You are on page 1of 7

4 Ayat Biasa dan Ayat Songsang

Menukarkan Ayat Susunan Biasa kepada Ayat Susunan Songsang

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang.

Praktis 1

i. Sazali terpaksa menangguhkan perkahwinannya kerana menghadapi masalah kewangan.


ii. Perubahan rupa mulai daripada telur menjadi serangga itu dikenali sebagai penjelmaan.
iii. Sikapnya yang jujur dan berhemah tinggi disenangi oleh semua pekerja di syarikat itu.
[ 6 markah ]

Praktis 2

i. Kambing-kambing yang sedang berkeliaran di padang itu dikejar oleh anjing liar.
ii. Beliau dijangka akan tiba di lapangan terbang itu pada pukul lima petang.
iii. Wang yang saya temukan ketika saya mengemas bilik itu akan saya serahkan kepada ibu.
[ 6 markah ]

Praktis 3

i. Beribu-ribu orang telah kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kejadian ribut taufan
yang lalu.
ii. Kami akan saling bekerjasama untuk membenteras kecurian kenderaan yang terjadi dengan
berleluasa ini .
iii. Kejayaan itu dicapai oleh anak-anaknya selepas mereka bekerja keras dan bertungkus-lumus.
[ 6 markah ]

Praktis 4

i. Gugusan pulau di sekitar lautan itu menjadi tempat persembunyian lanun.


ii. Dia mempunyai peminat yang ramai lantaran suaranya yang merdu.
iii. Beberapa orang budak lelaki sedang menyauk anak ikan di pinggir kali.
[ 6 markah ]
Praktis 5

i. Mereka sedang berehat di bawah pokok yang rendang itu.


ii. Mangsa kemalangan tersebut telah saya bawa ke hospital.
iii. Seminar kecemerlangan peperiksaan akan dianjurkan oleh pihak sekolah pada minggu lepas.
[ 6 markah ]

Praktis 6

i. Kanak-kanak sedang berkejar-kejaran di padang permainan.


ii. Awak pasti berjaya jika awak berusaha.
iii. Dia keletihan setelah menyertai acara itu.
[ 6 markah ]

Praktis 7

i. Beliau telah menghasilkan penulisan yang bermutu dalam bidang pedagogi.


ii. Suhu yang terlalu tinggi dapat membawa pelbagai bentuk risiko.
iii. Keadaan itu dapat menyebabkan sawan jika tidak dirawat dengan segera.
[ 6 markah ]

Praktis 8

i. Fenomena ekuinoks akan menyebabkan penduduk di kawasan khatulistiwa melalui tempoh siang
hari paling panjang.
ii. Projek perindustrian kampung yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat memanfaatkan
masyarakat luar bandar.
iii. Askar-askar Amerika telah meluaskan penempatan mereka di negara Arab selepas Iraq ditakluk
oleh mereka.
[ 6 markah ]

Praktis 9

i. Hutan paya gambut akan mengalami pencemaran yang teruk jika kegiatan pembangunan di
sekitarnya tidak dikawal.
ii. Budaya makanan segera sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk Asia.
iii. Penternak itu melepaskan lembunya di kawasan padang rumput itu.
[ 6 markah ]
Praktis 10

i. Ombak besar tsunami yang melanda Banda Aceh dan kawasan Asia itu datang dari mana?
ii. Segala sumbangan itu akan diserahkan kepada mangsa bencana tersebut secepat yang mungkin.
iii. Deretan rumah di pantai itu musnah.
[ 6 markah ]

Praktis 11

i. Zaharah saya kirimi sekeping kad undangan perkahwinan abang saya.


ii. Dia tewas oleh sebab culas berlatih.
iii. Kanak-kanak itu sebenarnya belum sangat petah berkata-kata.
[ 6 markah ]

Praktis 12

i. Hukuman rotan sepatutnya tidak dipraktikkan pada zaman sekarang.


ii. Makanan yang jauh itu tidak terjangkau oleh Marlina.
iii. Bersawah cara lama tidak mendatangkan keuntungan yang besar.
[ 6 markah ]

Praktis 13

i. Bangunan yang luas dan besar itu Pusat Persidangan Antarabangsa.


ii. Negara kita akan terus bekerjasama rapat dengan negara lain untuk menangani wabak selesema
burung .
iii. Batu permata itu diminati ramai kerana kilatan batu itu menggambarkan harganya.
[ 6 markah ]

Praktis 14

i. Keindahan Bandar Seri Begawan begitu terselah dengan kilauan lampu neon.
ii. Syarikat itu akan menerbitkan buku tentang pertanian moden pada bulan depan.
iii. Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
[ 6 markah ]
Praktis 15

i. Gabungan persatuan akademik universiti itu akan menganjurkan seminar pendidikan.


ii. Pasangan pengantin itu duduk di atas pelaminan sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang.
iii. Sebahagian daripada peminat penyanyi itu terdiri daripada golongan profesional.
[ 6 markah ]

Menukarkan Ayat Susunan Songsang kepada Ayat Susunan Biasa

Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini kepada ayat susunan biasa.

Praktis 16

i. Akan dikenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan memasuki negara ini secara haram.
ii. Oleh sebab rajin mengulang kaji pelajaran, dia lulus dengan cemerlang.
iii. Kelihatan canggung ibu ketika makan mi goreng dengan menggunakan sepit.
[ 6 markah ]

Praktis 17

i. Dalam pertemuan itu kami berbincang tentang perkara-perkara yang telah dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun ini.
ii. Memperlahankan kenderaan masing-masing para pemandu kenderaan setibanya di kawasan
kemalangan itu.
iii. Menikmati beberapa pelepasan cukai daripada kerajaan orang kurang upaya di negara itu.
[ 6 markah ]

Praktis 18

i. Telah diperketat kawasan perairan negara itu untuk menghalang kemasukan pendatang asing.
ii. Apabila menyedari bahawa hujan hampir turun kami mempercepat langkah.
iii. Membancuhkan anak-anak muridnya minuman Cikgu Salmah semasa latihan sukan menjelang
pertandingan yang sebenar.
[ 6 markah ]
Praktis 19

i. Berkurang pada setiap tahun bilangan peserta yang menyertai pertandingan penulisan esei.
ii. Sengaja melambat-lambatkan pembayaran gaji pekerja syarikatnya dia.
iii. Terpaksa membuat pendaratan cemas di kawasan sawah padi kapal terbang yang membawa orang
kenamaan itu.
[ 6 markah ]

Praktis 20

i. Mengingatkan adiknya Azhar supaya belajar dengan tekun agar lulus dalam peperiksaan.
ii. Telah dibincangkan pelbagai perkara dalam mesyuarat tersebut.
iii. Sebagai akibat tiupan angin kencang payung terjun askar itu tersangkut pada dahan pokok.
[ 6 markah ]

Praktis 21

i. Masih belum berjawab lagi surat tawaran memasuki maktab perguruan yang diterimanya.
ii. Tersusun kemas alat-alat pertukangan dalam bengkel itu.
iii. Banyak kawasan taman perumahan yang mengalami masalah bekalan air.
[ 6 markah ]

Praktis 22

i. Sedang belajar abang semasa Nik Adli dan rakan-rakannya sampai.


ii. Mengatakan bahawa anaknya keracunan makanan ibu itu.
iii. Memburu rusa Putera Muhayat setiap kali mengunjungi negeri Telipuk Tegak.
[ 6 markah ]

Praktis 23

i. Pada bulan hadapan guru menjelaskan bahawa peperiksaaan itu akan dijalankan.
ii. Telah menggoreskan hati seluruh keluarganya tindakan yang dilakukan oleh Irwan itu.
iii. Berpandangan bahawa projek itu akan banyak membawa manfaat kepada mereka penduduk
kampung itu.
[ 6 markah ]
Praktis 24

i. Tidak mendatangkan keuntungan yang besar bersawah cara lama.


ii. Memberi ayah wang abang.
iii. Memasakkan ayah gulai ikan ibu.
[ 6 markah ]

Praktis 25

i. Teringat oleh kekasihnya Norazman.


ii. Ke Taman Burung mereka pada waktu petang begini.
iii. Tidak dipraktikkan pada zaman sekarang sepatutnya hukuman rotan.
[ 6 markah ]

Praktis 26

i. Daripada siapakah kamu mendapat khabar bahawa menteri itu akan dipecat?
ii. “Bagaimanakah kejadian itu berlaku?” tanya Puan Suneta kepada Puan Maria.
iii. Menyatakan bahawa ayam telur itu sesuai digoreng sahaja tukang masak itu.
[ 6 markah ]

Praktis 27

i. Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
ii. Dikunjungi puluhan ribu pengunjung pameran warisan budaya itu pada setiap hari.
iii. Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.
[ 6 markah ]

Praktis 28

i. Untuk mengelakkan banjir mereka menambak tanah di kawasan tebing sungai itu.
ii. Kelihatan begitu lurus dari jauh barisan tiang elektrik itu.
iii. Hampa harapannya untuk masuk ke sekolah berasrama penuh apabila tidak dibenarkan oleh ibu
bapanya.
[ 6 markah ]

Praktis 29
i. Sekiranya mereka tidak terlalu memilih pekerjaan masalah pengangguran dalam kalangan graduan
dapat diatasi.
ii. Siapakah pemain bola sepak yang termahal di dunia?
iii. Akan dibuat secara langsung menerusi televisyen liputan acara Sukan Asia itu.
[ 6 markah ]

Praktis 30

i. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang itu.


ii. Akan berjaya anda dengan cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah 2016.
iii. Aktor yang terkenal di Malaysia ialah Aaron Aziz.
[ 6 markah ]

You might also like