You are on page 1of 2

LAMPIRAN A

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SEAMEO SEARCA FILIPINA BAGI PERINGKAT


SARJANA DAN KEDOKTORAN DALAM BIDANG PERTANIAN BAGI TAHUN 2016-2017
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA

1.0

SYARAT UMUM
i. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah
mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta
sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat
memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

ii.

Tawaran ini hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ke atas
yang sedang berkhidmat dengan Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0

SYARAT KHUSUS
i. Warganegara Malaysia;
ii. Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan semasa
pada tarikh tutup permohonan
iii. Telah disahkan dalam perkhidmatan di Gred DG41 pada atau sebelum tarikh tutup
permohonan.
iv. Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau
yang setaraf dengannya.
v. Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pemilihan peringkat
pengajian Kedoktoran.
vi. Mendapat markah kelulusan 550 bagi TOEFL atau 6.0 bagi IELTS.
vii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan.
viii. Mencapai Laporan Nilaian prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi
tempoh 3 tahun berturut-turut (2012,2013,2014).
Sekiranya pegawai pernah
diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT sebelum/selepas
tempoh cuti belajar;
ix. Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas
daripada kes mahkamah;

x. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh


5 tahun kebelakangan;
xi. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar, Peminjam/peminjam yang disenarai
hitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.
xii. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira
bidang pengkhususan.

3.0

SYARAT TAMBAHAN
i. Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan
sahaja seperti dalam senarai kursus. Sebarang pertukaran bidang pengajian/kursus
yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian.

ii. Calon-calon juga perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.
Kementerian hanya memberikan kelulusan Cuti Belajar kepada calon-calon yang layak
dan segala penajaan adalah di pihak penaja.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat :


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
(BPTV)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
W.P Putrajaya

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN (BT)


Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Puan Marina binti Rahman


No.Tel : 03-8884 5222
E-mail : marina.rahman@moe.gov.my

Puan Engku Hartini binti Engku Mohd Halim


No.Tel : 03-8321 7159
E-mail : hartini.mhalim@moe.gov.my
Puan Nor Hazren binti Che Hassan
Tel : 03 8321 7149
E-mel : hazren.hassan@moe.gov.my

You might also like