK)


UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

BIL JAWATAN
1. PROFESOR
2. PROFESOR MADYA
3. PENSYARAH KANAN
4. PENSYARAH

Fakulti : Tertakluk kepada keperluan fakulti


Kategori : Pesara Kontrak (Profesional)
Gred : Lumpsum
Kampus : Bestari Jaya / Shah Alam
Status : Lantikan Secara Kontrak (1 Tahun)

RINGKASAN JAWATAN

Universiti Selangor ingin melantik staf akademik kategori Pesara Kontrak bagi melaksanakan tugas pengajaran,
penyeliaan, perundingan, penyelidikan, penerbitan serta khidmat pelajar di Universiti serta memberi khidmat kepakaran
dalam bidang di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Fakulti Perniagaan & Perakaunan. Syarat dan kelayakan adalah
seperti berikut :

SYARAT KELAYAKAN :

STAF AKADEMIK PESARA KONTRAK

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 65 tahun pada tarikh lantikan jawatan; dan
3. Mempunyai PhD, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
4. Mempunyai pengalaman yang luas sebagai staf akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta merupakan
satu kelebihan; dan
5. Mampu melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dan memberi khidmat nasihat dan
membantu dalam penyelidikan serta penerbitan.
TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini,
sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan alamat
emel untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Ruhani Zakaria
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan yang dimohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Permohonan jawatan ini adalah ‘terbuka dan sepanjang masa’.

e) Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

You might also like