You are on page 1of 2

KATA BANYAK MAKNA

LATIHAN
Tanda[ √ ] bagi ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1. i- Cahaya hari ini hangat sekali. [ ]
ii- Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata. [ ]
iii-Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. [ ]
iv- Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baikitu. [ ]

2. i- Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir. [ ]


ii- Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah. [ ]
iii-Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import. [ ]
iv- Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains. [ ]

3. i- Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu. [ ]


ii- Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput. [ ]
iii-Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini. [ ]
iv- Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor. [ ]

4. i- Kami sampai sejambak bunga kepada guru. [ ]


ii- Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya. [ ]
iii-Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam. [ ]
iv- Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu. [ ]

5. i- Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap. [ ]


ii- Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam. [ ]
iii-Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan. [ ]
iv- Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan. [ ]

6. i- Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. [ ]


ii- Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringanitu. [ ]
iii-Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu. [ ]
iv- Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan. [ ]

7. i- Liong baru sahaja baik daripada selesema. [ ]


ii- Hubungan Aida dengan Nurul memang baik. [ ]
iii-Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual. [ ]
iv- Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut. [ ]

8. i- Bunga tayar kereta itu melintang. [ ]


ii- Ailin suka memakai baju yang bunga. [ ]
iii- Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya. [ ]
iv- Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya. [ ]

9. i- Jambatan itu sudah siap bina. [ ]


ii- Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya. [ ]
iii-Lena mengikuti kursus seni bina di universiti. [ ]
iv- Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi. [ ]
10. i- Usianya baru lima tahun.. [ ]
ii- Adik masuk ke bilik baru tidur. [ ]
iii- Ayah Kamariah baru balik dari pejabat. [ ]
iv- Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru. [ ]

11. i- Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan. [ ]
ii- Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan. [ ]
iii- Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu. [ ]
iv- Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan. [ ]

12. i- Kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai. [ ]


ii- Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu [ ]
iii- Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu. [ ]
iv- Lembu Pak Samad di tambat di kaki hutan. [ ]

13. i- Tingginya sama paras dengan saya. [ ]


ii- Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. [ ]
iii- Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati. [ ]
iv- Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat. [ ]

14. i- Dia laku dirinya seperti orang kaya. [ ]


ii- Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang. [ ]
iii- Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari. [ ]
iv- Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar. [ ]

You might also like