You are on page 1of 5

a.

) NAMA AKTIVITI
 Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu (Running Game with Carrying a
Ball On The Spoon)

Gambar 3:
Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu
b.)SASARAN: Kanak-Kanak (5-6 tahun)
c.) DISKRIPSI:
 Aktiviti Berlari Membawa Bola Di Sudu merupakan aktiviti yang boleh
mengembangkan motor kasar kanak-kanak.
 Aktiviti ini lebih sesuai diaplikasikan di aktiviti permainan luar kanak-
kanak dengan bimbingan guru.
 Pendekatan berlari membawa sudu boleh membantu perkembangan
kemahhiran motor kasar kanak-kanak seperti mengawal keseimbangan
badan ketika membawa bola di sudu.
 Pendekatan berlari ini turut membantu kanak-kanak mengawal
koordinasi dan kelajuan ketika berlari.
 Maka, aktiviti ini hendaklah diaplikasikan bagi meningkatkan
perkembangan motor kasar kanak-kanak.
d.)OBJEKTIF
 Kanak-Kanak boleh berlari tanpa menjatuhkan bola yang dibawa diatas
sudu.
e.) DURASI
 15 minit
f.) IMPLIMENTASI:
1) Guru akan melaksanakan Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu (Running
Game with Carrying a Ball On The Spoon) ketika permainan luar kanak-kanak.
2) Guru akan menyediakan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti berlari ini
seperti sudu dan bola kecil.
3) Guru akan menetapkan jarak berlari membawa bola di sudu dalam linkungan
20 meter sahaja.
4) Kemudian guru akan mendemonstrasikan Aktiviti Berlari Membawa Bola di
Sudu kepada kanak-kanak.
5) Kanak-Kanak akan memerhati demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru
dengan menekankan cara melaksanakan aktiviti berlari ini.
6) Guru akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyertai dalam
Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu tersebut.
7) Guru akan menjalankan aktiviti ini selama 15 minit bagi membolehkan kanak-
kanak berlatih dan membiasakan diri dalam membawa bola di sudu sambil
berlari.
8) Bimbingan secara menyeluruh dilakukan oleh guru dalam menggunakan
menjalankan aktiviti ini bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dalam
pelaksaan aktiviti tersebut.
9) Guru akan memberi pujian dan sokongan kepada kanak-kanak bagi
memotivasikan diri mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
10)Guru akan memberi refleksi dan maklum balas yang positif kepada kanak-
kanak setelah aktiviti Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu tamat.
g.)MANFAAT(BENEFITS)
i. MENINGKATKAN PERGERAKAN KAKI KANAK-KANAK

Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu merupakan antara pendekatan yang


boleh digunakan guru dalam membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran berlari melibatkan pergerakan kaki
atau langkah yang banyak dalam mengaplikasikannya. Oleh itu, pendekatan berlari
yang digunakan dalam aktiviti ini boleh mempengaruhi dalam perkembangan otot
kaki dan atau pergerakan kaki melalui pergerakan kaki yang banyak dan pantas.
Berdasarkan kajian Chen, Hammond-Bennett dan Hypnar, (2017) menyatakan
bahawa kemahiran lokomotor iaitu berlari dapat membantu dalam meningkatkan
perkembangan motor kasar kanak-kanak kerana oto kaki dan koordinasi berlaku
secara aktif apabila pergerakan kaki menjadi cepat dan banyak (p. 7). Dalam pada
itu, menurut S, Arumugam dan Parasher, (2018) turut bersetuju bahawa aktiviti
fizikal yang melibatkan pendekatan berlari mempengaruhi peningkatan
perkembangan motor kasar kanak-kanak. Hal ini dikatakan kerana, motor kasar
kanak-kanak yang lemah boleh ditingkatkan melalui aktiviti berlari kerana
pendekatan ini menggalakkan pergerakan kaki yang banyak dan membantu
menguatkan otot kaki mereka sepanjang menggunakan pendekatan ini (S et al.,
2018, p. 8). Maka, Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu hendaklah diaplikasikan
guru bagi meningkatkan pergerakan kaki kanak-kanak.

ii. Kanak-Kanak dapat Meningkatkan Kawalan dalam Mengimbangkan


Tubuh Badan

Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu merupakan antara pendekatan yang


boleh digunakan guru dalam membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Pendekatan berlari sambil membawa bola diatas sudu membantu kanak-kanak
dalam meningkatkan kawalan mengimbangkan tubuh badan mereka. Hal ini
dikatakan kerana, kanak-kanak perlu memberi tumpuan yang penuh ketika berlari
tanpa menjatuhkan bola yang dibawa diatas sudu tersebut. Oleh itu, mereka perlu
mengawal pergerakan tubuh badan mereka dengan menstabilkan bola yang dibawa
agar tidak terjatuh. Penglibatan motor kasar kanak-kanak seperti lengan, badan dan
kaki ialah aktif dalam menggunakan pendekatan berlari tersebut. Dalam pada itu,
kemahiran koordinasi Tangan-Kaki turut dapat dipraktikan apabila kanak-kanak
berlari sambil membawa bola di atas sudu tersebut. Menurut Bilton (2010) turut
bersetuju bahawa pendekatan berlari mempengaruhi kanak-kanak dalam mengawal
keseimbangan tubuh badan mereka dalam meningkatkan perkembangan motor
kasar mereka. Maka, pendekatan berlari sambil membawa bola diatas sudu
hendaklah diaplikasikan dalam aktiviti permainan luar kanak-kanak agar mereka
dapat meningkatkan kawalan dalam mengimbangkan tubuh badan mereka.

iii. Kanak-Kanak boleh Mengawal Arah dan Kelajuan

Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu merupakan antara pendekatan yang


boleh digunakan guru dalam membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Hal ini dikatakan kerana pendekatan berlari ini boleh membantu kanak-kanak dalam
mengawal arah dan kelajuan dalam menggunakan anggota motor kasar mereka.
Pendekatan berlari melibatkan pergerakan kaki yang pantas dan memerlukan
kawalan arah yang baik daripada kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak boleh
menigkatkan kemahiran mengawal arah dan kelajuan mereka ketika menggunakan
pendekatan berlari sambil membawa bola di atas sudu. Hal ini dikatakan kerana,
kawalan arah yang baik dan kelajuan yang sempurna dititikberatkan oleh dalam
aktiviti ini bagi mengelakkan bola yang dibawa ketika berlari tidak terjatuh daripada
sudu. Menurut Chen, Hammond-Bennett dan Hypnar, (2017) turut bersetuju bahawa
kemahiran berlari yang baik seperti mempunyai kemahiran mengawal arah dan
kelajuan ketika berlari mampu meningkatkan perkembangan motor kasar kanak-
kanak dan menyokong kemahiran lokomotor yang lain seperti berjalan, menangkap
dan membaling (p. 2). Maka, pendekatan berlari sambil membawa bola diatas sudu
hendaklah dipraktikan di permainan luar kanak-kanak bagi membantu
perkembangan motor kasar mereka.
RUJUKAN

Bilton, H. (2010). Outdoor Learning in The Early Years: Management and


Innovation. New York: Routledge.

Chen, W., Hammond-Bennett, A., & Hypnar, A. (2017). Examination of Motor Skill
Competency in Students: Evidence-Based Physical Education Curriculum. BMC
Public Health, 17(222), 1-8. doi:10.1186/s12889-017-4105-2

S, J., Arumugam, N., & Parasher, R. K. (2018). Efect of Physical Exercises on


Attention, Motor Skill and Physical Fitness in Children with Attention Defcit
Hyperactivity Disorder: A Systematic Review. ADHD Attention Defcit and
Hyperactivity Disorders, 1-13. Retrieved from https://doi.org/10.1007/s12402-
018-0270-0

RUJUKAN GAMBAR

Aktiviti Berlari Membawa Bola di Sudu [Online Image], Cheap Indoor and Outdoor
Party Games for Kids https://www.pinterest.com/pin/115193702943483357/

You might also like